Menurut ayah aku, dalam umur 6 tahun, aku mengalami masalah kurang pendengaran. Bila dipanggil-panggil, tak dengar. Jadi setelah melakukan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, rupanya-rupanya aku ni, kurang pendengaran. Kesiannya...
Lepas tu, pembedahan dilakukan ketika aku berumur 7 tahun. Aku ingat lagi, masa tu ada Hari Sukan sekolah. Aku tak dapat participate dalam apa-apa event sebab dah set time tu nak buat operation.
Masuk je wad hospital tu, sorang misi datang sambut aku. Mmm... aku dapat duduk katil yang dekat dengan tingkap. So, seronoklah aku. Bosan-bosan je pandang luar tingkap. Seronok...
Esoknya, tiba-tiba ada misi datang bawa baju kaler putih. Baju nak masuk dalam dewan bedah. Aku pun pakai baju tu yang agak seksi. Sebab hanya selapis kain putih, belakang dia ada tali-tali untuk menyambung hujung-hujung kain. Dan perhatian, anda tidak dibenarkan memakai sebarang pakaian di dalam termasuk pakaian dalam. Wah, nasib baik baru berumur 7 tahun.. hahaha..
Seterusnya aku dibawa masuk ke dalam dewan bedah. Takutnya, Tuhan je yang tau. Tapi ayah aku setia temankan aku. Sampailah ayah aku follow dalam dewan bedah. He saw every step taken. Start dengan proses membius. Aku diinject. Hoh, redha je lah. Lepas tu aku tak tau apa-apa.
Aku bangun-bangun je, dah ada atas katil aku. Hrmm... Sebenarnya masa pembedahan tak sakit pun. Yang sakit, selepas pembedahan. Terasa segala-gala kesannya.
Apa-apa pun, dari pembedahan pertama tu lah, menyusulnya pembedahan kedua dan keempat. Kenapa tak ada yangketiga? Tunggu..............
No comments:
Post a Comment