Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

08 June 2010

Peminta Sedekah (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim~

Entri ni adalah sambungan kepada entri tentang Peminta Sedekah hari tu. Oh, dah terjawab sedikit persoalan i. Hehehe~

Alkisah, tertengok pula tv9 pagi tadi, sebelum pergi kerja. Ada segmen macam renungan pagi. Ustaz ni cerita tentang sadaqah atau orang-orang kita sebut, sedekah.

Kata ustaz tu, kalau kita tau budak minta sedekah tu dari sindiket, kita tak boleh bagi. Kalau sedekah untuk sekolah-sekolah agama tu, boleh bagi.

Tapi, masih ada kekeliruan dalam hati i ni. Macam mana kita nak tahu budak tu dari sindiket? Dan budak tu pun akan diseksa, alamak, ayat seksa ni macam kejam sangat pula... err.. dipukul, tak diberi makan, kalau balik ke 'markas' tak bawa balik jumlah duit yang dikehendaki. Perkara ni pun secara tak langsung mendera budak-budak kecil tu kan.

Kesian mereka. Kita yang ada ibu dan ayah ni, yang dijagaibu ayah dengan baik, kenalah bersyukur. Kat luar sana ramai lagi saudara kita yang kurang bernasib baik.

(+_+) pernah minta hot mummy and daddy co0L bawa balik kanak-kanak (comelnya sebut kanak-kanak gini kan... hee~) yang dari bosnia atau palestin tu, jadikan anak angkat. Mereka sangat comel!

No comments: