Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

23 December 2008

Aku 2

Selalunya orang yang baru first time dengar nama aku, akan tanya balik, "Awak lahir masa hari raya Aidil Fitri ke?"

Ye... tuan-tuan dan puan-puan... eheh... aku dilahirkan lagi seminggu nak raya puasa. Kalau tak silap, 24 Ramadhan. Ehey.. Bangganya mak bapak aku. Aku lahir je, terus dapat duit raya... (>_<)

Tapi bak kata mak aku, nak melahirkan aku, memang seksa. Menurut kata mak aku lagi, dia tak pernah ponteng puasa sepanjang mengandungkan aku. Kira mak aku ni hebat jugaklah. Di saat mak aku sakit nak melahirkan tu, tiba-tiba azan Maghrib berkumandang. Puas mak aku minta air minum kat misi tu, tapi sikit pun misi tu tak kesian kat mak aku. Sampai dah azan Isya' pun aku belum keluar juga. Mak aku dah kehausan yang teramat sangat.

Akhirnya aku keluar melihat dunia juga pada jam 11.30 malam... Kesian mak aku bertarung berjam-jam. Berapa jam? Kira sendiri...

2 comments:

LeaQistina said...

so.. dont be nakal2 ok.. ingat jasa mak ketika nak melahirkan kita.. :D

aidaNadia said...

=P