Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label hospital stories. Show all posts
Showing posts with label hospital stories. Show all posts

11 February 2019

Remove IUCD, MRI again and Trauma

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Dear White-paper-on-my-screen,

It has been awhile kita tak duduk together. Sebelum ni apa-apa hal semua membebel kat sini. Dah nak masuk 12 tahun. Tapi sejak 3-4 tahun lepas sendu-sesendu-sendunya blog picisan ni.

Alaa blogger-blogger heybatt pun dah kelaut perginya. Semua dah aktif on socmed (ig, twider, fb).

Hari ni saje nak membebel dalam ni, nak mencatat detik hari ni.

Tadi ada appointment Trauma, HUKM. Ni kes bulan April 2018, jatuh terpeleot masa step down. Tah macam mana fikiran melayang kelaut boleh jatuh terpeleot macam nangka busuk. Benda ni berlaku masa balik kerja. Alhamdulillah laaa masa kejadian ni tak naik lrt, tak drive. Husband ambil kat ofis. Kalau tak, tak tau camane nak balik rumah dalam keadaan macam nangka busuk, tak boleh bergerak langsung tu. Tiga hari juga la berpapah dalam rumah.

Kesannya, dah hampir setahun ni, kawasan ankle tu semakin sakit, dari hari ke hari. Bangun pagi kebas, kejang, nak pijak lantai pun susah. Most of the time macam berjalan terhengkot. Solat pun hampir tak sempurna duduk dan sujud. Most of the time solat duduk kat kerusi.

Just to add, I dah resign dari professional job since August 2018. Now fulltime business Aiskrim Malaysia.

So berbalik isu kat Trauma tadi, physiotherapist  dah discaj I from fisio. Dia kata, “saya rasa memang ligamen putus ni, Puan. Nak tak nak memang kena operation. Kalau tak nanti untuk jangka masa panjang, lagi teruk. Tulang yang sambungkan lutut dengan ankle boleh tergelincir. And to make it worse, memang sekarang lutut dah start sakit.

Tak sampai lagi cerita kat Trauma tadi. So kat trauma, doc check, “kita panggil Prof ya, Puan. Minta nasihat Prof.”

So I tunggu sekejap, dalam sejam macam tu nama dipanggil semula. Prof. Yazid ada bersama. Prof. check kaki kanan, lepas tu check kaki kiri untuk perbandingan.

“Kaki kanan ni memang ada rasa macam longgar sikit. Kita tak tau sama ada ligamen tu dah completely tear, dah putus habis, atau koyak sikit je. Tapi kalau kata Puan sakitnya dah semakin teruk, kita jangka memang ligamen putus. Apa-apa hal kena tengok kat MRI. Tapi tu la, nak Q MRI kat sini, mau 10 bulan lagi baru dapat turn.”

I completely understand.

“Atau untuk kurangkan kesakitan Puan, kita suggest Puan buat PRP dulu. Kita ambil darah puan, ambil platlet, dan inject platlet pada tempat berkenaan. Tapi PRP ni bersifat sementara. Untuk kurangkan sakit Puan sementara nak tunggu turn MRI ni. Lepas MRI baru kita dapat decide apa next step.”

PRP, MRI, semua tu makan beribu-ribu.

Aku melepaskan keluhan berat.

Eh dah masuk mode cerpen pulak.

“Tak apa, saya decide untuk tunggu MRI.”

“Puan pasti? Sakit Puan makin teruk. MRI lagi 10 bulan. 10 bulan tu lama, Puan.”

Ya, tahu. Aku tahu. Tapi nak buat PRP pun hanya bersifat sementara.

Another option, buat MRI di swasta, turn lebih cepat. Dan bawa result MRI ke HUKM. Tapi harga lebih mahal. Lebih kurang RM1200 kalau di UKMMC. Kalau di HUKM sendiri dalam RM900. Beza lebih kurang RM300.

Buntu. Serius buntu.

“Tak apa lah. Bagi saya ambik appointment MRI dulu. We see how.”

Masa isi borang MRI, baru teringat aku pasang IUCD.

Di kaunter MRI. “Saya ada pasang IUCD lah. Boleh ke buat MRI?”

“Puan boleh double confirm IUCD jenis apa?”

Aku call LPPKN. “IUCD tu plastik, Puan. Tapi bahan dalam tu ada kuprum.”

Aku tak tahu nak speechless macam mana lagi dah. Macam kena hempuk sekali lagi.

Aku consult dengan radiologist. “IUCD tu ada kuprum.”

Doktor pandang aku lama…

“Kalau Puan nak, kita boleh teruskan MRI. Tindakbalas kuprum tu tak ada lah sampai IUCD tu tertanggal, mungkin lari sikit. Tapi sebab kuprum tu, Puan mungkin akan rasa panas sikit. Ada tindakbalas haba. Dan mungkin juga boleh merosakkan rahim.”

Adudududu.

“Kalau saya decide tanggalkan IUCD?”

“Puan nak remove IUCD?”

“Kalau tu pilihan paling selamat, itulah yang saya buat.”

“Boleh, Puan. Tapi kena make sure juga Puan tak mengandung sampai hari MRI ya. 16 Oktober.”

Another 10 months, guys. Siapa boleh jamin aku tak mengandung sampai tarikh MRI lepas buka IUCD?

Berat. Memang berat.

Lepas confirm tarikh MRI, pergi ke klinik Ortho semula.

“Puan pasti taknak buat PRP?”

Dalam hati aku.. Doc.. PRP tu kos RM2-3 ribu. Dan sifatnya sementara. Tak sampai setahun. Sangatlah tak berbaloi I have to spend ribu camtu. Baik I spend RM2ribu tu untuk MRI kat swasta. Dan doktor boleh decide untuk next step dengan segera.

Tapi nak cari RM2-3ribu tu pun…. Lepas result MRI, kemungkinan besar kena operate. Dan kos operation lagi? Aduhh.. aku tak tahu lah berat mana benda ni.

Now aku agak down. IUCD kena buka, kena buat MRI, then operation.

“Kita jumpa lagi 3 minggu. Puan bincang elok-elok dulu dengan suami.”

Doktor perasan aku termenung panjang dan banyak mengeluh berat.

Aku tahu, apa yang berlaku kat aku ni hanya secebis kecil je. Kat luar sana ribuan lagi orang yang jauh lebih susah dari aku. Jauh susah. Ada yang kanser, kos ubat setiap hari beratus-ratus. SETIAP HARI.

Aku ni hanya one shot je, ribu-ribu camtu.

Tapi tu pun aku rasa berat.

Betul lah, nak bersyukur dalam keadaan susah tu amat payah. Doakan aku dapat buat keputusan sebaiknya. Aminn..

12 May 2016

MRI ketiga dan Nerve Root Block for Slipped Disc (Part 1)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Bulan Februari lepas, ye ye dah bulan Mei baru nak up cerita bulan Februari apa dah basi baru nak up. Pastu style update sebulan sekali.

Sigh.

Oh sebelum tu, 3 - 6 Mei 2016 lepas Melor warded lagi kat Pusrawi. Isu yang sama. Bronchio Pneumonia ke Broncho Pneumonia tah macam tu lah lebih kurang bunyinya. Dia memang laju je la nak kena batuk selsema lagi-lagi musim panas lit-lit ni.

Patah balik cerita pasal MRI tadi.

Ini MRI aku yang ketiga.

Sakit belakang ni makin menggila selepas bersalin Melor. No, don't get me wrong. Aku langsung tak salahkan anak-anak aku atas penyakit yang mendatang. Penyakit itu ujian. Setiap orang ada ujian yang tersendiri. Dan ini bahagian aku.

Bila sakit tu makin menggila, maka doktor sarankan untuk aku buat MRI semula sebab last MRI aku, tahun 2011. Ni dah kahwin, dah keluar pula dua orang anak, agak-agak camane keadaan slipped disc aku tu ya?

MRI kat PPUKM pun bukanlah murah mana, tapi tak ada lah terlalu mahal. Total masa tu RM689.++ sen sen berapa aku lupa. Begitulah harganya.

MRI tu apa?

MRI tu, ni aku tolong google gambar.


Sebelum MRI, aku kena puasa beberapa jam. Sebab nanti kalau tak puasa, apa yang diorang nampak hanyalah mee goreng, nasi goreng atau kuetiaw goreng yang kumakan pagi tadi. Bahahaha ok, tak lawak.

Aku pun tak tahu apa sebab kena puasa sebelum MRI tu. Sorry, lupa nak tanya kat abang jaga kaunter tu.

Takut tak masuk dalam terowong tu?

Gaya macam sereemmm je kan. Tapi tak ada apa pun. Lepas giliran sampai, kita diminta tukar baju yang sesuai untuk buat MRI. Macam nak buat x-ray, kena buka semua, segala besi, emas semua kena buka. Pakailah sehelai kain tu, ikat tali di belakang. Haa yang ni pepandai la kome google sendiri. 

Ada cerita di sebalik baju ni. Tapi aku dah cerita panjang lebar kat facebook. Nanti aku cerita semula kat sini deh?

Lepas dah siap salin pakaian, maka kita perlu baring kat mm papan yang putih tu. Apa nak panggil pun tak tahu. Telinga diberikan headphone sebab bunyi magnetic resonance tu amatlah kuat. Dan tangan akan diberikan satu suis untuk kau tekan in case kau tersesak nafas dalam terowong tu atau kau rasa takut atau kau rasa tak selesa.

Dah siap baring, jangan bergerak. Dah macam polis, angkat tangan dan jangan bergerak! Gitu Gerak-gerak Khas. Papan putih tu akan perlahan-lahan masuk dalam terowong. Lepas tu papan tu berhenti. Terowong tu muat-muat je badan kome. Kalau kome rasa takut, jangan risau, kat tangan tadi ada dibagi suis button emergency in case kome rasa tak boleh nak bernafas dalam tu. Kalau semua ok, prosedur MRI dimulakan.

Masa tu kau akan dengar bunyi dong dong dong dong macam bunyi gong bertalu-talu rasa macam nak menyambut ketibaan Agong pula eh ketibaan Agong palu gong ke? Whatever lah tapi nama pun magnetic resonance, boleh bayang tak macam mana bunyi basketball bouncing tak berhenti? Haa macam tu lebih kurang. Nak lebih spesifik, mengkome semua boleh google.

Eh, cerita pasal MRI je dah panjang karangan aku belum masuk nerve root block.

Aku tu la, jarang update blog. Pastu bila dah start menaip tak nak pula berhenti. Tak tahu apa penyakit. Tapi nak tak nak kena berhenti juga ye dak? Kang bosan pula mengkome baca panjang-panjang.

Baiklah aku habiskan sikit pasal MRI ni.

Lebih kurang dekat sejam camtu kot aku duduk dalam terowong ni. Bila dah settle, perlahan-lahan kau akan dikeluarkan dari terowong itu.

Dan boleh lah bye bye akak tu dan tunggu je lah result MRI kome nanti kat doktor. Itu kalau kat PPUKM lah.

Nanti aku update pula apa kata doktor yang membawa kepada minor procedure, nerve root block.

Stay tune!

12 February 2016

Teknik Steam dan Percussion untuk Kahak Bayi

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Entri pertama untuk 2016! Fuhh!

Holaaa everibadehh! Apa kahbar semuaaa dah macam retis.

Lama dah janji nak buat entri ni. Sekarang baru ada masa nak menulis. Nampak bizi sangat hakak. Bizi hape lah hagaknye hakak pun tak tahu lah dik non.

Sekali menulis, kemahen panjang. Harap anda sudi dan sabar membaca. ^_^


Disclaimer (ewah tetibe ada disclaimer): Entri berikut adalah berdasarkan pengalaman penulis #ibuanakdua, rumusan dari consultation bersama Dr. Nazir (SALAM Hospital), Dr. Vidya (DEMC), Dr. K (Pusrawi), Prof. Rahmah & doktor-doktor bahagian Paediatrik HCTM (dulu PPUKM/HUKM), dan Dr. Nadir Khan (Klinik Wangsa) setelah anak-anak beberapa kali keluar masuk wad, termasuk ICU untuk kes yang sama. Jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.


Musim-musim cuaca tak menentu ni, mula lah baby-baby sekelian, demam lah, batuk lah, selsema lah.

Sebenarnya baby bawah umur 1 tahun tak digalakkan makan ubat macam ubat batuk, selsema dan demam. Yelah, masa ni badan dia tengah nak develop immune system, tengah nak 'bangunkan' tentera dalam badan untuk melawan penyakit. So kalau kita terus bagi ubat, 'tentera' tu tak sempat nak bangun lagi, kita dah hantar pasukan tambahan. Lama-lama 'tentera' dalam badan anak akan terus 'tidur'. Tu yang jadi macam aku kot, sensitif sangat. Sikit-sikit nak selsema, batuk, demam. Lemah laa orang kata.

Jadi, prevention is better than cure. Bila nampak tanda-tanda anak macam tak berapa sihat tu, marilah kita sinsing lengan dan usaha natural remedies dulu.

Selalunya penyakit kombo tiga ni (aku panggil kombo tiga, batuk-selsema-demam), akan dimulai dengan selsema. Hingus cair jernih meleleh. Lepas tu akan start batuk. Dan seterusnya demam.

Batuk
Kalau korang pergi klinik biasa, kadang-kadang doktor yang dengar guna stetoskop tu akan kata, lungs clear. Sebenarnya ada 2 kemungkinan:
1. Lungs memang betul-betul clear. Alhamdulillah
2. Lungs dah tepu. Ibarat botol air mineral, ko isi air penuh sampai penutup botol, sampai tak ada ruang. Bila goncang botol tu, ada bunyi? Tak kan?

Tapi kalau memang korang ada dengar anak korang batuk, atau dah tahap demam, tapi doktor still kata lungs clear, sila cari 2nd opinion. Pesakit berhak mendapatkan pandangan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.


Demam
Bila dah sampai demam, aku minta maaf sangat, berapa kali korang buat steam percussion pun akan lambat sihat, sebab kuman dah mula menjangkiti mana-mana bahagian badan dia.

Demam adalah tindakbalas automatik badan kita bila ada something wrong happen. Demam ni umpama warning lah untuk bagitau, ada system failure.

------------------------------------------------------------------
Aku memang fobia dah sejak Melor masuk ICU tempoh hari. Sekarang ni kalau nampak dia meleleh hingus sikit, yang cair macam air tu, terus buat steam percussion.

Apa yang perlu untuk buat steam percussion?
1. Bawang putih (garlic) 1 bunga (lebih kurang 10-15 ulas)
2. Lemon 1 biji
3. Air panas menggelegak (ada yang guna periuk nasi supaya air sentiasa panas, ada yang guna sterilizer botol tu). Aku panaskan air guna kettle. Kalau guna jag eletrik tu selalunya air tak berapa panas. So better panaskan air atas dapur sampai betul-betul menggelegak.
4. Baldi agak-agak paras lutut orang dewasa sederhana.
5. 2 orang (kalau boleh)
6. Ketahanan mental yang super-saiya kuat tak terkata

Penyediaan air stim:
> Hancurkan garlic. Tak perlu pun tumbuk lumat macam nak masak ayam black pepper. Ala-ala hancur-hancur manja gitu.
> Hiris lemon. Agak-agak suku inci.
> Masukkan garlic dan lemon dalam baldi.
> Tuang air panas menggelegak dalam baldi.
> Tutup kipas.
> Mari kita mulakan. Hiyarkk! Letak kain kat dahi ala-ala ninja.


Garlic tenggelam kat bawah tu


Teknik steam percussion:
> Tiarapkan anak kat riba. Yang ni ikut keselesaan masing-masing. Ada yang alas dengan bantal, ada yang kaki rapat. Ikutlah mana-mana yang selesa kat korang & baby korang.
> Muka baby menghadap muka baldi. Face to face.
> Masa ni baby akan start menangis. Sebab stim tu. Panas. Korang agak-agak tau. Kalau terasa macam panas sangat, jauhkan sikit muka baby. Kang panas sangat korang sendiri tak tahan apatah lagi kulit baby yang halus mulus tu. Cedera parah lak kulit dia. Tengok macam dalam gambar ni.




> Maka marilah kita mulakan tepuk-tepuk percussion. Tangan tu jangan rata, buat 'cupping'. Camane cupping? Jap aku google.

Begini ye cupping sidang hadirin sekalian.

> Tepuk belakang badan baby. Sambil muka dia menghadap stim tu. Selalunya aku selubungkan baldi dan muka Melor. Sebab tak nak wap panas tu terbebas terlalu cepat. So boleh lama sikit Cik Melor kita ber'sauna'.

> Kat bahagian mana nak tepuk? Jap aku lukis. Siap lukis hengko jangan memahen ngan hakak.
Haha gagah betul aku melukis. Silap dulu tak ambil medic.
Itu adalah bahagian belakang badan baby. Korang jangan tersilap pulak. Garis putus-putus tu tulang belakang & ribs.
Anak panah biru tu arah korang kena tepuk.
Amaran: Jangan tepuk bahagian tulang belakang hat tengah tu.

> Tepuk dengan konsisten. 5 minit kiri, 5 minit kanan. In between tepuk-tepuk dan sauna tu, kalau ternampak atau terdengar bunyi hingus dia kat hidung, silalah sedut ye. Dan kalau berani, jolok sikit mulut dia kasi keluar kahak. Jangan jolok dalam-dalam. Ala-ala geli-gelikan lelangit dia sikit je. Sampai dia terbatuk dan terkeluar kahak sendiri.

> Tepuk selama, minimum 10 minit. Maksimum? ikut suka korang. Tapi aku suka 20 minit.

Untuk lebih clear, boleh tengok video kat bawah ni >>




Macam ganas sangat je bunyi aku tepuk kan? Hahaha. Tak sebenarnya. Aku tepuk-tepuk manja je tu. Tapi sebab tangan buat 'cupping', so bunyi nya kuat semacam.

Nak buat steam percussion ni kena sabar banyak-banyak. Sebab anak akan melalak. Don't worry. Dia melalak bukan sebab sakit. Tapi sebab tak selesa tangan dia kena tahan, dan muka kena wap tu. Tak selesa. Bukan sakit.

Lagi satu, menangis itu bagus untuk kuatkan paru-paru. Ni sepanjang aku kat ICU tu, doktor yang cakap ye. Bukan aku suka-suka buat assumption sendiri. Paru-paru akan terbuka lebih luas bila anak melalak.

Lepas tu sila tahan telinga, hati, dan semua lah. Sebab mungkin akan ada orang sekeliling, suami ke, mak pak makcik pakcik bangchik banglong yang akan membebel, "udah lah tuuu.. ko nak mendera anak ke." Uh, mungkin sebab aku lebih sakit tengok Melor dalam ICU. So setakat melalak masa steam percussion tu, aku masih boleh gagah. Lepas steam percussion ko akan nampak muka anak puas, lega, selesa. Ko pun akan rasa seronok.


Sila buat teknik ni secara konsisten, 10-20 minit, 1 atau 2 kali satu hari, selama 2 minggu.
----------------------------------------------------------------------
Ada yang pernah whatsapp aku personally, berikut aku list kan beberapa FAQ:

1. Saya dah buat 3 hari tapi tak ada pun kahak keluar. Tapi dia ada selsema & batuk.
>> Tak ada kahak keluar tak semestinya anak memang dah sihat atau tak ada kahak langsung. Ada 2 kemungkinan:
- Kahak dah terlalu tebal, melekat.
- Buat steam percussion tak sampai 10 minit lagi dah give up.

Selalunya yang aku jumpa, sebab tak sampai 10 minit dah give up. Tak sempat lagi bahan-bahan ramuan kita tadi tu nak meresap.


2. Tak nampak pun hingus keluar walaupun dah buat 10 minit?
>> Yep, tak semestinya hingus terus keluar masa pertama kali buat. Korang kena sabarrrr. Ada kes yang anak dah berbulan-bulan batuk selsema. Kahak tu dah tebal sangat mommy. Bagi masa untuk dia cair.
>> Lagi satu, kalaupun tak keluar ikut hidung, kahak tu akan keluar melalui najis. Korang akan nampak yak-yak dia macam ada lendir-lendir sikit. Aku memang selalu monitor yak-yak anak-anak. Sebab itu antara cara nak tau keadaan badan dia. Sihat ke idak.


3. Anak saya demam, boleh ke nak buat?
>> Kalau tengah demam, aku anjurkan, bagi demam dia surut sikit dulu. Jangan buat time tengah suhu 38 tu yang oiii. Sebab masa ni badan anak kita sangat-sangat lemah, lembik. Tambah lembik dia nanti. Shiannn dia.
>> Selalunya kalau dah tahap demam 3 hari, aku terus suruh pergi hospital je lah. Biar yang lebih expert handle.

-------------------------------------------------------------------------------------

Sekian, sharing session dari Dr Jadian Nadia Havez muahahahaha. Kalau ada yang tak berapa clear, boleh

email aku >> nadiafitrihavez@yahoo.com

atau

PM inbox fB aku direct Nadia Havez

Ingat, kalau dah demam lebih 3 hari terus bawa hospital. Tau?

Tata ^_^v

11 December 2015

Melor masuk HDU dan PICU - Episod Terakhir

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Part 1
Part 2
Part 3

Setelah berhempas-pulas ceh hempas-pulas lah sangat kan, maka terhasil lah entri terakhir untuk rentetan kes masuk ICU Cik Melor Naylah kita ni.

************************

Lepas transfer ke ICU Pusrawi, segala-gala bacaan Melor semakin stabil. 

"Apa sebabnya Doktor?"

"Antibiotik yang dah bermula sejak hari pertama dia dalam wad dah mula bertindak balas. Ada kesan positif dari antibiotik yang diberikan. Alhamdulillah."

Alhamdulillah. Syukur! Apa agaknya yang terjadi kalau aku bersetuju untuk pasang tiub dan bagi mesin oksigen yang lebih besar tu? Aku tak boleh bayangkan.

"Tapi dia masih perlu berada dalam ICU ni untuk close monitor. Lagipun suhu badan dia masih turun naik. Hopefully by tomorrow dia dah tak demam lah." kata doktor.

Melor.. kuat ye, sayang. Ibu tahu anak ibu memang kuat.

Aku terasa menggigil. Mungkin air-cond di Pusrawi terlalu sejuk. Berdasarkan pengalaman beberapa kali warded di Pusrawi, air-cond memang sejuk! Aku minta selimut extra.

Lepas solat Isya', nurse datang untuk check suhu badan Melor. 

"Ok, Melor tak demam ye."

Tergerak hati nak minta nurse check kan suhu aku. "Nurse, boleh check suhu saya?"

Dan.. "38.6. Eh, Puan demam ni!"

Dah sudah, aku pulak yang demam! Hahaha! 

"Puan letih sangat ni jaga Melor dari kat HUKM hari tu. Tak apa lah malam ni Puan rehat je. Takyah risau sangat dah pasal Melor. Kami ada."

Lepas makan panadol, aku tidur. Melor memang masih tidur dan tak berapa aktif sangat. Sekali lagi dalam ICU ni, Imam tak boleh bermalam. Sorang penjaga saja dibenarkan. Dan kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh masuk. Dah beberapa hari juga lah aku tak jumpa Fateh. 

Malam tu aku tak sedar langsung pukul berapa nurse datang tukarkan pampers Melor, pukul berapa nurse datang check temperature dia. Aku memang tidur lena-selena-lenanya. Aku sedar pun masa nurse kejut nak sedut kahak Melor.

Kat Pusrawi, Melor dapat 2 jenis antibiotik. Dan juga dexa. 







Beberapa hari dalam ICU Pusrawi, akhirnya kami boleh transfer ke wad biasa lepas Melor dah mampu bernafas macam biasa tanpa bantuan oksigen.

Alhamdulillah!

Dah boleh cabut benda kat hidung dia tu. Yay! Siapa kata dia behave? Selalunya kalau berjaga, dia akan tarik tiub tu. Tak tahu dah berapa kali buka tampal dah sellotape tu. 

Bila masuk ke wad biasa, aku dah boleh lega sikit. Tak ada lah aku sakit jantung je tiap kali alarm mesin monitor tu berbunyi gahahah!

Tak lama lepas tu, kami boleh discaj. Tapi Melor pun tak ada lah sembuh sepenuhnya. Continue antibiotik untuk seminggu kat rumah. Close monitor. Apa-apa hal cepat-cepat pergi hospital.

*************************


Pengalaman masuk ICU ni memang aku tak boleh lupa sampai bila-bila. Macam mana kami rasa berderau darah masa doktor sebut ICU, macam mana kami rasa bila dia tak respon bila kita panggil, lajunya nafas dan jantung dia. Allah... semua tu memang tak boleh lupa.

Kami masih lagi sentiasa monitor keadaan dia sampai hari ni. Nafas laju sikit je aku dah menggelabah. Minggu lepas dah pergi sedut kahak semula kat Klinik Dr. Nadir. Hari-hari buat steam wap dan tepuk percussion, sentiasa tengok dada & perut dia. Kat cikgu taska dia pun aku minta tolong tengok-tengokkan. 

Aku fikir, masalah ni akan berulang selagi dia masih duduk di taska. Sebab di taska ramai budak dan imun sistem dia lemah walaupun dia menyusu badan. Tak semua anak sama. Mungkin anak korang, duduk taska pun ok. Batuk sikit-sikit je. Tapi anak aku sangat sensitif. 

3 kali dah Melor masuk wad dalam masa baru berusia 6 bulan. Korang imagine lah apa yang aku rasa. 3 kali badan kecil tu dicucuk sana dan sini. Hati ibu mana yang tak luluh? Dan baru-baru ni, terus ke ICU. Ingat aku suka ke anak aku masuk wad?

Tapi ini bahagian ujian yang Allah nak bagi kami suami isteri. Ada orang diuji dengan tak ada anak. Ada orang walaupun ada anak, tapi Allah uji dengan perkara macam ni. Dan macam-macam lagi ujian malah lebih hebat dari ujian kami.

So setiap daripada kita, memang Allah akan bagi ujian. Takkan ada seorang pun yang akan terlepas.

Sekarang aku jadi trauma, fobia. Setiap kali dengar Melor batuk, aku berdebar. Kat ofis, hati aku langsung tak tenang. Sentiasa berdoa semoga Melor baik-baik saja.

Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kami.

Aminn...

07 December 2015

Melor masuk HDU dan PICU - Transfer ke Hospital PUSRAWI

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Penat dah menangis dalam dua entri sebelum ni,

Part 1
Part 2

Jadi marilah kita lebih bertenang dalam entri kali ni. Aku jamu mata korang dengan gambar-gambar Melor yang tiut-miut tu ye.

*************************

Malam pertama di HDU PPUKM, Melor demam panas. Aku dah tak berapa nak tidur selama hampir 48 jam. Kalau dapat tidur pun, paling lama pun 1 jam. Makan pun, ala-ala makan tak makan. Mau nye tak, Melor langsung tak boleh kena tinggal. Kat HDU tu, makanan untuk penjaga diorang siapkan kat tempat lain. Ada satu bilik khas untuk makan. Jadi kalau nak makan, aku kena bergegas, berlari, makan laju-laju sebab 30 saat lepas tu, akan terdengar Melor menangis cari aku.

Ye, 30 saat lepas aku tinggalkan katil dia.

Kenapa tak tunggu Melor tidur?

By time Melor tidur, diorang dah angkat tray tu. Maka, aku tak sempat makan.

Kan Melor sakit, bukan ke sepanjang masa dia akan tidur?

Yes, memang sepanjang masa dia akan tidur. Tapi, di atas riba aku. Kalau aku letak semula atas katil walau seperlahan selembut mana pun, hanya mampu bertahan... ya, 30 saat. Atau kalau pun dia dah tertidur sebelah aku dalam katil tu, aku bangun je nak turun katil, walau seperlahan mana pun, dia akan sedar. Dia sedar kehilangan bau ibu dia.

Maka di hari ketiga tu, lepas je laju-laju solat subuh dan mandi, aku menuju ke katil Melor dalam keadaan kepala berdenyut, mamai, lapar dan segalanya. 

Kat situ ada nurse yang sedang tukar cadar katil pesakit lain. Rutin setiap pagi di PPUKM. Buka langir, tukar cadar, etc etc etc.

Dua, tiga langkah lagi nak sampai ke katil Melor, tiba-tiba aku rasa kepala aku berpinar. Ruang aku rasa gelap, dan.....

"Eh eh eh! Puan!!"

Seorang nurse sempat sambut aku. Aku nyaris jatuh pengsan! Nurse tu dudukkan aku kat kerusi.

"Puan letih sangat ni tak cukup rehat. Muka Puan pun pucat ni. Puan dah breakfast ke belum?"

Geleng.

"Puan pergi breakfast dulu. Saya tengokkan Melor."

Seorang nurse lain papah aku ke bilik makan. Aku makan, perlahan. Kepala masih berdenyut. Memang betul aku tak cukup rehat. Tak cukup tidur.

Tapi aku tak dapat makan lama-lama. Dah dengar suara Melor menangis. Laju-laju teguk air dan cepat-cepat pergi ke katil Melor. Aku susukan dia dan aku tak sedar bila masa aku tertidur. Tau-tau je ada nurse kejut sebab doktor nak round.

Lepas first round tu macam ada sinar harapan sikit.

"Kalau tak ada apa-apa, insyaAllah petang ni boleh transfer anak Puan ke wad biasa semula."

Alhamdulillah! 

Tapi...

Tengahari tu keadaan Melor masih belum betul-betul stabil.

"Kita mungkin akan transfer dia ke ICU pula. Untuk bagi bantuan oksigen yang lebih besar. Dan kami nak minta Puan supaya tak susukan dia. Kita akan buat saluran terus ke perut dia untuk salurkan susu. Jadi dia tak perlu guna tenaga untuk menyusu. Bernafas sahaja dah buat dia terlalu penat dan tercungap-cungap."

What?

Tiub?

No breastfeeding?

Oksigen lagi besar?

Are you kidding?

"Perlu ke tiub dan oksigen yang lagi besar?"

"Ye, Puan. Sebab dia masih tak stabil dan keadaan dia tak bertambah baik pun dari semalam."

"Eh, saya nampak pernafasan dia semakin ok. Nafas dia tak laju pun masa menyusu. Dia lebih tenang masa menyusu."

"Tapi, Puan. Memang keadaan dia kurang stabil. Kita sedang berusaha nak selamatkan dia."

Aku diam. Hati aku berat.

"Atau pun, tak apalah. Kita tunggu kata pakar dulu." kata doktor.

Dan pakar decide untuk tunggu dan monitor sampai esok.

Petang tu suhu badan Melor naik semula. Bila aku bagitau nurse, nurse check suhu dan kata tak demam. Tapi dalam mulut dan badan dia, aku rasa panas. Memang panas. Aku yang susukan dia, aku tahulah!

"Puan, nafas dia masih terlalu laju. Heart rate dia tinggi." kata doktor yang round petang tu.

"Dia demam... RR dan heart rate dia naik sebab dia demam."

Doktor pandang nurse.

"Dia tak demam. Saya dah check tadi. Suhu dia 36 saja." kata nurse.

Dia demam! Aku tak puas hati nurse tu kata dia tak demam.

"Saya rasa elok Puan fikir cadangan kami untuk transfer ke ICU. Sebab keadaan jantung dan paru-paru dia tak stabil padahal dia tak demam. Saya faham, Puan mesti rasa tak puas hati sebab semalam doktor kata ok, hari ni doktor kata masuk ICU pula." 

Doktor berlalu macam tu saja. Kenapa diorang tak nak percaya bila aku cakap Melor demam? Termometer tu boleh jadi rosak, boleh jadi jugak tak masuk betul-betul dalam telinga dia macam kes malam tadi. Kenapa diorang tak percaya? Mungkin diorang ingat aku bercakap sebab emosi?

Aku basah-basahkan badan Melor petang tu. Melor, cepat sihat ye. Diorang kat sini tak nak percaya kat ibu. Bila ibu cakap anak ibu demam, diorang tak percaya. Air mata aku mengalir lagi sambil aku basahkan badan Melor.

"Dua-dua kerja swasta ke?" tanya seorang ibu yang anaknya sudah 3 bulan dalam HDU tu.

"Haah. Kami suami isteri kerja swasta."

"Oh, kos kat sini mahal juga. 1 hari dalam RM250 kalau tak silap. Tu belum masuk ubat dan mesin-mesin."

Mungkin kos kami sepanjang dalam HDU tu dah hampir RM1k.

Malam tu Imam buat keputusan untuk mohon transfer ke Pusrawi. Aku dah hampir pitam hampir tiga kali. Jantung aku pun laju semacam je sejak dalam HDU ni, aku ketakutan setiap kali alarm mesin tu berbunyi, pinggang aku makin sakit, cramp dalam katil Melor (aku ada slipped disc, remember?).

Aku whatsapp ejen insurans Melor. Katanya insurans akan cover rawatan di Pusrawi.

Aku tekad, esok pagi aku akan minta discharge, AOR (at own risk).

Pagi tu sekali lagi doktor ulang pasal tiub, mesin oksigen lebih besar, berhenti menyusu, dan ICU. Aku terus matikan ayat doktor.

"Saya nak minta transfer ke hospital Pusrawi."

"Kenapa?"

"Panel husband saya."

"Tapi Puan... keadaan anak Puan tak stabil sekarang ni. Saya takkan bagi Puan pindah ke hospital lain dalam keadaan macam ni. Puan jangan ingat kami nak buat apa-apa kat anak Puan. Apa yang kami buat adalah nak bagi dia sihat. Sekarang anak Puan tak ada tunjukkan perkembangan yang positif pun."

"Saya nak transfer. Cukup."

Doktor terdiam. Sekejap. "Baiklah. Kita tunggu pakar."

Aku dah tak sanggup dengar doktor bertelagah depan aku. Sorang kata perlu ICU, sorang kata boleh transfer wad biasa. Sorang kata nak buat macam ni, sorang kata nak buat macam tu. Sorang kata nak antibiotik yang ni, sorang kata nak guna yang tu.

Anak aku bukan bahan eksperimen.

Lebih kurang 5-10 minit kemudian, doktor pakar datang.

"Puan betul nak transfer? Ke mana tadi?"

"Pusrawi."

"Kenapa?"

"Panel husband saya."

"Saya tengok dia dah semakin ok. Why you decide to transfer her to ICU?" doktor pakar tu tanya doktor yang pagi tadi nak masukkan Melor ke ICU.

"Sebab tak ada perubahan. Dia nampak penat. Sejak petang semalam tak ada perubahan pada dia."

"For me she looks ok. Never mind if the mom insist to transfer. Tapi Puan, sebarang risiko dalam perjalanan, atas risiko Puan sendiri ye? Kami akan cuba minta Pusrawi datang dan bawa peralatan yang diperlukan. Memang dari sini ke Pusrawi tak jauh, tapi dengan keadaan anak Puan yang masih perlukan bantuan oksigen, benda 5 saat pun boleh jadi macam-macam."

"Ye, saya faham. Semua atas risiko saya."

Dan doktor benarkan kami transfer ke Pusrawi. PPUKM sendiri yang uruskan. Bermula dari call Pusrawi untuk pengesahan katil kosong, bercakap sendiri dengan Dr. K (pediatrician di Pusrawi) dan urusan transfer dengan ambulans.

Thanks PPUKM! Bukan korang tak bagus, just aku yang tak puas hati. No offense. Aku masih banyak follow up kat PPUKM. So tak ada lah nak bermusuh pun dengan PPUKM.

Dalam ambulans Pusrawi. Aku dah kata, kalau ada yang nak melawat masa kat HDU/ICU hari tu, memang aku tak bagi. Rupa aku sikit lagi dah nak sama dengan zombie.

Masa ni aku kena make sure Melor tak tertidur. Bantuan oksigen guna tong yang macam orang scuba guna tu. Dalam ambulans nurse pasang mesin untuk monitor tekanan darah, jantung, dan oksigen dia sepanjang perjalanan kami ke Pusrawi.

Ada sekali dia tiba-tiba tertidur. Cepat-cepat aku kejut dia. Nasib baik dia bertahan untuk berjaga jugak walaupun lemah.

Kami sampai Pusrawi lebih kurang 1 pm. Ditempatkan dalam ICU Pusrawi. Alhamdulillah. Aku lebih tenang kat sini.

Surprisingly, Melor pun tenang kat sini!


Baru sampai, penat dah tertidur.




Begitu sekali tidurnya.


Ada katil ibu & baby.


Masih perlu monitor sepanjang masa.


Entah kenapa, kat sini, heart rate & RR dia lebih stabil. Aku pun mampu nak pergi mandi, solat dan makan lama-lama. 

Jadi sebenarnya apa yang berlaku kat PPUKM yang buat aku tak tenang duduk sepanjang masa? Aku sendiri pun tak tau. Kenapa Melor macam tak stabil je kat sana?

.... bersambung ....





04 December 2015

Melor masuk HDU dan PICU - Di HDU PPUKM

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Ni sambungan dari Part 1 ni.

Maafkan saya andai kata entri lepas membuatkan ramai kawan-kawan yang sebak sambil mengalirkan air mata di hadapan pc/laptop/smartphone masing-masing.

Ketahuilah, ramai lagi anak-anak yang lebih kurang bernasib baik, ada sampai tahap tak mampu tanggung kos rawatan. Kisah Melor hanya 0.00001% dari segala kisah yang ada.

Apa pun, aku menulis sekadar part of my journey. Part of journey aku sebagai seorang ibu.

Cerita kita tergantung sampai mana eh? Oh, doktor buat persiapan untuk pindahkan kami ke HDU. Atau di PPUKM, dipanggil PHDU.. khas untuk paediatrik, kanak-kanak.

*****************************

Lepas doktor decide untuk pindahkan Melor ke HDU, aku dah tak boleh susukan Melor secara direct. Atau kita panggil, 'direct-feeding'. Diorang akan masukkan air melalui drip tu.. ikut tangan, kata orang layman macam kita ni. 

Kata doktor, aktiviti direct feeding tu membuatkan nafas Melor bertambah laju. So Melor hanya akan bergantung kepada 'air' tu.

Aku rasa hiba. Sedangkan susu ibu adalah antibodi yang terbaik untuk bayi. Tapi kenapa aku dihalang untuk menyusukan sendiri anak aku? Diganti dengan air? Bertambah lemah Melor aku tengok. Lembik. Melor nampak lebih tenang bila menyusu. Kenapa mesti dihalang? Kenapa diorang tak bagi aku berusaha untuk tenangkan anak aku?

"Tak boleh, Puan. Bila menyusu, dia terpaksa menggunakan lebih banyak tenaga. Dia dah guna banyak tenaga untuk bernafas. Macam kita tercungap-cungap. Dia penat. Jadi kita nak dia kurang guna tenaga. Biar dia guna sepenuh tenaga yang dia ada untuk bernafas sahaja. Tak perlu guna untuk benda lain."

Kalau dia tak menyusu, mana nak datang tenaga? Hati aku memberontak. Tapi demi kebaikan anak, aku turutkan dulu kata doktor. Mereka lebih arif.

Maka sepanjang masa Melor tak menyusu, aku hanya pam untuk kurangkan bengkak dan untuk kekalkan stimulate otak aku. Kang otak aku ingat aku nak wean off pulak. Parah gitu.

Paling sayu, tiap kali Melor nangis dan buat gaya nak minum susu, aku terpaksa tahan dan pujuk dia.

Sabar, sayang. Melor cepat sihat. Nanti ibu boleh bagi susu. Sekarang ni ibu peluk Melor kuat-kuat. Agar anak ibu tenang, agar anak ibu rasa damai. Jangan menangis, sayang. Lagi banyak tenaga Melor habis, lagi susah Melor nak bernafas. Nanti doktor kata anak ibu ni terlalu penat. Nanti doktor masukkan mesin oksigen yang lagi besar tu. Ibu takut. Sabar, nak. Ibu ada ni dekat anak ibu. Ibu peluk anak ibu kuat-kuat ye. Tidurlah, sayang...

Dalam HDU, selain wayar untuk 'bekalan tenaga', kat tangan diorang pasang juga wayar untuk bekalan antibiotik. Kat dada pasang pelekat untuk heart rate dan respiratory rate. Kat jari kaki untuk monitor SPO2. Kadar oksigen.



Muka sayu je. Sikit pun tak nak senyum. Aku agah dia buat tak tau je.





Main wayar tu buat menghiburkan hati.





Pening aku tengok wayar banyak-banyak ni. Wayar kat dada tu berapa kali tah tercabut. Yang kat kaki tak payah cakap. Selalu sangat kena rentap dengan si kenit ni.




4 jam sekali kena nebulizer. Selalunya dia menangis. Entah fobia entah apa. Nangis sampai tertidur.




Serius camni je lah muka dia sepanjang masa. Senyumlah, sayang. Ibu rindu.

Dalam pukul 4 petang macam tu, nurse sampaikan berita gembira untuk aku.

"Puan, doktor kata Puan dah boleh susukan anak Puan. Kejap lagi saya off drip."

"Serius ni nurse?"

"Ye.. doktor kata dah boleh susukan dia."

Ya Allah.. Alhamdulillah! Dapat kembali susukan dia pun aku dah cukup bersyukur sangat-sangat. Aku dakap erat badan dia. Dia pun macam tau-tau dah boleh menyusu.

Say yay!

"Tapi Puan kena tengok lah kalau dia nampak penat, tercungap-cungap, Puan stop menyusu dulu. Bagi dia rest."

"Ok!"

Aku dah tak dengar benda lain. Yang aku tahu, anak aku akan lebih tenang bila aku peluk dia.

**************

Malam tu malam pertama kami di HDU. Diorang ada sediakan bilik rehat untuk ibu tidur. Tapi aku pilih untuk tidur sebelah anak aku. Tak kisahlah aku cramp dalam katil kanak-kanak tu. Yang penting aku sentiasa di sisi dia. Lagipun dia breastfeeding baby. Dah tentu dia sentiasa perlukan aku. Yang penting, misi aku, lebih banyak dia menyusu, lebih cepat dia sihat!

Aku yang tak tidur sejak dalam emergency bay tu, cuba untuk tidur malam tu. Tapi aku tak boleh lelap sebab badan Melor makin panas. Nurse minta aku buka baju dia. Malam tu dia tidur tak berbaju. Kejap-kejap aku basahkan badan dia dengan air suam.

Lebih kurang pukul 3 pagi nurse datang kejut.

"Puan, suhu badan dia panas sangat ni Puan. Saya terperanjat sebab tiba-tiba alarm bunyi, tengok heart rate dan RR dia mendadak naik. Saya check suhu 36 je. Tapi bila pegang badan dia, panas. Saya check lagi sekali 38.8"

Allah....

Aku kejut Melor. "Melor... bangun sayang.. kita minum susu banyak-banyak, nak. Bagi suhu badan Melor turun."

Melor diam.

Air mata aku menitik. Sedikit demi sedikit.

"Melor... bangun, sayang. Ibu nak bagi susu ni."

Dia tak nak bangun.

Aku lap-lap badan dia dengan air suam. Pun dia tak terjaga. Tidurnya sangat lena.

"Puan.. dia nampak letih sangat..."

"Melor... ibu basahkan badan anak ibu. Jangan demam panas sangat ye, nak. Ibu tahu anak ibu kuat. Kuat lawan kuman-kuman tu, sayang.. Ibu tahu Melor kuat. Ibu ada ni, sayang... Ibu temankan Melor lawan kuman-kuman tu."

Aku usaha perahkan susu ke mulut dia. Macam yang aku buat masa Fateh warded di PPUM dulu. Aku usaha sehabis daya aku. Aku picit-picit hidung dan pipi dia.

Tak lama lepas tu dia terbatuk dengan sangat teruk. Nurse datang untuk buat prosedur sedut kahak. Dia menangis. Sakit.

Aku hanya mampu memerhati dari luar tirai. Kalaulah aku mampu pindahkan kesakitan tu kepada diri sendiri.....



... bersambung ...

03 December 2015

Melor masuk HDU dan PICU - Pneumonia (Part 1)

Untuk makluman, HDU - High Dependency Unit adalah wad saringan, up dari wad biasa, bawah sikit dari ICU.

Hari Sabtu, 14 November 2015
Badan Melor semakin panas. Seharian dia melepek. Melekat aje. Sampai aku kena pakai babywearing dalam rumah. Kalau tak, memang tak terlayan Fateh, tak makan, tak buat kerja lah aku.

Lepas maghrib kami pergi emergency PPUKM. Aku tengok orang lain, kesian sangat. Serius sangat penyakit diorang. Aku ni? Anak batuk dan demam je. Siap boleh gelak-gelak lagi dengan Ira. Kita buat apa datang sini?

Macam biasa, baby akan dapat potong Q. Lepas nebulizer, makan paracetamol, doktor bagi oksigen yang letak kat hidung tu.


Doktor kata, tunggu result darah dulu dan boleh balik. Doktor suruh pantau je dari rumah. "Kalau masuk wad, environment dalam wad pun tak berapa bagus", kata doktor.

Dalam pukul 11 malam, result darah keluar. Doktor lain yang check Melor. Masa ni bantuan oksigen dah kena cabut. Doktor ni macam tak puas hati sebab nafas Melor nampak laju. Doktor suruh tunggu, dia panggil paediatrik on call.

Pukul 1 pagi, paediatrician sampai. Masa ni aku dah tertidur dalam katil kecil untuk kanak-kanak tu. Doktor check Melor dan kata, "Kita tahan dulu untuk satu malam, ya?"

Aku dah macammm.. ehhh doktor yang tadi kata boleh balik? "Kenapa nak kena tahan, doktor?"

"Sebab sekurang-kurangnya kat dalam wad kita boleh monitor pernafasan dia. Kalau kat rumah pernafasan dia tiba-tiba terberhenti dan Puan tak sedar, macam mana?"

Pernafasan terberhenti? Serius sangat ke? Aku salah dengar ke macam mana ni? "Dalam wad nanti akan buat apa ye?"

"Kita monitor dulu pernafasan dia. Kalau stabil dan ok, esok petang dah boleh keluar."

Lega sikit aku dengar. Maka lepas ambil x-ray, kami naik ke wad paediatrik, tingkat 4, lebih kurang pukul 4 pagi.

Aku baru nak lena, seorang doktor lelaki datang. Maka bermulalah sesi taking history. Tak berapa lama lepas tu, result x-ray keluar. Sah ada jangkitan kuman dalam paru-paru. Maka doktor perlu ambil darah sekali lagi untuk kenal pasti kuman apa yang serang paru-paru dia. 

Bawa ke bilik prosedur bersama bantuan oksigen tadi, doktor tersalah pasang oksigen tu dan air keluar dari tiub hidung tu. Nyaris Melor tersedak dan aku sedar. Cepat-cepat aku dudukkan Melor dan jerit, "Doktor!". Semua ni dalam nanosecond. Aku dah menggeletar. Sanggup ke aku biarkan doktor yang buat kecuaian macam tu untuk check dan ambil darah anak aku? Aku peluk Melor yang masih trauma kena ambil darah kat emergency tadi dan trauma kena x-ray. Aku rasa jantung Melor berdegup laju. Aku peluk dia kuat-kuat. Aku dah nak menangis masa ni. 

"Puan, rasanya kami kena hantar anak Puan ke PHDU atau PICU ni. Saya nampak nafas dia terlalu laju untuk seorang baby." Kata seorang lagi doktor yang lain. Perempuan.

PHDU? PICU? Sehalus zarah pun aku tak pernah terfikir sampai tahap kena masuk HDU ICU bagai apa semua ni?? "Takpe saya call pakar on call dulu"

Dan Dr. Zafri datang. "Hurmm.. kita bagi dia nebulizer dulu dan tengok macam mana."

Lepas ambil darah, kami kembali ke katil. Nebulizer sekali lagi. Oh lupa nak cakap, Imam dan Fateh dah balik rumah dalam pukul 11malam. Kesian Fateh nanti dia meragam sebab penat sangat.

Lepas nebulizer, doktor datang check semula. "Macam tak ada perubahan." Kata doktor perempuan tu. Muka dan dahi dah berkerut-kerut. Doktor jangan buat saya cuak! Apa yang berlaku kat anak sebenarnya?

Dr. Zafri datang. "Nampak macam berkurang sikit dari yang tadi. Tak apa. Kita check lagi 1 jam."

Lebih kurang pukul 6 lebih, 3 orang doktor tu datang. Sekali lagi doktor perempuan tu betul-betul nak masukkan Melor ke HDU. Aku dah whatsapp Imam, tolong datang sekarang!

Dr. Zafri datang dan kata tak perlulah nafas dia dah ok. Bagi dia rehat dulu.

Lega. Aku lega sangat-sangat tak perlu masuk HDU! Imam sampai hospital lebih kurang pukul 7.30 pagi.

Tapi kelegaan aku tu tak lama. Dalam pukul 8 ke 9 pagi macam tu, nafas Melor berombak dan makin laju semula. Imam panggil nurse. Nurse datang dan terus pasang mesin untuk monitor respiratory rate (RR) dia sepanjang masa. Kami berdebar-debar tiap kali alarm mesin tu bunyi menandakan bacaan RR dia lebih dari normal. Masa ni air mata aku dah mengalir. Aku tengok Melor yang tidur sangat nyenyak, tak berkuit langsung. Aku picit pipi dia, picit hidung, gerak-gerakkan dia, langsung dia tak ada respon.


Melor... bangun sayang...

Doktor datang.

"Puan, kami rasa kami perlu masukkan anak Puan ke HDU. Kat sana kami akan monitor dengan lebih terperinci. Bacaan jantung dan RR dia perlu diambil sepanjang masa."

"Perlu ke? Kenapa sampai kena masuk HDU?"

"Puan tengok sendiri, anak Puan nampak lemah. Jadi kami perlu close monitor dia. Bacaan RR dia pun tak meyakinkan kami. Kalau perlu, kena bagi bantuan oksigen yang lebih besar. Ada baby yang lepas tu ok, then boleh pindah wad biasa semula. Ada baby yang kurang ok, then kita kena masukkan ke ICU pula."

Aku terdiam. Imam terdiam. Dengan berat hati, aku angguk. Lemah. "Baiklah." Mata aku berkaca.

*Kebanyakan perbualan aku dan doktor dalam Bahasa Inggeris. Ni aku ringkaskan.*

Doktor dan nurse buat persiapan untuk pindahkan Melor ke HDU. Sementara tu, aku dan Imam diam. Sunyi. 

"Doktor kata apa, yang? Diorang kata Melor pengsan ke?" Mata Imam merah. Aku tahu dia pun sebenarnya cuba bertahan.

Aku geleng. "Doktor kata dia lemah. Kena masuk HDU jugak supaya diorang senang monitor kat sana."

"Kita kena redha."

"Abang boleh tak jangan cakap bukan-bukan masa ni?"

"Yelah, apa sekali pun kita kena redha."

Aku pandang Melor.


"Sayang tahu dia kuat. Melor kuat, nak! Ibu tahu anak ibu kuat!"



... bersambung ...

24 April 2015

Pregnant Mommy & Slipped Disc (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Part 1 ada kat sini.

Mungkin dalam Part 1 tu tak ada cerita menyuluruh macam mana aku survive mengandung dalam keadaan slipped / herniated / prolapsed disc ni. Tiba-tiba ramai pula tanya macam mana aku survive. So demi menjawab semuanya, aku buat satu entry khas, deh? Untuk makluman, aku slipped disc level L4, L5, S1. So ada 2 disc yang terkeluar.

Untuk mengandung buat kali kedua ni, sekali lagi aku berpegang pada prinsip "setiap perempuan memang dicipta untuk mampu melawan rasa sakit bersalin. walaupun awak ada masalah slipped disc, tapi insyaAllah tak ada masalah bersalin normal"

Macam mana aku survive sepanjang mengandung 9 bulan?

Trimester Pertama
Untuk trimester pertama, mungkin tak berapa nak ada masalah sebab baby masih kecil. Jadi problem utama masa ni hanyalah morning sickness. Alhamdulillah mengandung kedua ni aku tak ada morning sikcness yang teruk. Hanya loya-loya tak selera nak makan tu biasa la.

Trimester Kedua
Masuk saja trimester kedua, kita akan start rasa tercabar. Sebab baby dah mula membesar. Lagi pulak lokasi slipped disc tepat di kawasan baby nak membesar tu. Sakitnya tuh di sini. Masa ni kau akan selalu rasa kebas kaki sebab baby dah mula tekan disc dan saraf tu.

Tips 1: Tinggikan kaki masa tidur.

Tips 2: Rendam kaki dalam air panas suam-suam kuku untuk redakan sikit sakit kaki tu.

Masa mengandung Fateh dulu, kedudukan uri aku kat belakang (posterior placenta), means uri tu macam kusyen support belakang aku dari dihentam Fateh. Tapi kali ni anterior placenta. Maka mengandung kali ni, aku lebih kerap rasa sakit belakang dan kebas kaki. Ada lagi tambahan, sakit kat bahagian tulang pelvis tu, macam tulang berselisih berlaga-laga. Yang sakit macam tulang pelvis berlaga tu aku tak ada tips nak kongsi sebab sampai sekarang sakit tu makin kerap menyerang dan aku tak boleh buat apa melainkan sabar, pasrah, dan redha.

Tak pe lah, aku letak jugak.

Tips 3: Sabar, pasrah dan redha bila suami tolong urut pun tak ada kesan apa-apa.

Trimester Ketiga
Ni lagi mencabar! Ruang dah betul-betul sempit. Macam aku sekarang ni, hampir tiap hari rasa macam menekan kat belakang tu. Aku dah susah nak berdiri betul-betul.

Tips 4: Banyakkan sujud! Kasi lamaaa sikit masa sujud tu. Kalau boleh, join solat sunat tasbih!

Tips 5: Posisi macam merangkak, tapi statik. Ko just gerak-gerakkan badan ke depan, ke belakang, ke depan, ke belakang.

Aku perasan kalau aku buat camtu, lega sikit lah belakang ni.

Tips 6: Sentiasa letak bantal kat belakang bila duduk. Terutama di office sebab kat office ko duduk superlama.

Tips 7: Get ready dengan hot pack everytime kau tiba-tiba kena serang kesakitan tu. Macam aku, tak hotpack. Jadi aku guna botol air Tupperware tu, isi air panas dan letak kat belakang badan.

Tips 8: Kalau boleh jangan duduk lama kat kerusi yang tak ada tempat sandaran.

Mudah-mudahan dengan tips-tips tak seberapa ni, lebih ramai lah isteri-isteri di luar sana yang ada slipped disc, berasa confident untuk mengandung dan melahirkan anak secara normal.


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

Jadi, sentiasa berdoa semoga perjuangan membawa seorang lagi khalifah ke muka bumi ni akan sentiasa dibantu dan dipermudahkan oleh-Nya.

Aminnnn.