Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 December 2020

Hamzah Positif Covid-19 (Part 3)

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Ni Part 1.
Ni Part 2.

Mari kita sambung cerita.

Hasil peng-Google-an dan hasil info dari orang-orang yang pernah kena swab test, "Biasanya result dalam 3 hari. Kalau dalam 3 hari diorang tak call tu, negatif la maknanya. Sebab diorang kena call raaamai lagi yang positif."

Aku pun fikir, logik juga. Masa kami buat test hari tu, ada lah nak dekat 50-70 orang yang buat swab test.

Hari pertama, kedua, ketiga berlalu tanpa dapat sebarang berita. Kami sekeluarga dah happy sangat-sangat dah masa tu. Lagipun result aku & Imam dah memang negatif. Tapi mana tahu ada error ke apa kan. Kami yakin kami semua negatif.

Sampailah.... 22 Disember 2020 (Selasa). Maknanya hari ke-8 dari tarikh buat 1st swab test. 

Pagi tu lebih kurang 9.30am, aku dapat call dari PKD Klang (thanks Truecaller!). Balik dari 1st swab test hari tu memang dah ada petugas call reimnd tarikh 2nd test, 24 Disember 2020 di Dewan MPK Meru. So dalam fikiran aku, oh, mesti dia nak remind 2nd test 24 Disember 2020 ni. Before 1st swab hari tu pun dekat tiga kali diorang call, "puan confirm datang esok kan?", "puan confirm datang kejap lagi kan?".

By the way, PKD adalah PEJABAT KESIHATAN DAERAH.

"Hello.."

"Hello, Saya YYY dari PKD Klang. Boleh saya tahu, Hamzah Al-Hafidz, anak Puan?"

Masa ni jantung aku dah berdegup laju. Kenapa dia sebut nama Hamzah seorang?? Allahuakbar, apa ni?

"Ya, Hamzah Al-Hafidz anak saya."

"Hari tu puan ada buat swab test di KK Meru, betul?"

"Ya, betul. Kami satu family buat swab test."

"Oh, satu family ya? Kejap saya kira, 1, 2, 3, 4, 5. Lima orang kan?"

"Ya, betul tu. Kami semua lima orang buat swab test."

"Ok, nama puan, Nadia Fitri, ya?"

"Ya, betul tu."

"Ok, puan macam ni. Result puan sekeluarga negatif. Cuma... Hamzah seorang positif."

Masa tu, aku rasa dah nak jadi macam drama Melayu ke Korea dah. Bila kau terima berita buruk, kan, tiba-tiba phone kau melurut jatuh, mulut ternganga, mata pandang straight.

Tapi tak... Phone aku tak melurut jatuh. Aku masih pegang kuat phone tu. Cuma tangan aku menggigil, mata aku berair je. Imam kat sebelah dah bisik-bisik, "Hamzah? Kenapa Hamzah?"

"Positif?"

"Ya, puan. Hamzah seorang sahaja positif. Maaf ya, puan. Result agak lambat keluar. Tercicir. Boleh saya tahu Hamzah ada menunjukkan apa-apa simptom ke sepanjang kuarantin di rumah?"

"Tak ada. Dia tak ada apa-apa simptom. Masih aktif berlari dan bermain." Suara aku dah terketar-ketar.

"Okay. Puan dan lain-lain, ada tunjuk sebarang simptom?"

"Tak ada juga. Kami semua tak ada sebarang simptom."

"Ok, puan. Memandangkan alamat puan di daerah Petaling, saya akan hantar kes puan ke PKD Petaling untuk mereka uruskan kemasukan ke wad. Untuk kanak-kanak bawah 18 tahun, seorang penjaga kena ikut masuk wad. Boleh saya tahu puan atau suami yang akan ikut Hamzah?"

"Saya, ibu dia."

"Okay, puan. Nanti puan tunggu pihak PKD Petaling hubungi puan ya. Puan ada apa-apa soalan lanjut?"

Aku tengah terketar-ketar masa tu, speechless, tak tahu nak tanya apa, "Macam mana ya Hamzah boleh positif? Allah.. dia tak bersemuka pun dengan close contact yang positif tu. Dan, sepanjang kuarantin ni dia dah main dalam rumah dengan adik-beradik dia. Macam mana ya posibiliti adik-beradik yang lain dan kami yang dah expose selama lapan hari ni?"

"Puan 2nd test bila?"

"24 Disember."

"Oh, tak lama dah. Tak apa puan. Untuk yang lain-lain tu kita tunggu 2nd test je nanti. Puan tunggu je PKD Petaling call nanti. Diorang akan arrange ambulans datang ambil. Cuma saya tak pasti prosedur di Petaling macam mana. Diorang kena tunggu kekosongan wad atau macam mana. Sebab Hamzah kecil lagi, kan. Baru 3 tahun. 2nd test pun tak lama dah. Lagi dua hari."

SPEECHLESS. SANGAT. 

Dia anak yang paling jaaarang keluar dari rumah. Tak pergi sekolah, tak pergi nurseri, Tapi dia positif? Dia pun tak jumpa close contact, tapi dia boleh positif? Dan dia jenis takkan salam orang. Dia punya level maluuu tu sangat tinggi. Biasanya dia akan lari menyorok. Jadi dia tak ada sentuh tangan sesiapa selain kami.

Hamzah lah anak yang paling kerap ingatkan aku tentang Covid-19. "Ibu tak payah lah keluar. Duduk rumah je. Kat luar banyak Covid-19. Tak payahlah masuk office, tak payahlah mengajar, tak payahlah meeting." Tapi kamu yang terkena, nak. Kalau boleh ganti dengan ibu, ibu dah minta ganti dah.

Rasa nak pitam pun ada juga masa tu. Aku bagitahu family, dan rakan-rakan terdekat. Semua terkejut. Ibu, ayah, Eno terus buat test di Avisena sebab diorang ada datang rumah dalam tempoh 14 hari ke belakang. Berulang semula kerisauan aku. Ibu.. Baby... 

Kami pun bagitahu anak-anak, Hamzah positif Covid-19. Hamzah terpinga-pinga, "kenapa Hamzah sorang je kena Covid-19? Abang Fateh dengan Kakak Melor tak ada Covid-19 ke?"

Naifnya soalan dia. 😢

Bila ibu ayah datang hantar makanan kat pagar, Hamzah akan jerit kat diorang, "Jangan sedih. Hamzah sihat je. Tengok ni Hamzah lompat. Hamzah tak sakit pun." 😅

Oh, sepanjang kuarantin, kami tak boleh keluar rumah, ibu ayah yang tolong belikan barang-barang keperluan. Kadang sampai dah siap jadi lauk pun ibu ayah hantarkan. Tq ibu ayah, Saranghae 💓.

Kami tunggu punya tunggu panggilan PKD Petaling. Sampai ke malam resah menunggu. Beg dah siap packing. Hamzah dah masukkan semua mainan yang dia nak bawa ke dalam beg.

"Penatlah tunggu ambulans. Hamzah tidur lah dulu. Nanti ambulans sampai, ibu bangunkan Hamzah, ya?"

Macam mana lahh anak kecil 3 tahun ni boleh relax je.


Sampai hari Rabu, 23 Disember 2020 pun masih tak ada call dari PKD Petaling. Esok (24 Disember) dah nak buat 2nd test. Membazir je kalau warded hari ni.

Aku call semula PKD Klang. maklumkan tak ada terima info dari Petaling. Mereka suruh tunggu, nanti akan inform semula.

Dah malam, aku contact semula PKD Klang. Petugas di sana bagi aku nombor seorang staf Bilik Gerakan PKD Petaling. Aku pun call Petaling, "dia tak ada simptom ya, puan? So esok ada 2nd test untuk puan sekeluarga ya? Kalau tinggal anak yang positif tu di rumah, boleh ke?"

Bijakkkkkkkkkk cadangan tuan. Anak umur tiga tahun nak suruh aku tinggalkan kat rumah sorang?

"Macam mana saya nak tinggal? Dia baru umur tiga tahun. Kalau tiga belas tahun saya tinggal dah. Tunggu ambulans je lah." Nak marah dah ni.

"Oh, tiga tahun ya? Mmm macam ni lah puan. Esok buat 2nd test tu, puan pergi je semua buat 2nd test. Sebab sekarang ni kat Petaling kalau masuk wad pun tak lama. Dalam 2-3 hari dah discaj. Memandangkan anak puan pun tak ada simptom, maka kuarantin di rumah sahaja lah puan ya. Buat 2nd test esok, dan tunggu result 2nd test."

"Jadi lepas keluar result 2nd test, kalau kami semua negatif, maknanya dah bebas lah ya?"

"Ya, betul tu puan. Maknanya dah boleh pergi potong gelang dan arahan kuarantin ditamatkan."

Ok, faham.

Maka 24 Disember 2020 kami buat 2nd swab sekali lagi. Dan sehingga hari ni masih menunggu keputusan 2nd swab. Kuaranitn bersambung sampai 30 Disember 2020.

----- TAMAT ----

Sampai hari ni, kami sekeluarga alhamdulillah masih sihat, tak ada sebarang simptom. Covid-19 memang bunyi scary. Semua orang takut, semua orang kalau boleh tak nak terdedah dengannya. Menurut seorang petugas, once dah dijangkiti Covid-19, badan seseorang itu akan immune dengan virus tu. Dia tak akan menjangkiti orang lain, dah tak akan terkena jangkit kepada diri dia. Dah develop antibodi sendiri lah senang cerita.

Jadi apa yang kita boleh buat, patuhi SOP. Kalau boleh elakkan bersentuhan... walaupun family sendiri, ya I know memang susah gilaaa nak patuh yang ni. Kau balik kampung takkan tak salam peluk cium mak bapak kau, kan? Aku tahu, aku tahu. Cuma tu lah. Kita cuba beringat. KERAP basuh tangan, SANITIZE cepat-cepat kalau tersentuh apa-apa, lepas balik dari luar, terus mandi, baju yang pakai tadi tu terus basuh. Dah settle semua baru datang peluk anak-anak. Susah, tapi nak taknak kita kena buat untuk elakkan orang yang kita sayang terkena jangkitan. Ni aku tengah tambah order lagi spray Dettol tu. Nak kena sanitize satu rumah.

Covid-19 akan jadi bahaya bila terkena orang tua, anak-anak kecil, pesakit yang rendah imun. Bak kata petugas-petugas yang kami jumpa, "kuatkan imun badan." Dan kami bersyukur, walaupun Hamzah positif, dia tak ada simptom, langsung. InsyaAllah, anak ibu kuat.

Jadi marilah kita jaga diri, jaga keluarga. Semoga kita semua selamat dari marabahaya. Aminn. #kitajagakita 







Hamzah Positif Covid-19 (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 

:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Ni link Part 1.

Ok, dah hari Selasa, 15 Disember 2020.

Bangun awal pagi, siap-siap nak ke KK Meru. 

Sampai di KK Meru, tak ada arahan, atau sebarang papan tanda. "Kat mana nak buat swab test?"

Check-in MySejahtera, tanya petugas di kaunter depan KK. "Puan belakang sikit. Jangan rapat-rapat ya."

1 meter, guys! Tapi almost 3 meter aku rasa sebab aku kena menjerit untuk bercakap, lagi-lagi kena cover facemask.

"Saya kena buat swab test sebab close contact to positive patient. Nak kena tunggu kat mana ya?"

Sebab takkan berkumpul tunggu ramai-ramai dengan patient biasa yang ada appointment di KK tu?

"Puan pergi ke khemah kat belakang tu ya. Tunggu situ."

Kami ke belakang. Khemah yang mana satu? Ada tiga khemah. Nak tunggu yang mana? Kat Avisena semalam terus ke khemah tepi lobi, buat swab test.

Imam pergilah tanya jelas-jelas apa nak buat. "Tunggu je kat khemah tu."

Blurr sekejap. Dengan kekurangan kerusi kat tempat menunggu, maka kami berdiri saja di khemah.

Dekat 30 minit juga berdiri, baru ada seorang petugas datang dekat. Tanya nama seorang demi seorang dan semak dalam senarai yang dia ada.

"Tunggu kat sini dulu ya. Nanti nama panggil, pergi ke khemah sebelah."

Tunggu lagi. 45 minit macam tu?

"Mohd Nur Imam."

Kami sekeluarga terus ke depan, menuju ke khemah sebelah. 

"Ok, beratur sini ya, bagi IC semua."

Aku hulur IC. Depan kami seorang perempuan dan 2 anak kecil. Anak sulung macam baya Hamzah. Anak kedua nampak tak sampai 6 bulan lagi.

"Suami puan ada?" tanya petugas kepada perempuan dengan dua anak kecil tu. Sebab anak sulung perlu di pegang kuat. Dalam masa sama anak bongsu perlu didukung juga. 

"Tak ada. Suami yang positif."

Allah. Kesian dengar. Seorang petugas tolong dukung si bayi. Si ibu pegang si sulung untuk swab test. Meraung lah anak tu. Hamzah dah menyorok belakang aku.

Selesai si sulung, giliran ibunya. Kemudian terakhir baru si bayi.

Kemudian turn kami sekeluarga. Mula dengan Fateh, Melor, aku, Imam dan last sekali Hamzah. Sebab tahu dia akan meraung. Fateh dan Melor alhamdulillah baik-baik saja. Diorang kata sakit sikit. Boleh tahan lagi.

Sampai kat Hamzah, dia lari keluar dari khemah, "takutttt!!!".

Berlari laa mengejar dia. Alahaii budak ni. Dah tangkap dia, aku peluk kuat-kuat. Beberapa petugas pegang tangan, kaki, dan kepala dia.

Settle.

Lepas habis swab, "kena pergi mana ya?"

"Tunggu je kat khemah tadi."

Kami punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, nampak khemah satu lagi ada orang makin panjang beratur.

"Dorang beratur tu untuk apa?" tanya kat orang sebelah.

"Oh, untuk yang nak potong gelang rasanya. Tadi dorang suruh tunggu sini je lepas swab."

Tunggu lah lagi sampai 1 jam setengah juga la. Dah menginjak tengahari, dah makin panas. Budak-budak dah tak keruan. Lapar la, haus la, panas la, peluh la pakai mask. Huuurrrmmmm.

Aku tak puas hati, aku pergi ke tempat orang beratur tu bertanya, "ni beratur untuk apa ya?"

"Saya pun tak tahu. Diorang kata beratur, saya beratur je la."

Erkk..

Aku pergi ke petugas yang tengah busy menulis-nulis.

"Maaf tumpang tanya. Lepas buat swab test kena beratur kat sini ke?"

"Ya, Puan. Lepas swab test beratur kat sini."

Allah... masa tu aku tahannn je sabar. BERATUR weyh. Bukan tunggu dalam khemah! Dah berapa kurun pula aku dalam khemah tadi menunggu. Aku dah agak nak hilang sabar.

Dah berapa bulan Covid-19 ni ada kat Malaysia? Takkan satu papan tanda pun tak ada kat tempat prosedur swab test? Takkan seorang petugas pun tak jelas tentang prosedur yang HARI-HARI mereka buat. Kalau penat nak layan orang asyik bertanya, buat lah papan tanda, carta alir prosedur. Ni semua orang terpinga-pinga tak tahu nak ke mana. At least kat khemah swab test tu tulis laa Ruang Menunggu Covid Test, semua orang faham. Tak payah nak buat papan tanda fancy-fancy. Print, laminate, settle. 

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Aku pun beratur lah kat lingkaran yang dah macam ular panjangnya tu. Imam text, "kena beratur ke?"

"Ya. Kena beratur. Kalau dari tadi beratur, dah settle dah ni."

Imam ambil giliran beratur. Dia suruh aku duduk kat kerusi dengan anak-anak. Yelah, aku bukan boleh nak berdiri lama-lama.

Budak-budak dah bising laa, Lapar, haus, panas, berpeluh. Tengok jam dah nak dekat 12 pm. Dari 9 am dah duduk khemah tu.

Lepas dah dekat turn beratur tu, kami pun ramai-ramai pergi kat Imam. Petugas akan minta IC, dia tulis kat satu surat arahan kuarantin. "Sampai 25 Disember 2020 ya. 2nd test pada 24 Disember 2020".

Kami sekeluarga terus dipakaikan gelang. Orang kita selalu panggil 'gelang pink'. Tapi kami dapat gelang putih. 


Prosedur KKM, akan buat 2 kali test untuk benar-benar pastikan dah tak ada virus Covid-19 dalam badan. Sebab katanya kadang ada yang lepas 5 hari baru tunjuk simptom, ada yang selepas 10 hari. Jadi kena buat test 2 kali.

Eh tak sampai lagi ya part Hamzah positif? Tunggu next part. Tata!

Link Part 3.

24 December 2020

Hamzah Positif Covid-19 (Part 1)

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

I decided to write this important incident in my life. And also I think I should share this to tell you guys, DO NOT BE PANIC if you are close contact to positive covid-19 patient (like I was - panic). I search semua procedure here and there tak jumpa. So I hope my journey can be something for you to refer. Dan, kami di zon merah bukan zombie. COVID-19 may sounds scary but PLEASE PLEASE PLEASE follow SOP. :-)

Ahad, 13 Disember 2020.

Ia antara hari yang paling mengejutkan dalam hidup kami sekeluarga. Pagi tu, dapat whatsapp dari seorang family member, "lepas buat test, positif la pula...". Allahuakbar. Kiranya ini kes pertama dalam keluarga kami. "Sesiapa yang ada jumpa XXX dalam 14 hari ke belakang, kira close contact."

Dalam group whatsapp family dah kecoh-kecoh. Aku masa tu tengah masak, tak tengok whatsapp. Habis masak, terkejut sekejap, "Hah, serius ke XXX positif? Kami baru jumpa dia Selasa lepas."

Dah kalut dah masa tu. "Jadi kami close contact lah kan? Tapi jumpa sekejap je. Sekejap tak sekejap pun, ada bersemuka lah sembang-sembang. Tu kira close contact juga ke?"

Dalam kebingungan tu, aku cuba Google apa definisi close contact to positive patient. Tapi tak ada maksud yang jelas, yang pasti orang serumah, rakan sepejabat. Dah tu kalau berjumpa bersemuka lebih kurang satu jam, macam mana?

"Tak apa, kita pergi KK Seksyen 7. Terus buat test," Imam anjurkan. Aku bertanya sana sini sebab nak tahu apa prosedur seterusnya kalau close contact. Baru terfikir nak call direct KK Seksyen 7. 

Tapi call tak berangkat. Logiklah hari Ahad.

"Call Hospital Sungai Buloh terus lah. Mana tahu boleh swab test kat sana."

Terus terbayang macam mana saat buat swab test. Kena jolok dengan alat yang panjang tu sampai ke bahagian paling belakang hidung. Terbayang juga, dah lah baru jumpa baby Jumaat lepas, Allahuuu kalau positif macam mana? Baby kena buat swab test? Ibu aku dah lah high-risk patient. Macam mana pula ibu? Allahuakbar. Dua orang ni memang bermain dalam fikiran aku, menakutkan.

Tak susah pun nak call Hospital Sungai Buloh. Sekejap je dah ada orang angkat. Punca ramai malas nak call counter government adalah payah bebenor nak angkat phone. 

"Puan jumpa positive case berapa hari bulan? Oh 8 Disember maknanya masih dalam tempoh 14 hari. Berapa jam bersemuka? Ada pakai facemask? Ada penjarakan sosial?"

Being familyyyy, sah-sah laa kita jumpa family kita tanpa pakai mask, betul? Sah-sah tak ada penjarakan sosial 1 meter. Kita boleh expect ke siapa yang positif? Dah lah banyak kes tak ada gejala,

Jadi, bila semua jawapan akak kaunter tu adalah tidak, dan bersemuka lebih dari 15 minit, maka confirm close contact.

"Jadi apa kami perlu buat sekarang ya?"

"Positive case dah masuk ward ke?"

"Belum. Tengah tunggu ambulans katanya."

"Ok, puan tunggu dulu dia masuk wad. Nanti di wad, doktor akan buat contact tracing. Tunggu pihak KKM call puan."

"Ok, baik."

Nak tunggu KKM call punya berchenta, maka aku & Imam pergi swab test kat Avisena petang Ahad tu juga. Tazabarrr punya pasal. Buat kat private boleh dapat result within 12-36 hours.

So petang tu bergegas lah ke Avisena. First time ni kena buat swab test. Rasa geli-geli hidung nak bersin. Kat tekak tu ok lagi. Tang hidung tu nauzubillahiminzalik sikit grekkk grekk grekk rasanya.

Kos swab test di Avisena RM300 seorang. Kalau pergi Avisena Specialist, dari 9 pagi sampai 4 petang je. Kalau di Avisena Women's and Children's Hospital sampai 9 malam. Drive-thru. Prosedur cepat, mudah dan pantas. Lepas bagitahu kita nak buat swab test, mereka akan minta IC untuk pendaftaran. Lepas tu tunggu sekejap. Scan barcode yang ada kat situ untuk isi detail. Kemudian akan datang petugas pakai full PPE, buat swab test. Lepas habis swab, jalan. Nanti Avisena akan emailkan invoice dan buat payment online. Result akan call.


Isnin, 14 Disember 2020.

Pagi Isnin, dapat call dari Avisena.

"Puan Nadia Fitri?"

"Ya, saya."

"Result Covid test untuk Puan dan suami Puan negatif ya."

"Alhamdulillahhhh. Lega sangat!"

Terus beritahu semua ahli keluarga, kami negatif.

Fuhhh lega. Lega yang sangat-sangat.

Maghrib, dapat call dari KKM. "Esok pagi Puan dan family buat swab test di KK Meru ya."

Se-family. 

"Alang-alang buat terus semua. Kami taknak ada yang terlepas."

Alahaii.. macam mana laa budak-budak ni nak kena swab esok. Lagi-lagi si Hamzah tu haa. Dah la paling takut dengan orang. Nanti nampak nurse doktor full PPE mahu lari sebatu dia tu.

Start brainwash budak-budak ni. Tunjuk video kat Youtube macam mana prosedur swab test tu. 

Bersedia untuk hari esok...

Aku ingatkan boleh habis dalam one entry. Tapi penat pula menaip. Tata!

Link Part 2.
Link Part 3.






29 September 2020

Aiskrim Nadim: How It Was Started (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


So lepas aku serabut malas nak fikir apa tu, Imam masih bawa Grab. Sampai saat aku nak bersalin pun. Masa tu memang kami start super banyak bersedekah. Jadikan amalan yang konsisten. Orang kata sedekah membuka pintu rezeki. Tak tahulah betul ke tak tapi kita kena percaya Allah akan lorongkan sesuatu.

Tak lama lepas tu Hamzah pun lahir. Aku sedih sebab, dulu, lepas Fateh lahir, aku pindah kerja baru dengan kenaikan gaji hampir RM700. Dua minggu sebelum Melor lahir pula, Imam naik gaji, hampir RM600.

Hamzah lahir?

Imam kena buang kerja, semua kewangan bergantung kat aku. Imam topup duit dapur dengan bawa Grab. Masa tu aku minta sangat-sangat kat Allah. Apa yang Kau nak tunjukkan ni? Aku tahu setiap anak ada rezekinya, tapi macam mana kami nak teruskan hidup macam ni?

Sepanjang pantang Hamzah, Imam jaga aku 100%. Lepas mandi baby, siapkan mandian aku, masak makanan aku, keluar hantar Fateh sekolah, dan terus bawa Grab. Dalam pukul 3 petang, stop Grab, ambil Fateh balik sekolah, dan sambung jaga aku dan anak-anak kat rumah. 6-7 jam bawa Grab, boleh dapat berapa sangat? Tapi aku kata, tak apa lah. Aku dan anak-anak perlukan penjagaan rapi sekarang.

Aku habis berpantang, aku masuk office semula. Imam sambung jaga anak-anak di rumah. Lepas aku balik dari office, Imam akan sambung bawa Grab dari petang sampai malam. Lebih kurang 1 - 2 pagi. Setiap tengahari Jumaat, Imam akan datang office aku untuk solat Jumaat. Aku lepak dalam kereta dengan anak-anak sementara Imam solat. Lepas tu dorang tunggu aku balik kerja 5 petang. 

Kami kira tolak tambah bahagi, kos nurseri tiga anak dah hampir RM1500. Imam dapat offer kerja, gaji RM1200. Habis kat nurseri je gaji tu. 

Macam ni lah rutin kami dari bulan Jun sampaiii September 2017. 

Ok, sambung di lain waktu. Gahahaha!

Aiskrim Nadim: How It Was Started?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Rasa macam tak patut pula tak cerita macam mana boleh start meniaga aiskrim. Sebab, tu satu perubahan besar dalam hidup. Yelah, dari kecil dimomokkan, ada degree, kena kerja. Kena cari kerja office, kena jadi pegawai, jadi eksekutif, jadi manager blablablabla.

Hujung tahun 2016, lebih kurang bulan Oktober tu, Imam dapat notis penamatan kontrak. Well, memang dah jangka sebab sejak awal 2016 lagi company dah slowly buang staf. Batch by batch. Dari 500+ staf jadi 50 orang. Imam batch yang terakhir dibuang. 30 Disember 2016 adalah hari terakhir dia berkerja sebagai Juruteknik di company tetttt. 

Kenapa tak cari kerja lain awal-awal kalau dah tahu semua staf kena buang? Kenapa tunggu sampai saat akhir, jadi batch terakhir untuk dibuang kerja lalu terkapai-kapai tak tahu nak kerja apa?

Aku yang suruh bertahan. Aku yang suruh tunggu je sampai ke titisan terakhir. Masa tu aku ingat keadaan boleh pulih sedia kala, tak perlu lah sampai buang semua staf.

Kami masuk rumah baru sekitar September 2016 tu. Dalam masa yang sama aku tengah mengandung Hamzah. Apa aku rasa masa tu? Aku banyak menangis. Serius, aku banyak menangis. Aku rasa macam lost. Simpanan semua dah habis lepas masuk rumah baru. Lepas tu nak bersalin Hamzah lagi. Kenapa ada baby saat kritikal macam ni?

Lepas aku relaks dan boleh berfikir dengan waras, aku cuba redha. Tenang-tenangkan diri dan percaya, Allah akan gantikan sesuatu yang lebih bagus lepas ni.

Lepas resign tu, Imam start bawa Grab. Sementara tu dia apply juga kerja sana-sini. Termasuk di sebuah company yang kebanyakan officemate lama dia masuk. Masa bawa Grab tu, ramai tak setuju, family dan kawan semua menentang, "Sampai bila nak bawa Grab? Sampai tua? Sampai bila je larat nak bawa Grab?".

Masa tu kami cuba just go with the flow. Lagipun aku tengah sarat. Tak boleh nak fikir apa dah masa tu. Kita cuba saja lah hidup seadanya.

Eh, nanti je sambung. Ada banyak kerja kehkehkeh


28 September 2020

Duit dalam Bank Sudah Ditolak, tapi Penerima Tak Dapat?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Oleh sebab tiba-tiba rasa menggelabah duit tak masuk akaun, baru terasa nak update blog.

Selaku pemegang amanah duit kutu, pagi 25 September 2020 aku transfer duit dari akaun Maybank ke Bank Rakyat. Dua-dua personal saving account aku. Dengan kecanggihan sistem online transfer sekarang, sudah tentu aku pilih instant transfer. Apa barang nak transfer tunggu berhari-hari.

Nak jadikan cerita, aku transfer RM205.00 guna browser di laptop. Masa transfer tu aku nampak status 'Accepted'. Agak pelik di situ sebab selalunya kalau instant transfer, serta-merta tulis 'Successful'.

Tapi aku relaks je la maybe aku tak perasan kot selama ni. Lalu aku pun check akaun Bank Rakyat.

Tak ada duit yang bertambah.

Aku siap gosok-gosok mata tengok, "memang tak ada ke ni?". Double check nombor akaun, "eh, betul dah ni."

Aku check semula Maybank. Status transaksi tadi dah 'Successful'. Duit aku pun dah selamat ditolak dari akaun Maybank. Eh, mana pula pergi RM205 tadi? Takpe, aku relaks lagi.

Petang tu seorang lagi bank in duit kutu RM200. Maka seperti biasa aku transfer terus ke akaun Bank Rakyat. Tapi kali ni aku guna apps Maybank2u kat phone. Lepas transfer, aku terus login Bank Rakyat, nak check. Mana tahu yang RM205 pagi tadi dah masuk.

Sekali tengok yang bertambah RM200 tu je, maknanya transaksi yang baruuu je buat petang. Transaksi pagi tadi RM205 duk hanging kat mana?

Aku call Maybank, tak dapat bercakap dengan staf dia. Call lagi, tak dapat juga. Tengok jam dah lewat petang. Memandangkan dah hari Jumaat dan petang Jumaat adalah waktu yang paling malas orang bekerja, maka Isnin nanti saja lah kita call.

Maka pagi Isnin, aku mula call Bank Rakyat. Aku ceritalah masalah problem yang aku hadapi. Kata Cik Wani tu, "dalam rekod kami tak ada transaksi duit masuk, Puan. Cuba Puan call Maybank dan maklumkan perkara ni."

Lalu aku pun call Maybank. Alhamdulillah kali ni dapat berjawab.

"Duit saya dah ditolak, tapi tak ada sebarang transaksi duit masuk dalam akaun Bank Rakyat saya. Saya dah call Bank Rakyat, kata mereka tak ada sebarang transaksi duit masuk."

Lepas ambil segala detail transaksi dan personal detail, cik eksekutif bagi aku nombor report. "Saya akan panjangkan report Puan ni. Nanti puan check semula kedua-dua akaun Maybank dan Bank Rakyat selepas empat hari. Kalau masih tak ada duit yang masuk, puan call kami semula dan kemukakan nombor report."

Maka aku pun berlapang dada dan berdoa semoga urusan ni dipermudahkan dan duit yang hanging tu berjaya dijumpai. Walaupun tak banyak mana, but still, duit orang kot. Amanah tu.

Petang ni (masih hari Isnin), ada lagi yang masukkan duit kutu. Lalu seperti biasa dari Maybank aku transfer ke Bank Rakyat. Dan seperti biasa juga aku check akaun Bank Rakyat.

"Hah dah masuk dah duit RM205 tu! Tapi... 
..

..


..


..
..


..



kenapa description 'SALARY'?"

Aku dah musykil tahap petala ke 40 dah ni. Ada sesiapa yang kerja bank boleh rungkai kemusykilan ni?

Bahaya lah benda camni. Lagi-lagi yang kita buat bisnes, yang terima duit secara online ni.

Customer bagi resit, transaction successful, kita pun ok sis. Tak check duit dah betul masuk ke tak kat bank kita. Alih-alih tak masuk pun. Siapa yang teraniaya?


-___-


27 May 2020

70 kg and what to do?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Simpan sini untuk memori.

Aku macam dah lamaaa sangat tak timbang berat sendiri. Last timbang was 62kg. Masa tu baru wean off Hamzah. Lebih kurang bulan Ogos 2019. Sejak tu aku perasan berat naik mendadak. Cincin dah tak muat, ada beberapa baju pun dah tak muat. Masa trip kat Penang pun, terpaksa minta pinjam baju Usu sebab apa baju pun tak muat dah. Hahahaha. Masa tu tak berani lagi nak timbang berat. Maybe dalam 65kg je kottt aku fikir.

Sekali, awal Januari, try timbang, Allahuuuu 69.5kg! Ini tak boleh jadi. Teruk sangat dah ni. Dah la slipped disc, ankle pun injured. Dengan berat macam ni, posibiliti sakit bertambah teruk amat tinggi.

Maka cuba la beberapa tips. Air gula, aku memang sejenis yang tak minum manis-manis sangat. Suku-suku-separuh tu la yang aku ikut. Lepas tu try kurangkan makan. Tapi kesannya, badan menggigil, nak pitam, lepas tu ada one time beberapa kali muntah sebab badan macam berangin. Stress nya rasa masa tu. Pastu Imam cakap, tak payah lah buat macam tu, lagi memudaratkan diri. Makan je la macam biasa.

Camne nak kurus, dapat suami support suruh makan camni? Hahahah.

Raya hari tu try timbang lagi sekali. 70kg. Hahahaha. I think I need to do something. Sebab badan pun cepat mengah. Senang semput. Buat terawih 8 rakaat pun macam nak pengsan. I really need to do something!

Cerita kat ibu & adik-adik. Nak buat exercise, awak sakit kaki, sakit pinggang. Exercise macam mana yang boleh dibuat untuk orang macam ni? Bila tengok Google, semua exercise melibatkan pinggang, kaki. Mahu pengsan mak nakkk!

Ira suggest minum greentea & lemon. Tapi Eno kata itu untuk detox. Ibu suggest blend peria & epal hijau, minum. Aku tak kisah dah peria tu pahit ke apa, yang penting kena kurangkan berat tu untuk kesihatan sendiri. Doktor pun pernah pesan, berat badan aku tak boleh lebih dari 60kg. Kalau tak, aku senang sakit.

So as soon as yesterday, aku try minum peria. Hasil carian Google, peria adalah sayuran yang sangat tinggi fiber. Hasil carian Google juga untuk kurangkan berat dan tinggikan semula metabolisme badan, kena makan makanan yang tinggi serat. Berat aku mencanak naik lepas wean off Hamzah. Lagipun faktor umur juga kan. Metabolisme badan mula menurun.

Maka lepas minum jus peria malam tadi, pagi ni tak tahu berapa kali dah pergi toilet. Aku try juga completekan semula minum air masak 3 liter sehari. Dulu masa menyusu, 3-5 liter sehari tu senang je. Sekarang macam bercinta nak habiskan 3 liter air masak.

Well, let's try and see how it goes! Pray for me. :-)

29 April 2020

COVID-19, MCO and here is my babbling

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

One for memory this one.

It has been 43 days since Malaysia started implementing Movement Control Order. Semuanya bermula hujung tahun lepas, aku ternampak pos kat instagram, tentang Novel Coronavirus. Masa tu macam, eh apakah ini? Tapi masa tu buat tak tau lagi sebab benda tu berlaku kat China. So macam ignorance sikit.

Tak lama lepas tu, around Feb 2020 kalau tak silap, Malaysia menerima kes pertama, dari pelancong China. Masa tu ramai marah sebab Malaysia masih menerima pelancong dari China walaupun kat China virus ni dah tersebar luas. Masa tu China dah start lockdown. Aku ada meeting kat Johor around Feb ke Jan tak ingat. Masa tu dalam flight penuh orang China, you can easily differentiate kott China Tanah Besar dengan Cina Malaysia. Slang pun jauh beza. Most of them was wearing face mask.

Masa tu aku dengan team-mate dah cuak dah. Selamat ke kita dalam flight ni? Dah la dari nak ke Johor. Lepas tu petang balik KL dari Johor. Ramai pelancong China datang dari Singapore. Hahahah. Kau nampak tak jauh mana pemikiran aku pergi.

Alhamdulillah, hari ni statistik kes Covid-19 di Malaysia dah tunjuk trend penurunan. Tapi tak boleh nak happy sangat. China baru isytihar bebas Covid-19 dalam awal Apr, now ada beberapa bandar start lockdown semula. This virus senang sangat berjangkit. Mula kata dlaam tempoh 14 hari je dia boelh hidup atas permukaan, kajian baru kata maybe antara 14 hari ke 30 hari boleh hidup in certain surface. That is how bad is the virus.

Aku cuba nak sedapkan hati. Cuba anggap macam virus selsema atau batuk biasa. Pun senang berjangkit kalau kita bersin dan batuk suka-suka hati, tapi virus tu tak menyebabkan sebarang perkara yang kritikal.

Ahhh ni cara nak sedapkan hati. Sebab aku rasa cepat sangat panik sekarang ni. At least this thought made me feel a bit calm.

Sekarang tengah Ramadan. Selalunya kami berterawih di masjid. Tapi sekarang tak boleh buat semua tu. Raya pun nampak macam raya sendiri-sendiri je ni.

Bisnes kami pun ada sedikit impak. Aku tak boleh keluar mengajar macam biasa. Kedai-kedai yang letak aiskrim pun kami tak boleh masuk untuk restok aiskrim. Bergantung delivery ke rumah je sekarang. Alhamdulillah rezeki Allah bagi, banyak juga delivery dalam tempoh PKP ni. Ramai orang kat rumah kannn. Hehehe.

PKP = Perintah Kawalan Pergerakan
MCO = Movement Control Order

I hope semua ni akan berakhir tak lama lagi. Bumi akan kembali selamat, segalanya kembali seperti sedia kala. Semua orang boleh bertebaran mencari rezeki seperti biasa.

Dan kita semua bebas dari sebarang wabak berbahaya. Aminn.