Naib Canselornya, Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang, berkata langkah menubuhkan stesen berkenaan membuktikan kesungguhan universiti memupuk budaya membaca di kalangan warga kampus sekali gus menjadikannya sebagai taman ilmu.
Beliau berkata, budaya membaca bagi warga kampus tidak seharusnya terhad di perpustakaan saja sebaliknya kemudahan untuk mendapatkan bahan bacaan ringan itu wajar diperluaskan.
"Bagi merangsang minat dan keseronokan membaca, persekitaran yang bersesuaian untuk aktiviti berkenaan perlu diwujudkan di tempat yang strategik di seluruh kampus," katanya di sini, kelmarin.
Setakat ini, sebanyak 30 lokasi dikenal pasti antaranya Pusat Kesihatan, Pusat Kokurikulum, Kolej 12, Pejabat Bendahari, Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Pejabat Pendaftaran.
Jumlah Stesen Membaca akan ditambah dan lokasi yang dipilih adalah tempat yang menjadi tumpuan pelajar serta kakitangan.
Stesen Membaca menyediakan kemudahan dan suasana membaca yang santai dengan koleksi bacaan ringan disumbang oleh komuniti UTM serta pelbagai pihak.
Bagi mendapatkan sumbangan bahan berkenaan, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) UTM mengambil inisiatif mengadakan kempen menderma buku dan lain-lain bahan bacaan daripada masyarakat kampus.
Kakitangan dan pelajar boleh menyumbang buku milik mereka yang tidak lagi diperlukan untuk direkodkan oleh staf PSZ sebelum ditempatkan di stesen berkenaan.
Usaha berkenaan dilihat sebagai membuka persepsi baru terhadap aktiviti membaca yang tidak terhad di perpustakaan saja dan diharap langkah itu menjadi contoh kepada masyarakat.
Berita diambil dari sini...
Oh UTM!!!
No comments:
Post a Comment