Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

09 September 2015

Student's Life

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Petang ni rasa macam nak tulis random. Tak tau hala tuju. Maka korang layankan aje lah ye.

Aku tak tahu kenapa aku ni kadang-kadang jadi tempat meluahkan perasaan kawan-kawan. Yang stress dengan kerja, yang stress dengan family, yang stress dengan kereta, yang stress dengan.. hurmm maciam-maciam jenis stress.

Tu lah kadang-kadang aku terasa macam, betul ke aku ni dalam bidang ni? Betul ke course yang aku pilih sebenarnya ni? Ke sepatutnya aku ambil course psikologi masa degree dulu? Atau sepatutnya aku ambil Pendidikan Awal Kanak-kanak? Hakikatnya aku ni seorang yang kurang sabar kang aku bantai anak orang kang tak pasal-pasal jadi viral dalam facebook.

Haa aku dah jumpa topik apa aku nak taip ni.

Budak-budak U baru masuk sem kan? Korang dapat masuk course apa itewww? Haaa suke ke idok course tu?

Hah, meh sini hakak nak cerita sikit ni.

Aku dulu ambil course remote sensing. Macam mana tah boleh terambil course tu lain kali aku cerita. Kat sini aku nak pendekkan skrip cerita.

Bila grad, aku duk fikir, apa lah aku nak kerja ni nanti. Frankly speaking, aku tak apply LANGSUNG kerja yang ada scope remote sensing atau yang seangkatan dengannya. Aku banyak apply management (konfiden kena tinggi katanya).

Entah, aku rasa memang aku tak minat langsung bidang aku ni. Tu pasal belajar pun memain (Sorry kawan-kawan 1 course!) Dan tu pasal aku banyak sibukkan diri dengan aktiviti tak berpekdah ada boyfriend contohnya hahahaha tak tak tak aktiviti U maksud aku, berpekdah la tu. Tolong jangan contohi aktiviti tak berpekdah yang pertama tu ye.

Maka, dipendekkan lagi cerita, dah mungkin tertulis jodoh aku, aku pun ter'dapat' lah kerja kat company yang memang bidang aku ni. Dan terdapat pula suami kat situ eh eh lagi.

Perancangan Allah, tak siapa tahu. Semakin jauh aku nak lari dari bidang ni, semakin bertubi-tubi pula kerja yang aku dapat dalam bidang remote sensing/GIS ni. Dari tak minat langsung, kepada, hurmm sekarang pun bukan minat sangat tapi aku ni jenis seronok dan suka cuba benda baru. Dah 5 tahun dah pun aku bergelumang dengan remote sensing/GIS ni. Nak berhenti rasa sayang pulak.

Jadi sebenarnya apa point yang aku nak cakap ni?

Yelah, tak semestinya course yang ko dapat tu, ko tak suka, makanya ko kena lari dari course tu. Tak tak. Boleh jadi ko terpaksa stick kat situ, melekat sampai bebila. Boleh jadi juga ko akan ke bidang lain, it is up to you.

Tak salah mencuba. Dan tak salah bersabar dan mencabar diri sendiri.

So, have fun with your university life! Jangan tension-tension sangat kang menyesal I tell you. Worklife dah tak boleh nak enjoy.

Tata!

31 May 2012

Sungguh Aku Tak Faham dengan PTPTN!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

huh, tak tau nak me'nada'kan entri ni dengan nada apa. sedih? gembira? menyampah? tah pape.

just look at this screen shot. emel ini bertarikh 18 November 2010. lebih kurang setahun setengah yang lepas.


siap kata TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN lagi tu. 

saya apply pertukaran sistem dari 3% ke 1% tu masa awal sistem tu diperkenalkan. kalau tak silap beberapa bulan lepas kerja around Julai 2010 ke Ogos 2010 camtu.

lepas tu dapat emel macam dalam screen shot tu pada 18 Nov 2012.

saya call PTPTN masa tu. dengan harapan permohonan tukar 3% ke 1% tu dipertimbangkan. tapi pihak PTPTN kata,

"maaf cik. permohonan cik tak dapat dipertimbangkan. sebab cik menukar penaja pada semester ketiga. cik dikira melanggar perjanjian dan cik tak boleh tukar ke sistem ujrah."

ok, fine. 

dah berhutang, kena lah bayar, kan? lagipun tanpa PTPTN, siapalah saya. *sarkastik*

saya pun malas lah nak buat rayuan ke hape ke sebab sepanjang belajar kat UTM dulu dan menjadi pembantu dalam urusan PTPTN mahasiswa baru, saya dah amat masak dengan perangai pihak PTPTN. muak dah nak call, muak nak merayu, nak bercakap pun muak. apa lagi sekarang ni tengah mual-mual mahu saya termuntah depan laptop ni. tiap-tiap tahun ada problem. lemas.

saya terus lupakan hasrat nak tukar ke sistem ujrah. lantaklah 3% pun 3% lah. ye, saya tahu tiap bulan bayar pun macam tak bayar. hutang yang RM10,500 tu tiba-tiba tengok penyata terakhir tahun 2011, 

RM11,+++

erk?

mana datang lagi RM1+++ tu? padahal tak pernah skip bayar tiap-tiap bulan since 2008 wooo. allocate sikit duit JPA semata-mata untuk bayar PTPTN.

entahlah. sampai pencen pun belum tentu habis bayar PTPTN. kalah bayar kereta & rumah.

lalu saya melupakan hasrat tukar ke sistem ujrah tu.

then tiba-tiba dapat emel ni pula. 19 Mei 2012... 2012 ok?




pulak? apa? berjaya ditawarkan?

ni kira kes penghargaan sebab akulah-pembayar-tegar-even-ko-taknak-bagi-aku-sistem-ujrah-tu-pun-aku-still-bayar-PTPTN-tiap-bulan?

ke?

ke sebab dah nak dekat pilihanraya?

ke memang sekarang semua dibagi sistem ujrah tapi saya yang tak update berita semasa?


selepas 2 tahun... dari saya cik, sekarang dah puan. *eh tiba tiba*


terima kasihlah PTPTN. saya tak tahulah kenapa tiba-tiba dulu kata TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sekarang tiba-tiba bagi surat tukar perjanjian ke sistem ujrah.


tak faham.




Yang Masih Setia Bayar PTPTN sampai sekarang,
Puan Nadia Havez

20 February 2011

Pilihanraya Kampus

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

i tak sure bila hari mengundi di UTM. esok kot kalau tak silap. sebab kat facebook dah kecoh kecoh. nampak sangat harinya akan tiba. tiba-tiba rasa macam rindu semua yang berlaku zaman pilihanraya. kena hentam lah dan macam-macam lagi. bila ingat-ingat balik, rasa kelakar. serius rindu. boleh tak i nak kata, rindu kena hentam? hahaha~ rindu kena provok. rindu main kejar-kejar. gantung poster sampai lewat malam, eh lewat pagi. sesiapa yang sentiasa ikut blog i sejak mula i've been blogging, mesti tau what happen to me, tahun lepas, dua tahun lepas. nak tahu, boleh tengok dekat archive. januari 2010, disember 2009... lebih kurang time tu lah~

tahun ni i tengok ada sesuatu yang menarik. sepanjang 4 tahun i di UTM, ni lah cara berkempen yang mampu buat i tergelak besar. biasanya, calon-calon akan join rapat umum, bentangkan manifesto masing-masing (sepanjang 2 kali bertanding, i tak pernah ada manifesto, serius~), bagi flyers, susun poster jadi nama sendiri besar-besar, tapi yang ni, memang lain sikit...


taraaa.. klik gambar kalau tak jelas. masa tengok-tengok facebook, ternampak gambar ni. nor hasrul akhmal. i kenal budak ni masa program apa ye, tak ingatlah. tahun lepas pun dia ada bertanding kalau tak silap. betulkan akak kalau tersilap ye hasrul. dan dia pun ada blog, ni blog dia. klik sini. tu gambar uncle taxi UTM.


i tak tau anak-anak siapa diorang minta tolong ni.


ni TGV jusco tebrau ni. tangga tu on the way nak naik masuk panggung. wahah~


ni uncle guard jusco~


alamak~ rindu nak makan pisang goreng dan keropok lekor sambil tengok pemandangan UTM petang-petang dari balai cerap!


all the best! satu cara berkempen yang sangat bagus. lain dari yang lain~

and all the best juga untuk semua calon yang bertanding pilihanraya kali ni. kalau engineer tupperware dibenarkan bertanding, i minta dia bertanding juga tapi sebab dia PALAPES LAUT, so dia tak dibenarkan bertanding. berada dalam MPP (atau sekarang dipanggil MPM) adalah pengalaman yang sangat menarik sebab macam-macam jenis orang kita akan jumpa. dari yang benar-benar jujur ikhlas sampai ke mulut manis semanis tebu dan muka baik hati plastik. tinggal kita pandai tak pandai nak berhadapan dengan orang-orang yang suka berpura-pura...

good luck! bertanding elok-elok. tak perlu nak hentam orang. tapi promotelah diri sendiri ya. menjadi MPP bukan kebanggaan tapi amanah yang sangat besar yang perlu dipikul. takziah...

04 October 2010

Mari Tengok


:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

mari tengok



















love them

muah muah muah

28 September 2010

Saya Kini Pemegang Ijazah Sarjana Muda

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

seronok! happy! gembira!!! ah. u olls~ tengok tanda-tanda seru tu aje u olls~ dah boleh bayangkan betapa seronok dan happynya my weekend. kan kan kan.

kalau u olls~ orang skudai, mesti u olls~ tau 25-29 September 2010 ada Majlis Konvokesyen kat UTM. eheh. i la tu salah sorang graduannya. oh oh. orang lain pun konvo jugak. hahaha~


Jumaat 24 Sept 2010

bertolak dari KL on friday morning, 24 Sept 2010. drive sendiri. eno wutta wutta and cik yan jadi peneman. satu rekod driving KL-JB, dalam masa 3 jam dah sampai, non-stop. ni rekod peribadi. takyah la u olls~ nak banding dengan u olls~ huhuhu~ i ni biasanya tak boleh tahan driving more than 2 hours. nampaknya penyakit tulang belakang ni dah makin sembuh kot. kalau tak, lepas 2 hours driving je, mulalah sengal-sengal badan dan teramatlah letih.

lagi satu rekod, sampai je UTM, tak terus check-in kat 'Shahira Havez's Inn'. boleh pula lepak tapak Pesta Konvo. siap beramah-tamah dengan AJK Pesta Konvo 45 *sambil tuntut berjambak-jambak bunga siap ugut nak potong elaun u guys bahah~ kejam punya senior*. u guys did well in this convo fiest. cuma, maybe publisiti luar kurang sikit kot.

lepas melepas kerinduan dengan AJK konvo, mari lepaskan kerinduan kepada pejabat MPM *dulu MPP*. oh, sangat membuat kecoh di sana. sampai ada MPM kata, "ada anak-anak Havez dalam ni, mesti ofis bising" eheh. abis tu u guys semua muka tension + ketat.

lepak bilik kak bihah. sekaligus mengimbau perasaan buat bilik kak bihah macam bilik sendiri termasuk ambil t-shirt dia lepas mandi di bilik air dia yang dibuat macam bilik air sendiri juga.

lepas maghrib, dinner date dengan remote sensing girls yang dah ada kat JB. ayam penyet. rindu! oh, masa ni yana membuat mata i shining-shining lepas bagi Scholar's Inn yang dia tempah, untuk i. sebab parents dia tak jadi stay. memang rezeki yang sangat-sangat-sangat. happy!

then lepas makan, jalan-jalan di tapak konvo dengan those girls. perasan tak, i masih belum rehat lepas driving jauh sampai saat ni.

around 11.30pm, akhirnya terasa letih. baru ambil kunci untuk check-in kat 'Shahira Havez's Inn' a.k.a bilik si engineer tupperware tu. letak je kepala, terus hanyut. memang letih.


Sabtu 25 Sept 2010

breakfast date! tak pernah-pernah ada istilah ni dalam hidup. hahah. ye ye. kena amik breakfast sebab nak derma darah. derma darah? oh, saya takut jarum. eh, tu iklan. saya tak takut jarum :P

first time ever derma darah. dari duluuuuu lagi teringin nak derma darah tapi ada aje halangannya. tengah period la, hemoglobin tak cukuplah, paling tak suka, tiap kali nak derma darah je, demam. menci betul. tu yang a week before balik JB ni memang jaga kesihatan tip top. niat nak derma darah akhirnya tercapai! yea! saya dah ada buku blood donor selain kad confirmation as organ donor :) i tau la u olls~ dah lama jadi blood donor. biarlah i nak excited ni. :D

orang kata, lepas derma darah, kita akan rasa pening-pening dan macam nak pengsan. si hazman siap cakap, "kalau akak pengsan, saya gelakkan akak". jahat~ tapi alhamdulillah, lepas duduk few minutes, i ok je. siap boleh berpanas pusing lagi tapak konvo sampai 2.30 petang. so anda semua, janganlah takut nak derma darah ye. seronok tau!

masa pusing-pusing, singgah pertandingan masakan kat tapak tu. 1 of the participant suruh i rasa masakan tu. i rasa macam pahit. tapi orang lain tak rasa pahit pun. oh, nizam kata tu kesan lepas derma darah mungkin.

lepas tengahari tu dah start rasa letih dan tekak loya. ok, i perlu pulang ke Shahira Havez's Inn. dan tidur sampai asar dah nak habis. memang betul letih.

dinner date makan roti naan, lepas tu pun tidur lagi. ya, ni baru betul kesan derma darah, tak boleh nak bangun. mata pejam. tapi i suka sebab dapat derma darah ^_^


Ahad 26 September 2010

breakfast date dengan eno wutta wutta je pagi ni. macam banyak benda nak settle kan. tudung untuk baju konvo tak ada lagi. rasa macam nak cari kat tapak konvo. nak cari bunga untuk orang yang konvo lagi. pusing cari lili putih. tak ada. heh, selain sakura, i sangat suka lili putih, tapi tak ada pulak. tak putus asa, cari lagi. siap pesan kat penggerai.

ibu ayah sampai waktu tengahari. terus kami check-in Scholars Inn. cantik. ibu ayah puas hati. i suka lagi!

dapat call dari my junior, "kak, rezeki akak. kami dapat sejambak lili. tapi bukan putih, pink". ok, suka lagi! boleh bagi orang yang konvo hari ni lili tu. tapi bukan warna putih. tak apa lah. asalkan lili.

petang hujan. lepak tapak konvo dengan ibu ayah. berkejar ke Dewan Sultan Iskandar untuk bagi bunga. turun balik ke tasik untuk outdoor photoshoot dengan remote sensing girls. sampai maghrib. cantik view Masjid Sultan Ismail dari tasik tu.

malam, reU remote sensing course batch 2006-2010. tapi tak dapat lepak lama sebab ada family shoot kat taman U. ok, ni pun suka. macam menikah pula siap ada photography session kat studio.

supper di P19, cafe yang buka 24 hours kat UTM. kepulangan kali ni penuh dengan mengubat kerinduan, mengimbau perasaan sepanjang 4 tahun di UTM. apsal ayat ni?


Isnin 27 September 2010

the day! bangun pagi, culik engineer tupperware dari tapak konvo. outdoor photoshoot dengan family pulak! kan i dah kata, macam set up untuk wedding. berpeluh-peluh pusing satu UTM. baru sedar kerja jadi model bukan senang. even penat, berpeluh-peluh tapi tetap kena senyum dan sabar bagi the best pose. the theme for this session is santai. so semua orang harus bergaya santai dalam gambar ye. thanks to creative director, engineer tupperware and eno wutta wutta and for most eligible daddy as photographer.

habis bergambar terus register for convocation for afternoon session. berpeluh-peluh tu. hahah! lantak. perarakan masuk graduan diiringi hujan. i rasa sebak masa berjalan masuk ke dewan yang dah penuh dengan parents. i terbayang ibu ayah. rasa nak menangis. eh, tak boleh. make up cair. semua mata tertumpu pada kami. rasa berdebar turun tangga dewan. terselit perasaan syukur, dah grad, on time!

kebosanan juga tunggu nama seorang-seorang dipanggil. hahah~ tapi semua orang akan rasa berdebar bila dah tiba saat nama sendiri. takut. takut tersadung atas pentas, takut gambar atas pentas tak cantik. takut mortar board jatuh. bahah! i check pin peniti yang disemat di tudung dan mortar board.

nama i dipanggil, i rasa seram sejuk. i berjalan seadanya. jantung berdegup kuat sangat. tapi bila pandang muka pro-canselor tu yang senyum aje bila i datang dekat, terus hilang semua rasa gemuruh. yang tinggal rasa gembira. bersaksikan semua orang-orang besar universiti kat pentas tu, i tahu, antara tempat-tempat duduk ibu bapa tu, ibu ayah tengah tengok i. i gembira. sebab akhirnya, ada seorang lagi ahli keluarga yang genggam first degree. i orang kedua. yang pertama, usu, adik ibu.

habis je, semua orang nyanyi lagu UTM dengan semangat. oh, dah grad. hahah!

i tahu ibu ayah menangis. eh eh. malu.

haha. i pun rasa macam nak menangis. perasaan bercampur-campur. seronok!

ya, masa untuk kutip bunga. hahah. terima kasih untuk semua bunga yang ada. ros kuning, ros pink, ros merah, apa lagi ye, bear pakai mortar board, bunga yang macam bantal, ahh i tak tau nak letak nama apa semua jambangan-jambangan yang i tak sanggup nak tengok dia layu.

i letak kat office ok?

dalam balang.

appreciate every bouquet sebab itu tanda anda menghargai saya.

hugs and kisses for all of you. semua yang membantu sepanjang 4 tahun di UTM.

paling berharga, ibu ayah, for their endless love and support.

saya kini pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Remote Sensing)

^_~

19 September 2010

Siapa nak Konvo?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


bila u olls~ tengok gambar-gambar kat bawah ni, u olls~ rasa konpius tak? siapa yang nak konvo ni ye sebenarnya?




engineer tupperware.
tahun 2.
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia-Polimer) (B. Eng. (Chem.-Polymer))




perancang-terancang.
tahun 4.
Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (B.URP)


tak apa lah. bagi peluang adik-adik ni merasa dulu. kot la 'pinjam jubah i' ni menambah semangat diorang untuk habiskan degree dengan cemerlang gemilang dan terbilang.

kan?

UTM, tunggu i jumaat ni, ok?

insyaAllah...

p/s: thanks to engineer tupperware yang dengan rela hati, jiwa dan raga sanggup beratur panjang, demi mengambil jubah konvo kakakmu yang terchenta ini.
auww!
terharu.



=)~

23 May 2010

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim~

ohh.. lately ni terlalu kerinduan nampaknya..




dengan ini... kak roza and cikin a.k.a budak kecik





dan ini... belajar di utm...


R.I.N.D.U!!


nak sambung master.. :'(

28 April 2010

Macammmm~ Mula la aku rasa nak men***** kan...


ah, tak payah klik gambar nak bagi jelas. aku rasa macam hape tah kan. sekarang ni final semester kan. then boleh lak result satu subjek tu D+ kan.. aku pun tak paham kan..

D+ bukan kena repeat ke?

sengal

dem!

(T_T)

aku tengah sedih weyh~!!

(T___T)

dalam kelas perform ok, report anta on time, ape agi?

takkan sebab final exam ngan test n kuiz boleh jatuh berdebuk macam tu?

dulu ade subjek, aku siap tak hantar assignment lagi, paling teruk pun B-

ni antara subjek yang aku concentrate jugak

awat sampai D+???

wehh~ memang tengah mental gila nih..

DOWN~!!!

aku final semester weyhh~!!! :(

................................

27 April 2010

Gigi Saya Sihat dan Kuat!




ini gambar semasa saya menjadi penyampai berita. eh. calon je pun. ahaha~
saje-saje gatal test power. walaupun tak power.

hahahaha

sangat kelakar bila member-member sekelas sangat memberi sokongan padu.
oh, terima kasih


:)

p/s: jadi penyampai berita perlu gigi yang kuat dan sihat!



sementara mengisi masa-masa terakhir di utm yang terchenta ini
pergi ke pusat kesihatan
dengan niat mahu meng'check' gigi
yelah, selagi masih bergelar 'mahasiswa'
dengan kos yang murah
mahu juga rasa gigi ini dibelai

jumpa dentist, check dan check
oh, kata doktor,
"adik nak cuci gigi ye? nganga mulut besar sikit"
proses membersih gigi bermula
maaakkk.. sangat ngilu.. ggrrr~
hehehe seronok betul gigiku dibelai-belai

siap mencuci
"adik, gigi bongsu adik belum tumbuh lagi tau. gigi second last pun nampak macam baru je tumbuh. pelik juga kenapa gigi adik lambat tumbuh"
*dah doktor pun panggil adik, nampak sangatlah saya masih muda. hehe~*



ini bukan gigi saya. cari kat fail inchik google

p/s: maka saya belum boleh makan kacang. hehehe~




26 April 2010

Tanda-tanda blok kolej anda sudah tiada penghuni

berikut merupakan beberapa tanda-tanda yang menunjukkan blok yang anda huni tidak berpenghuni.. *edisi serammm*

1. bila kat parking lot tak ada kereta lain selain kereta anda dan kereta pembantu felo.

2. bila anda boleh konker bilik tv sorang-sorang tanpa orang lain selain anda dan pembantu felo.

3. bila anda boleh senang-lenang cucuk plag laptop kat soket bilik tv tanpa berebut dengan sesiapa.

4. bila anda dapat sumbat kain-kain kotor dalam mesin basuh tanpa perlu tunggu Q yang panjang.

5. bila anda je yang jadi tukang tutup pintu bilik air tiap-tiap malam lepas habis cuci muka, basuh kaki dan ambil wudhu'. heeeeeeee~ *ala-ala seram*

6. bila anda mula pandang kiri kanan tiap kali gosok gigi dan basuh muka di bilik air.

7. bila anda ternampak... errr.. takmo cerita dah...

bye!

(-_-") menghitung hari untuk pulang ke KL...

07 April 2010

Draf Tesis

alhamdulillah.. setelah jenuh memerah otak sampai tinggal hampas.. ececeh.. maka, siaplah draf tesis ini.. aih~ harap2 tak ada apa lagi masalah..






hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu...

(^_~)v


L.E.G.A

04 April 2010

Kejadian Ngeri Sebelum Presentation PSM

perhhh~
gila mantap rr. aku rasa kalau korang ada kat tempat aku pon, mesti korang cuak gila dengan situasi ni.

bayangkan, PSM. projek final year korang, *apa hal bahasa teruk sangat neh?*, yang korang dah usahakan selama 2semester, tiba-tiba...





tiba-tiba...









hurmmm




slide presentation i tak boleh bukak u ollsss~~!!




perhhh.. gila rr... tapi naseb baek i dah copy slide tu dekat komputer yang nak guna untuk presentation...


slide tu tak boleh buka kat laptop until now.. power point lain boleh lak bukak...



fuhh~ masa tu i rasa nak menangis aje. syukur ya Allah.. dibuatnya i belum copy lagi slide tu kat komputer yang nak digunakan, macam mana? nak present dengan ape? manually?




kadang-kadang teknologi juga boleh membinasakan..


dan hingga ke saat akhir pun kita akan di uji Tuan Punya. jangan diingat, dah siap slide, dah selamat sampai tempat presentation, kita dah kira selamat? belum lagi. Tuan Punya akan sentiasa menguji hamba-Nya, bersyukur atau tidak.




hurmm setelah banyak ujian dari Tuan Punya sepanjang menyiapkan PSM ni, i belajar 1 benda best. macam dalam majalah SOLUSI tu,
'hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmmu'


ya Rabbi, terlalu sedikit hamba-Mu ini bersyukur atas nikmat-Mu yang melimpah-ruah.


bak kata izwan masa majlis penghargaan MPP 08/09 baru-baru ni bila engineer tupperware komen i dengan kak oja pakai jubah,

izwan : akak-akak kau tu dah dapat hidayah lepas banyak dugaan masa buat PSM...


(^_~)v peace, no war.. :D

01 April 2010

ViVa~ Final Year Project Presentation


alhamdulillah.. syukur sangat-sangat.. ermm~ setelah mengharungi perit jerih petir, eh, petir pulak, ah, apa-apa aje lah yang seangkatan dengannya, sudah lepas satu ujian dunia. sungguh duniawi ini ujian. hehehehe rasa lega yang teramat sangat.

banyak betul dugaan menyiapkan Projek Sarjana Muda ni. entah dah berapa banyak air mata tumpah di saat-saat akhir, sebab nak melegakan perasaan diri, dan mengaku kekerdilan diri di hadapan Tuan Punya... wah.. ayat vogue da vass~

rasa macam nak taip sikit, sikit je *boleh caya ke?* kronologi siapkan PSM nih. aih~! nak baca, bacalah. takmo, sudah. ini aku punya belog, suka hati aku. ok, ok. control yourself. :D

start dengan PSM 1. awal Julai 2009. pusing satu fakulti cari supervisor. disebabkan masa Latihan Industri dulu banyak terlibat dengan programming, maka lebih selesa untuk buat programming. remote sensing? mm.. macam tak pandai je image processing. so decide nak buat programming. jumpa Puan Shaparas. ok, dapat tajuk.

urmm~ everything ok, until i presenting the proposal.. soalan panas lagi berapi dari Prof. Mazlan, "untuk apa awak buat database ni? sedangkan kita boleh download free dari website NOAA?" hussyy~ mantap punya tembakan.. aih! takpe, ada perisai kalis peluru..

itu je kot PSM1. pastu ngarut-ngarut typing sampai bab 3. dari tak tau apa sangat pasal programming, tiba-tiba dah rasa macam jadi student sc comp...

PSM 2.. dah berdebar-debar.. awal-awal dah dapat tarikh-tarikh maut. masa tu la kelam-kabut. hahha~ tak dapat bayangkan perasaan masa ni. dengan ke'mental'an dan ke'bizi'an ISLC..

amik degree++ untuk belajar asp.net... lepas tu, develop sendiri.. yang tak tahan masa nak design web. adehh~ camne nak jadikan web tu cantik?? geram lah pulak~~ aih! thanks to muiz and Mr. Firdaus yang banyak bagi tunjuk ajar.. masa ni kelam kabut jugak nak belajar all the thing dengan pantas!

present progress, ok.

tiba-tiba dapat tahu receiver station tu rosak. so kena guna data yang memang dah burn dalam cd. sistem tu dah tak run automatically to upload the data from receiver.. arggh~ mental gila bila encik nizam and encik salleh menyakat, "extend aje lah.." ok, saya masih bersabar dalam hal ni. semua perancangan sistem kena tukar balik, tukar objektif, tukar tajuk sikit. sesuaikan dengan keadaan semasa.

database? adehh~ apsal macam tak betul je.. mm.. ouh.. thanks to bukhairi. aih~ senang rupanya nak buat guna microsoft visual studio... cuma kena belajar lorr~

tiba saat nak bagi kat server FKSG. lol! guna PHP la pulak... tak boleh guna .aspx... adeiihh~ tak ada cara lain selain tukar semua coding dalam tu kepada php. lagi seminggu nak present final weyhh~!!! saat ni lah first time menangis.

minta tolong muiz dan bukhairi again. rasanya minggu ni paling banyak menangis kot. kenapa menangis? entah, rasa macam berat. adehh~

ok, siap php within a week. bagi semula kat encik azizul. urmm~ ok, masalah timbul kat page untuk download the data. mak aih~ error retrieve data. masa ni baru try guna laptop encik azizul. contact Mr. Firdaus. ask for his advice. ok, restart mySQL service. baru boleh retrieve data.

server. mm.. processor lama. ambil masa yang lama untuk copy folder sistem tuh. mm. ok, again, database tak boleh retrieve.

try restart service pun tak boleh.

2hari mengerjakan itu aje.

then, me and Puan Shaparas decided, tak perlu letak. ubah sikit objektif. tapi nasib baik objektif memang tak cakap pun pasal online web. bincang dengan Encik Sam (encik sam ni dah lah my panel masa presentation), as long dah boleh run dekat localhost, it is ok. good.

viva. sangat cuak lepas tengok bugee, 1st presenter kena hentam. aaa~ macam-macam soalan dalam kepala. projek aku ni ada kaitan ke dengan remote sensing? apa value yang ada? analisis? aih~! takoott!!

presenting. ok, cuma ada lah 1,2,3,4 kali lidah tergeliat. overall, ok kot. komen panel, nanti dalam tesis, detailkan architecture of the system. kena ada server baru untuk remote sensing saja for handling this database. request laaa.. ape lagi.. :D

ok, now is the time to complete the thesis. kena ubah dari bab 2. asp.net tuka kepada php... banyaknyaa~~~

sila completekan tesis..

jawab final exam.

grad!

:D

29 March 2010

Not in a good mood

very2 takde mood

menangis tak berhenti pon takleh setel masalah

tapi at least, menangis dapat redakan perasaan kan

so, i was crying


database fail..


tak boleh retrieve..

bila sistem tu dah dicopy ke server


(*_*)


tak tau nak buat apa dah.......
...............


lepas aku menangis, kat sini pun ujan~

Alhamdulillah...

alhamdulillah... my sistem dah cuba run kat laptop penolong pengurus IT FKSG, Encik Azizul...

ok, database dah boleh retrieve...

sekarang tinggal tunggu copy folder tu kat server FKSG... lama lagi.. dalam setengah jam lagi...


hope segalanya berjalan lancar


lepas ni boleh view...


http://utm.my/fksg

link ke Remote Sensing >> NOAA

anda akan dibawa ke database sistem NOAA..

\(^_~)/


nh >> ku berserah pada-Mu ya Rabbi...

.........

jap jap.. nak letak jap award dari cik kema..

ok, thanks eh cik kema... task yg kena buat tu, nanti2lah i buat.. sekarang nak tengok PSM dulu...


nh >> ade ke cik kema kata, i ni, Cik Nadia Fitri yang duk relax jek walau manyak masalah... =p isy isy isy.. hahahah~


27 March 2010

NOAA Database System *My Final Year Project*

ehem ehem ehem....


see... inilah menda yang menjatuhkan air mata den berkali-kali dalam 2 minggu ni...


sudah tukar bahasa...

dari .aspx kepada .php


thanks kepada mereka-mereka yang banyak hulurkan bantuan di saat-saat genting

tak lupa kepada yang bagi sokongan moral...


pertolongan yang sangat bermakna....


muka depan...





alhamdulillah.. finally data dah boleh retrieve dari database...


tinggal satu lagi debaran... nak masukkan dalam web fakulti... harap-harap boleh run.. tunggu hari isnin nanti jumpa encik azizul...


doakan segalanya lancar.. saya mahu grad! on time!


..............

22 March 2010

Tak Boleh tidur, Bangun Balik!

hahahahaha

rasa nak pitam

bila


.aspx tak leh guna kat fksg nye web tu


kena convert jadi

.php


tapi


aku tak reti guna .php


~pengsan~



ulang balik

SEMUA


ok

SEMUA!


sempat ke siap before final presentation nanti??


:'(

Sudah Siap, Boleh Tidur


hahahaha tak perlulah nak klik gambar tu. tak penting pun. saje nak letak. front page my seminar paper. akhirnya sudah siap. tapi tesis tak siap lagi. hahaha~ ape daa~ member lain semua lama dah siap, kau baru siap, nak berlagak lak. hik hik hik~

esok, eh, sekarang dah lebih pukul 12tengahmalam, err.. pagi nanti, saya akan bawa ini seminar paper, kasi jumpa sama supervisor, kasi sama itu borang kelulusan untuk present final presentation PSM nanti.. kalau supervisor sign, maknanya boleh present, and tak extend \(^_~)/.. tapi..... kalau Puan Shaparas tak sign........... --> E.X.T.E.N.D *mintak dijauhkan..... *

ada seorang sahabat cakap hari tu,
"ala nadia, tak apalah. grad sama tahun depan."

ouh, sahabat, janganlah.. i nak grad tahun ni u~!


moga Allah permudahkan segala urusan... ameen

....

21 March 2010

Banyaknya kena edit PSM neh~

wahhh.. seminar paper a.k.a jurnal paper tak siap agi~!!

banyak rupanya yang kena edit sebab edit tajuk, edit objektif...

semua tu kena edit sebab ada masalah kat receiver satelit tuh~!!!


aih....



abstract pun tuka


intro

literature review

method ubah sikit..


dari database management jadi database system sahaja


semua tu due to time constraint and kerosakan receiver di saat-saat akhir...


yang membuatkan benda tu banyak berubah


hahahahaha



:: L.A.Z.Y ::






p/s: cepat-cepatlah siap wahai PSM...

aku nak grad on time..



takot dowh kena hentam masa final present nanti

apa aku nak jawab??



what is the value of my project?



erkk~ Prof., saya tolong masukkan data tu dalam website FKSG je..

tu je..

at least student remote sensing ada value di situ..


takde la kami, student remote sensing dipandang sebelah mata je...


..