:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
kita lari sekejap dari pos-pos berkaitan pregnancy.
semalam, tengok wayang. ye, tengok wayang dengan encik suami. wahah. suami saya bukanlah kaki wayang. dan rekod bersih, sebelum kahwin, kami tak pernah tengok wayang bersama. hatta dengan kawan-kawan sekalipun. kalau tiba-tiba saya teringin tengok wayang, encik suami akan kata, "pergilah tengok dengan kak syaf"
lepas kahwin, kami hanya tengok wayang bersama kalau dapat tiket free. kata encik suami, "buat apa membazir tengok wayang. baik beli cd boleh tengok berkali-kali."
baiklah.
dan encik suami dapat 2 tiket free, filem war of the worlds, goliath in 3D.
setelah puas dipujuk, encik suami setuju untuk pergi ke preview screening filem tu. di GSC tropicana mall. malam tadi.
"abang tak suka tengok 3D. nak kena pakai spek bagai. rimas."
"kalau tak pakai spek boleh tak?"
encik suami masih membebel dalam panggung.
boleh abang, tapi nanti abang nampak double vision.
saya paksa encik suami pakai juga spek 3D tu. "ok ok."
"oh, best juga, ya?"
"abang tak pernah tengok wayang 3D ke?" tanya saya.
"sayang ingat abang ni kaki wayang ke?"
eheh. termalu di situ.
plot cerita biasa sahaja. ending boleh dijangka. cerita macam mana pasukan tentera (ARES) menentang Martian (penduduk Marikh kononnya).
tapi satu yang saya nak highlight. salah seorang tentera utama dalam pasukan ARES, dari Malaya (plot cerita pada tahun 1914).
namanya Raja Iskandar Shah. meminjam suara Tony Eusoff. oh, saya tak bagitahu eh cerita ni cerita kartun?
dalam satu scene, pasukan tentera ni sedang minum bir beramai-ramai sebelum berperang. dalam hati saya terdetik, saya nak tengok Raja Iskandar Shah tu minum bir ke tak?
dan bila saya tengok hampir semua orang memegang segelas bir di tangan, Raja Iskandar Shah sahaja yang memegang secawan kopi.
tahniah. eheh.
satu lagi scene, sebelum perang bermula, ditunjukkan Raja Iskandar Shah sedang solat. dan lepas tu berdoa.
wah. saya teruja.
perkara macam ni, walaupun kecil, tapi pada saya, produksi membuat sesuatu dengan sangat teliti.
terutama dalam scene semua orang minum bir tu.
ianya hanya sekadar kartun, jadi mungkin tak ada orang akan perasan kalaupun Raja Iskandar Shah tu pun minum bir. tapi nyata sangkaan saya meleset. orang Melayu ditunjukkan hanya minum secawan kopi walaupun di sekelilingnya semua orang minum bir.
dan solat, sebelum perang bermula.
berbeza dengan kita di alam nyata ni. yang terang-terang minuman memabukkan itu adalah haram, tapi ada juga yang ambil sambil lewa. macam dia di alam fantasi pula.
sedangkan kartun pun orang titikberatkan, apatah lagi kita yang memang dihitung dosa pahalanya?
moga kita sentiasa muhasabah diri. agar dijauhkan dari perkara mungkar. amin.
*nota: baru google, Goliath = Jalut? sila google lebih untuk maklumat lanjut.
thalut dan jalut. so raja iskandar tu jalut?
ReplyDeletethalut dan jalut. so raja iskandar tu jalut ke?
ReplyDeletePuan Bai~
ReplyDeletetak.. hehe.. raja iskandar tu salah seorang tentera utk memerangi goliath tu. huhu..
eh! mcm best puLak ek
ReplyDelete