Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 December 2015

Jangan Cucuk Dia!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Aku boleh kata Fateh adalah seorang abang yang sangat protective! Dah banyak perkara yang jadi, dia akan selalu back up Melor. Kadang tu aku dan Imam pun kena marah juga.

Satu hari aku bawa dua-dua pergi check up kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Dalam masa yang sama, untuk vaksinkan Melor.

Masa jumpa nurse, Fateh dan Melor ada dengan aku. Fateh, satu bilik tu sebab takut dengan nurse.

-__-"

Tiba saat nak kena cucuk jarum, aku pegang Melor ikut position yang nurse suruh, pegang peha dan tangan dia. Fateh berdiri sebelah aku.

Nurse baru nak cucuk kat peha Melor,

"Jangan cucuk!" Serentak tangan nurse ditepis.

Aku dan nurse tergamam dengan tindakan refleks Fateh.

"Jangan cucuk Naylah. Sian dia nanti dia nangis."

Terburai ketawa aku dengan nurse kat situ. Tak tahu nak marah ke apa. Tapi aku tahu memang bahaya. Kalau masa tu jarum dah landing atas peha Melor macam mana? Seriau aku fikir!

Aku rasa nurse tu nak marah juga tu sebenarnya. "Abang Fateh duduk jauh-jauh! Adik tak sakit."

Memang Melor tengah menangis masa tu. Tapi menangis sebab rimas aku pegang dia kuat-kuat tak nak bagi dia bergerak.

Aku suruh Fateh duduk jauh sikit. Fateh menyorok belakang tirai. Takut.

Lepas tu semuanya berlalu dengan baik. Sekejap je, Melor pun ok. Fateh pun ok.

Apa-apa hal Imam kena ada lepas ni. Tindakan Fateh memang di luar jangkaan.

Aku berdoa Fateh jadi Abang yang baik untuk adik-adiknya. Abang yang sentiasa bertanggungjawab, bertindak sebagai 'abang'.




23 December 2015

I am not ready yet!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

So emotional!

Tak tahu bila masanya anak membesar. Orang kata, budak-budak ni, sekejap je. Tau-tau je dia dah besar.

Aku dah tertidur tak pasti pukul berapa sebab penat sangat. Memang hari-hari pun penat sangat kan. Lepas tu tau-tau je ada tangan kecil goncang badan aku.

"Ibu.. ibu.. nak susu.."

Buka mata, "Minta dekat aaa..." tak sempat habis perkataan tengok Imam lena sangat tidur. "Mmm, Fateh tunggu kejap, ibu buat susu."

Fateh ikut ke dapur. Memang kebiasaannya dia akan bangun ikut ke dapur kalau dia minta susu tengahmalam. Aku jeling jam, pukul 12.30 pagi.

"Fateh tak tidur lagi? Fateh buat apa tadi?"

"Main kereta"

Dah siap bancuh susu. Aku bagi kat Fateh.

"Nah, dah jom tidur." Aku ajak Fateh sambil berjalan ke bilik.

Tapi Fateh menonong masuk ke bilik ibu.

"Eh, Fateh nak ke mana tu? Jom tidur sini." Sambil tunjuk bilik kami.

"Tak nak." kata Fateh sambil masuk ke bilik ibu, terus baring sebelah ibu aku yang dah tidur dah pun.

"Fateh.. Fateh nak tidur kat Uwa ke?"

Diam. Tengah minum susu. Pejam mata.

Aku tengok dia dari muka pintu bilik ibu. Hati aku tiba-tiba rasa sayu. "Ok, kalau Fateh nak masuk bilik ibu, ibu tak tutup pintu ye."

Aku berlalu masuk ke bilik. Aku peluk Melor. Hati rasa sayu sangat. Fateh dah besar. Dah tak nak tidur dengan aku.

Nanti dah pindah rumah baru, ada bilik sendiri, dah mula nak buat keputusan sendiri.

Dah mula pilih buku apa dia nak, mainan apa dia nak, baju apa dia nak.

Sayu.

Aku tak ready lagi.

Mungkin ini yang Fateh rasa masa mula-mula Melor lahir.

Air mata jatuh perlahan-lahan.




#againhestillmybaby
#bakalmenantusilatakenote
#clingymom

22 December 2015

Anak Bujang Ibu Ayah

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Bila cerita pasal anak-anak ni, seronok. Sebab kita ni makin tua, makin pelupa. Aku dah lupa umur berapa Fateh dah pandai meniarap. So, sebelum makin banyak yang aku lupa, baik aku tulis. Sekurang-kurangnya tak ada lah aku gaduh dengan Imam, eh Fateh pandai cakap umur 8bulan lah! Eh tak, umur 1 tahun lebih. Eh tak laaaa umur 6 bulan dia dah pandai panggil 'ibu' dan gaduh-gaduh manja tak ada kesudahan. Kena belek balik #fatehalhafidz kat instagram.




Dah pandai cicah sos sendiri kalau makan sosej. Tahu pulak dia mana yang pedas, mana yang tak.




Excited dengan buku. #justlikeme #imcrying #wellsemuababyakanexcitedbendabaru #duh!




Sentiasa jadi model Kedai Nadim. Minat bola, belon, everything yang bulat. Bentuk pertama yang dia kenal pun, bulat. Habis semua bentuk dia sebut bulat. Budak yang aktif dan lasak. Memang kena buat aktiviti fizikal dengan sangattt banyak! I don't know mana dia simpan energy. Macam tak pernah habis. Ibu ayah yang collapse.




Semakin pandai mewarna, bukan asal conteng. Ni buku aku beli kat Acik Jiji. Siapa selalu google pasal parenting mesti tau Acik Jiji.




Totally wean off. Alhamdulillah! But on the other notes, aku rindu pulak nak peluk-peluk dia. Sekarang dia rimas kalau aku peluk. #sobs




Akan tidur sendiri. Kalau dah terlalu penat.




Nak keluar dengan ayah naik motor kena pakai apa, Fateh? Topi!

Esoknya Imam kata dia sebut 'helmet'. Siapa ajar dia aku pun tak tahu.





Sekarang dah 2 tahun 6 bulan. Dah besar anak bujang aku. Eh tak lama lagi nak masuk sekolah dah, pastu masuk universiti, pastu... 





pastu akan ada perempuan lain yang akan dia sayang selain aku... 


T_____T

#dilemamakmak
#kepadabakalmenantusilatakenote
#hestillmybaby
#dontgrowuptoofast

12 December 2015

Love-Hate Relationship

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


Aku jarang kongsi perkembangan skill anak-anak dalam blog. Sayangnya lah hai. Sekarang aku dah lupa umur berapa Fateh pandai merangkak.

Fateh sekarang dah nak masuk 2 tahun 6 bulan. Dah pun fully wean-off (Say yay! Nanti aku cerita macam mana boleh wean off ni. Nanti tu bila jangan tanya.) Dah jadi abang-abang sangat dah sekarang.

Dia dah semakin banyak vocab sejak masuk taska. Dah start membebel dan bercerita. Pandai ajak kita main sama dengan dia.

Aku sekarang duduk di rumah mak aku. Dalam rumah tu juga ada adik bongsu aku, Si Eno tu. Haa korang mesti dah lupa. Yelah lama dah tak cerita pasal Engineer Tupperware dan Eno The-Gynae-Tak-Jadi-Soon-to-be-hurmm-Shopping-Mall-Owner sejak jadi mak-mak ni.

Aku tak tahu lah apa kena dengan Eno dan Fateh. Diorang ni semacam ada satu hubungan yang un-describe-able.

Love-Hate Relationship.

Cerita 1
Eno baru balik dari UM. Oh tak cerita juga Eno dah Tahun 2 kat Universiti Malaya sekarang. Kenapa UM? Tak UTM macam kakak-kakak dia?

"Oh, Eno tak nak nanti gambar konvo Eno sama dengan korang. Boring la lekat kat dinding tu warna jubah sama jugak."

-___-"

Berbalik kepada cerita kita tadi ye sidang hadirin sekalian.

Sesampai je Eno di rumah, "Hi Fatehhh!!!" Terus serbu dan peluk cium Fateh.

"Tipiiiii!!!" (Baca: Tepiii)



Cerita 2
Fateh baru balik dari sekolah. Pandang kiri, pandang kanan. Pergi dapur, bilik air, check setiap bilik.

"Ajuuuu! Ajuuuuu!!" *Ajuuu is panggilan Fateh untuk Eno*

Dalam pada gaduh-gaduh tu cari jugak Eno kan?

-____-"



Cerita 3
Fateh bosan tak ada orang nak layan dia.

"Ajuuu.. jom main."

Eno buat tak layan.

"Ajuuuuu, jom main."

Tak layan lagi.

"Satu, satu.. Fateh sayang Ajuuu.. Dua, dua.. Fateh sayang Ajuuu" sambil nyanyi-nyanyi.


*ketawa sambil keluar air mata*


11 December 2015

Melor masuk HDU dan PICU - Episod Terakhir

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Part 1
Part 2
Part 3

Setelah berhempas-pulas ceh hempas-pulas lah sangat kan, maka terhasil lah entri terakhir untuk rentetan kes masuk ICU Cik Melor Naylah kita ni.

************************

Lepas transfer ke ICU Pusrawi, segala-gala bacaan Melor semakin stabil. 

"Apa sebabnya Doktor?"

"Antibiotik yang dah bermula sejak hari pertama dia dalam wad dah mula bertindak balas. Ada kesan positif dari antibiotik yang diberikan. Alhamdulillah."

Alhamdulillah. Syukur! Apa agaknya yang terjadi kalau aku bersetuju untuk pasang tiub dan bagi mesin oksigen yang lebih besar tu? Aku tak boleh bayangkan.

"Tapi dia masih perlu berada dalam ICU ni untuk close monitor. Lagipun suhu badan dia masih turun naik. Hopefully by tomorrow dia dah tak demam lah." kata doktor.

Melor.. kuat ye, sayang. Ibu tahu anak ibu memang kuat.

Aku terasa menggigil. Mungkin air-cond di Pusrawi terlalu sejuk. Berdasarkan pengalaman beberapa kali warded di Pusrawi, air-cond memang sejuk! Aku minta selimut extra.

Lepas solat Isya', nurse datang untuk check suhu badan Melor. 

"Ok, Melor tak demam ye."

Tergerak hati nak minta nurse check kan suhu aku. "Nurse, boleh check suhu saya?"

Dan.. "38.6. Eh, Puan demam ni!"

Dah sudah, aku pulak yang demam! Hahaha! 

"Puan letih sangat ni jaga Melor dari kat HUKM hari tu. Tak apa lah malam ni Puan rehat je. Takyah risau sangat dah pasal Melor. Kami ada."

Lepas makan panadol, aku tidur. Melor memang masih tidur dan tak berapa aktif sangat. Sekali lagi dalam ICU ni, Imam tak boleh bermalam. Sorang penjaga saja dibenarkan. Dan kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh masuk. Dah beberapa hari juga lah aku tak jumpa Fateh. 

Malam tu aku tak sedar langsung pukul berapa nurse datang tukarkan pampers Melor, pukul berapa nurse datang check temperature dia. Aku memang tidur lena-selena-lenanya. Aku sedar pun masa nurse kejut nak sedut kahak Melor.

Kat Pusrawi, Melor dapat 2 jenis antibiotik. Dan juga dexa. 







Beberapa hari dalam ICU Pusrawi, akhirnya kami boleh transfer ke wad biasa lepas Melor dah mampu bernafas macam biasa tanpa bantuan oksigen.

Alhamdulillah!

Dah boleh cabut benda kat hidung dia tu. Yay! Siapa kata dia behave? Selalunya kalau berjaga, dia akan tarik tiub tu. Tak tahu dah berapa kali buka tampal dah sellotape tu. 

Bila masuk ke wad biasa, aku dah boleh lega sikit. Tak ada lah aku sakit jantung je tiap kali alarm mesin monitor tu berbunyi gahahah!

Tak lama lepas tu, kami boleh discaj. Tapi Melor pun tak ada lah sembuh sepenuhnya. Continue antibiotik untuk seminggu kat rumah. Close monitor. Apa-apa hal cepat-cepat pergi hospital.

*************************


Pengalaman masuk ICU ni memang aku tak boleh lupa sampai bila-bila. Macam mana kami rasa berderau darah masa doktor sebut ICU, macam mana kami rasa bila dia tak respon bila kita panggil, lajunya nafas dan jantung dia. Allah... semua tu memang tak boleh lupa.

Kami masih lagi sentiasa monitor keadaan dia sampai hari ni. Nafas laju sikit je aku dah menggelabah. Minggu lepas dah pergi sedut kahak semula kat Klinik Dr. Nadir. Hari-hari buat steam wap dan tepuk percussion, sentiasa tengok dada & perut dia. Kat cikgu taska dia pun aku minta tolong tengok-tengokkan. 

Aku fikir, masalah ni akan berulang selagi dia masih duduk di taska. Sebab di taska ramai budak dan imun sistem dia lemah walaupun dia menyusu badan. Tak semua anak sama. Mungkin anak korang, duduk taska pun ok. Batuk sikit-sikit je. Tapi anak aku sangat sensitif. 

3 kali dah Melor masuk wad dalam masa baru berusia 6 bulan. Korang imagine lah apa yang aku rasa. 3 kali badan kecil tu dicucuk sana dan sini. Hati ibu mana yang tak luluh? Dan baru-baru ni, terus ke ICU. Ingat aku suka ke anak aku masuk wad?

Tapi ini bahagian ujian yang Allah nak bagi kami suami isteri. Ada orang diuji dengan tak ada anak. Ada orang walaupun ada anak, tapi Allah uji dengan perkara macam ni. Dan macam-macam lagi ujian malah lebih hebat dari ujian kami.

So setiap daripada kita, memang Allah akan bagi ujian. Takkan ada seorang pun yang akan terlepas.

Sekarang aku jadi trauma, fobia. Setiap kali dengar Melor batuk, aku berdebar. Kat ofis, hati aku langsung tak tenang. Sentiasa berdoa semoga Melor baik-baik saja.

Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kami.

Aminn...

07 December 2015

Melor masuk HDU dan PICU - Transfer ke Hospital PUSRAWI

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Penat dah menangis dalam dua entri sebelum ni,

Part 1
Part 2

Jadi marilah kita lebih bertenang dalam entri kali ni. Aku jamu mata korang dengan gambar-gambar Melor yang tiut-miut tu ye.

*************************

Malam pertama di HDU PPUKM, Melor demam panas. Aku dah tak berapa nak tidur selama hampir 48 jam. Kalau dapat tidur pun, paling lama pun 1 jam. Makan pun, ala-ala makan tak makan. Mau nye tak, Melor langsung tak boleh kena tinggal. Kat HDU tu, makanan untuk penjaga diorang siapkan kat tempat lain. Ada satu bilik khas untuk makan. Jadi kalau nak makan, aku kena bergegas, berlari, makan laju-laju sebab 30 saat lepas tu, akan terdengar Melor menangis cari aku.

Ye, 30 saat lepas aku tinggalkan katil dia.

Kenapa tak tunggu Melor tidur?

By time Melor tidur, diorang dah angkat tray tu. Maka, aku tak sempat makan.

Kan Melor sakit, bukan ke sepanjang masa dia akan tidur?

Yes, memang sepanjang masa dia akan tidur. Tapi, di atas riba aku. Kalau aku letak semula atas katil walau seperlahan selembut mana pun, hanya mampu bertahan... ya, 30 saat. Atau kalau pun dia dah tertidur sebelah aku dalam katil tu, aku bangun je nak turun katil, walau seperlahan mana pun, dia akan sedar. Dia sedar kehilangan bau ibu dia.

Maka di hari ketiga tu, lepas je laju-laju solat subuh dan mandi, aku menuju ke katil Melor dalam keadaan kepala berdenyut, mamai, lapar dan segalanya. 

Kat situ ada nurse yang sedang tukar cadar katil pesakit lain. Rutin setiap pagi di PPUKM. Buka langir, tukar cadar, etc etc etc.

Dua, tiga langkah lagi nak sampai ke katil Melor, tiba-tiba aku rasa kepala aku berpinar. Ruang aku rasa gelap, dan.....

"Eh eh eh! Puan!!"

Seorang nurse sempat sambut aku. Aku nyaris jatuh pengsan! Nurse tu dudukkan aku kat kerusi.

"Puan letih sangat ni tak cukup rehat. Muka Puan pun pucat ni. Puan dah breakfast ke belum?"

Geleng.

"Puan pergi breakfast dulu. Saya tengokkan Melor."

Seorang nurse lain papah aku ke bilik makan. Aku makan, perlahan. Kepala masih berdenyut. Memang betul aku tak cukup rehat. Tak cukup tidur.

Tapi aku tak dapat makan lama-lama. Dah dengar suara Melor menangis. Laju-laju teguk air dan cepat-cepat pergi ke katil Melor. Aku susukan dia dan aku tak sedar bila masa aku tertidur. Tau-tau je ada nurse kejut sebab doktor nak round.

Lepas first round tu macam ada sinar harapan sikit.

"Kalau tak ada apa-apa, insyaAllah petang ni boleh transfer anak Puan ke wad biasa semula."

Alhamdulillah! 

Tapi...

Tengahari tu keadaan Melor masih belum betul-betul stabil.

"Kita mungkin akan transfer dia ke ICU pula. Untuk bagi bantuan oksigen yang lebih besar. Dan kami nak minta Puan supaya tak susukan dia. Kita akan buat saluran terus ke perut dia untuk salurkan susu. Jadi dia tak perlu guna tenaga untuk menyusu. Bernafas sahaja dah buat dia terlalu penat dan tercungap-cungap."

What?

Tiub?

No breastfeeding?

Oksigen lagi besar?

Are you kidding?

"Perlu ke tiub dan oksigen yang lagi besar?"

"Ye, Puan. Sebab dia masih tak stabil dan keadaan dia tak bertambah baik pun dari semalam."

"Eh, saya nampak pernafasan dia semakin ok. Nafas dia tak laju pun masa menyusu. Dia lebih tenang masa menyusu."

"Tapi, Puan. Memang keadaan dia kurang stabil. Kita sedang berusaha nak selamatkan dia."

Aku diam. Hati aku berat.

"Atau pun, tak apalah. Kita tunggu kata pakar dulu." kata doktor.

Dan pakar decide untuk tunggu dan monitor sampai esok.

Petang tu suhu badan Melor naik semula. Bila aku bagitau nurse, nurse check suhu dan kata tak demam. Tapi dalam mulut dan badan dia, aku rasa panas. Memang panas. Aku yang susukan dia, aku tahulah!

"Puan, nafas dia masih terlalu laju. Heart rate dia tinggi." kata doktor yang round petang tu.

"Dia demam... RR dan heart rate dia naik sebab dia demam."

Doktor pandang nurse.

"Dia tak demam. Saya dah check tadi. Suhu dia 36 saja." kata nurse.

Dia demam! Aku tak puas hati nurse tu kata dia tak demam.

"Saya rasa elok Puan fikir cadangan kami untuk transfer ke ICU. Sebab keadaan jantung dan paru-paru dia tak stabil padahal dia tak demam. Saya faham, Puan mesti rasa tak puas hati sebab semalam doktor kata ok, hari ni doktor kata masuk ICU pula." 

Doktor berlalu macam tu saja. Kenapa diorang tak nak percaya bila aku cakap Melor demam? Termometer tu boleh jadi rosak, boleh jadi jugak tak masuk betul-betul dalam telinga dia macam kes malam tadi. Kenapa diorang tak percaya? Mungkin diorang ingat aku bercakap sebab emosi?

Aku basah-basahkan badan Melor petang tu. Melor, cepat sihat ye. Diorang kat sini tak nak percaya kat ibu. Bila ibu cakap anak ibu demam, diorang tak percaya. Air mata aku mengalir lagi sambil aku basahkan badan Melor.

"Dua-dua kerja swasta ke?" tanya seorang ibu yang anaknya sudah 3 bulan dalam HDU tu.

"Haah. Kami suami isteri kerja swasta."

"Oh, kos kat sini mahal juga. 1 hari dalam RM250 kalau tak silap. Tu belum masuk ubat dan mesin-mesin."

Mungkin kos kami sepanjang dalam HDU tu dah hampir RM1k.

Malam tu Imam buat keputusan untuk mohon transfer ke Pusrawi. Aku dah hampir pitam hampir tiga kali. Jantung aku pun laju semacam je sejak dalam HDU ni, aku ketakutan setiap kali alarm mesin tu berbunyi, pinggang aku makin sakit, cramp dalam katil Melor (aku ada slipped disc, remember?).

Aku whatsapp ejen insurans Melor. Katanya insurans akan cover rawatan di Pusrawi.

Aku tekad, esok pagi aku akan minta discharge, AOR (at own risk).

Pagi tu sekali lagi doktor ulang pasal tiub, mesin oksigen lebih besar, berhenti menyusu, dan ICU. Aku terus matikan ayat doktor.

"Saya nak minta transfer ke hospital Pusrawi."

"Kenapa?"

"Panel husband saya."

"Tapi Puan... keadaan anak Puan tak stabil sekarang ni. Saya takkan bagi Puan pindah ke hospital lain dalam keadaan macam ni. Puan jangan ingat kami nak buat apa-apa kat anak Puan. Apa yang kami buat adalah nak bagi dia sihat. Sekarang anak Puan tak ada tunjukkan perkembangan yang positif pun."

"Saya nak transfer. Cukup."

Doktor terdiam. Sekejap. "Baiklah. Kita tunggu pakar."

Aku dah tak sanggup dengar doktor bertelagah depan aku. Sorang kata perlu ICU, sorang kata boleh transfer wad biasa. Sorang kata nak buat macam ni, sorang kata nak buat macam tu. Sorang kata nak antibiotik yang ni, sorang kata nak guna yang tu.

Anak aku bukan bahan eksperimen.

Lebih kurang 5-10 minit kemudian, doktor pakar datang.

"Puan betul nak transfer? Ke mana tadi?"

"Pusrawi."

"Kenapa?"

"Panel husband saya."

"Saya tengok dia dah semakin ok. Why you decide to transfer her to ICU?" doktor pakar tu tanya doktor yang pagi tadi nak masukkan Melor ke ICU.

"Sebab tak ada perubahan. Dia nampak penat. Sejak petang semalam tak ada perubahan pada dia."

"For me she looks ok. Never mind if the mom insist to transfer. Tapi Puan, sebarang risiko dalam perjalanan, atas risiko Puan sendiri ye? Kami akan cuba minta Pusrawi datang dan bawa peralatan yang diperlukan. Memang dari sini ke Pusrawi tak jauh, tapi dengan keadaan anak Puan yang masih perlukan bantuan oksigen, benda 5 saat pun boleh jadi macam-macam."

"Ye, saya faham. Semua atas risiko saya."

Dan doktor benarkan kami transfer ke Pusrawi. PPUKM sendiri yang uruskan. Bermula dari call Pusrawi untuk pengesahan katil kosong, bercakap sendiri dengan Dr. K (pediatrician di Pusrawi) dan urusan transfer dengan ambulans.

Thanks PPUKM! Bukan korang tak bagus, just aku yang tak puas hati. No offense. Aku masih banyak follow up kat PPUKM. So tak ada lah nak bermusuh pun dengan PPUKM.

Dalam ambulans Pusrawi. Aku dah kata, kalau ada yang nak melawat masa kat HDU/ICU hari tu, memang aku tak bagi. Rupa aku sikit lagi dah nak sama dengan zombie.

Masa ni aku kena make sure Melor tak tertidur. Bantuan oksigen guna tong yang macam orang scuba guna tu. Dalam ambulans nurse pasang mesin untuk monitor tekanan darah, jantung, dan oksigen dia sepanjang perjalanan kami ke Pusrawi.

Ada sekali dia tiba-tiba tertidur. Cepat-cepat aku kejut dia. Nasib baik dia bertahan untuk berjaga jugak walaupun lemah.

Kami sampai Pusrawi lebih kurang 1 pm. Ditempatkan dalam ICU Pusrawi. Alhamdulillah. Aku lebih tenang kat sini.

Surprisingly, Melor pun tenang kat sini!


Baru sampai, penat dah tertidur.




Begitu sekali tidurnya.


Ada katil ibu & baby.


Masih perlu monitor sepanjang masa.


Entah kenapa, kat sini, heart rate & RR dia lebih stabil. Aku pun mampu nak pergi mandi, solat dan makan lama-lama. 

Jadi sebenarnya apa yang berlaku kat PPUKM yang buat aku tak tenang duduk sepanjang masa? Aku sendiri pun tak tau. Kenapa Melor macam tak stabil je kat sana?

.... bersambung ....





04 December 2015

Melor masuk HDU dan PICU - Di HDU PPUKM

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Ni sambungan dari Part 1 ni.

Maafkan saya andai kata entri lepas membuatkan ramai kawan-kawan yang sebak sambil mengalirkan air mata di hadapan pc/laptop/smartphone masing-masing.

Ketahuilah, ramai lagi anak-anak yang lebih kurang bernasib baik, ada sampai tahap tak mampu tanggung kos rawatan. Kisah Melor hanya 0.00001% dari segala kisah yang ada.

Apa pun, aku menulis sekadar part of my journey. Part of journey aku sebagai seorang ibu.

Cerita kita tergantung sampai mana eh? Oh, doktor buat persiapan untuk pindahkan kami ke HDU. Atau di PPUKM, dipanggil PHDU.. khas untuk paediatrik, kanak-kanak.

*****************************

Lepas doktor decide untuk pindahkan Melor ke HDU, aku dah tak boleh susukan Melor secara direct. Atau kita panggil, 'direct-feeding'. Diorang akan masukkan air melalui drip tu.. ikut tangan, kata orang layman macam kita ni. 

Kata doktor, aktiviti direct feeding tu membuatkan nafas Melor bertambah laju. So Melor hanya akan bergantung kepada 'air' tu.

Aku rasa hiba. Sedangkan susu ibu adalah antibodi yang terbaik untuk bayi. Tapi kenapa aku dihalang untuk menyusukan sendiri anak aku? Diganti dengan air? Bertambah lemah Melor aku tengok. Lembik. Melor nampak lebih tenang bila menyusu. Kenapa mesti dihalang? Kenapa diorang tak bagi aku berusaha untuk tenangkan anak aku?

"Tak boleh, Puan. Bila menyusu, dia terpaksa menggunakan lebih banyak tenaga. Dia dah guna banyak tenaga untuk bernafas. Macam kita tercungap-cungap. Dia penat. Jadi kita nak dia kurang guna tenaga. Biar dia guna sepenuh tenaga yang dia ada untuk bernafas sahaja. Tak perlu guna untuk benda lain."

Kalau dia tak menyusu, mana nak datang tenaga? Hati aku memberontak. Tapi demi kebaikan anak, aku turutkan dulu kata doktor. Mereka lebih arif.

Maka sepanjang masa Melor tak menyusu, aku hanya pam untuk kurangkan bengkak dan untuk kekalkan stimulate otak aku. Kang otak aku ingat aku nak wean off pulak. Parah gitu.

Paling sayu, tiap kali Melor nangis dan buat gaya nak minum susu, aku terpaksa tahan dan pujuk dia.

Sabar, sayang. Melor cepat sihat. Nanti ibu boleh bagi susu. Sekarang ni ibu peluk Melor kuat-kuat. Agar anak ibu tenang, agar anak ibu rasa damai. Jangan menangis, sayang. Lagi banyak tenaga Melor habis, lagi susah Melor nak bernafas. Nanti doktor kata anak ibu ni terlalu penat. Nanti doktor masukkan mesin oksigen yang lagi besar tu. Ibu takut. Sabar, nak. Ibu ada ni dekat anak ibu. Ibu peluk anak ibu kuat-kuat ye. Tidurlah, sayang...

Dalam HDU, selain wayar untuk 'bekalan tenaga', kat tangan diorang pasang juga wayar untuk bekalan antibiotik. Kat dada pasang pelekat untuk heart rate dan respiratory rate. Kat jari kaki untuk monitor SPO2. Kadar oksigen.



Muka sayu je. Sikit pun tak nak senyum. Aku agah dia buat tak tau je.





Main wayar tu buat menghiburkan hati.





Pening aku tengok wayar banyak-banyak ni. Wayar kat dada tu berapa kali tah tercabut. Yang kat kaki tak payah cakap. Selalu sangat kena rentap dengan si kenit ni.




4 jam sekali kena nebulizer. Selalunya dia menangis. Entah fobia entah apa. Nangis sampai tertidur.




Serius camni je lah muka dia sepanjang masa. Senyumlah, sayang. Ibu rindu.

Dalam pukul 4 petang macam tu, nurse sampaikan berita gembira untuk aku.

"Puan, doktor kata Puan dah boleh susukan anak Puan. Kejap lagi saya off drip."

"Serius ni nurse?"

"Ye.. doktor kata dah boleh susukan dia."

Ya Allah.. Alhamdulillah! Dapat kembali susukan dia pun aku dah cukup bersyukur sangat-sangat. Aku dakap erat badan dia. Dia pun macam tau-tau dah boleh menyusu.

Say yay!

"Tapi Puan kena tengok lah kalau dia nampak penat, tercungap-cungap, Puan stop menyusu dulu. Bagi dia rest."

"Ok!"

Aku dah tak dengar benda lain. Yang aku tahu, anak aku akan lebih tenang bila aku peluk dia.

**************

Malam tu malam pertama kami di HDU. Diorang ada sediakan bilik rehat untuk ibu tidur. Tapi aku pilih untuk tidur sebelah anak aku. Tak kisahlah aku cramp dalam katil kanak-kanak tu. Yang penting aku sentiasa di sisi dia. Lagipun dia breastfeeding baby. Dah tentu dia sentiasa perlukan aku. Yang penting, misi aku, lebih banyak dia menyusu, lebih cepat dia sihat!

Aku yang tak tidur sejak dalam emergency bay tu, cuba untuk tidur malam tu. Tapi aku tak boleh lelap sebab badan Melor makin panas. Nurse minta aku buka baju dia. Malam tu dia tidur tak berbaju. Kejap-kejap aku basahkan badan dia dengan air suam.

Lebih kurang pukul 3 pagi nurse datang kejut.

"Puan, suhu badan dia panas sangat ni Puan. Saya terperanjat sebab tiba-tiba alarm bunyi, tengok heart rate dan RR dia mendadak naik. Saya check suhu 36 je. Tapi bila pegang badan dia, panas. Saya check lagi sekali 38.8"

Allah....

Aku kejut Melor. "Melor... bangun sayang.. kita minum susu banyak-banyak, nak. Bagi suhu badan Melor turun."

Melor diam.

Air mata aku menitik. Sedikit demi sedikit.

"Melor... bangun, sayang. Ibu nak bagi susu ni."

Dia tak nak bangun.

Aku lap-lap badan dia dengan air suam. Pun dia tak terjaga. Tidurnya sangat lena.

"Puan.. dia nampak letih sangat..."

"Melor... ibu basahkan badan anak ibu. Jangan demam panas sangat ye, nak. Ibu tahu anak ibu kuat. Kuat lawan kuman-kuman tu, sayang.. Ibu tahu Melor kuat. Ibu ada ni, sayang... Ibu temankan Melor lawan kuman-kuman tu."

Aku usaha perahkan susu ke mulut dia. Macam yang aku buat masa Fateh warded di PPUM dulu. Aku usaha sehabis daya aku. Aku picit-picit hidung dan pipi dia.

Tak lama lepas tu dia terbatuk dengan sangat teruk. Nurse datang untuk buat prosedur sedut kahak. Dia menangis. Sakit.

Aku hanya mampu memerhati dari luar tirai. Kalaulah aku mampu pindahkan kesakitan tu kepada diri sendiri.....



... bersambung ...

03 December 2015

Melor masuk HDU dan PICU - Pneumonia (Part 1)

Untuk makluman, HDU - High Dependency Unit adalah wad saringan, up dari wad biasa, bawah sikit dari ICU.

Hari Sabtu, 14 November 2015
Badan Melor semakin panas. Seharian dia melepek. Melekat aje. Sampai aku kena pakai babywearing dalam rumah. Kalau tak, memang tak terlayan Fateh, tak makan, tak buat kerja lah aku.

Lepas maghrib kami pergi emergency PPUKM. Aku tengok orang lain, kesian sangat. Serius sangat penyakit diorang. Aku ni? Anak batuk dan demam je. Siap boleh gelak-gelak lagi dengan Ira. Kita buat apa datang sini?

Macam biasa, baby akan dapat potong Q. Lepas nebulizer, makan paracetamol, doktor bagi oksigen yang letak kat hidung tu.


Doktor kata, tunggu result darah dulu dan boleh balik. Doktor suruh pantau je dari rumah. "Kalau masuk wad, environment dalam wad pun tak berapa bagus", kata doktor.

Dalam pukul 11 malam, result darah keluar. Doktor lain yang check Melor. Masa ni bantuan oksigen dah kena cabut. Doktor ni macam tak puas hati sebab nafas Melor nampak laju. Doktor suruh tunggu, dia panggil paediatrik on call.

Pukul 1 pagi, paediatrician sampai. Masa ni aku dah tertidur dalam katil kecil untuk kanak-kanak tu. Doktor check Melor dan kata, "Kita tahan dulu untuk satu malam, ya?"

Aku dah macammm.. ehhh doktor yang tadi kata boleh balik? "Kenapa nak kena tahan, doktor?"

"Sebab sekurang-kurangnya kat dalam wad kita boleh monitor pernafasan dia. Kalau kat rumah pernafasan dia tiba-tiba terberhenti dan Puan tak sedar, macam mana?"

Pernafasan terberhenti? Serius sangat ke? Aku salah dengar ke macam mana ni? "Dalam wad nanti akan buat apa ye?"

"Kita monitor dulu pernafasan dia. Kalau stabil dan ok, esok petang dah boleh keluar."

Lega sikit aku dengar. Maka lepas ambil x-ray, kami naik ke wad paediatrik, tingkat 4, lebih kurang pukul 4 pagi.

Aku baru nak lena, seorang doktor lelaki datang. Maka bermulalah sesi taking history. Tak berapa lama lepas tu, result x-ray keluar. Sah ada jangkitan kuman dalam paru-paru. Maka doktor perlu ambil darah sekali lagi untuk kenal pasti kuman apa yang serang paru-paru dia. 

Bawa ke bilik prosedur bersama bantuan oksigen tadi, doktor tersalah pasang oksigen tu dan air keluar dari tiub hidung tu. Nyaris Melor tersedak dan aku sedar. Cepat-cepat aku dudukkan Melor dan jerit, "Doktor!". Semua ni dalam nanosecond. Aku dah menggeletar. Sanggup ke aku biarkan doktor yang buat kecuaian macam tu untuk check dan ambil darah anak aku? Aku peluk Melor yang masih trauma kena ambil darah kat emergency tadi dan trauma kena x-ray. Aku rasa jantung Melor berdegup laju. Aku peluk dia kuat-kuat. Aku dah nak menangis masa ni. 

"Puan, rasanya kami kena hantar anak Puan ke PHDU atau PICU ni. Saya nampak nafas dia terlalu laju untuk seorang baby." Kata seorang lagi doktor yang lain. Perempuan.

PHDU? PICU? Sehalus zarah pun aku tak pernah terfikir sampai tahap kena masuk HDU ICU bagai apa semua ni?? "Takpe saya call pakar on call dulu"

Dan Dr. Zafri datang. "Hurmm.. kita bagi dia nebulizer dulu dan tengok macam mana."

Lepas ambil darah, kami kembali ke katil. Nebulizer sekali lagi. Oh lupa nak cakap, Imam dan Fateh dah balik rumah dalam pukul 11malam. Kesian Fateh nanti dia meragam sebab penat sangat.

Lepas nebulizer, doktor datang check semula. "Macam tak ada perubahan." Kata doktor perempuan tu. Muka dan dahi dah berkerut-kerut. Doktor jangan buat saya cuak! Apa yang berlaku kat anak sebenarnya?

Dr. Zafri datang. "Nampak macam berkurang sikit dari yang tadi. Tak apa. Kita check lagi 1 jam."

Lebih kurang pukul 6 lebih, 3 orang doktor tu datang. Sekali lagi doktor perempuan tu betul-betul nak masukkan Melor ke HDU. Aku dah whatsapp Imam, tolong datang sekarang!

Dr. Zafri datang dan kata tak perlulah nafas dia dah ok. Bagi dia rehat dulu.

Lega. Aku lega sangat-sangat tak perlu masuk HDU! Imam sampai hospital lebih kurang pukul 7.30 pagi.

Tapi kelegaan aku tu tak lama. Dalam pukul 8 ke 9 pagi macam tu, nafas Melor berombak dan makin laju semula. Imam panggil nurse. Nurse datang dan terus pasang mesin untuk monitor respiratory rate (RR) dia sepanjang masa. Kami berdebar-debar tiap kali alarm mesin tu bunyi menandakan bacaan RR dia lebih dari normal. Masa ni air mata aku dah mengalir. Aku tengok Melor yang tidur sangat nyenyak, tak berkuit langsung. Aku picit pipi dia, picit hidung, gerak-gerakkan dia, langsung dia tak ada respon.


Melor... bangun sayang...

Doktor datang.

"Puan, kami rasa kami perlu masukkan anak Puan ke HDU. Kat sana kami akan monitor dengan lebih terperinci. Bacaan jantung dan RR dia perlu diambil sepanjang masa."

"Perlu ke? Kenapa sampai kena masuk HDU?"

"Puan tengok sendiri, anak Puan nampak lemah. Jadi kami perlu close monitor dia. Bacaan RR dia pun tak meyakinkan kami. Kalau perlu, kena bagi bantuan oksigen yang lebih besar. Ada baby yang lepas tu ok, then boleh pindah wad biasa semula. Ada baby yang kurang ok, then kita kena masukkan ke ICU pula."

Aku terdiam. Imam terdiam. Dengan berat hati, aku angguk. Lemah. "Baiklah." Mata aku berkaca.

*Kebanyakan perbualan aku dan doktor dalam Bahasa Inggeris. Ni aku ringkaskan.*

Doktor dan nurse buat persiapan untuk pindahkan Melor ke HDU. Sementara tu, aku dan Imam diam. Sunyi. 

"Doktor kata apa, yang? Diorang kata Melor pengsan ke?" Mata Imam merah. Aku tahu dia pun sebenarnya cuba bertahan.

Aku geleng. "Doktor kata dia lemah. Kena masuk HDU jugak supaya diorang senang monitor kat sana."

"Kita kena redha."

"Abang boleh tak jangan cakap bukan-bukan masa ni?"

"Yelah, apa sekali pun kita kena redha."

Aku pandang Melor.


"Sayang tahu dia kuat. Melor kuat, nak! Ibu tahu anak ibu kuat!"



... bersambung ...

09 October 2015

Student's Life : Bad Girl vs. Nerd Girl

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Mari kita bercerita pasal alam persekolahan.

Aku rasa sepanjang umur aku 13 tahun sampai 23 tahun, iaitu zaman sekolah menengah sampai habis zaman universiti, 10 tahun tu adalah jangka masa yang cukup pendek aku rasa, untuk mengubah totally hidup aku. Dah lambat sangat aku letak noktah untuk ayat ni. Banyak koma je. Haaa mesti korang baca balik nak tengok ye ke aku tak de letak noktah.

Kehkehkeh.

Masa aku sekolah dulu kan, masa sekolah menengah tu, aku boleh dikategorikan sebagai budak nerd, budak poyo, ajet-ajet bagus kahkahkah eleh eleh korang-korang yang kawan aku masa sekolah menengah baik korang ngaku, betul kan?

Hahahaha.

Ya Allah teruknya perangai masa tu. Hahahaha! Skema nya ya ampun. Nak nak pula pengawas sekolah. Dengan muka ajet-ajet garang gitu hahahaha menyampah pula kat diri sendiri bila ingat balik ni. Form 1 - form 3 aku sekolah perempuan. So memang hurm aku bengang betul dengan kengkawan yang tak reti-reti nak pakai kain dalam pergi sekolah. Tak reti nak pakai pin tudung, tak reti nak pakai name tag. Eh korang ni memang tak suka eh ikut peraturan sekolah?

Pergghhh aku kalau pergi sekolah dulu, complete! Hahahaha Hujung rambut sampai hujung kaki perfect katanya. Nerd lah orang kata. Wehhh korang, ampunn wehh pada sesiapa yang memang menyampah gila dengan aku masa sekolah dulu! Kosong-kosong eh? Sekarang kita geng?

Well, tak rugi pun sebenarnya jadi budak nerd. Dan tak rugi juga jadi budak nakal sebenarnya!

Kenapa?

Pada aku lah kan, ni pendapat peribadi aku lah ye...

Kalau kau jadi budak nerd, kau akan lebih fokus dalam kelas. Ye, dalam kelas. Selalunya budak nerd memang macam tu kan?

Dan don't worry confirm banyak A dalam tangan kahkahkah.

Kalau kau jadi budak ala-ala 'nakal' sikit, selalunya kau aktif outdoor. Jenis yang sport, banyak menang medal. Uhh aku jeles betul dengan budak-budak yang aktif kat padang ni.

Dan yang aku nampak sekarang, dah tua-tua ni, budak-budak yang 'nakal' tu pulak macam lebih berjaya. Haha. Dah pakai Wellfire pun ada. Aku ni pakai Saga je lah mampu pun. Tu pun Imam yang punya. Hihihi.

Ok jap, berjaya tak semestinya dari segi harta, kan?

Means, kalau dari segi materialnya nampak kawan-kawan yang gini lebih up laaa dari budak-budak nerd yang kerja makan gaji ni. Paling-paling jadi engineer umur 28 tahun ni baru gaji RM3500 kahkahkah. Diorang yang lain tu ramai yang ada bisnes sendiri.

Jadi sebenarnya yang aku nak cakap ni, jangan kerana kau rasa kau down, budak kelas belakang-belakang, tak berapa nak banyak A, kau terus menyalahkan diri dan rasa macam kau takkan berjaya sampai bebila.

Sebenarnya,

Mereka yang berjaya dunia akhirat adalah mereka yang pandai mencari dan memanfaatkan peluang di depan mata, dan mereka yang sentiasa tak putus bersyukur dan berusaha tanpa jemu.

Usaha. Tanpa. Jemu.
Manfaatkan. Peluang.
Sentiasa. Bersyukur.

Jangan pula lepas entry blog ni korang suruh adik-adik korang yang masih sekolah tu jadii budak nakal ye? Aku taknak tanggung. Kehkehkeh.

Kenali potensi diri anda.

Chewah.

Pakar motivasi kita petang ni.

Jadi apa kaitan entri aku ni dengan perenggan pertama kita tadi eh?

Hahaha korang layan je lah ye. Mau menangis cikgu bahasa melayu aku ni tengok karangan budak ni entah rupa apa pendahuluan lain, penutup lain.

Tata!



26 September 2015

Tips Banyakkan Susu Ibu

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Disclaimer : Entri ini hanyalah pengalaman penulis semata-mata. Setiap orang pasti ada pengalaman yang berbeza. For those yang nak try, dipersilakan. Kita sendiri tahu kemampuan badan kita. Sharing is caring. ^_^

Aku start menyusukan anak sejak Jun 2013 tak putus-putus sampai hari ni konon katanya nak wean off Fateh masa mengandungkan Melor dulu kan tapi tak jadi-jadi pun wean off nye pfftt sangat. Jadi, aku nak share pengalaman aku yang tak seberapa ni untuk korang-korang especially new mommy @ yang baru nak start susukan anak dengan susu ibu.

Baiklah, mari kita mulakan.

Tips 1: Banyakkan minum air masak. Extra banyak. I mean, serius lah memang BANYAK.
Lagi-lagi musim jerebu ni aku rasa tiap jam aku topup air minum ni. Botol aku 750ml so aku topup tiap jam, imagine berapa liter aku minum during office hour. Ni baru office hour, bahahah!

Aku ada dengar dari Imam, dia kata, kalau kat kampung  dia, masa berpantang, orang perempuan ni tak boleh minum air masak banyak-banyak. Sebab nanti urat kembang.

Aku tak tahu betul ke tak isu urat kembang tu, tapi aku memang perlukan berganda-ganda air start dari aku menyusukan anak. Tekak sendiri terasa haus. Tekak aku sendiri yang mintak air.

Plus lepas bersalin confirm aku kena sembelit bahahahah so yeah, thanks to extra air masak. Syaratnya mestilah air masak suam-suam manja gitu.


Tips 2: Lebihkan masakan berair masa berpantang.
Ni pun sama. Kalau kat kampung Imam, waktu berpantang tu tak boleh makan lauk yang berair sangat. Sikit-sikit je boleh. Aku pernahlah berpantang 3 hari kat rumah ibu mertuaku lepas bersalin Melor. Lauk aku ikan cencaru bakar dengan sambal bilis hancur gaul dengan lada hitam. Sudahnya malam tu aku kegatalan satu badan. Melor alergik ikan cencaru rupanya. Bukan aku yang alergik, Melor yang alergik, tapi aku yang gatal satu badan. Sebab aku belum pernah ada alergik makanan sepanjang hidup ni. Ni lah first time. So esoknya aku makan nasi panas dengan ikan bilis hancur tu je lah. Eh tapi sedap weh, sebab ada rasa lada hitam tu. First time makan gini.

Kalau kat rumah aku? Memang ibu bantai bagi aku makan segala benda rebus-rebus dan berair. Extra garlic & ginger. Sup ayam dan kentang dan carrot. Kadang-kadang siakap stim hahaha. Dulu masa bersalin Fateh dapat lah sup ikan haruan fuuu sedap terangkat. Hahaha. Siapa kata lauk berpantang tak best? Cuma memang ibu tak bagi aku makan yang berminyak & bercili la. Tu je. Dan lauk-lauk yang gatal merenyam. Emm telur contohnya.


Tips 3: Jangan skip makan.
Ini serius! Kita nak bagi anak makan, tapi kita sendiri tak cukup makan dah camana tu? Hahaha. Ada yang kata, takde istilah makan untuk dua orang. Tapi pada aku, benda tu betul. Aku makan untuk 3 orang hahahaha dan aku memang laparrrr sepanjang masa sampai Imam kata aku bela s**a ke apa lapar je, ke tak baca Bismillah sebelum makan? Especially tiap kali lepas menyusu atau lepas pam susu, confirm aku cari makanan. Lapar!


Tips 4: Jangan stress 
Masa susukan anak, dan masa pam susu. Jangan stress. Lately ni aku stress sebab penat kat office, balik rumah Fateh nak perhatian, pastu dia berebut susu dengan Melor.

Serius aku stress.

Maka susu aku merudum kaw kaw punya. Melor pun masa direct feeding macam tak puas. Asyik nak marah. So aku tahu, memang susu aku terlalu sikit masa ni.

So aku cuba tenteramkan diri. Tarik nafas. Relaks. Tiap kali nak susu kan anak, put aside semua benda. Kosongkan fikiran, dan pandang muka anak. Confirm kau senyum dan lebih mudah susu nak keluar. Key point dia, hormon yang hasilkan susu adalah hormon gembira. Kalau kau tak gembira camane susu nak keluar?


Tips 5: Fahami konsep demand & supply
Ni yang aku pegang selama ni. Kalau kurang demand, agak-agak milk factory ko nak keluarkan supply ke? Of course tak. Dah kurang keluar, maka kuranglah production. So pastikan kerap kerap kerap direct feed anak. Atau kalau anak dah terlalu kenyang, macam kes Melor sampai terluak-luak, aku akan pam. Sentiasa pastikan miss B kosong. Barulah mudah milk factory nak keluarkan supply sebab demand tinggi. Ini tips paling utama. Walaupun kau amalkan segala tips di atas plus plus makan segala jenis milk booster, tapi key point ni kau tak turutkan juga, susah lah nak banyakkan susu. Serius. Ini serius. Sebab aku pernah skip pump session, esoknya susu merudum kaw kaw. Kalau aku sentiasa kosongkan miss B, insyaAllah supply tak putus.


Dan yang paling utama sebenarnya, berdoa, keep positif, believe in yourself. Berdoa supaya Allah cukupkan rezeki anak-anak, berdoa supaya sentiasa kental jiwa raga. Be positive dan sentiasa percaya semua orang ada susu, tinggal nak tak nak usaha je. Believe in yourself, kita sangat hebat.

Memang ada few % dari wanita di seluruh dunia ni yang memang betul-betul tak dapat nak supply susu kepada anak, apa-apa pun you guys still the best. Being a Mom pun dah betul-betul hebat. Bukan senang melahirkan anak.

So for those yang sedang berusaha untuk menyusukan anak, this is for you.

Keep calm & enjoy your moment.




25 September 2015

Melor : Rutin Berpantang

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Aceceh Melor dah nak masuk 5 bulan baru tergerak hati nak share rutin berpantang itu hari. Kemahen ko dah mak mak sangat nak share rutin berpantang.

Sebelum bersalin kan Melor, aku dah beli beberapa barangan, dengan harapan nak berpantang cara tradisional lah kononnya.

Korang boleh rujuk balik kat entri yang ni untuk tengok barang apa yang aku beli.

Mari kita refer balik tengok berjaya ke tak aku ni memanjakan diri ala-ala Puteri Gunung Ledang.

1. Urut
Alhamdulillah sepanjang 44 hari berpantang, ada lah aku dapat 3 kali berurut + 1 kali berurut sebab bentan yang aku ada cerita hari tu.

Aku tak dapat panggil makcik yang urut aku masa lepas bersalin Fateh hari tu. Entah lah aku call call makcik tu tak angkat. Hampa. Alhamdulillah ibu ada contact number sorang lagi makcik urut. Wah ibu ni dah kenapa berkawan dengan orang ngurut je ni.

So far makcik urut ni memang superb wa cakap! Dia tak urut guna minyak hangen segala minyak yang buat kau berbau macam kedai jamu bergerak. Dia urut aku hari tu pun guna minyak chamomile kemahen ko makcik urut guna chamomile. Berbau harummm je lah badan aku 1 hari. Imam balik kerja pun tertanya-tanya bini aku ni betul ke tengah berpantang wangi semacam je hakhakhak.

Siapa-siapa sekitar Keramat, nak berurut dengan makcik ni, highly recommended! Bukan je lepas bersalin, ko tetiba sengal-sengal badan, nak orang urut pun boleh panggil makcik ni. Number phone dia, 016-9939163 (Cik Nor). Tapi tu lah makcik ni tak ada kenderaan. Kalau korang nak khidmat dia juga, minta lah jasa baik encik-encik suami tolong jemput Acik Nor kita ni.


2. Tungku
Masih menggunakan tungku batu sungai yang guna masa bersalin Fateh dulu. Ibu panaskan atas dapur, lepas tu alaskan dengan daun apa aku tak ingat nanti aku confirmkan balik dengan ibu, balut dengan kain batik, then Acik Nor akan tap tap tap kat badan ko. Pergghhh rasa seperti di syorga. Haha! Start dari tapak kaki, sampai lah ke kepala. Phewwww ini part paling seronok. Sebab lepas bersalin kan badan ko macam seram sejuk kan. Lepas bertungku, rasa nikmatnya haih tak terkata!

Aku bertungku 1 badan kalau Acik Nor datang rumah. Kalau dia tak datang, aku tungku kaki je. Heh. Ngada.


3. Tangas
Ni first time aku buat! Hahahaha! Seronok rupanya. Acik Nor yang bagitau bahan. Ibu tolong rebus je. Heheh. Bahan-bahan aku tak banyak.

- Daun pandan : Acik Nor bawak
- Daun serai wangi : MIL aku bagi, dari kampung

Semua bahan-bahan direbus sampai menggelegak. Harum semerbak satu rumah.



Tediaaaa bertangas homemade itewww~




Pastu letak bawah bangku yang berlubang-lubang camtu.

Pastu ko berkemban, duduk kat bangku tu, selubung badan dengan kain batik. pastikan seluruh kerusi tu pun ditutup dengan kain batik yang ko pakai tu. Eh paham tak cemane?

Duduk lah situ sampai ko agak-agak wap panas tu ala-ala dah tak panas. Sambil tu buat keagel exercise. Ada macam-macam cara bertangas ni. Ada kata lepas habis nifas. Ada kata hari ketiga lepas bersalin.

Untuk aku? Aku buat lepas dua minggu bersalin. Masa ni nifas pun tinggal sikit-sikit. Tu pun sebab aku confident luka bersalin dah sembuh, baru aku berani nak bertangas ni.


4. Mandi Herba
Macam yang aku bagitau, aku guna brand Anugerah. Dalam satu kotak tu ada 6 paket je rupanya tapi harga kemahen lagi hahah!

Aku start guna lepas hari ketiga bersalin. Guna pun bukan hari-hari. Selang sehari. Dan 1 paket tu boleh guna 2 kali. Rebus 1 kali untuk mandi pagi, dan rebus 1 kali lagi untuk mandi petang.


Ni rupanya dalam periuk rebus.

Eh jap. Sekarang baru aku terfikir sebenarnya kena rebus gitu aje ke kena buka uncang tu dan keluarkan serbuk dalam tu? Hahaha!

Aku sempat pakai 3 paket je sebab entah lah kenapa masa mengandung Si Melor ni kan aku terkena gatal-gatal satu badan. Bawa sampai lepas bersalin. Lepas mandi dengan herba ni gatal-gatal satu badan naik balik. So 3 paket lagi jadi tukun. Tak tau nak sedekah kat siapa. Ada yang nak ke?


5. Feminine Wash
Hah yang ni pun aku konfius. Ada orang kata kena pakai lepas habis nifas. Ada yang kata boleh pakai serta-merta lepas bersalin.

Oleh sebab aku ni takde la tradisional sangat, takde lah moden sangat, maka aku pakai lepas nifas kering. Hehe. Masa baru bersalin, aku just cuci dengan air suam-suam manja gitu. Taku aku nak pakai sebarangan memandangkan kulit aku terlalu sensitif sejak mengandung Melor.

Sampai sekarang pun aku masih pakai. Sedap bau dia wangi. Kehkehkeh.


6. Bengkung.
Hah, ni satu lagi. Aku beli bengkung jenama DHerbs. Jenis kain belacu. Aku terlupa yang kulit aku ni sensitif. Makanya, aku sempat berbengkung 3 jam je dalam satu hari. Lepas tu habis gatal-gatal kat perut. *Nangis* Tapi gagahkan jugak la. Lepas dah kurang gatal, pakai lagi, pastu buka pakai buka pakai buka pakai je lah kerja aku. Syok pakai bengkung ni. Badan rasa kemas.


7. Pati Ikan Haruan
Ni aku tak minum. Penat je beli! Aku terlupa minum. Sebab Melor kena kuning masa hari ketiga. So aku memang stop segala herbal thingy kalau anak-anak kuning. Pastu kuningnya Melor pun dekat 2 minggu. Lepas hari ke 18 tu aku pun terlupa sampai ke hari ni tak terusik pati ikan haruan tu. Haisy! Dah tak berpantang ni, malas lah kan nak minum benda yang pahit gahahahah!

Sila jangan tiru perangai aku. Baik korang pi minum sekarang, untuk kesihatan dalaman.


8. Minyak satu badan.
Ni aku guna minyak Anugerah bau epal. Mulanya macam tak panas. Sekali... selepas beberapa saat, aku dah menggelupur satu badan kepanasan. *nangis*

Hari esoknya aku pakai sikittttt sangat-sangat. Aku alergik betul lah dengan minyak panas gila-gila ni. Sampai sekarang ada lagi losyen tu. Aku bagi Imam pakai kalau dia sengal-sengal badan kahkahkah.


Itu je lah kot. So tak jadi lah aku ber Puteri Gunung Ledang hahahahaha!

Hari ke 21 aku dah start masuk dapur ketung ketang memasak, membasuh baju, mengemas rumah.

Err relaks relaks. Aku takde lah sampai tahap bekerja berat. Aku masih lagi jalan sopan ayu gitu slow slow. Lagipun manalah aku larat sangat nak berdiri lama. Cepat pitam. Badan belum pulih. So kebanyakan masa, aku baring sebelah Melor kehkehkeh.

Nanti aku bagi tips banyakkan susu pula ye. Korang yang berpantang cara tradisional berpilis apa bagai tu jangan hentam aku pulak . I try my best untuk follow semuanya. Tapi mana yang badan aku tak boleh terima, aku terpaksa tinggal. Just aku make sure badan aku relaks & panas-panas suam gitu.

^_^v

23 September 2015

My Very Hectic Day

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Dulu zaman-zaman banyak program kat UTM tu, normal je tu tidur pukul 2 pagi, bangun semula 6 pagi. Tapi sejak jadi mak veranaks dua ni, tidur pukul 2 pagi, kalau takde orang tolong kejut mau subuh dinasor aku ni. Hahaha.

Sudahnya pukul 10 malam aku dah flat tersengguk-sengguk, susukan anak-anak pun sambil pejam mata. Anak-anak? Ye, Fateh MASIH BELUM WEAN OFF tu cerita lain, tak mau cerita sini.

Aku ni masih pekerja makan gaji, masih menerima gaji bulanan yang tetap. Dan dalam masa sama, aku pekerja tanpa gaji Kedai Nadim kahkahkah jangan cakap gitu, marah bos Kedai Nadim kang. So habis office hour, aku masuk 'office' lagi satu pula, melayan customer Kedai Nadim pula. Hujung minggu menjahit.

Tu belum plus sebagai isteri, sebagai ibu.

Belum lagi kira aku nak sambung belajar pulak.

Aku rasa macam aku ni superwoman. Kasi chance nak berangan sikit boleh?

Realitinya, dalam semua task yang aku pegang tu, mesti ada lacking sana sini. Dalam pada aku nak kejar deadline, mesti anak-anak terpaksa ambil lambat sikit dari pengasuh. Dalam masa yang sama, nak fikir pasal Kedai Nadim lagi, kerja-kerja rumah lagi. Aku tak ada pembantu rumah.

Stress, memang stress.

Kadang kesian tengok anak-anak main sendiri sedang aku pula busy dengan Kedai Nadim, melayan kehendak customer.

Bila anak-anak dah tidur, aku pandang sayuuu je muka anak-anak.

Aku selalu terfikir. Aku macam dah semakin jauh dari diorang. Aku tak sedar bila Fateh dah pandai cakap, aku tak tahu siapa yang ajar Fateh one, two, three sebab tiap kali dia main, dia akan kira mainan dia, dalam bahasa Inggeris. Aku tak sedar bila Fateh pandai sebut satu, dua, tiga sampai sebelas. Aku tak perasan bila Fateh dah semakin banyak vocab, dah semakin petah berkata-kata, dah semakin memahami perkara yang berlaku sekeliling dia, dah semakin kuat bertanya itu ini, ibu kenapa itu, kenapa ini.

Aku tak sedar bila Melor dah semakin kuat, dah mula mengengsot, dah mula cuba nak merangkak. Dah mula babbling, dan akan menjerit ketakutan kalau tak nampak aku. Dah mula nak perhatian.

Aku sedih.

Aku rasa aku fail sebagai ibu.

Fail.

Tadi kata superwoman, sekarang kata fail pulak.

Aku terbaca, bukan betapa mahalnya mainan yang kita beli yang anak-anak akan ingat.. tapi kualiti masa yang kita spend untuk dia.

Maka, mulai hari ni, aku berazam, untuk allocate beberapa jam dari 24jam aku sepenuhnya untuk anak-anak.

Aku sayang diorang.

22 September 2015

Kita Tak Pernah Tahu

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Terpanggil nak menulis rentetan viral dari pos Dai Izzhar calon adik ipar aku tu tempoh hari. Jangan risau, aku tetap rasa Dai Farhan muka macam Imam. Dah apa kaitan.

Apa Dai Izzhar kata?

Tu lah korang banyak sangat makan semut. Ni aku copy balik apa dia kata,

[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]

Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?

Bila tengok, apa kita rasa?

Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.

Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.

Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.


Hah, amacam, best tak ayat calon adik ipar aku gahahahaha Dai Izzhar ni? Hehe. Sentap hakak.

Tu lah kita ni, aku kata 'kita' ye. Means termasuklah aku. Kita ni terlalu obses dengan segala kecantikan dan kebaikan. Hurm, bukan obses lah ayat terbaik, semua manusia pun inginkan kesempurnaan dalam hidup.

Tapi, dalam hidup ini TAK AKAN ada yang sempurna. Kita tengok, waaa syiok rr dia suami hensem, anak-anak comel-comel, hidup bahagia (macam laa laki bini tak pernah gadoh), duit banyak, bisnes majuuu je sokmo tak pernah-pernah jatuh.....

sedarkah kita, yang itu semua hanya beberapa % je dari seluruh kehidupan dia.

Orang tak akan/jarang paparkan the other/negative side of their life. Kau tengok perempuan tu cantikkk je all the time, takkan muka dia baru bangun tidur dia nak selfie masuk dalam instagram kahkahkah. Tapi kalau bangun-bangun tidur masih cantik tu bidadari namanya aku letewwww.. haha jangan muntah ijo.

Kau nampak dia ni asyik lepak makan kat Starbucks je, tak pun kat hotel-hotel mewah, kau apa tau sebenarnya ada lah seminggu dalam sebulan dia makan ikan bilis lauk budu je kat rumah eh eh sedap weh letak budu pembuka selera.

Dan, let say orang yang sentiasa maju dalam bisnes, kita pernah tahu ke bagaimana susahnya dia struggle dari bawah? Kita pernah tahu ke berapa 'harga' yang perlu dia bayar untuk sampai ke satu tahap yang tinggi?

Dalam hidup ni, tak ada yang sempurna. Sempurna tu pun subjektif. Ada orang, lulus setiap subjek pun dah cukup sempurna pada dia. Ada orang, wajib semua subjek kena A, baru sempurna di mata dia.

Semua ni bergantung diri kita. Betapa kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan korang salah faham lak. Aku tak suruh ko guna #syukurlah Malaysia masih aman ye, tak tak kita tak bicarakan soal 1MDB kat sini.

Kita tak pernah tau, cerita lain di sebalik kisah yang kita nampak depan mata kita.

Kita tak pernah tau, gambar lain di sebalik gambar indah di depan mata kita.

Kita tak pernah tau... tak pernah tau....

So, stop judging, stop complaining, stop comparing. Sampai bila kita nak maju kalau asyik cemburu dengan keindahan yang orang lain gapai. Sedang kita sendiri masih takut nak berusaha untuk menggapai awan yang indah untuk diri sendiri.

Lihat kebahagiaan orang lain, sebagai pemangkin semangat untuk kita juga, satu hari nanti.

InsyaAllah.