Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

01 June 2012

Superwife In The Making

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

dulu masa zaman muda-muda *chewah macam sekarang tua sangat* selalu wondering. macam mana lah kalau dah kahwin nanti, lepas balik kerja, tengah penat-penat tu lepas tu kena memasak untuk dinner.

mampu kah?

orang kata, tak kenal maka tak cinta.

eh.

tak cuba maka tak tahu.

dah jadi isteri baru tahu benda ni bukanlah susah mana pun. pagi-pagi buat breakfast, balik kerja boleh masak lagi.

cuma, kalau time penyakit tiba-tiba menyerang, tu susah sikit lah.

oleh sebab tekak masih tak sedap dek perubahan hormon tak berhenti-henti ni, maka encik suami terpaksa menelan apa sahaja yang saya masak walau terlebih masam.  ^.^

malam tadi konon nak makan kat luar tapi tak jadi sebab hujan dan jalan amatlah jem. saya minta encik suami tunggu sekejap. kejap aje.

ok, cukup intro.


Kobis Bunga masak Tumis

Bahan A:

  • bawang merah kecil 2 biji
  • bawang putih kecil eh ada ke bawang putih besar 1 ulas
  • cili padi 3 biji kalau nak pedas tambah lagi


Bahan B:

  • sos tiram
  • sedikit air
  • secubit garam
  • minyak masak 1 sudu besar
  • kobis bunga ikut suka banyak mana nak makan untuk 2 orang dipotong-potong
  • telur ayam 1 butir


Cara-cara:

  • hiris semua bahan A halus-halus bak kata encik suami
  • panaskan minyak masak
  • tumis bahan A sampai wangi
  • masukkan kobis bunga, gaul sampai sebati
  • masukkan sikit, sikit aje air. dalam 3-4 sudu besar camtu
  • dah kering sikit air, masukkan telur ayam, gaul-gaul
  • tuang sos tiram 1 sudu besar
  • masukkan garam secukup rasa
  • siap
  • tak sampai 5 minit



Ayam Lada Patah Masam-masam-padahal-patutnya-pedas-pedas

Bahan:

  • bawang merah kecil 6 biji dihiris
  • bawang putih 6 ulas dihiris
  • halia 1 inci dihiris
  • serai 3 batang dititik
  • daun kunyit separuh helai 
  • daun limau 3 helai
  • cili padi 7 biji dipatah-patahkan tak mahu pedas sila kurangkan bilangan cili
  • ayam 4 ketul dipotong kecil
  • garam secukup rasa


Cara-cara:

  • isi air dalam periuk. kalau untuk dua orang makan, cukup la dalam 3/4 dari volume periuk kecil masak megi tu
  • masukkan bawang merah, bawang putih, halia. tunggu sampai macam ada bau wangi sikit
  • masukkan serai, daun kunyit, daun limau dan cili padi
  • tunggu sampai ada bau naik
  • masukkan ayam 
  • biarkan ayam tu masak dan empuk
  • saya tambah lagi daun limau siap tambah perahan air limau. bagi nak sedap tekak punya pasal.
  • dah siap
  • tak sampai 15minit.


 halamak kecur pula air liur masa menaip ni haisy!



total masa untuk suami tunggu saya siap  masak: 30 minit




nak tau sedap ke tak, tengok aje ni,





ratah lauk ye, bang?


xoxo,
Puan Nadia Havez

18 December 2010

Kedudukan Ekonomi Tak Stabil, Jual Popia untuk Tambah Pendapatan, ok tak?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

tak tahu apa angin yang masuk dalam badan. tiba-tiba terfikir nak masak popia. ni semua kesan hot mommy and daddy co0L tak ada kat rumah selama 5 hari sebab balik kampung, uruskan jenazah arwah atuk *oh oh, rasa nak menangis*.

sebagai wanita berkerjaya yang tak ada assistant nak uruskan hal ehwal rumahtangga, maka seboleh-boleh i akan masak lauk yang sangat simple untuk eno wutta wutta breakfast and lunch. biasa ada ibu sekali di dapur. ni sorang-sorang di pagi buta, eno wutta wutta sedap membuta sebab masa malamnya dipenuhi dengan download muvee dan lagu kegemaran sampai pagi buta, memang pukul 5 pagi lah i bangun sorang -_-"
*dah lah i memerlukan sejam setengah untuk bersiap pergi kerja... theee~~~*

so, dengan penuh sifat kemalasan, malam sebelum tu, i pergi jusco, beli daging kisar sajoh! haha. pemalas kan? bukan, takut tak sempat basuh ayam or daging tu. i ni memang jenis basuh ayam ikan daging sotong udang lama-lama. kalau boleh semua lemak tu hilang terus. dengan daging-daging tu hilang. yang tinggal nak masak...... errr......

so daging kisar adalah pilihan terbaik untuk menjimatkan masa untuk si pemalas macam i *siapalah nak ambil buat isteri menantu bagai... sob3~~~*

lepas tu, perah otak. nak masak sambal tumis ke, gulai ke *bahah! dapat bayangkan tak rupa daging kisar kalau masak gulai? -_-"*, padprik ke, masak kicap ke, aa.. i nak masak telur bistik.

eh eh. masak sambal tumis sudey (:

berbekalkan bawang merah, bawang putih, cili boh *tengok, bukti pemalas, cili pun dia bantai cili boh je, siap blender sudaaa*, garam dan ajinomoto, siap suda sambal daging tumis i...

rasa sikit.

eh, 'macam' sedap. 'macam' ok?

ok pass.

sempat melantak dulu sebelum pergi kerja (:

daging kisar macam ni, sumbat dalam tauhu, sedap ni kan? tak pun buat samosa or popia ke. biasa orang buat inti kari. errr...

i pun pergi jusco esok malamnya, beli kulit popia pula, and another daging kisar.

hot mommY and daddy co0L balik malaysia that night. sampai rumah, hot mommY bertambah nasi sampai 3 pinggan dengan lauk daging kisar.

senyum puas. ok ok. tak mau perasan lebih, sematkan dalam fikiran, 'ibu lapar tu... sebab tu makan banyak...'

but suddenly,

"nadia, sedaplah awak masak macam ni. esok masak lagi..."

ok, people. sila ke sinki untuk muntah pink sekarang.

hahah~

dah duduk depan PC balik?

ok, i sambung cerita.

"ok, lepas balik kerja nadia masak lagi." anak solehah lah katakan. sila muntah pink sekali lagi. i dah penat tahan hidung kembang ni. hahaha~

ok, meh i sambung stori.

so malam semalam, i buat lagi sambal tumis tu, but tiba-tiba *music horror sikit*.....

taraa.. i keluarkan kulit popia, then main gulung-gulung popia dengan eno wutta wutta... best! ini pertama kali buat popia. memang kekok lah nak menggulung sampai eno wutta wutta kata,
"kaklong tak pernah tengok ke orang gulung popia kat bazar ramadhan?"

ok, ok my bad. i tau telan je.

oh ya, fyi, family kitorang memang bukan jenis masak-masak kuih wut so eva ni. so i memang tak ada ilmu yang diperturunkan dari hot mommY tentang segala macam jenis kuih.

masak lauk, boleh la...

popia siap gulung, eno wutta wutta said,
"inti yang penuh dan sedap. eno nak jual kat kawan-kawan eno, ok tak kaklong?"

mata i dah shining-shining. "ok ke? laku ke?"

"mesti laku!"

ok, i semangat! hahah! sanggup! demi menambah duit dalam tabung ayam.

hot mommY tak mau popia goreng. so i kukus popia itu. macam popia basah. tapi inti sambal tumis.

tak sempat apa-apa, popia dah habis. errr.... terbukti sedap. hahahaha *nak pergi sinki lagi ke tuan-tuan dan puan-puan?*

tapi pagi tadi incik-perasan-hensem komen *urgh~ pagi-pagi dah mengomen popia i!*
"ok, tapi........."

aahh~ tak suka ada tapi tapi ni. takpe takpe, sebarang kritikan diterima dengan hati terbuka. perlu! untuk memastikan popia yang bakal dijual laku di pasaran tempatan dan antarabangsa.

"apsal tak basah macam popia biasa ye?"

"maksud awak?"

"yela, biasa kalau makan popia kan, inti dia macam ada rasa basah-basah sikit."

"awak, saya memang buat inti sambal tumis. kalau inti macam orang lain, tak ada kelainanlah popia saya. macam mana nak laku?" hahah! bekap diri sendiri.

"ok, tapi..."

urgh~ tapi lagi?

"kulit popia ni liat. apsal awak tak goreng?"

"banyak minyak, tak bagus untuk kesihatan. lagipun ibu tak suka yang goreng..." sengih.

"ok, reason yang bagus. saya rasa kena tambah masa kukus tu sikit. kenapa tak letak sayur? taugeh ke?"

"letak sayur cepat basi." 'kata nak pasarkan sampai ke antarabangsa...' hahahahaha...

"ok la ni. saya habis makan satu tupperware. boleh jual. lulus. saya bagi A-." ketawa.

"A- je?" buat muka tak puas hati.

"cukuplah tu. kang awak perasan lebih."

isy!

so, i nak jual popia untuk tambah pendapatan keluarga. keluarga?

uolls~ nak jual apa?

(^_~)v

22 October 2010

Nasi Goreng Berlauk Kumbang?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

i sangat tak paham apa ke jadahnya hari ni. banyak binatang sangat suka mengelilingi i hari ni. kerengga tak sudah-sudah naik atas tudung ni. manis sangat ke i?

kak syaft, mari belajar membikin karangan ok?


Pendahuluan

uhh~ sangat letih bila dah 4 hari berulang-alik KL-Shah Alam-KL. jauh rupanya shah alam ye? tu yang i pelik macam mana boss i boleh tinggal kat shah alam, kerja kat taman melawati. i baru berulang 4 hari, dah 2 kali isi minyak full tank. rasanya boss i tu mesti isi minyak hari-hari kan?

lagi yang tambah meletihkan bila kena speed 100km/j and more than that. hari-hari macam tu, kereta i tu bukannya ferrari, sikit lagi nak sama macam fairlady. kalau bawa 60km/j je, bilanya nak sampai KL?erk~ my baby car tu, sampai je 80km/j, dia dah start rasa macam naik jet pejuang.

tu belum kira nak kena berlomba-lomba anak kambing dengan kereta-kereta mewah yang lain. aik, i je kancil kat atas jalan? oh, mana ada kancil nak lalu tol, mahal. sepanjang ulang-alik ni, i dengan perasaan nak cepat sampai, tak nak hadapi jam dan tak nak paksa client tunggu lama, so gunalah kemudahan DUKE dan NKVE yang menyebabkan i perlu mengeluarkan RM15.20 setiap hari untuk tol.


Isi
Isi Pertama
i baru berura-ura nak tinggal kat shah alam. macam syiokkk je dengan environment yang tak sehsak macam KL tu. best kan? i nak duduk shah alam la. tapi office kat KL. gi mana ya? RM15.20 x 25hari = RM380 hanya untuk tol. tu belum kira sebulan 15 kali isi minyak full tank. RM40 x 15 kali = RM600. so pengangkutan dari rumah ke tempat kerja je dah RM980 sebulan. huh~ baik aku bayar sewa kondo kat Bukit Antarabangsa kalau gitu perbelanjaan pergi balik sebulan.

Isi Kedua
tu belum kira kalau aku nak beronggeng hujung minggu. huahuahuahu~ takkan lepak shah alam je. balik-balik tengok i-city aje lah *ececehe i-city?*. aih aih aih bila aku nak kaya kalau gini?


Kesimpulan
takyah lah macam tu. hahahaha. next destination untuk cari rumah. huahuahuahu~


ok, kak syaft, karangan dah siap.





sebenarnya kan, i nak cerita, tadi i lunch nasi goreng USA. dulu i ingat, nasi goreng USA tu means nasi goreng dengan Udang, Sotong, dan Ayam. i tak sangka pula nasi goreng USA yang i makan kat kedai XXX tu berlaukkan daging masak merah, telur mata kerbau


dan kumbang.

erk~ *bunyi sendawa*

bau kaki kumbang...


-_-" kalau u olls, u olls saman tak pekedai tu?



*kalau esok i food poisoning lagi, u olls tau la sebab apa, kayh?*

27 May 2010

Macam mana nak kurus?

Bismillahirrahmanirrahim~

entri ini ditulis sempena merayakan kejayaan menurunkan berat badan sebanyak 3kg dalam 5hari. haha~ sangat poyo. baru 3kg. ihih!

bila post status gitu kat fesbuk, wah, ramai ucap tahniah. eh. eh. semalam pos turun 2kg.. tapi tadi timbang, 1kg lagi turun. wah! sudah 3kg! hawhawhawhaw!

bila masanya sangat teruja nak cuba kurangkan berat badan ni? hawhawhawhaw.. well, i jenis senang naik, senang turun. hihi~ tu macam tak berapa nak kisah sangat lah kan kalau berat badan naik pun. oh, dulu mana i kisah pun kalau orang cakap i ni kuat melantak and wut so eva kan.

tapi, tiba-tiba je, balik dari utm skudai hari tu, hot mummY tegur,

"apsal awak macam dah gemuk je, nadia?"

err~ lepas tu mulalah jiran keliling rumah pun cakap benda yang sama...

dan paling nightmare, i dah tak boleh pakai baju kebaya yang hot mummY jahit masa matrikulasi dulu! oh, tak boleh jadi ni! at least kena kurangkan sikit.

bila hot mummY mula ukur dada, pinggang dan punggung, aaa.. naik-naik belaka. rasa nak seriau *kata orang utara* mm~ terlebih berat pun tak baik untuk kesihatan, kan?

maka i melancarkan azam, sempena ulangtahun kelahiran yang ke-23 hari tu... ahahaha i nak turunkan berat, at least, 5kg pun jadi la! takde la kebaya tu nanti sempittttt~ *blushing*

i start dengan kurangkan makan. dah duduk rumah, kan. of course sehari tu 5pinggan nasi. haha~ so i kurangkan jadi 2pinggan nasi sahaja sehari.

minum air masak dan berselawat lepas solat subuh. breakfast is a MUST! tak boleh tinggal!

lunch, ambil nasi dan lauk sekadarnya sahaja.

minum petang, roti + nutella sekeping sudeyyy~

dinner before 7pm or masa maghrib tu ke... nasi dan lauk yang memadai.

pastu dah. cover rasa nafsu nak makan tu dengan minum air masak sepanjang hari tu. air masak pun baik untuk singkirkan toksik dalam badan.. kan... :)

and yang paling orang tak mau percaya *sampai hati u olls~ tak caya* i pergi joging! serius! kat taman tasik datuk keramat. haha~ 20minit. tapi jog tak jog sangatlah. tak berapa larat dengan keadaan kesihatan i kan. i berjalan laju-laju macam orang marathon tu. ehehe~ ditemani adik si eno wutta wutta.

dari 60kg, now dah 57kg. dalam 5hari je. hehe.

malam ni we oll nak main badminton juga kat tempat yang sama, insyaAllah.

ada sesiapa nak join?

jumpa di sana. (^_~)v

nad havez :: makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang...

30 March 2010

Macaroni Goreng


dah macam blog resipi masakan lah pulak blog i ni. ok, puan-puan di rumah tu, hahaha~ bila eh, i masak macaroni ni.. urmm~ tak ingat hari apa.. sabtu lepas.. masak untuk dinner.. senang saja.. macam masak nasi goreng, mihun goreng dan segala-gala yang goreng.. hahaha~



macaroni yang sudah siap dikembangkan *tak tau nak guna istilah ape*.. rebus dalam butter and air... jaga elok-elok masa rebus.. kembang sangat nanti tak cantik.. melekat-lekat dan lembik.. ih~




i guna daging ayam kisar dari ayamas.. and cili giling yang ditolong gilingkan oleh 'Puteri' Gunung Pulai.. eh eh, pandai-pandai aje uuu.. hehhehhe~ mula ingat nak guna udang.. tapi memikirkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, dan juga pihak penaja hanya limitkan bajet rumahtangga kepada RM10, maka, beli daging kisar ni aje laa~ *kalau dapat udang mesti lagi best kan? pastu masak dengan air udang.. uuu~ perfect!*



i guna bawang kecik sebab nak hilangkan rasa pahit cili giling tu.. nyumm nyumm~ dalam 4,5,6 biji bawang merah dengan 3-4ulas bawang putih dihiris...


lepas tu u ollss~ tumis bawang.. i tumis dengan butter, bukan dengan minyak.. sebab nak bagi bau and rasa ala-ala western gitu.. plus takdela macaroni ni nanti berminyak...
dah naik bau and bawang kekuning-kuningan, masukkan daging.. sampai daging masak..
lepas tu, masukkan cili giling... kasi masak juga.. then tomato yg besar tu, sebijik... kasi gaul semua... tomato pun boleh berfungsi hilangkan pahit cili giling tu.. auww~

garam and ajinomoto jangan lupa taw u ollss~ then rasa sikit, ade pahit lagi tak? kalau ada, letak sikit gula.. sikit je u ollss~ kurangkan gula dalam makanan.. lebihkan manis dalam senyuman.. ihix, iklan pulak... *i ni jenis tak suka letak gula dalam lauk-pauk.. so seboleh-boleh cuba guna alternatif supaya tak pahit*.. or u olls~ boleh letak air.. tapi jangan banyak2 air, nanti hilang rasa... isk3

then u olls~ masukkan macaroni.. kasi gaul sampai sebati.. then 2biji telur.. kasi gaul juga... pastu letak daun bawang.. bagi ada kaler ijau sikit... hehehe~




dah siap! before budak-budak ni melantak, baik i amik gambar siap-siap.. nanti tak sempat amik gambar lagi...


yaa~ macaroni ni berjaya dihabiskan dalam masa tak sampai setengah jam... yang nak tambah, tak sempat... dah habis 1 periuk.. hik3~ ada masa and penaja, i masak lagi la ye u olls~


terima kasih kepada penaja barang-barang dapur


hahahah~

yumm~

(^_~)v

13 March 2010

Masak Spageti

taraaaaaaaaaaa~~~ hari ini kita masak spageti.. jom jom jom.. thanks to kak roza and fendi kerana join masak sekali... hehehehe~




guna rambut bidadari *angel hair* spageti.. halus sket.. macam bihun.. :D ni kita rebus ngan butter and garam.. sila guna butter brand anchor, brand yg ni sedap baunya.. membangkitkan selera.. yumm~
*kalau guna rambut bidadari ni, jangan patahkan spageti tu. sebab nanti da siap, spageti nye hancurr*



antara bahan-bahan.. daging kisar, chicken meatball.. nak guna bahan lain pun boleh.. udang ke, sotong ke, daging ke... ikot citarasa masing-masing.. :D saya amik daging kisar ayam, chicken meatball, and mushroom dalam tin.. pasal mushroom ni, baik guna yang ayam brand.. sebabnya, takut yang lain tu tak halal...



bahan asas.. bawang putih, bawang besar, prego, daun bawang... ada lagi yg takde dalam gambar, spices...


mula, panaskan butter. dah cair, tumis bawang putih yg dihiris halus. dah naik bau, masukkan bawang besar lak. nak lagi sedap, letak 2-3keping cheese. dah naik bau and jadik kuning-kuning tu, masukkan daging kisar and meatball *or apa-apa isi yang korang nak guna*. masak benda-benda semua tu sampai separuh masak...



pastu dah boleh masukkan prego. biasanya, untuk satu bungkus spageti tu, memang habiskan sebotol prego besar tu. then masukkan air satu botol prego tu jugak. kalau nak tambah masam, tambah tomato. saya tak suka masam, so tak perlu letak tomato. prego tu dah cukup masam. then taburkan sedikit serbuk perencah *spices*, garam, ajinomoto... then masak sampai didih... pastu dah boleh hidang~!



ok, tak sempat amik gambar spageti yang dah siap, dah habis.. huuu~~~ hangaatt...



sedap tak sedap, mai rasa... hahaha~


fendi tambah sampai 6kali.. apa maknanya?? kih3



ditambah dengan agar-agar milo tabur *resepi baru sekali lagi* yumm~ alhamdulillah, kenyang..


.........................