Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

16 May 2009

Selepas pembedahan kedua

ok, cerita disambung. selepas saja selesai pembedahan, saya terjaga. saya rasa tebal semacam kat telinga kanan ni. saya masih di kawasan menunggu. belum balik wad. saya nak muntah! oh, tak de orang yang terdekat dengan saya! macam mana ni? saya gunakan kaki saya (ketika itu badan saya masih sangat lemah. untuk bersuara memang tak mampu) saya cuba dengan sisa tenaga yang ada, menghentak hujung katil. sorang nurse tersedar dan mendapatkan saya. posisi kepala, mengiring ke kiri...

nurse : ada apa nadia?

saya : naakkk.. nakk.. (suara saya terlalu perlahan untuk didengari..)

nurse : nak apa nadia?

saya : nak muunnn..

belum sempat saya habiskan ayat, saya sudah termuntah, terkena nurse tu.. ooppsss... sori, kak.. takkan tak faham orang lepas operation mesti la nak muntah... btol tak? hahahaha

sorang nurse berlari bawak mangkuk silver tu. tadah dekat mulut saya. saya dan saya terus menerus memuntahkan segala-galanya. bau nya masyaAllah, Tuhan je tau. saya tak tau apa perasaan akak yang saya dah muntah dekat baju dia.. huuhuhu.. lepas tu beberapa orang datang untuk mop lantai yang saya dah tumpahkan muntah tu (tumpahkan?? hehehe)..

selepas beberapa jam, saya dibawa pulang ke wad. ibu ayah dan adik2 dah ada kat katil saya. ibu terus serbu. tapi saya terlalu lemah masa tu. buka mata pun tak boleh sangat. then, akak nurse yang memang cumil tolong tukarkan baju. dari baju operation ke baju wad. lepas tu saya terus tidur... zZzzZZ...

buka je mata, dah maghrib. ibu ayah ada di sisi. adik2 ntah kat mana. tngok tv agaknya. saya panggil ibu dengan suara perlahan. nak muntah lagi. ibu ambil mangkuk silver tu, saya muntah sehabis2nya. then tidur...

tengahmalam pun macam tu. ibu tidur di hospital untuk jaga saya. tapi, tiba2 rasa nak buang air kecil. badan saya yang masih terlalu lemah, membuatkan saya tak boleh bangun. ibu ambil mangkuk silver tu, letak kat bawah tu, dan ibu suruh kencing. saya takut2. sebab takut air tu membasahkan katil. confirm tak selesa! tapi ibu yakinkan saya posisi tu dah betul. saya pun..... mm.. lain kali dengar cakap ibu, tak ada pun air yang tumpah ke katil.. ahahahaha.. ibu mengistinja'kan saya. malunya.. tapi, nak malu apa dengan mak sendiri??? kita pun keluar dari perut dia juga. dari kecil, tangan dia yang belai kita.. hoh, pengorbanan ibu.. :D

keadaan saya berlarutan macam tu untuk hari berikutnya. the third day baru saya boleh duduk dan makan bubur. before that, makan je muntah..

lepas keluar hospital, ayah bawak gi makan chinese food! yea!! saya hanya boleh makan ikan stim halia.. tak pe la.. sedap wat!

saya terpaksa berpantang makan untuk 2 bulan. heh, masa tu saya sangat2 teringin makan roti disapu kaya! tapi tak boleh... :(

saya dapat cuti sekolah 2 minggu... balik sekolah, member semua excited tngok telinga berbalut saya.. hahaha.. ada la few months pergi skolah tak pakai anak tudung...

sebaik sahaja balutan telinga dibuka, saya rasa macam baby baru dapat telinga baru. segala2nya kuat sangat! saya komplen tv tu volume nya kuat sangat padahal tu volume standard.. ceh! tau la akhirnya kedua2 belah telinga saya dapat digunakan dengan sempurna.. Alhamdulillah..

itu sahaja pengalaman pembedahan kedua...

(-_^)v

No comments:

Post a Comment