Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 May 2015

Baby M's Labour Story : VE lagi!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Bagi yang nak baca Part 1 di sini ye. Ok, so kat mana kita berhenti? Contraction sudah, dah sampai PPUKM.. then ok, VE.

3.00 pm
Doktor datang nak buat VE. Masa ni aku tak tahu nak doa supaya ada bukaan ke camane. Tak ada tanda-tanda lain macam air ketuban pecah atau darah turun.
"Ok ye, Puan. Contraction nampaknya dah regular. Kita check bukaan dulu ye?"
Aku diam. Tarik nafas panjang sambil istighfar dan selawat.
"Ok, Puan. Dah 3 cm. Saya tolong buka kan jalan sikit ye."
Swap.
Sakit.
Aku tahu part ni memang sakit ya Allah sebab masa bersalin Fateh dulu pun doktor ada buat benda ni juga. Paksa bukaan. guna jari. Bukan induce ye.
"Kita hantar Puan masuk wad dulu ye. Lagi 4 jam kami check bukaan sekali lagi. Dalam 7.30pm macam tu."
Ok. Mari masuk wad.

4.30 pm
Dah dalam wad. Masa ni aku masih rasa contraction tapi makin jauh pula sela masanya. Tadi kekerapan 5 minit. Sekarang macam 10 minit pula. Hai lah anak.. Risau aku jadinya. Baby ok ke tak ni?
Doktor datang interview sikit. Doktor tanya, "baby gerak ok?"
Aku blur tak tahu nak jawab macam mana. "Entahlah doktor. Tadi macam ada rasa dia gerak. Tapi sekarang saya dah tak boleh beza man gerakan baby, mana contraction. Sebab sakit sangat."
Tak tahu kenapa contraction kali ni lebih hebat dari Fateh dulu. Aku banyakkan berjalan. Tapi sebab contraction melampau tu, aku tak tahu macam mana nak berjalan. Sakit.

Ibu dan Ira datang. Bawa makanan. Aku dah terlalu lapar. Tengahari belum sempat makan. Imam hantar adik ipar balik. Tinggal aku, Ibu, Ira dan Fateh. Aku nak layan Fateh pun tak terdaya. Kesian dia main sorang. Tapi seronok pula dia baring-baring kat katil hospital tu. Sayu aku tengok Fateh petang tu. Banyak kali aku pesan kat dia, "Fateh malam ni tidur dengan Umi (Ira) ye? Ibu dan ayah kat sini. Tunggu adik lahir."

Entah dia faham ke tak. Yang pasti dia tengah seronok main. Dia belum faham lagi.

7.30 pm
Doktor panggil untuk buat VE. Aku berdoa, harap-harap dah 6 ke 7 cm dan boleh terus tolak ke labor room.

"Puan baring ye, saya check sekejap."
Aku banyak-banyak berdoa masa dia check tu.
Dan doktor pun menjalankan tugas.
Harap-harap doktor kata 6cm.

Please.

6cm terus tolak labor room, pecahkan ketuban dan within 2 - 4 hours mesti aku dah bersalin.
Ya Allah... cukup banyak ke aku berjalan ulang alik katil ke toilet tadi?
Please cervix jangan degil.

...

...

"Masih 4cm lagi, Puan.."

Huwaaa rasa nak menangis sangat masa ni! Diorang kata anak kedua cepat je sebab jalan dah ada. Dah tu ni dah 4 jam pun duk 4cm lagi dah kenapa?

"Puan relaks dulu, nanti lagi 4 jam kita check semula. So, dalam pukul 11.30 malam ye."

Nak menangis pun tak guna. Ingatkan dah boleh tolak masuk labor room.

Waktu melawat dah habis. Ibu dan Ira nak tunggu di hospital sahaja. Tapi Fateh buat bising. Kena tegur dengan nurse. Imam offer diri nak balik rumah dengan Fateh since Ibu dan Ira nak tunggu kat hospital. Tapi aku kata, "dalam labor room tu ibu pun tak boleh masuk. Suami sahaja. So kalau ibu tunggu kat sini pun kesian kat ibu. Mana ibu nak rehat?" Kat PPUKM katil dia style macam hostel. Memanjang gitu. Dipisahkan tirai je.

Sudahnya Ibu, Ira dan Fateh balik dulu. Imam tinggal kat hospital. Itu pun kat luar wad. Tempat TV.

Sebelum Ira bawa balik Fateh, aku cium-cium Fateh. Tak tahu lah rasa emosi sangat.
"Fateh, meh salam ibu.."
Dia hulur tangan salam aku. Sebak kejap.
"Fateh, cium ibu, nak.."
Dia cium dua-dua pipi aku. Aku dah tak tahan rasa masa ni macam nak pecah empangan air mata. Aku peluk dia kuat-kuat tak mau lepas. "Fateh tidur dengan Umi ye malam ni. Jangan nakal-nakal ye, sayang." Tak pernah aku berpisah tidur dengan dia melainkan sekali je laa outstation ke Indonesia dulu. Itu pun aku yang nangis lebih.

Sorry, guys. Tak dapat habiskan dalam episod ni. Tunggu lagi episod emosi aku yang tak sudah-sudah tu.

Jumpa lagi!

1 comment: