Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label mommy fateh. Show all posts
Showing posts with label mommy fateh. Show all posts

21 August 2015

Fateh Pneumonia, Melor Bronchiolitis

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Bagi sesiapa yang ada tertengok ig & fB aku, mesti terperasan anak-anak aku warded kat DEMC, 5 hari 4 malam. Alhamdulillah petang semalam discharge.

Ada orang tanya, sebab apa masuk wad? Takkan sebab demam dan batuk je?


Sebelum start cerita meh kita kongsi gambar 'peace' dari Fateh. Ye hadirin sekalian, itu cara Fateh buat 'peace' sign.

Fateh dan Melor dua-dua dah batuk lama. Melor sejak pantang lagi. Ye, sejak aku tengah berpantang. Korang jangan nak kondem aku pulak sebab apa lambat bawa anak pergi hospital. Dengar aku cerita ni baik-baik.

Mula-mula Melor batuk-batuk dan bersin. Lepas tu berjangkit ke Fateh. Fateh start bersin-bersin dan batuk. Then Fateh demam. Lepas Fateh demam, berjangkit pula Melor demam. Masa ni aku masih on maternity leave.

Aku jaga sendiri Fateh seminggu sebelum aku masuk kerja. 

Lepas tu start hantar Fateh dan Melor ke taska.

Sepanjang seminggu sebelum aku naik kerja tu, Fateh dah berkali-kali demam on off. 3 hari demam, esok baik 1 hari, pastu demam balik 2-3 hari.

Alhamdulillah Melor hanya demam 1 kali. Risau aku kalau Melor demam. Dia kecik lagi.

Aku pergi Pusrawi pun dah ada nak dekat 5 kali aku rasa sepanjang 1 bulan tu. Dan hampir 2 botol dah PCM Fateh minum habis sebab demam tak berhenti.

Dah check darah kat Pusrawi. Tak ada apa-apa. So doktor anggap viral fever. Doc bagi antibiotik then balik.

Sampai lah Jumaat lepas, aku ambil diorang awal sikit dari taska. Petang tu masa mandikan Melor, aku perasan ada bintik-bintik merah kat badan dia. Aku dah cuak.

Ahad pagi, bintik merah kat badan Melor makin banyak dan aku desak Imam bawa Melor ke hospital. Imam decide ke DEMC sebab Pusrawi ulang-alik pun kang ubat sama dia bagi kat anak-anak. Kebetulan pagi ahad tu badan Fateh panas mendadak. 39.5 degree uolls~

Sampai DEMC, bajet macam nak check Melor je. Sebab Fateh nanti diorang bagi PCM jugak. Malas nak penuhkan peti ais tu dengan PCM je. Adeh la. Tapi entah, Allah gerakkan hati kami untuk check Fateh sekali. Alang-alang dah sampai ke DEMC.

Tak ku sangka sebenarnya penyakit Fateh lebih serius dari Melor.

Lepas jumpa doktor kat emergency DEMC tu, doc bagi neb kat diorang berdua. Dan doc provide solution untuk neb diorang since aku ada portable nebulizer kat rumah. Boleh buat kat rumah, kata Dr. Rao.

Tapi lepas je buat neb tu, doktor tak puas hati dengan bunyi paru-paru Melor. Doktor decide nak admit Melor. Bila check Fateh pula, Fateh pun sama. Doktor kata ada something serious yang dia dengar kat paru-paru Fateh. So both admitted petang ahad tu.



Mulanya minta bilik single. Tapi sebab dah 2 patient warded, dapatlah bilik double, 1 katil untuk 1 patient. Takpe la lagi besar bilik kami dapat. Kih3


See. Hanya divider memisahkan 2 katil ni. Last-last kami bawa 1 lagi katil combine dengan katil sebelah. Jadi katil Super King. Ruang lagi satu tu jadi tempat santai kami anak-beranak. Dah buat macam rumah sendiri.


Malam yang pertama. Fateh baru lepas kena cucuk buat IV line tu. Sian dia. Antibiotik kena masuk kut tangan. Ni tengah tengok TV.



Pagi Isnin yang cerah. Melor masih tidur.


Fateh baru lepas breakfast. Pagi ni nak kena buat X-Ray untuk Fateh.


Fateh tak mau pergi x-ray.

Lepas dah buat x-ray tu, Dr. Vidya sahkan, confirm Fateh kena Pneumonia. Berderau darah aku masa doktor bagitau berita ni. Dah lah aku pernah terbaca blog mommy ni anak dia meninggal sebab Pneumonia. Allah... aku macam nak pitam masa ni.


Sepanjang kat hospital, Fateh sangat banyak meragam. Kena neb pun menangis. Dia terlalu fobia dengan doktor & nurse. Kesian dia. Ada satu kali tu nurse masuk nak tukar cadar je. Dia suruh tutup pintu bilik tu tak bagi nurse masuk. Adoi laaa~




 Melor relaks je. Neb pun pegang sendiri.


 Apa pandang-pandang ha?


 Oleh sebab Fateh asyik meragam, maka Imam belikan Ultraman untuk dia. Seronoklah dia dapat main. Aku rasa dia meragam tu sebab bosan. Mainan tak ada. Mana laa aku nak expect budak-budak ni masuk wad. Tak terfikir nak bawa mainan Fateh.



 Khusyuk main Ultraman.


Dapat spent masa lebih sikit dengan budak cekodok bulat ni.


 Baru lepas menyusu & neb, beberapa saat lepas tu tertidur sendiri.


 Ya, Melor memang dah pandai meniarap sekarang.


 Ni baru lepas menangis sebab sakit buka IV line tu. Nampak tangan dia dah bengkak. Nak buat camane.. awak tak sihat nak..


Fateh kena pneumonia, Melor kena bronchiolitis. So Melor hanya ambil antibiotik makan. Fateh ada 2 jenis antibiotik kena ambil. Doktor kata kuman yang menyerang Fateh sangat kuat, sampai result darah tunjuk sel darah putih Fateh agak tinggi.

Kami decide untuk ambil vaksin pneumococcal untuk diorang berdua. Tak kisah la mahal ke apa ke, duit boleh dicari. Anak-anak tak ada ganti.

So mommies, kalau anak korang dah batuk, selsema, demam untuk jangka masa yang lama, tolong laaa.. tolong laaa jangan berlengah. Janganlah pergi klinik @ hospital yang sama korang check sebelum ni. Hak kita untuk dapatkan second opinion. Dah banyak kes, in fact kawan Imam sendiri, anak kawan tu dah setahun dalam wad paediatrik HKL. Sebab duk demam and batuk on off, last-last terus bawa ke HKL rupa-rupanya ada jangkitan paru-paru yang teruk.

 Thanks untuk Dr. Vidya dan staf-staf DEMC yang sangat baik hati melayan kami 5 hari 4 malam menginap di sana. Staff Nurse Jimi yang selalu kena tendang dan kena pukul dengan Fateh masa bagi neb, maafkan saya. Dan Melor, memang dapat perhatian ramai. Jadi retiss anak ai uolls~ gahahaha~!

Aku dan Imam? Tak cukup rehat ni weh tiap-tiap malam tidur lambat anak-anak bergilir-gilir merengek ya ampun penatnya Allah je yang tahu.

Jangan tanya aku bila pula plan number 3.

*pengsan*






21 July 2015

Bentan Ketika Berpantang

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Kalau kome nak cari ciri-ciri bentan dalam ni, makanya kome tersilap page. Aku kat sini nak cerita pasal bentan yang aku rasa masa berpantang si Melor itu hari.

Amboi kemahen kome mentang-mentang baghu balik ghaye di Perak langsung sampai KL tukar slang. Almaklumlah kome, laki kume oghang perak.

Maaflah ye kalau dalam entri ni ada terselit slang Perak sesikit, lemang bau Perak belum habis katanyeee... haa kasi naik sikit bunyi 'nye' tu. NYEEEE, haa gitu orang Perak.

Berbalik kepada tajuk kita hari ni, entah camane masa berpantang si Melor hari tu aku terkena bentan komeeee. Naya tak naya.

Ceghitanya camni, mengkome pun tau kan aku ni ada 2 orang anak. Yang sorang tu memang tengah melesak (ayat mak. Melesak ye mengkome..) Lagi-lagi sejak lahir Melor ni. Tambah lasak & kuat jeles. Jadi bila aku dukung si Melor, dia pun sibuk laaa hulur-hulur tangan, "nak kunggg nak kunggg"

Tau je lah awok tengah berpantang (dah terselit Pahang sikit, almaklum orang Perak hilir), mana maunya mendukung beban lagi berat dari budak baru lahir tu. Boleh jatuh peranakan. Tapi dek kerana sayang, kuturutkan juaaa.

Lagi tambah memburukkan keadaan, si Fateh tu bantai tak mau tidur pulak. Sejak adik dia lahir, tidurnya pukul 3 ke 4 pagi. Dah tu si adik ni pukul 6 pagi dah celik mata.

Jadi tang mana yang kata masa berpantang tu kume berehat?

Setelah dua hari tak tidur LANGSUNG sebab anak berjaga bergilir-gilir, satu pagi tu aku terasa badan seram sejuk. Tarikh, 5 Jun 2015 (aku check wasap dengan kawan aku bagitau aku bentan). Malam tu aku dah termuntah dua kali. Pagi tu masa bangun tidur, badan menggigil, nak demam, muntah sekali. Aku cakap kat penasihat kesihatan aku (kawan masa sekolah menengah), dia kata, dia rasa aku dah terkena bentan ni. Cepat call makcik urut!

Aku pun apa lagi, cepat-cepatlah minta ibu call panggil makcik urut tu. Alhamdulillah hari tu dia free. Dia pun datanglah mengurut aku.

Alhamdulillah lepas berurut, mandi air suam-suam panas, tidur yang betul-betul lena, badan aku pulih balik. Seram weh tetiba kena bentan.

Simptom bentan (ikut pengalaman aku lah kan):
- badan seram sejuk
- menggigil
- rasa nak demam
- tengah-tengah hari buta pun kau minta baju sejuk (bagi yang gatal bukak aircond sampai 16 degree tu jangan kaitkan dengan kes ni pulak ye)
- letih yang teramat, teramat tu macam yang tak pernah kau rasa.. bersalin pun tak letih camni
- kepala berat
- sakit perut
- darah nifas lebih banyak

Jadi apa yang perlu dibuat?
- Panggil makcik urut. Urut satu badan. Serius lega lepas kena urut!
- Minum air panas-panas
- Mandi air suam-suam panas
- Tidur. Minta orang lain tengokkan anak.

Alhamdulillah aku cepat-cepat buat tindakan. Kalau tak.. hurmmm

Serius jangan main-main dengan BEREHAT SEMASA BERPANTANG. Dalam Islam pun anjurkan perempuan selepas bersalin sila berehat at least 40 hari. 40 hari tahu tak? Makan makanan berkhasiat, tidur secukupnya. Cuba lah.. rehatlah.. pada para suami yang isteri sedang berpantang, tolong-tolonglah mana yang patut. Korang tak tau peritnya dan susahnya bersalin ni. Bertarung nyawa tau? Nyawa di hujung tanduk.

Haisyy ni yang buat aku rasa syok nak berpantang lagi ni.

Hahaha!

06 July 2015

Doa Ibu tu Makbul

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Hi~ Bersiaran lagi kita dari opis! Dah habis dah cuti pantang weh..

Sekejapnya rasa 2 bulan. Tak puas belek anak. Tak puas lah cuti dengan anak.

Bila nak mula masuk kerja ni, selain cabaran menyimpan stok susu, cabaran kedua adalah mengajar anak minum susu dengan botol setelah sekian lama dapat privilege menyusu secara direct.

Kalau dulu Abang Fateh guna botol Pigeon. Kali ni aku saje nak bagi Melor guna Tommee Tippee (TT). Sebab design dia comel-comel belaka. Melor baby girl so kena bagi segala yang comel kat dia. Lepas tu aku dapat offer harga yang lebih murah untuk 6 botol 9oz pulak tu, siapa tak teruja! Ni siapa yang nak membotol, mak ke anak?


So aku jumpa offer botol TT ni dalam instagram. Ko cari je #tommeetippeemurah sure jumpa punya.

Lepas Melor umur 2 minggu, aku dah excited nak try bagi dia menyusu dengan botol comel ni. So aku ambil 1 kaler pink.

Alhamdulillah Melor ok. Dia boleh menyusu dalam botol. Berjaya.

Maka, aku menganggap Melor sama macam Abang Fateh dulu. Pandai minum susu dalam botol.

Tapi aku silap. Tiap anak tu memang lain-lain perangai.

Khamis lepas aku try lagi. Imam try bagi dia susu masa aku sibuk memasak lauk untuk berbuka. Tapi malangnya dia refuse. Meronta-ronta dia tak mau. Sedih aku dengar dia menangis hiba.

Aku pun bagi je la direct feeding.

Hari jumaat try lagi. Pun tak nak.

Tak boleh jadi ni. Aku rasa kena tukar botol. Sabtu pagi aku pergi expo baby sebab kawan kata ada jual botol Pigeon buy 1 free 1.


Maka aku beli lah botol Pigeon ni. Pigeon PPSU Peristaltic Plus. Botol sama dengan Abang Fateh dulu.

Tapi Melor masih tak nak. Aku dah hilang idea.

Pagi Ahad aku rushing pergi kedai Manjaku. Aku customer pertama. Diorang tengah duk sapu-sapu kedai lagi tapi aku abaikan. Aku try NUK pula.






Masa tu aku dah berdoa panjang-panjang. Kalau tak boleh NUK ni, terpaksalah try MAM atau Mimijumi. Tapi tau je lah harga Mimijumi tu. Boleh menangis tengok.

Dan..

Melor masih tak mahu botol NUK tu. Kenapa ni Melor. Why oh why? Hari tu boleh je minum guna TT, kenapa hari ni tak?

Aku dah runsing. Esok nak start kerja ni.

Masa sembang dan diskus dengan Imam, aku kata, aku yakin Pigeon tu boleh diharap. Sambil tu aku selit doa, sekali puhh puhh kengkonon macam jampi, dan penuh yakin, "doa ibu tu kan makbul" aku kata kat Imam.

Imam try bagi susu guna botol Pigeon sekali lagi,

dan..

alhamdulillah!

Aku dah kata, doa ibu tu makbul.


03 June 2015

FAQ : Soal Jawab Pasal Bersalin untuk Pesakit Slipped Disc dan Asthma

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Macam retis kekdahnya. Siap ada soal jawab bagai. Ada beberapa soalan yang aku terima agak-agak sama isinya. Meh aku tolong jawab dalam satu entri.

Soalan 1
Boleh ke perempuan yang ada slipped disc bersalin normal?
Jawapan:
Siapa kata tak boleh? Haha amboi kasar nampak. Buktinya? 2 orang yang dah keluar tu alhamdulillah normal. Alhamdulillah MasyaAllah rezeki Allah. Aku faham, hanya orang yang ada slipped disc je tahu macam mana sakitnya ketika slipped disc tu datang menyerang. Tapi don't worry. Consult dengan pakar ortho anda. Dia lebih tahu posisi disc tu. Stay positive, ok?

Soalan 2
Tak sakit ke bahagian slipped disc tu masa meneran?
Jawapan:
Aku rasa, contraction jaaaaauh lebih sakit dari sakit slipped disc tu sendiri. Percayalah. Bila sakit kebas kejang slipped disc tu menyerang, tiba-tiba kita rasa nak jatuh, nak bergerak pun yaa ampun sakitnya, kan? Contraction 40 kali ganda lebih sakit dari tu. Dan lagi satu, setiap perempuan tercipta mampu kontrol sakit contraction, so, again, stay positive, ladies!

Soalan 3
Cukup ke nafas masa nak meneran? Awak kan ada asthma?
Jawapan:
Ye, aku akui ada pesakit asthma acute yang terpaksa end up dengan ceaser sebab tak cukup nafas, tercungap-cungap masa meneran, akhirnya oksigen tak sampai kat baby. Bahaya for both mom & baby. Aku tak nak end up dengan ceaser sebab asthma. Sebab aku baca ramai pesakit asthma end up dengan ceaser. So, dari awal lagi aku cari solution dan consult dengan doktor dan nurse yang jaga aku. Aku google teknik kawal pernafasan masa contraction dan meneran. So aku praktik kan teknik kontrol pernafasan tu sejak awal lagi. Pergi google, gentle breathing. Kat youtube banyak.

Soalan 4
Macam mana awak buat rutin harian, jalan kaki, buat kerja rumah, pergi kerja, dalam keadaan slipped disc, asthma dan mengandung?
Jawapan:
Terus-terang, kerja rumah memang serender. Kadang tu balik kerja terus melepek, tak larat. Nak bawa perut, jalan kaki balik kerja, Kadang tu balik kerja terus tertidur. So, aku tak ada lah hebat pun dalam bab ni. Surrender! Thanks husband & ibu yang sangat banyak tolong.

Soalan 5
Larat lagi ke 9 bulan mengandung, pergi kerja? Dengan sakit yang sedia ada?
Jawapan:
Yang ni bergantung semangat masing-masing kot. Masa Fateh dulu 36 weeks aku dah dapat MC. So melepak lah aku kat rumah. Yang Melor ni, sampai hari terakhir sebelum Melor keluar pun aku pergi kerja lagi. Tapi mungkin sebab nature kerja aku pun tak stress dan tak buat kerja berat kot. Duduk je depan laptop. Kadang tu ada juga slipped disc menyerang lagi-lagi masa due date dah dekat. Tapi aku kontrol pernafasan, tuam tempat sakit dengan air suam-suam panas.

Soalan 6
Awak tak kena asthma ke masa hujung-hujung mengandung tu? Yelah, beban dah makin berat.
Jawapan:
Alhamdulillah tak ada. Asthma menyerang masa first trimester tu sahaja. Apa yang aku belajar lah kan, asthma ni ada trigger dia. So, selagi kita cuba sedaya upaya elak perkara yang buat trigger kepada asthma tu, kita elak. Macam aku, yang trigger asthma aku, buah oren, cuaca sejuk, dan habuk. So kena pepandai lah elak benda-benda ni. Aku risau juga tetiba time dah nak bersalin pula asthma datang kan. Stay positive & keep praying, ladies!

Dah, cukup lah tu ye. Nanti aku share lagi apa-apa yang patut.

Oh rutin pantang aku. Nanti aku share.

Tata.

14 May 2015

Baby M's Labor Story : Urge to push

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Bahahah~ Sorry guys terpaksa buat episod gini. Kena kejut Baby M tiap sejam bagi susu. Dia ada kuning sikit. Sikit je la tak macam Abang Fateh dulu sampai letak bawah lampu.

Part 1

Part 2

Kat mana kita semalam? Oh, Abang Fateh dah balik.

So tinggallah aku sorang dalam wad. Suami tak boleh duduk sebelah. Imam duduk kat depan, tengok TV. Tiap setengah jam aku Whatsapp group family, Fateh buat apa? Dia ok tak? Dia cari ibu ayah dia tak? Bagi lah gambar dia.. Dia dah makan ke? Tadi dia berak, dah cuci ke berak dia?

Aku nangis. Serius aku nangis sebab rindu Fateh. Hahah! Apa Fateh buat sekarang, apa dalam fikiran dia, kenapa dia tak boleh tidur dengan ibu malam ni, kenapa ibu tak ada kat rumah ni, semua tu berlegar-legar dalam kepala aku.

Main kereta.



7.45 pm
Darah dah keluar sikit. Tak macam spotting. Macam period tapi yang dah hujung-hujung.

8.15 pm
Selesai solat maghrib, aku sambung solat hajat. Aku sujud lama. Aku minta sangat-sangat dipermudahkan proses melahirkan si kecil ni.

8.30 pm
Aku ke depan. Join Imam tengok TV. Bosan duduk kat katil sorang-sorang bukan boleh buat apa, menahan sakit aje. Tengok bola. Pahang vs Kelantan. Ok la, team yang aku suka tengok juga.

Masa ni contraction masih sela 5 minit tapi sakit makin kuat. Setiap kali contraction datang, aku duduk, tarik nafas panjang-panjang, lepas perlahan-lahan. Berkali-kali. Sambil tu Imam tolong urut kat bahagian pinggang. Bukan urut apa sangat pun, gosok dengan tapak tangan kat kawasan pinggang tu, gosok atas ke bawah. Alhamdulillah, dua-dua cara ni mampu kurangkan sikit sakit tu. Aku kontrol pernafasan.

Bila tak ada contraction, aku mundar-mandir kat area ruang TV tu. Banyakkan pergerakan.

10.00 pm
Aku dah tak larat nak mundar-mandir. Rasa penat sangat.
"Pergilah rehat, tidur. Kang sayang tak larat nak teran."
"Tak apa, sayang ok lagi. Nak cepatkan bukaan kena banyak jalan."
"Alahai.. kalau penat sangat nanti tak larat lagi bahaya."

10.30 pm
Aku surrender sebab sampai dah tertidur-tidur kat sofa ruang TV tu.
"Sayang pergi rehat kat katil dulu ye. Jap lagi kul 11.30 doktor datang check. Better sayang rehat kejap."

10.40 pm
Walaupun contraction semakin kuat, aku sempat tertidur. Mungkin terlalu letih sebab contraction memang sangat kuat sejak 3 petang tadi. Aku makan kurma, dan tidur.

11.30 pm
"Puan Nadia, doktor nak check bukaan ye.."
Aku bangun dan berjalan slow-slow ke bilik pemeriksaan.
Doktor check laluan bukaan serviks tu. Aku masih berharap berita baik. Kali ni aku terus expect 8 cm! Hahaha!

"Akak, tolong double check patient ni!" Doktor muda tu jerit panggil staff nurse. Aku expect doktor ni baru lagi ni. Sampai kena minta tolong akak nurse.
Sorang nurse masuk bilik tu. Aku macam pernah tengok nurse ni tapi di mana ya...
"Anak pertama awak dulu saya yang sambut.."
Bahahah! Nurse tu macam tau-tau je apa dalam kepala aku ni. Ok, aku rasa selamat. Sebab pengalaman bersalin Fateh dulu, buat aku rasa secure dengan akak nurse/bidan ni.

Entah apa diorang sembang. Eh, ada problem lagi ke kali ni? Masa Fateh dulu doktor & nurse sembang pasal Fateh dah berak lama ke belum. Yang ni baru check laluan dah sembang panjang. Yang aku dengar, diorang cakap pasal lembut keras amende tah. Alahai apa nii.. janganlah buat aku cuak.

"Boleh dah ni doktor. Kalau ada kosong kat bawah boleh terus tolak patient masuk."

Lega aku dengar ayat nurse tu.

"Ok, puan.. bukaan masih lagi 4 cm."

Dah 8 jam.. masih lagi 4 cm. Tak tahu nak kata apa. Speechless. Tipu lah siapa kata anak kedua bukaan lebih cepat & senang. Itu semua dustaaa.. Sobbbb~~~

"Tapi tak apa, kalau ada kosong kat labor room, saya pecahkan ketuban dulu dan hantar Puan ke labor room."

Ok. Tak apa. Memang aku pilih nak minta dia pecahkan ketuban.

Pecahkan ketuban kali ni tak sakit langsung. Mungkin sebab contraction tu lebih sakit. Aku tak rasa apa. Sampai aku tanya doktor, "dah ke doktor?"
"Saya tengah keluarkan air ketuban ni. Ada tak sebelum ni masa scan diorang bagitau air ketuban kurang?"
"Tak ada pula doktor..."
Doktor tu jerit lagi panggil nurse tadi. "Akak, ni macam kurang air je.. ke ok je?"
Akak nurse tu tengok air dalam mangkuk yang doktor tadah. "Mmm ok je ni. Tak apa, tulis dalam report tu minimal."

Tapi memang aku rasa air ketuban tu sikit sangat sebab doktor boleh tadah gitu je dalam mangkuk. Masa Fateh dulu siap banjir lencun kain aku pakai tu. Sampai kat labor room melimpah lagi. Yang ni rileks je 1 mangkuk dah habis.

11.45 pm
Ditolak ke labor room dengan whilca. Sempat minta nurse yang tolak whilca tu singgah katil jap nak ambil phone dan air. Imam iring aku ke labor room.

12.00 am (10 Mei 2015)
Dah terbaring kat katil nak bersalin. Dah kena pasang CTG tu. So dah tak boleh bergerak ke mana-mana. Doktor datang interview. Muka doktor ni ketat semacam apa hal tah. Senyum pun tidak.
"Puan, slipped disc level berapa?"
"L4, L5, S1"
"Ok, saya check report ortho kejap ye." Doktor selak-selak fail aku. "Ok, can go for normal. Puan last asthma attack bila?"
"During first trimester. If I'm not mistaken, last attack minggu ke 16. Lepas tu tak ada dah."
"Puan ada bawa inhaler?"
Dang! Aku terlupa bawa inhaler! Dalam handbag. "Allah! Lupa.."
"Puan pakai inhaler apa? Ventolin?"
"Symbicort."
"Sepanjang bersalin ada kena serang sakit slipped disc?"
"Jap ye doc, contraction datang." Aku inhale & exhale, control breathing, relaks, dan terus bercakap dengan doktor. "So far tak ada."
"Ok. Sekarang ada rasa nak teran?"
"Tak ada. Just contraction." Muka doktor tu buat aku rasa tak boleh nak pandang. Ketat sungguh. Senyum pun tidak. Adoi la.. macam mana la etika doktor ni berhadapan dengan patient yang tengah menahan sakit?
"Kalau rasa nak teran jangan teran dulu ye. Bukaan awak tu baru 4 cm."
Kerek pula bunyi ayat doktor tu. Malas aku nak layan. Baik aku fokus kat breathing.

Doktor tu keluar. Bidan dan nurse masuk. Akak bidan tu check bukaan. "Ohh.. boleh ni.. insyaAllah.. boleh-boleh belaka semua patient malam ni. Senang je nak keluar jap lagi ni. Saya tolong buka jalan sikit ye.." Haaa cenggini laa entertain patient dengan baik. Walaupun memang sakit yahampun masa swap tu, tapi sebab ayat manis akak bidan tu buat aku rasa tenang dan selamat. Faham tak mentaliti dan emosi memainkan peranan penting masa proses kelahiran? Tolonglah doktor.. Belajar sikit etika. Membuatkan patient rasa tenang dan selamat tu sangat penting. Minda akan kontrol tindakan.

Dah, aku bukan nak buat ceramah motivasi dalam entri ni.

Dah lepas nurse dan bidan keluar, aku Whatsapp Imam.
"Abang kenapa tak masuk lagi?"
"Diorang tak panggil masuk pun.."
"Masuk je lah.. bukan ada apa dah pun. Tunggu nak teran je."
"Diorang semua tengah busy. Tak tau nak tanya siapa.. boleh masuk ke tidak."

Pasrah. Aku buka Quran. Baca Yasin.

12.30 am
Aku baca Yasin tersekat-sekat sebab sambil-sambil kontrol pernafasan dan kontrol contraction.
"Abang masuklah. Sayang tak tahan sakit ni. Nak minta tolong urut."
Aku rasa nak menaip whatsapp tu pun dah seksa semacam. Tak sempat send rupanya text aku tu.

12.45 pm
Baru ayat ke 20, aku dah rasa macam nak teran. Aku sorang dalam bilik tu, camane nak panggil nurse ni?

Jerit aje lah!

"Arrghhh.. nurseee! Nak terann!"

Bergegas bidan dan nurse masuk. Akak bidan tu terus check bukaan. Diorang baru selesai sambut 2 baby sebelum aku. "Dah boleh teran ni Puan. Tapi tunggu kejap ye, saya keluarkan air kencing. Pergi panggil suami dia masuk! Kenapa tak panggil tadi?"

Adeii baru nak panggil laki aku masuk ke...

"Kejap ye, Puan. Jangan teran dulu. Banyak pula air kencing ni."

Pffftttt.. memang aku minum dekat 2 botol air tadi. Haus yang amat! Tetiba aku teringat cerita Vivy Yusof! Bahahah! Dah kenapa shi shi ni banyak sangat pulak.. pengaruh baca blog.

Imam masuk, terus aku grab tangan dia. Ada sorang bidan, sorang nurse, dan Imam saja dalam bilik tu. Nurse lain tengah busy uruskan kelahiran yang lain.

"Ok, Puan, kalau rasa nak teran, teran ye."

Aik, diorang aje ke yang sambut baby aku ni? Masa Fateh dulu kemain ramai bersorak dalam bilik tu. Lantak lah aku nak meneran dah ni.

Rasa nak push. "Allahhhh!!" Aku menjerit dah kenapa?

"Jangan jerit, Puan! Ok, teran bila rasa nak teran ye..."

Aku dapat rasa memang baby dah nak keluar. Baru datang 2 3 orang tolong support. Sorang tolong pegang kaki kiri aku. Tangan kanan aku pegang tangan Imam, tangan kiri pegang pergelangan kaki kiri. Ok, now ready to push!

"Angkat badan Puan!" Camane nak angkat? Aku rasa tak reti nak angkat badan! Imam tolong support badan aku. Dia yang tolong angkatkan badan aku. Yang kelakarnya sepanjang proses tu memang badan aku diangkat aje laaa..

Aku tarik nafas panjang dan teran sepanjang yang aku mampu sambil curi nafas, hoh hoh hoh eh eh aku dah pandai curi nafas bahahah! Sempat lagi fikir macam tu.

Second urge, sekuat tenaga aku terannnn dan yeahhh! Baby keluar!

"Allah, Allah, Allah.. Allahuakbar.." aku terbaring. Dah dengar suara baby nangis.

"Baby apa ni Puan?" Nurse tunjuk.

Aku macam blur kejap. Blur macam eh betul ke perempuan?

"Puan, sebut baby apa ni?"

Aku macam dah mamai. "Girl.."

"Ok, Puan rehat kejap ye."

Nurse bersihkan baby sikit dan terus letak kat dada aku. Aku cium-cium baby sambil nurse keluarkan uri. Kali ni macam lama je diorang bagi baby letak kat dada. Sampai settle kerja diorang laa aku duk dukung baby.

Aku tak tahu betapa kuat aku genggam tangan Imam masa tu. Memang sekuat yang aku rasa sakit tu. Pada aku, kekuatan tu lahir dengan kehadiran suami. Kengkonon macam dia tolong salurkan kuasa la konon. Konon la. Dulu masa bersalin Fateh tak dan nak genggam tangan dia, kali ni balas dendam. Bahahaha!

Alhamdulillah tepat 12.51 am lahirlah si kecik ni. Tanpa ubat tahan sakit, tanpa epidural, pethidin, gas ethonox, tanpa induce, no episiotomy.. alhamdulillah. Jahit sikit je dalam 3jahitan. Hanya luka sikit kat kulit luar.

Aku bersyukur sangat masih lagi kuat untuk bersalin secara normal, tanpa paksaan, boleh kontrol pernafasan walaupun ada asthma, dan kali ni super pantas, masuk LR 12.00am, baby keluar 12,51 am. Tetiba je eh dah boleh teran dan mudah teran. Alhamdulillah...

Baru lepas azankan dia. Kuat nangis dia masa ni.


Dah settle story baby M. Nanti kita bagitau nama dia, k?

Tata.


13 May 2015

Baby M's Labour Story : VE lagi!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Bagi yang nak baca Part 1 di sini ye. Ok, so kat mana kita berhenti? Contraction sudah, dah sampai PPUKM.. then ok, VE.

3.00 pm
Doktor datang nak buat VE. Masa ni aku tak tahu nak doa supaya ada bukaan ke camane. Tak ada tanda-tanda lain macam air ketuban pecah atau darah turun.
"Ok ye, Puan. Contraction nampaknya dah regular. Kita check bukaan dulu ye?"
Aku diam. Tarik nafas panjang sambil istighfar dan selawat.
"Ok, Puan. Dah 3 cm. Saya tolong buka kan jalan sikit ye."
Swap.
Sakit.
Aku tahu part ni memang sakit ya Allah sebab masa bersalin Fateh dulu pun doktor ada buat benda ni juga. Paksa bukaan. guna jari. Bukan induce ye.
"Kita hantar Puan masuk wad dulu ye. Lagi 4 jam kami check bukaan sekali lagi. Dalam 7.30pm macam tu."
Ok. Mari masuk wad.

4.30 pm
Dah dalam wad. Masa ni aku masih rasa contraction tapi makin jauh pula sela masanya. Tadi kekerapan 5 minit. Sekarang macam 10 minit pula. Hai lah anak.. Risau aku jadinya. Baby ok ke tak ni?
Doktor datang interview sikit. Doktor tanya, "baby gerak ok?"
Aku blur tak tahu nak jawab macam mana. "Entahlah doktor. Tadi macam ada rasa dia gerak. Tapi sekarang saya dah tak boleh beza man gerakan baby, mana contraction. Sebab sakit sangat."
Tak tahu kenapa contraction kali ni lebih hebat dari Fateh dulu. Aku banyakkan berjalan. Tapi sebab contraction melampau tu, aku tak tahu macam mana nak berjalan. Sakit.

Ibu dan Ira datang. Bawa makanan. Aku dah terlalu lapar. Tengahari belum sempat makan. Imam hantar adik ipar balik. Tinggal aku, Ibu, Ira dan Fateh. Aku nak layan Fateh pun tak terdaya. Kesian dia main sorang. Tapi seronok pula dia baring-baring kat katil hospital tu. Sayu aku tengok Fateh petang tu. Banyak kali aku pesan kat dia, "Fateh malam ni tidur dengan Umi (Ira) ye? Ibu dan ayah kat sini. Tunggu adik lahir."

Entah dia faham ke tak. Yang pasti dia tengah seronok main. Dia belum faham lagi.

7.30 pm
Doktor panggil untuk buat VE. Aku berdoa, harap-harap dah 6 ke 7 cm dan boleh terus tolak ke labor room.

"Puan baring ye, saya check sekejap."
Aku banyak-banyak berdoa masa dia check tu.
Dan doktor pun menjalankan tugas.
Harap-harap doktor kata 6cm.

Please.

6cm terus tolak labor room, pecahkan ketuban dan within 2 - 4 hours mesti aku dah bersalin.
Ya Allah... cukup banyak ke aku berjalan ulang alik katil ke toilet tadi?
Please cervix jangan degil.

...

...

"Masih 4cm lagi, Puan.."

Huwaaa rasa nak menangis sangat masa ni! Diorang kata anak kedua cepat je sebab jalan dah ada. Dah tu ni dah 4 jam pun duk 4cm lagi dah kenapa?

"Puan relaks dulu, nanti lagi 4 jam kita check semula. So, dalam pukul 11.30 malam ye."

Nak menangis pun tak guna. Ingatkan dah boleh tolak masuk labor room.

Waktu melawat dah habis. Ibu dan Ira nak tunggu di hospital sahaja. Tapi Fateh buat bising. Kena tegur dengan nurse. Imam offer diri nak balik rumah dengan Fateh since Ibu dan Ira nak tunggu kat hospital. Tapi aku kata, "dalam labor room tu ibu pun tak boleh masuk. Suami sahaja. So kalau ibu tunggu kat sini pun kesian kat ibu. Mana ibu nak rehat?" Kat PPUKM katil dia style macam hostel. Memanjang gitu. Dipisahkan tirai je.

Sudahnya Ibu, Ira dan Fateh balik dulu. Imam tinggal kat hospital. Itu pun kat luar wad. Tempat TV.

Sebelum Ira bawa balik Fateh, aku cium-cium Fateh. Tak tahu lah rasa emosi sangat.
"Fateh, meh salam ibu.."
Dia hulur tangan salam aku. Sebak kejap.
"Fateh, cium ibu, nak.."
Dia cium dua-dua pipi aku. Aku dah tak tahan rasa masa ni macam nak pecah empangan air mata. Aku peluk dia kuat-kuat tak mau lepas. "Fateh tidur dengan Umi ye malam ni. Jangan nakal-nakal ye, sayang." Tak pernah aku berpisah tidur dengan dia melainkan sekali je laa outstation ke Indonesia dulu. Itu pun aku yang nangis lebih.

Sorry, guys. Tak dapat habiskan dalam episod ni. Tunggu lagi episod emosi aku yang tak sudah-sudah tu.

Jumpa lagi!

12 May 2015

Baby M's Labor Story : Contraction (Part 1)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Nama dah decide, dah buat surat beranak dah pun. Tapi tunggu sampai hari ketujuh baru announce ya! Sama macam Abang Fateh dulu.

Excited pula nak tulis cerita kelahiran puteri kami ni. Yelah, punyalah ibu dia tertunggu-tunggu, bila nak keluar ni.

Alhamdulillah, doa aku untuk terus bekerja sampai hari melahirkan termakbul. Tak sangka mampu sekuat itu. Hehe. Yelah, masa Fateh dulu dah ambil cuti 6minggu sebelum due date. Sebab sakit slipped disc tu menyerang.

So kat mana kita nak start?

Pagi Sabtu (9 Mei 2015)
Imam cadang nak pergi rumah sepupu dia di Semenyih. Saja nak bawa Fateh berjalan. Kesian dia asyik kena marah lately. Yelah, aku dah sarat sangat, memang tak larat nak layan dia. Lebih kurang pukul 12.15 tengahari kami bertolak ke Semenyih. Masa tu aku dah start rasa contraction sikit. Tapi sebab aku memang duk ada contraction sejak 30 minggu, so aku layankan aje. Kang tetiba false alarm juga, bukan nak bersalin betul pun.

Beg hospital memang dah siap ada dalam kereta. Aku masukkan buku pink dan buku appointment PPUKM in case memang aku nak terberanak. Dalam fikiran aku, kalau masih sakit, balik dari Semenyih terus ke PPUKM.

12.30 pm
Dalam kereta duk kira contraction guna apps dalam phone. Singgah Cheras kejap ambil adik ipar. Dia nak ikut ke Semenyih.

1.00 pm
Aku dah start confuse. Sela masa contraction macam datang tiap 5minit. Tak apa, kita tunggu lagi 1 jam. Masih dalam kereta.

1.30 pm
Imam singgah Petronas dekat dengan Semenyih untuk isi minyak dan solat Zohor. Pinggang aku makin sakit. Sah ni contraction betul ni. Aku macam dah tak boleh duduk diam.
"Abang, kita u-turn."
"Hah, kenapa? Dah nak bersalin ke?"
"Sayang rasa, ye.."
"Kenapa tak cakap awal-awal. Kita dah nak sampai Semenyih."
"Macam mana nak cakap awal-awal, tengah kira sela masa contraction. Sayang solat dulu ye? Lepas tu kita patah balik, terus ke PPUKM."

Dalam hati aku lega sangat adik ipar ikut sekali. Ada lah orang boleh tengok Fateh in case aku memang dah nak terbersalin masa tu.

2.00 pm
Lepas solat Zohor, Imam tanya sekali lagi,
"Sure ni nak patah balik?"
"Entah... sakit macam berkurang pula."
Tapi aku rasa macam jauh je Semenyih dengan PPUKM tu. "Tak apa lah abang, kita patah balik. Nanti nak terberanak kat Semenyih camane pulak."
"Apa susah, Hospital Kajang ada."
-___-"

2.30 pm
Sampai PPUKM. Tunggu turn. Tiba-tiba aku rasa contraction macam main-main. Ahh sudah... Kang kena perli dengan nurse, tak sakit apa-apa nak datang hospital. Tak apa lah tebalkan telinga je. Sampai turn aku, diorang check CTG. Untuk yang tak tahu, CTG ni guna untuk check kekuatan dan timing contraction dengan denyut jantung baby.


Graf contraction tu nampak seragam. Cuma belum cukup kuat. Tapi aku rasa macam dah nak patah pinggang.

3.00 pm
Doktor datang buat Vaginal Examination (VE). VE ni untuk check berapa cm jalan serviks (laluan baby keluar) dah buka. Full dilation is 10cm for first time mommy.

Eh, Baby M dah bangun. Nanti kita sambung. Tata!


27 April 2015

Tips memilih Set Berpantang selepas Bersalin

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Masa bersalin Fateh dulu, aku tak terfikir (ke tak tahu?) pasal set-set berpantang ni. Oleh sebab mengandung kali ni aku terlalu banyak sakit-sakit badan, sakit pinggul la, sakit kaki lah, sakit kepala la, maka aku fikir berpantang kali ni aku nak buat style tradisional.

Oh aku tak pernah cerita eh macam mana berpantang masa Fateh dulu?

Nanti lah ye, lain episod aku cerita. Modern style punya berpantang. Hahah!

So kali ni aku agak rajin google set-set berpantang dan baca review orang. Serius aku 0 knowledge pasal berpantang ni. Macam yang aku cakap, Fateh dulu style moden.

Bila duk google tu masyaAllah banyaknya set berpantang kat pasaran! Anugerah la, Mak Bidan la, Nona Roguy la, Tanamera la.. aku dah start confuse. So aku mulalah lontarkan persoalan di Facebook.


Haha~ banyak betul diorang punya suggestion. Anugerah la, Amway la, Tanamera la. Jadi, aku kena letak ciri-ciri yang aku nak supaya aku beli set yang bersesuaian dan tak terbeli yang tak guna pun nanti. Rugi~

1. Mudah - tak perlu nak campur-campur dulu ke, gaul-gaul dulu ke, nak kena tanak 2 3 4 jam dulu ke. Aku ni pemalas. So kena bare in mind, aku nak set yang mudah, as in campak dalam air terus boleh guna.
2. Value for money - aku letak bajet tak tinggi sangat. Alaa sesiapa pun nak barang murah kan. Ada orang nak barang mahal?
3. Berguna kesemuanya dan memang aku nak guna - kang beli-beli aku tak rajin nak guna tak ke rugi?

So setelah membaca segala jenis review orang, maka aku set kan sendiri rutin berpantang aku. Sebab kalau aku tak senaraikan nanti, aku tak tau benda apa aku nak beli. Dan apa yang aku rasa aku perlu & mampu buat.

Lepas baca review dan suggestion dari kawan-kawan yang duk beli set berpantang, raaaaaaamaiii yang kata diorang tak guna habis pun semua barang dalam set tu. Malah ada part yang tak guna langsung, at all. Jadi, aku buat keputusan untuk set sendiri rutin yang aku nak jalankan dan beli barang satu-satu. Bukan set.

Ada yang kata, tak mahal ke beli satu-satu?

Pada aku, again, value for money. Kalau kau beli set pun tapi kau tak guna buat apa? Lagi bazir.

So, ini rutin yang aku set kan aku mampu dan memang aku willing nak buat sepanjang tempoh berpantang.



1. Urut.
Pada aku urut ni SANGAT penting ye tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Lepas bersalin dan kehadiran orang baru dalam hidup, kau akan rasa extra letih, extra penat, badan rasa berat sangat, penuh angin. Maka aku perlu berurut. Urut ni orang yang sama urut aku lepas bersalin Fateh dulu. Makcik Esah namanya.

2. Tungku
Ni pun aku sukaaaa sangat. Seronok pas urut tu bertungku. Badan rasa hangat-hangat gitu. Tak tahulah orang lain, tapi aku dulu pas bersalin, badan seram sejuk gigil-gigil je pehal tah. Aku bertungku dengan batu sungai. So aku tak beli tungku herba di pasaran tu. Batu tu Imam cari kat sungai kat kampung, lepas tu panaskan atas dapur gas. Balut dengan daun apa entah aku lupa nanti dah ingat aku update balik, then balut lagi dengan kain batik kalau tak naya kau badan melecur batu tu panas ya hampun! Kain batik balut batu tu sampai terkoyak sebab batu terlalu panas.

3. Tangas
Haaa ni sebenarnya sejak anak dara lagi aku teringin nak buat. Asyik tangguh-tangguh-tangguh, last-last sekarang baru terfikir nak buat. Why not kan? Untuk kebaikan diri sendiri juga. So untuk tangas ni aku belum pilih sama brand Anugerah atau SriSari Herbs. Sebab ni je yang aku jumpa online bahaha~ Kalau korang ada jumpa atau nak suggest brand lain dialu-alukan.

4. Mandi Herba
Tetiba macam nak fefeeling Puteri Gunung Ledang kononnya. Aku dah beli yang ni. Dari brand Anugerah. Dah kenapa semua brand Anugerah ni? Sebab kedai yang aku beli tu boleh jual brand Anugerah je satu-satu. Brand lain semua dalam set. -____-" Salah kedai nampaknya. Tapi tak apa lah, nak sedapkan hati, aku baca review kata mandian herba anugerah ni wangi. So oklah, aku pun taknak lah Imam bau aku macam kedai jamu bergerak.

Tu diaaa. Dah sampai rumah baru aku tergerak hati nak check. Alamak, 6 uncang je harga RM48.00? 1 uncang boleh guna 2 kali je? Adoi! Baru perasan cam mahalnya! Tak apalah dah aku pun nak mudah sangat kan. Pasrah.

5. Feminine Wash
Ni pun aku beli yang brand Anugerah. Reason sama seperti di atas.

Baca review kata boleh itu ini itu ini so ok lah. Bau pun wangi. So I is like lah. Again, tak rasa macam kedai jamu bergerak.

6. Bengkung
Yang ni tak ada brand Anugerah. Bengkung masa Fateh dulu ibu buatkan. Tapi tak cukup panjang for me to like. So, demi tak mau susahkan ibu nak suruh jahit lagi yang baru, aku beli sendiri.

Reason beli yang ni? Sebab murah! Hahaha. Akak tu bagi aku RM30 saja. So yeah!

7. Pati Ikan Haruan
Aku tak tahu kenapa, walaupun pati ikan haruan ni rasanya yekk yekk yahampun, tapi tiap kali lepas operation, memang ni lah yang aku sanggup minum 2 minggu berturut-turut. Aku percaya la kemampuan pati ikan haruan ni untuk sembuhkan part-part dalaman. So untuk berpantang pun aku memang disiplin minum pati ni. Tahan je lah hidung dan tekak sekejap, telan.


Reason aku beli brand ni? Sebab ada gambar Imam Muda Ashraf. Bahah! Tak la.. sebab dapat free 1 botol dan tupperware. So beli je lah.

8. Minyak satu badan
Aku tak jadi beli sebab aku tak rasa macam aku rajin nak berminyak bagai ni. Lagipun dah bertungku nak hangatkan badan. Dan again, aku taknak jadi kedai jamu bergerak. Heheh~

9. Pilis
Ni pun tak jadi beli. Tapi tengoklah kot tiba-tiba tengah pantang kang tetiba aku sakit kepala macam masa berpantang Fateh dulu, aku minta lah Imam tolong belikan sat. Ni pun aku pilih brand Anugerah. Reason? Sebab dia minyak, bukan serbuk pilis tu. Yang serbuk tu aku rasa semak kepala, plus nanti habuk tu jatuh-jatuh tak kena muka baby ke masa susukan baby?

10. Herbal Tea
Since aku dah minum pati ikan haruan so herbal tea ni aku cancel. Aku ganti dengan ESP Shaklee. Lagipun ESP Shaklee ni kira sebagai milk booster gak lah untuk aku. Berkesan dengan badan aku. Heheh.

Jadi, sebenarnya nak pilih barang nak berpantang ni terpulang pada diri kita sendiri. Tanya dulu kang aku beli ni kang aku betul-betul akan guna ke tak. Tak guna nanti membazir je. So far aku percaya yang aku akan disiplin guna barang-barang yang aku beli tu, insyaAllah. Yang taknak guna, aku tak beli.

Sekian saja pos yang panjang pasal pilihan set berpantang. Nanti dah berpantang betul aku review setiap produk tu, ok? Jadi ke tak aku nak fefeeling Puteri Gunung Ledang ni. Heheh~




24 April 2015

Pregnant Mommy & Slipped Disc (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Part 1 ada kat sini.

Mungkin dalam Part 1 tu tak ada cerita menyuluruh macam mana aku survive mengandung dalam keadaan slipped / herniated / prolapsed disc ni. Tiba-tiba ramai pula tanya macam mana aku survive. So demi menjawab semuanya, aku buat satu entry khas, deh? Untuk makluman, aku slipped disc level L4, L5, S1. So ada 2 disc yang terkeluar.

Untuk mengandung buat kali kedua ni, sekali lagi aku berpegang pada prinsip "setiap perempuan memang dicipta untuk mampu melawan rasa sakit bersalin. walaupun awak ada masalah slipped disc, tapi insyaAllah tak ada masalah bersalin normal"

Macam mana aku survive sepanjang mengandung 9 bulan?

Trimester Pertama
Untuk trimester pertama, mungkin tak berapa nak ada masalah sebab baby masih kecil. Jadi problem utama masa ni hanyalah morning sickness. Alhamdulillah mengandung kedua ni aku tak ada morning sikcness yang teruk. Hanya loya-loya tak selera nak makan tu biasa la.

Trimester Kedua
Masuk saja trimester kedua, kita akan start rasa tercabar. Sebab baby dah mula membesar. Lagi pulak lokasi slipped disc tepat di kawasan baby nak membesar tu. Sakitnya tuh di sini. Masa ni kau akan selalu rasa kebas kaki sebab baby dah mula tekan disc dan saraf tu.

Tips 1: Tinggikan kaki masa tidur.

Tips 2: Rendam kaki dalam air panas suam-suam kuku untuk redakan sikit sakit kaki tu.

Masa mengandung Fateh dulu, kedudukan uri aku kat belakang (posterior placenta), means uri tu macam kusyen support belakang aku dari dihentam Fateh. Tapi kali ni anterior placenta. Maka mengandung kali ni, aku lebih kerap rasa sakit belakang dan kebas kaki. Ada lagi tambahan, sakit kat bahagian tulang pelvis tu, macam tulang berselisih berlaga-laga. Yang sakit macam tulang pelvis berlaga tu aku tak ada tips nak kongsi sebab sampai sekarang sakit tu makin kerap menyerang dan aku tak boleh buat apa melainkan sabar, pasrah, dan redha.

Tak pe lah, aku letak jugak.

Tips 3: Sabar, pasrah dan redha bila suami tolong urut pun tak ada kesan apa-apa.

Trimester Ketiga
Ni lagi mencabar! Ruang dah betul-betul sempit. Macam aku sekarang ni, hampir tiap hari rasa macam menekan kat belakang tu. Aku dah susah nak berdiri betul-betul.

Tips 4: Banyakkan sujud! Kasi lamaaa sikit masa sujud tu. Kalau boleh, join solat sunat tasbih!

Tips 5: Posisi macam merangkak, tapi statik. Ko just gerak-gerakkan badan ke depan, ke belakang, ke depan, ke belakang.

Aku perasan kalau aku buat camtu, lega sikit lah belakang ni.

Tips 6: Sentiasa letak bantal kat belakang bila duduk. Terutama di office sebab kat office ko duduk superlama.

Tips 7: Get ready dengan hot pack everytime kau tiba-tiba kena serang kesakitan tu. Macam aku, tak hotpack. Jadi aku guna botol air Tupperware tu, isi air panas dan letak kat belakang badan.

Tips 8: Kalau boleh jangan duduk lama kat kerusi yang tak ada tempat sandaran.

Mudah-mudahan dengan tips-tips tak seberapa ni, lebih ramai lah isteri-isteri di luar sana yang ada slipped disc, berasa confident untuk mengandung dan melahirkan anak secara normal.


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

Jadi, sentiasa berdoa semoga perjuangan membawa seorang lagi khalifah ke muka bumi ni akan sentiasa dibantu dan dipermudahkan oleh-Nya.

Aminnnn.

02 September 2014

Kasih Sayang Fateh

Penat bercuti last weekend. Seronok. Dah lama tak beronok-ronok macam ni. Asyik stress je kan. Bila beronok-ronok ni dapatlah menghappykan diri.

Aku bukan nak cerita pasal beronok-ronok ni. Aku nak cerita pasal Fateh. Beronok-ronok ni lain entri.

Semua mak ayah sure nak yang terbaik untuk anak-anak, ye dak? Siapa tak sayang anak kan. Bukan senang nak lahirkan anak, nak mengandung dan nak dapat anak tu pun bergantung rezeki.

Zaman yang penuh mencabar ni, cabaran mendidik anak lebih dahsyat. Semua mak ayah tak nak anak-anak jadi bangkai bernyawa dah besar nanti. Semua mak ayah nak anak-anak jadi anak yang terbagus, jadi anak yang soleh, yang bagus peribadi, yang kental hati.

Jadi aku dan Imam selalu sangat bincang. Macam mana sebenarnya nak didik Fateh ni. Yelah, ibu ayah yang corakkan anak-anak. Tak sangka sebenarnya cabaran mendidik anak ni lebih hebat, lebih susah dari melahirkan anak.

Aku tak nak biasakan ayat, "tak apa.. dia kecil lagi.. " kat Fateh. Aku nak dia biasakan diri dengan sesuatu yang baik. Aku tak nak nanti dah umur 3-4 tahun, baru nak didik itu ini, dia dah start memberontak sebab tak dibiasakan dari kecil.

Jadi satu hari tu, aku makan kat luar dengan family mertua. Fateh macam biasa, akan duduk kerusi tinggi tu. Aku suap dia makan sampai dia kenyang dan tak mahu makan dah. Bila dah kenyang, sure dia nak main. Dah macam mana aku nak bagi dia main dekat restoran?

Jadi aku biarkan aje dia dalam kerusi baby tu. Aku bagi aje la dia pegang sosej ke, main dengan fishball ke, walaupun sampai baju dia comot, asalkan dia diam, tak menjerit memekik meronta.

Tapi tak semudah tu. Dia mula campak semua benda, tanda dah bosan. Sampai tahap dia cuba turun dari baby chair tu. Sambil menjerit meronta minta aku dukung.

Aku dukung, keluarkan dia dari baby chair. Tapi dia nak turun. Nak main sendiri, nak berlari, nak berjalan. Aku belum habis makan lagi dan aku sangat lapar. Aku susukan Fateh pun dia tak nak. Dia nak main.

Sampai tahap aku hilang sabar, aku cubit peha dia. Cubit halus tu. Fateh pun apa lagi, menangis melalak lah dia. Tu pertama kali aku cubit dia. Aku dah hilang sabar. Tak ada sorang pun tolong aku tenangkan Fateh.

Bila dah menangis berair mata tu, Imam minta tolong adik ipar yang dah habis makan dukung Fateh. Bawa Fateh keluar sekejap. Aku duduk. Aku pandang pinggan aku. Langsung hilang selera aku.

Aku keluar restoran. Aku ambil Fateh dari adik ipar. Fateh tengah makan marshmellow. Aku peluk Fateh. "Ibu minta maaf. Ibu hilang sabar tadi."

Fateh buat tak layan.

"Ibu minta maaf. Fateh sayang ibu tak?" Sambil tala pipi kat Fateh, dengan harapan Fateh akan cium aku.

Tapi tak. Fateh lebih suka makan marshmellow dari layan aku.

Aku cium Fateh. "Ibu minta maaf.. nak sikit boleh?" Aku nganga mulut. Minta disuap marshmellow.

Perlahan-lahan Fateh suap marshmellow dalam mulut aku. Sambil tu dahi dia rapatkan ke dahi aku. Lepas suap marshmellow, Fateh cium aku.

Luluh hati aku. Betapa anak ni suci bersih hatinya. Betapa dia tak mengerti apa-apa dan hanya mengharapkan ibu ayahnya.

Allah, beri kami kekuatan mendidik anak-anak, menjaga amanah-Mu dengan baik. Amin..

P/S: Sesiapa nak share parenting tips sangat dihargai! Aku tau aku tak patut cubit Fateh. Aku bersalah.

24 June 2014

Tips berpuasa untuk breastfeeding mommy

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Cewahhh.. baru setahun jagung nak bertips-tips bagai eh? Hehe J

Mana ilmu yang ada, kita panjang-panjangkan. Ye dak?

Dah lama pulak tak tulis entri ala-ala ilmiah ni. Aku tak tau macam mana nak start dan hilang arah nak menulis. Sama ada lari tajuk ataupun merapu-rapu tak ada point.

Jadi baik kita make it into point lah, senang orang nak baca, ye dak?

Aku masih menyusukan Fateh. Tak ada campur-campur susu formula. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Jadi nak masuk bulan puasa ni, aku agak risau. Ada yang kata, nanti susu drop sebab kita kurang minum air (aku minum lebih 5 liter sehari, ok? Lagi-lagi tengah cuaca panas sekarang). Aku google macam-macam tips berpuasa untuk breastfeeding mommy ni. Jadi aku try sendiri, apply masa berpuasa sunat. Boleh ler kalau kome nak cuba jugak.

  1. Sahur is a MUST! Kau dah lah gastrik pastu memandai tak nak sahur memang sengaja cari penyakit namanya. Dan sahur mestilah meriah macam buka puasa. Maksud aku, makan berat, nasi, lauk etc etc. Janganlah bila aku kata meriah ni kuih lompat tikam, seri muka, agar-agar buah bagai kau nak ada atas meja sahur. Melainkan baki buka puasa semalam. Hehe. Jangan membazir.
  2. Minum air masak dengan banyaknya. Ini serius! Aku minum 3 liter air masa bersahur. Haha. Kembung tak kembung? Memang kembung la. Masa solat subuh tu rasa nak terbelahak balik la segala benda yang dimakan.
  3. Makan kurma. Ni tak payah cerita lah memang ramai tahu kelebihan kurma ni sebagai instant energy. Aku akui aku ni jenis kurang rajin makan kurma. Tapi cannot deny lah kelebihan buah sunnah ni.
  4. Pam macam biasa. Dulu aku rasa macam nak tukar timing pam susu, lepas sahur dan lepas berbuka. Tapi, ramai kata pam je macam biasa. Ikut timing biasa. Sebab otak dah set begitu. Dan aku try, Alhamdulillah susu tak drop pun malah dapat extra gituuu. Yang penting adalah…… Sila ke point seterusnya,
  5. Mindset & Determination. Yes! Yang penting adalah MINDSET! Takde maknanya kalau berpuasa, susu takde. Susu tu akan produce juga. Percaya lah. Lagipun kau bukan tak makan, tak minum. Cuma tukar waktu makan & minum je. Dan keinginan kena kuat!
  6. Jangan lewat berbuka. Of kos la siapa tak nak berbuka lepas seharian puasa kan. Hehe. Oleh sebab pagi tadi aku dah minum 3 liter air masa sahur, so masa buka minum 2 liter air. Bagi badan ni terhidrat semula. Husy macam iklan 100PLUS.
  7. Doa. Ni yang penting. Doa ni bukan masa puasa je. Sepanjang masa pun kita kena doa kan. Semoga Allah mudahkan perjalanan kita nak menyusukan anak sebaiknya, dan Allah kuatkan semangat dan azam kita untuk terus usaha, usaha, dan usaha.


Aku percaya, setiap anak tu Allah dah tetapkan rezeki dia. Kita usaha sebaik mungkin untuk bagi yang terbaik untuk anak.

Doa seorang ibu tu mustajab, tak ada hijab, kan?

Selamat berpuasa dan selamat berusaha kawan-kawan! Go go chayok!