Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Job. Show all posts
Showing posts with label Job. Show all posts

05 March 2011

Assalamualaikum, Cikgu Nadia!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hahahahahaha... what a sweeettttt moment ever! akhirnya, cita-cita nak jadi seorang guru, tercapai juga.

alhamdulillah...

semua ni kebetulan. kebetulan bila ditawarkan oleh seorang kakak yang ternampak i mengajar anaknya subjek matematik di suatu hari. chewah, cikgu buat ayat macam karangan.

habis je usrah malam tu, along tanya,
"nadia minat tak nak mengajar? boleh ajar bushra dengan barrak subjek matematik?"

aaa? i ternganga sekejap.
"nadia memang minat mengajar pun." i tak tau macam mana nak sorok mata shining-shining.

"lah, ye ke. abis tu kenapa tak jadi cikgu?"

"dah rezeki kat sini. redha aje. tapi perasaan nak jadi cikgu tu membuak-buak. cuma belum ada kesempatan."

"macam tu, along nak minta tolong ajar bushra dengan barrak, boleh tak?"

"memang nadia suka sangatlah macam tu!"

terus i terima offer kakak tu. seminggu sekali, i akan datang rumah, mengajar subjek matematik. untuk student darjah 5 dan darjah 3.

dan semalam, hari pertama mengajar.

balik kerja, mandi dan bersiap nak pergi mengajar. fuh, semangat cikgu ni! err, kenapa mesti state kan 'mandi' kat situ? hahah~

home tuition start at 8pm. sampai je rumah along, bushra dah duduk kat meja, sambil mengadap buku latihan matematik. memang menanti kedatangan cikgu.

"cikgu!" dia jerit bila nampak i masuk rumah.

alamak, i dah rasa macam berbunga-bunga. aih, cikgu?

i start mengajar bushra. barrak tak ada. ke mana entah.

dalam seronok-seronok dan berkobar-kobar nak mengajar tu, mesti ada cabaran punya...


cabaran pertama.
barrak masuk rumah. along suruh dia duduk dengan i. belajar. tapi barrak tak mahu. ayat yang buat i tersentak,
"tak mau! cikgu tu pandai ke mengajar? mesti dia mengajar macam budak darjah satu. tak mahu!"
i dah start tercabar di situ. nampaknya untuk barrak ni i kena guna pendekatan berbeza. dia nakal dan bijak.
tapi lepas kena marah dengan umi dia, dia bawa buku matematik datang depan i. i suruh dia duduk.

i nak tahu tahap mana kepandaian barrak supaya senang i create cara terbaik untuk mengajar dia. i letak few questions untuk dia jawab. sementara barrak menjawab, i mengajar bushra. topik 'fraction'.
selama ni time usrah, tiap-tiap soalan matematik tu, bushra minta i ajarkan. so semalam, i ajar bushra konsep asas supaya bagilah apa jenis soalan pun, dia boleh jawab dengan mudah.
lepas ajar konsep, i try bagi various type of questions, and alhamdulillah, bushra dapat jawab semua dengan baik tanpa perlu bertanya macam mana nak buat every question.

now masa untuk i tengok barrak. semua soalan dia jawab salah. i tak marah. tapi i dapat rasa dia saja-saja buat salah. i try bagi soalan level intermediate. ok, semua betul. i try bagi lagi sekali high level questions. ok, betul semua. lepas tu dia gelak.
yes, i kena uji dengan budak ni. sebelum i uji dia, dia uji i dulu. takpe. i bagi bertubi-tubi soalan kat dia. semua dia boleh. kecuali, yang melibatkan problem solving.


cabaran kedua
dah nama pun home tuition, student pun dua orang je, mestilah sepenuh perhatian dan jiwa raga i selama dua jam tu untuk diorang je.
niat i nak bagi diorang betul-betul faham, bukan sekadar untuk exam. sebab matematik sangat berguna untuk hidup.
sangat mencabar bila i kena membezakan cara mengajar untuk dua orang ni yang mempunyai perangai yang bezanya macam langit dan bumi. bushra jenis sangat excited dan berminat dan suka belajar sampai kata, "ala, dah habis kelas ke cikgu?"
barrak jenis main-main sampai i pun kena ikut dia bermain. hahahah...
macam mana i nak bermain sambil serius mengajar? tapi seronok. i wonder macam mana seorang cikgu handle the whole class while i hanya handle dua orang student.


apa pun cabaran, i bersyukur sangat dapat peluang mengajar mereka berdua. pendapatan sampingan untuk i. alhamdulillah.

selalunya i bahasakan diri i, "makcik nadia" yelah, sebab umi diorang i panggil along. kadang-kadang tersasul bahasakan diri jadi 'kakak'. tapi bushra tegur, "bukan acik lah, cikgu!"

bahagia bila barrak sekejap-sekejap sapa, "cikgu, yang ni betul kan?"

bahagia lagi bila bushra pandang mata, "cikgu, tak faham..." *i suka sebab dia terus-terang kalau tak faham. takdelah menganggukkkk je kerja..*

bahagia bila bushra siap highlight dekat note dia, "cikgu kata kena ingat!" sangat comel kan student i?

bahagia bila barrak buat request, "cikgu janji kelas hari jumaat aje tau! janji! barrak tak mau hari sabtu ahad..."

haih~ bahagianya menjadi seorang guru... walaupun hanya home tuition...


agak-agak, i dapat tak hadiah masa teacher's day nanti? hahahaha~!

semoga i mampu laksanakan amanah ni dengan baik...


^_^ masa mengajar tu, barrak ada sekali kena cubit dengan i. sambil tu i terfikir, nanti anak-anak i pun mesti banyak kali kena cubit dengan i kan? cikgu garang...

29 July 2010

Semua orang ada masalah..



Bismillahirrahmanirrahim~

semua orang ada masalah kan. tinggal kita pandai tak pandai je nak kontrol diri kita dari masalah tu.

hahahah. tapi apa yang i nak ceritakan kejap lagi, bukan masalah besar pun.

masalah, kereta i. si kancil tu masuk longkang.

hahah. gelak jom. macam i ni baru 3bulan dapat lesen kan, padahal dah 5tahun. wah. baru sedar. dah lama rupanya reti memandu. maknanya dah agak lama hidup lah ye? tapi apa ke hal nya masuk longkang lagi?

hahahaha. i pun tak tahan nak tergelak.

lebih kurang jam 8.15pagi, start enjin kereta, nak pergi kerja. dah buka tingkap (takmo pasang aircond dulu), dah on radio. dah baca doa.

lepas panaskan enijn kereta dalam 3-4 minit. i pun memulakan perjalanan. ceh. macam nak jalan jauh kan.

lorong rumah i tu sangatlah sempit, dengan kereta parking kiri kanan jalan. then ada kereta dari arah bertentangan nak lalu. so i reverse sikit ke belakang. reverse rapat dengan tembok rumah jiran i.

oo0ps!

rilex, belum masuk longkang lagi.

i dah bagi ruang yang boleh lalu dah untuk myvi (kereta yang nak lalu tu myvi). tapi pakcik tu macam teragak-agak nak lalu.

i pun, jalan stret je la ke depan. sebab kereta berselisih kan. tup tup...



splash.

tayar kereta depan belah kiri masuk longkang.

hahah.

pastu ade pulak batang paip kat situ.

so kereta i tersangkut, tak boleh reverse.

shengall~

pakcik tu stopkan kereta dia kejap. i turun, dia pun turun. yang i tak puas hatinya, dia pulak sound i,
"kenapa awak tak reverse je sampai belakang?"

oh, i sound balik,
"pakcik, belakang tu lagi sempit, takkan saya nak reverse sampai belakang. ruang ni dah muat-muat untuk pakcik. pakcik yang teragak-agak."

i macam nak tambah je lagi, "lagipun kereta saya yang masuk longkang, bukan kereta pakcik. nak bising apa hal? patutnya sayalah yang bising sebab pakcik lagi boleh reverse, ruang belakang pakcik tu lagi luas dari ruang belakang saya." tapi i malas nak spoil mood pergi kerja pagi-pagi.

i call daddy co0L.

"ayah turun jap. kereta nadia masuk longkang."

hahahah.

pastu pakcik tu blah kan. shengall tak? macam shengal je kan tinggalkan anak dara pagi yang hening tu, dengan tayar kereta dalam longkang.

sesampai daddy cool, beliau menyuruh i reverse, dan dia angkat kereta i.

tuan tuan dan puan puan,

iye, daddy cool angkat kereta i keluar dari longkang.

hebat tak hebat?

he is my hero!

^_^

21 June 2010

Fakta atau Auta?

Bismillahirrahmanirrahim~

ni ada sahabat yang bernama kiddy akidah bagi tag. masalahnya dasat tol itu tag. lagi hebat dari mijie.. ni mintak 30 fakta tentang diri i. aduss! cik akid oiii.. nak seksa akak ker nih? haha takpela, akak buat juga. demi akid! sila bangga. :D

harap takde redundant data ngan tag dari mijie hari tu. yang nak 23 fakta tu. ni i bagi 30. hah, amik kau.

1. baru balik pusat perubatan UKM (PPUKM) pagi tadi

2. prof dato' dr. lokman kata tadi telinga i dah sihat

3. i dah 4kali kena operate

4. lebih separuh dari hidup i memang ulang alik ke PPUKM, since umur 11tahun

5. 1st operation masa umur 7tahun

6. sekarang tengah addicted dengan lagu maher zain

7. 1st time dengar lagu maher zain kat blog cik risha

8. 1st time naik flight masa pergi sabah sesama sahabat MPP bulan februari 2009

9. 1st time gi europe pun masa dengan MPP 08/09, akhir november 2009

10. 1st time sambut raya di perantauan pun masa kat europe tu. chait! perantauan la sangat. setakat seminggu je pergi sana. weh, tapi syahdu weyh! kami takbir malam raya tu. dan pagi tu, sepanjang perjalanan ke stesen eurostar pun kami takbir, tahmid memuji Allah. sesungguhnya banyak pelajaran yang kami dapat dengan lawatan ke bumi eropah

11. 1st time raya makan megi, masa kat europe tu gak. mana nak carik lembu korban masa tu! oh, lupa nak bagi tau. masa tu raya aidiladha. thee~

12. bakal dapat 1st gaji tak lama lagi. oops!

13. setiap sorang adik-adik i pernah rasa penampar. hot mummy and daddy cooL pun tak pernah tampar diorang. errk~

14. 1st kereta yang dibeli sendiri adalah my baby mucuk-mucuk si kancil tu.

15. 1st handphone yang dibeli dengan duit sendiri, Sony Anak Eric W680i. eh, ni ke model dia? haha.

16. 1st kerja, kat karangkraf. jadi typist. hehe

17. mula dulu ego tak mau bukak akaun mukabuku. tapi akhirnya termakan pujukan kak wani. heshh~! kepada mereka di luar sana. hati-hati dengan hasutan kak wani. faham!

18. buat blog ni lepas dihasut wani, bukan kak wani. heh! apsal orang-orang dalam dunia ni yang berjaya hasut aku semua nama wani?

19. 1st time tengok wayang, dengan family. cerita sate. haha. korang tau tak cerita tu? i tak ingatlah umur berapa time tu. -_-" gi la google cerita tu keluar tahun berapa.

20. ayat favourite untuk my sisters, "kenapalah aku ada adik-adik macam korang?".. dan dua-dua akan memberi jawapan yang berbeza. si engineer tupperware, "kenapalah ira ada kakak macam kaklong?" manakala si bakal doktor sakit puan akan jawab, "sebab eno ada kakak macam kaklong!" haha. ngeng! oh, untuk yang tak tahu, i ada 2 orang adik perempuan.

21. lepas je post entri yang bawah ni, alaa, awak orang sepanyol (part 2) tu, ramai pula LELAKI yang mesej @ ym @ bagi respon, "aku nak sepupu kau!". maaflah, yang dua orang teratas tu dah nak kahwin this october. sorry.

22. 2nd time tengok drama Nur Kasih pun masih boleh menangis. oh tiz zaqyah. kau memang pandai berlakon! plus salute lah dengan orang-orang yang bekerja untuk drama tu!

23. tahun ni umur da genap 23 tahun

24. bercita-cita nak beli rumah lagi 2tahun. hah! amiin. u olls~ rajen-rajenla kelik nuffnang tu. cepat sikit i boleh beli rumah untuk parents i. haha.

25. pernah bercita-cita, kalau tak banyak duit nak honeymoon jejauh, kat kundasang, sabah pun jadik laaa.. bes!

26. ade lagi 4 ye? urmm~ 1st laptop, yang i guna sekarang ni jugak. dah 4tahun. masa beli tu harga RM2999. ngeng!

27. ada 2filem yang i tengok 2kali kat panggung setakat ni. pisau cukur and how to train your dragon

28. pernah marathon 3filem. third film tu dah tertidur. haha. sangat bazir.

29. ada koleksi semua novel tulisan ramlee awang murshid. sampai latest ni, cinta sufi

30. lastly, nak hantaran kahwin berupa pakej haji + umrah + ziarah timur tengah + al-Quran bertulis tangan bakal suami sendiri. boleh tak agak-agak? ngeng! aduhai!


paling tak boleh blah yang last tu. haha. weng weng la nih. ok la. esok i nak sambung weng weng dengan projek kat office tu. haha.

dengan ini, aku nak tag

mijie

lady dyana

kak merr (lama dah tak tengok akak online)

haha..

jom tidur, esok kerja

(^_^)

27 May 2010

Di suatu petang yang indah...

Bismillahirrahmanirrahim~

sedang duduk melayan blog si zack dan telinga dipasang telinga arnab, eh, disumbat dengan lagu Maher Zain, tiba-tiba bunyi suara Luna Maya yang mendendangkan lagu 'Suara' bergema di ruang tamu sebuah rumah kecil di tengah Bandaraya Kuala Lumpur *amacam, mantap tak explanation? kasi u olls~ pening sikit tengahari buta ni.. ihih!*.

lantas telefon bimbit jenis Sony Anak Erics model W880i dicapai. melihat nombor telefon yang tertera di skrin kecil itu, sudah boleh diagak pemanggilnya.

"cik nadia ye? roslan bercakap."

"ye, saya nadia."

blablabla

kesimpulannya, aku dapat kerja.. di taman melawati, sangat dekat dengan rumah. sebagai trainee executive untuk 6bulan, then baru jadi executive.. thee~ ok, tak?

urrmmm~ kalau ada orang calling for interview lagi, macam mana eh?


(-_-") bersyukur dengan apa yang ada... aku tak mau yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. memanglah orang kata, tak salah untuk mencari tempat yang lebih baik. tapi dengan 0 experience yang aku ada, aku tak rasa aku perlu melompat-lompat ke satu tempat ke tempat lain buat masa ni, kan? kan? satu kerja apa pun belum start lagi.. kan..

what do you guys think?

i do really need opinion.. :)

20 May 2010

Ko tu budak degree!



Bismillahirrahmanirrahim~

kisah ni jadik masa i kerja part time waktu cuti-cuti malaysia.. eh, cuti-cuti semester. on that time, i dengan adik i jadik part timer kat Banquet, Hotel Renaissance KL. bekerja dengan staf-staf banquet ni, maksudnya kita akan bergaul mesra dengan mereka dari pelbagai golongan, latar belakang pendidikan, juga pelbagai negara.

masa tu i baru lepas habis tahun pertama di UTM. nak masuk tahun dua lah kiranya. masa kejadian, waktu ala-ala nak dekat pukul 3petang. masa tu i dengan few banquet team kena handle satu hi-tea nih.

buat kerja biasa banquet, lepas orang habis tea-time yang style buffet punye, we olls kena 'clear'kan la tray yang dah penuh dengan saucer and cup yang dah digunakan. i, baru kerja situ dalam seminggu masa tu. i nak angkat tray yang berbentuk bulat plus penuh dengan pinggan mangkuk yang berat tu memang kurang terlarat la.

i try untuk angkat, tapi takleh angkat gak. memang hampa gilerr rr...

tetiba sorang banquet team ni, tolak i ke tepi and sambil angkat tray she said *she?? OMG, she is she, but her appearance like 'he'!*,
"nama je budak universiti, tapi kerja macam ni pun tak boleh buat!"
she was shouting in front lots of people there.

i terdiam gilerr. that boy, eh, girl, terus angkut tray tu masuk tempat cleaning. hoh, apa kena mengena i masuk universiti dengan angkat tray tu? tiap orang ada kekuatan yang berbeza kan? lain lah u, u dah bertahun kerja banquet, siap dah ada muscle-muscle kat tangan even you are a girl.

kan...

urmmm.. i tak de nak pandang rendah kat dia even dia lepasan SPM. at least dia tak melangok duk rumah, at least dia bekerja. tapi tak perlu kot nak herdik orang sampai macam tu kan.


tempat kerja dulu...


moral of the story, tak kiralah siapa pun kita, jangan ingat diri kita besar sangat. dan jangan pula terlalu merendah diri. sederhana tu baguskan...

pesanan untuk diri sendiri juga...


07 May 2010

Career Fair at KLCC

jom jom jom...

career fair kat Kuala Lumpur Convention Centre (Hall 3-5)

10am-7pm

banyak job related to admin, marketing, IT, finance and engineering of course.

training centre pun banyak.

jom3~

jangan lupa bawak hard copy n softcopy resume ya~!