Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

22 May 2015

Di Sebalik Nama : Melor Naylah

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Nak taip entri ni, kena buka dulu link ni, kasi ada mood.



Tak tahu siapa penyanyi asal lagu ni. Nampak macam ada juga penyanyi Indonesia nyanyikan lagu ni.

Oleh sebab ramai bebenor yang minta ceritakan, cerita di sebalik nama Puteri Imam yang sulung ni, maka aku dengan ini memerah keringat, menaip satu entri khas untuk asal-usul nama Cik Melor Naylah. Nak cerita ulang-ulang kang panjang sangat. Hehe. Tak aci sungguh, abangnya tak ada pun entri khas asal-usul nama Fateh Al-Hafidz.

Masa mula-mula cari nama untuk anak kedua ni, kami tak belum tahu pun lagi, anak lelaki ke perempuan. Aku dah mengandung 5 bulan kalau tak silap. Jadi kami dah siap-siap prepare dua nama. Untuk lelaki dan perempuan. Nama untuk lelaki, aku rahsiakan dulu lah ye. Manalah tahu akan guna untuk anak ketiga nanti ke? Bahahah! Sakit bersalin belum habis lagi weh jangan tanya aku bila nak tambah nombor tiga pula. Sabaq naa... Anak-anak pun kecil lagi. Bagi aku bernafas dulu eh?

Kalau ikutkan, nak aje guna nama perempuan yang dipilih masa mengandung Fateh dulu, Khaulah Al-Azuwar. Tapi masa tengah mengandung Melor ni, Diana Amir baru bersalin dan nama anak dia Khaulah Al-Azuwar. Jadi terpaksa lupakan nama Khaulah tu sebab dekat sangat jarak umur anak aku dengan anak Diana Amir. Tak syok rr nama sama dengan nama anak retisss. Tahun sama pula tu. Lainlah kalau anak aku yang lahir dulu. Hehe.

Aku membayangkan, kalau anak perempuan, dia kena bersifat sederhana, tak menunjuk, tak megah, sentiasa merendah diri, bukan bermakna dia lemah, tapi macam diam-diam ubi berisi. Macam tu lah maksud yang aku nak. Tapi dek kerana aku tak pandai bahasa Arab, aku tak tahu nak desribe perwatakan tu dalam satu nama Arabic.

Pada Imam pula, dia nak perwatakan anak perempuan tu haruslah yang kuat, kental hatinya, sebab pada zaman anak-anak kita dewasa nanti, masa tu mungkin dunia dah tak tahu nak kata macam mana rupanya. Penuh fitnah, penuh dusta dan tipu daya. Jadi Imam nak satu nama srikandi supaya the little princess kuat macam nama yang ada pada dia.

Satu hari tu aku terdengar lagu Bunga Melur nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Bila dengar lirik lagu ni, alahai, indahnya bunga melur ni! Dia tak glamor macam bunga mawar tapi dia ada keunikan yang tersendiri.

Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu
Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa
Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja

Ni bait-bait lirik lagu Bunga Melur tu. Orang jarang nampak, atau jarang perhatikan dia. Tapi dia ada keunikan dia yang tersendiri. Gituuu. Penuh sastera dah aku ni.

Nama Naylah pula, sempena nama Nailah Al-Farafisya. Isteri Saidina Uthman. Yang mempertahankan suaminya sampai putus jarinya.

Semoga Melor Naylah membesar sebagai wanita solehah yang sentiasa sederhana sifatnya, merendah diri akhlaknya, mampu menggoncang dunia, kental hatinya.

Tidaklah menyerlah
Tapi jelas dipandang
Tidaklah terlalu cantik
Pastinya tak hodoh
Baunya semerbak
Segar setaman
Tidak menonjol
Tapi diketahui dirinya ada
- Baizura Yaso

Aminn..


No comments:

Post a Comment