Al-Fatihah untuk Allahyarham Abang Haji Abdillah Omar bin Tun Abang Haji Openg...
Segala-galanya berlaku dengan sangat pantas. Tengahari tadi (30 Januari 2009) dalam jam 1317, sedang aku asyik melayan blog ini, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Hafiz.
"Datuk Hafiz meninggal..."
Masa tu, secara automatik, air mata aku pun mengalir. Entah kenapa aku rasa macam sedih juga walaupun kami belum secara rasminya satu keluarga. (Betul ke ayat aku ni??)
Aku sedang mencari mood untuk menulis. Kesedihan melampau.
Aku minta excuse dari kursus induksi MPP sebab nak selesaikan hal flight. Aku tak boleh biarkan Hafiz sorang-sorang dalam keadaan dia macam tu. Bayangkan nak beli tiket flight on d spot. Wah, harga mesti berlipat-lipat kali ganda. Dah lah kami berdua sedang dalam situasi kegawatan ekonomi. Aduhai, peritnya rasa, Tuhan je yang tahu.
Berbekalkan rasa sayang yang melimpah-ruah, aku yakinkan Hafiz untuk balik Kuching. Pada aku, jangan dirisaukan hal yang remeh-temeh. Family first. Family is everything.
Mama call, suruh bincang. Apa-apa hal, mama suruh contact abang Hafiz yang no-2, Efil. (Efil baru turun flight di LCCT masa dapat berita ni.) Hafiz decide, dia akan balik Kuching.
Ada kesilapan berlaku masa beli tiket. (Rasanya tak perlu cerita dalam ni.) Kesilapan tu menyebabkan tujuan kami nak beli tiket lebih murah bertukar menjadi berganda-ganda mahalnya. Tak apalah. Aku redha. Sekurang-kurangnya ini jadi pengajaran untuk kami.
Kejadian hari ni membuatkan aku banyak berfikir, insaf dan sedar kekurangan diri. On d way hantar Hafiz ke Senai Airport, dia cakap,
"Kadang kita tak boleh nak menjangka masa depan. Kita tak tahu apa akan berlaku nanti. Entah-entah, esok lusa giliran kita."
Terus aku terdiam. Betul apa yang Hafiz cakap.
"Lepas ni kita kena berjimat lah. Thanks for everything syg..."
Aku terdiam lagi.
Aku tahu dia teramat sedih. Mama kata,
"Hafiz paling rapat dengan atok nya."
Aku sepatutnya memahami.....
Al-fatihah.. moga roh arwah akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. amin..
ReplyDeletetolong sampaikan salam takziah buat hafiz.. jgn la terlalu bersedih sebab yang pergi itu takkan kembali.. semakin kita menangisi dan enggan meredhai pemergiannya.. kita seolah-olah sedang menyiksa dirinya.. lepaskan ia pergi dengan seikhlas hati dan usahla lupa untuk berdoa dan bersedekah padanya.. kerna hanya itu sajalah bukti dan tanda bahawa kita sangat-sangat menyanyangi dirinya..
semoga roh allahyarham akan sentiasa dicucuri oleh rahmat dari-Nya.. insyaallah..
dah ok dah dia.. seminggu cuti kat umah... uuu
ReplyDeletekhamis ni baru balik utm...
29 jan ok.bukan 30 jan.
ReplyDelete