Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 May 2009

Dunia Ini Hari...

saya baru sahaja selesai mentelaah (mentelaah??) semua jenis surat khabar yang ada di Malaysia ni... (kerja wajib saya sejak praktikal ni, baca paper online :D) macam-macam jenis berita ada.

terbaru, datuk seri nizar sah sebagai MB Perak. itu saya tak berani nak komen apa-apa sebab saya tak amik subjek law... hehehehe nanti silap cakap, susah... apa pun pada saya, apa2 yang berlaku, biarlah segalanya berlandaskan undang-undang yang sah (saya sangat menyanjung tinggi undang-undang) dan diharap badan kehakiman bertindak adil, seadil-adilnya (adil bermaksud meletakkan sesuatu pada haknya..)

ok, next stori yg agak mnarik phatian saya adalah kisah cerai-berai.. bukan setakat kisah artis (malas nak citer pasal artis) tapi sesiapa saje lah... kenapa banyak sangat berlaku penceraian ye? situasi ini menyebabkan saya selalu berfikir, apa sebenarnya yang dicari dalam perkahwinan? pada saya perkahwinan itu adalah tanggungjawab, amanah..mm apa lagi yang sesuai ye?? ayah saya menasihatkan, perkahwinan bukanlah hubungan antara dua insan yang dijalinkan secara sah, tapi perkahwinan bermaksud persaudaraan antara dua keluarga yang mungkin sebelum ini belum pernah kenal antara satu sama lain. ok, kejap lagi saya post pandangan saya tentang perkahwinan...

~end~
(^_^)v


2 comments:

  1. sebagai seorang Islam....mestilah melihat erti dan tanggungjawab perkahwinan itu dari sudut pandangan Islam..

    jika sama saja ertinya dengan orang yang bukan Islam..jadi..apakah bezanya Islam dan bukan Islam? adakah ianya hanya berbeza dari sudut cara akad nikah saja???

    Islam telah meletakkan segalanya sesuai pada tempatnya(ADIL) tetapi kenapa ramai sekali penganutnya tidak mahu mengambil hukum Islam itu sepenuhnya??? sebaliknya Islam hanya ternilai disisi mereka untuk akad nikah sahaja. Sebelum dan selepasnya?

    insyaAllah...sama2 kita perbaiki diri...hopefully masa itu(perkahwinan) yang bakal kita tempuhi nanti(InsyaAllah)...akan diwarnai kebahagiaan yang sebenarnya..SAKINAH, MAWADDAH WA RAHMAH...chewah...insyaAllah... :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... hehehehe~

    betol3..

    saya sokong!
    (^_^)v

    ReplyDelete