Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label dugaan. Show all posts
Showing posts with label dugaan. Show all posts

02 May 2014

Degree in Housewifing - Kenapa tiba-tiba aku berhenti kerja dulu?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Gahhh.. Encik Tuan kata aku ni skema sangat. So let us don't be too skema. Start now onward.

Macam dalam entri aku yang ini konon kata aku dah bulat hati tekad gila-gila punya letak jawatan dan vahhhh, jadi surirumah, jaga anak, dan... bisnes.

Tiba-tiba je now aku kat office. Dah bakpenya aku duduk kat office ni menengok laptop ni?

Dah cancel ambil Degree in Housewifing?

Actually it is not. Degree in Housewifing still cita-cita aku. Ahh sebenarnya aku nak terjun masuk bisnes. Dulu, dulu lah, bisnes laaa benda paling aku benci. Hari usahawan kat sekolah tu, aku lah orang paling last nak bagi idea. Tup tup tetibe jek sekarang aku nak bisnes?

Husband aku yang banyak bagi galakkan. Eh, ke ejanya galakan? Fail BM! Sebab, aku tak sihat. Selalu pergi hospital. Lepas tu aku jenis tak boleh tengok anak aku sakit, aku yang terlebih meroyan. Ahh bukan aku je. Mana-mana mak pun sama. Tapi aku kes sampai tak boleh buat kerja kat office kalau anak aku sakit. Dan aku nak cuti balik rumah jaga anak aku.

Aku tak tahu lah orang lain macam mana.

Tempat kerja lama aku tu tak boleh nak tolerate dengan hal-hal macam ni. Yelah, aku masuk kerja pun betul-betul lepas pantang. Anak masih baby, letak kat nurseri, macam-macam jadi. Demam batuk selsema, masuk wad semua lah! Sepanjang 7 bulan aku kerja kat previous company tu, tiap bulan anak aku demam, hampir tiap hari batuk selsema, dua kali masuk wad. Dan gila tak gila, masa Fateh dalam wad, aku-pergi-kerja-dari-hospital-hoi! Encik Tuan yang jaga Fateh. Hospital jadi rumah aku masa tu. Aku bersiap kat hospital, dan zazzzz pergi kerja, dari hospital. Sampai nurse tegur, "pergi kerja ye, kak?" Aku tak boleh terima keadaan macam ni.

Itu pun boss kata aku macam-macam. Attitude tak bagus katanya. Asyik cuti. Siap tanya, "mak Nadia tak boleh tolong jaga Fateh ke? Akak dulu masa anak akak sakit, mak mertua akak yang jaga. Tak pun husband akak..."

Ek? Tu anak aku. Takkan masa dia sakit mak aku yang jaga. Oihhh, beranak pandai, jaga tak pandai? Dan, sorry to say, apa jenis mak, apa jenis isteri, yang suruh suami yang jaga anak? Dan-kau-pergi-kerja? Siapa yang patut cari nafkah sekarang?

Kalau bergilir tu aku boleh terima lagi.

Aku stress.

Jiwa kacau aku duduk kat sana.

"Work performance Nadia memang tip top. Cuma akak tak boleh terima Nadia selalu cuti..."

Entahlah. As a boss, aku rasa dia should tolong staff dia overcome masalah. Bukan menambah masalah. Aku dah minta laptop untuk aku buat kerja dari rumah tapi dia tak bagi. Katanya, "tak apa.. ok je.. Nadia jaga lah Fateh dulu.."

Tapi belakang-belakang tetiba nak fired aku.

Ingat aku tak tau?

Dah lah, tetiba aku ngumpat pepagi jumaat yang barakah ni.

Tak pasal-pasal.

Aku sebenarnya tengah polish skill kurang skema aku.

So, aku mulakan dari blog.

Dan aku rasa aku dah lari tajuk. Eh, ke tak?


Salam sayang,
Nadia

p/s: jemput like page aku kat FB, Kedai Nadim
      akuu jual kain cotton rege RM49. serius tak tipu.





09 September 2012

"Kenapa Orang Asyik Cium Bontot Awak?"

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

berdasarkan tajuk, ye, saya pun tak faham kenapa.

saya dah ada beberapa kenangan buruk dengan kereta 4 kali dengan kancil, sekali dengan cik saga tu.

Kejadian 1 : saya langgar orang. entri ini dan ini

Kejadian 2 : kereta mati di tengah highway. entri ini

Kejadian 3 : kereta masuk longkang. entri ini

Kejadian 4 : kancil dilanggar persona. entri ini dan ini

Kejadian 5 : saga dilanggar lagenda, sungguh tak legend! entri sedang ditaip. sila scroll ke bawah untuk baca.



di satu pagi yang hening, ahhh straight to the point.

saya mengajar di shah alam pada hari tersebut, 4 September 2012. saya drive saga enchik suami bersama assistant saya di sebelah, niza. lumrah jalan di KL, pukul 7 pagi pun dah jam. masa tu lebih kurang jam 7.20 pagi. baru sahaja 2-3 kilometer dari rumah, di Jalan Loke Yew, sedang saya bersembang dengan niza dan mengekori perlahan kereta hadapan (tak sampai 5km/j kot!) tiba-tiba..


"gedegang!"

entah, begitu kot bunyi nya?

saya pandang rear mirror, niza terus pandang belakang. muka seorang lelaki 'terlekat' di cermin belakang kereta saya.

saya berhentikan kereta di tepi, bagi hazard signal dan kami turun.

orang ramai cuba bantu lelaki tu berdiri. ada 2,3 orang pandang saya dengan muka tak puas hati. siap jeling dan muka macam marah.

eh, salah aku ke?

"macam mana boleh langgar ni?" itu soalan pertama keluar dari mulut saya. nada rendah, tak menengking.

"brek tak makan. sorry kak, sorry..." lelaki tu berkemeja, pink. memang on the way nak pergi kerja ni.

"so, macam mana ni? bumper kereta saya terbelah tu."

"maaf, kak. saya tak sengaja. sorry..."

"macam ni lah, awak bagi phone number awak. tengok nanti kita settle macam mana. duk tengah-tengah jalan ni menambah jam jalan ni aje."

dia bagi nombor telefon dan nama, saya catat nombor plat motor dia.

bibir lelaki tu berdarah. rangka depan motor dia bengkok.

"awak ok tak ni? nak saya hantar ke hospital tak?"

"eh, takpe kak. saya ok lagi ni."

"betul ni?"

"betul.. maaf kak. maaf.."

saya dan niza masuk semula dalam kereta. saya perlu alihkan kereta segera. jalan yang dah sedia jam akan tambah jam. buat kena kutuk aje nanti.

tapi dari rear mirror saya nampak lelaki tu macam tak boleh jalan. hati saya sangat risau. saya turun semula.

"awak ok tak ni? saya hantar ke hospital lah, ok?"

"takpe kak. sikit aje ni. takpe takpe."

"betul ni?"

"betul kak. takpe.."

saya masuk semula ke dalam kereta. teruskan perjalanan, mencari tempat selamat untuk call orang-orang yang sepatutnya. suami, boss, dan pengurus projek.

nampaknya tak ada orang yang boleh mengganti saya untuk mengajar di shah alam pagi tu. saya patah balik ke rumah dan park kereta. kami ke shah alam dengan kereta niza.

kami tak ada lah lewat sangat sampai di shah alam. hanya lewat 10 minit. saya masih sempat mengajar walaupun hati dug dag dug dag masa tu. sambil tu saya cuba call lelaki tadi. risau juga kalau dia menipu.

dia minta supaya saya tak buat report. dia akan bayar.

"boleh ke nak bayar bumper kereta saya? at least RM500 tu."

"RM500 ke, kak?"

"yelah. kalau boleh, tak apalah. kalau tak, saya akan buat report."

"ok, saya bayar."

pada mulanya dia minta kurang.

"saya bayar RM300 aje boleh tak, kak?"

"habis tu macam mana saya nak repair bumper kereta saya? kalau macam tu kita buat report aje lah, ye? boleh insurans cover.."

"janganlah, kak. kalau RM400, ok?"

"kalau harga repair lebih dari RM400 macam mana?"

"ok, saya bagi RM500.."

petang tu dia bank-in RM500 dalam bank saya.

mujur dia tak menipu. lega.











saya belum hantar kereta ni ke proton lagi. appointment esok. so, tunggulah 3,4 hari duk dalam wad, ye?

sehingga hari ini, saya hanya 'melekatkan' tempat rekahan tu dengan celotape.

tak sempat snap gambar. dah snap nanti saya tunjuk.

ada lah hikmahnya..


patut ada label 'accident' dalam blog ni. patut ke?


-_-"



10 August 2012

Adopted Children

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

korang-korang semua dah tengok iklan ni?


first tengok, tangisan berjurai-jurai. cuba sedaya-upaya nak tahan. tapi tak boleh tahan. biarlah kat office pun, peduli.

second time tengok, masih menangis.

dah cukup. tak mahu tengok dah.

nanti menangis lagi.

hati jadi sayu. barulah terasa perasaan kanak-kanak macam ni.

kemudian ternampak berita tentang anak-anak yatim yang ditinggalkan di surau di area puchong.

terus call encik suami.

"jom pergi puchong."

"buat apa?"

"ada anak-anak yatim kena tinggal. kesian, bang. ada 18 orang.."

"ramainya! tapi apa yang kita boleh buat dengan budak-budak tu?"

diam. "emm, nak ambil anak angkat pun, nampaknya budak-budak tu macam dah besar-besar. kalau nak ambil anak angkat, biarlah boleh disusukan."

"sayang, kita baru 3 bulan kahwin. sabar, ye?"

diam lagi. saya teringin sangat nak jaga mereka.

bukan sebab saya belum mengandung lagi maka saya nak ambil anak angkat. tak. tak. tapi sebab hati saya tersentuh sangat. siapa nak jaga budak-budak tu? apa nasib diorang? kalau diorang tak dapat pendidikan yang baik, apa akan jadi dengan diorang nanti?

tapi saya pun bukanlah di tahap golongan yang berada yang mampu nak sediakan kemudahan untuk budak-budak tu.

suami kata lagi, "kita nak bagi makan apa, yang.. budak seramai tu. makan kita pun cukup-cukup bulan-bulan.."

saya sedih. saya nak tolong. tapi tak tahu cara. tak terfikir cara. saya hanya mampu berdoa. lemahnya saya!

bila sembang dengan rakan sepejabat, "jom lah kita buka tadika. atau nurseri. atau apa sahaja yang seangkatan. boleh jaga budak-budak tu."

"nak jaga seramai tu masih perlukan kos. makan minum sekolah."

kami diam. kenapa kami rasa terhalang di situ?

macam mana saya nak tolong mereka?


T____T



07 June 2012

Bil Elektrik Pertama dan Pertama Kali Bergelap

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

beberapa hari lepas, kami dapat surat merah. merah maknanya warning. kesian warna merah. diskriminasi warna. asal warna merah je, orang takut dah.

surat merah dari TNB. rumah yang kami sewa tu ada tunggakkan bil elektrik. dah dua bulan penyewa sebelum kami tak bayar bil elektrik.

kami dah beritahu tuan rumah pada hari surat merah tu sampai. dia kata, "ok, ok. nanti saya settle."

ok. kami pun tak ada lah nak check ke apa ke.

lepas tu malam tadi, sampai aje kat rumah, kami dapat surat kuning. dilekatkan depan pintu rumah.

ok, warning pemotongan.

masuk aje rumah, encik suami on suis lampu dan kipas, dan ya. elektrik dah kena potong.

saya selongkar surat-surat yang sampai ke rumah, jumpa bil elektrik.

wow, tunggakan RM3++.++

kami call tuan rumah, tak angkat. logik kot sebab dah pukul 11.30 malam. saya hantar mesej, tak reply. tak apalah, esok call lagi.

malam tu kami bergelap. nasib baik dah dinner kat rumah ibu. kalau tak, ada yang memasak dalam gelap nanti.

pagi tadi encik suami try call tuan rumah lagi. mula-mula tak angkat dan tak angkat. lepas tu terus tak dapat. aik? kami dah pelik. dia off phone ke?

encik suami dah menyirap. try call lagi. still suara perempuan tu, "please try later.."

sampai kat office, saya pula try call lagi. still phone off. encik suami decide untuk bayar full bil elektrik. tapi sewa rumah bulan depan kita potong. tak payah bayar full.

dalam pukul 10 pagi, saya try call lagi. ya, akhirnya dapat. saya kata, saya akan bayar full bil elektrik, tapi sewa rumah bulan depan (Julai), saya hanya bayar potong harga tunggakkan bil elektrik yang saya tak guna pun tu (tunggakkan mac dan april. saya masuk rumah bulan mei).

dia kata, "ok"

"saya rekod panggilan ni. kalau u tuntut sewa rumah full bulan depan, saya ada bukti."

"ok lorr, saya tak tipu maa"

serius saya rekod panggilan.

saya ke TNB Taman Melawati untuk settle payment bill. then call TNB Klang Lama untuk pasang semula elektrik di rumah saya. ibu mertuaku akan sampai ke rumah malam nanti, mana boleh tak ada elektrik, kan?


hai lah. bahaya juga macam ni. bila lah nak beli rumah sendiri ni?

rumah mahal sangat T___T


haih...


Tak Baik Mengeluh,
Puan Nadia Havez