Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label sibuk. Show all posts
Showing posts with label sibuk. Show all posts

16 August 2012

Raya ni Balik Mana?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sebelum ni kan, memang tiap-tiap tahun beraya di KL.

memang dah 24 kali lah beraya di KL ni.

agak janggal masa salam-salam staf office tadi, mereka bertanya, "tahun ni raya mana?"

mulanya rasa macam, eh eh kenapa korang tanya? bukan korang tahu ke kampung saya kat KL?

diam sekejap.

"oh, tahun ni raya KL dulu. 2nd day raya baru balik sungkai."

lupa, dah kahwin. haruslah perlu menetapkan giliran pulang beraya. tehee~ patutlah mereka tanya tahun ni raya mana.

tapi malam tadi tiba-tiba encik suami hiba pula, "rasa janggal pula tak balik kampung raya tahun ni. sedih."

alahai~ padahal beliau yang decide tahun ni beraya di KL. saya tak provok pun. "abang, KL ni kampung abang juga." hehe. konon pujuklah tu?

semalam lepas terawih buat benda ni,


biskut bear!

resepi sebenarnya biskut susu. ya, guna susu tepung. melambak stok susu tepung kat rak dapur tu tak tau bila nak habis minumnya. suami bukan minum pun.

bila dah siap adunan, duk fikir, nak guna acuan bentuk apa, ya?

since nama dia biskut susu, rasa susu, susu dan kanak-kanak amatlah sinonim. maka saya pilih acuan bentuk bear. lebih dekat di hati kanak-kanak.



smile! haha. pembuat kuih tegar mesti tau kenapa tiba-tiba ada satu biskut bentuk smile.

tu namanya adunan dah habis, dah tak cukup untuk dicetak, maka mudahnya buat bentuk bulat saje lah.


tak cukup ni biskut-biskut nak bawa ke KL dan sungkai. ceh, bawa lah sangat ke KL tu. macam jauh je rumah ibu padahal tak sampai setengah jam.

selamat pulang ke kampung, ye kawan-kawan!

raya kedua jumpa di kampung (ado ko orang kampung di sungkai baca blog saya ni?)


bai!

hati-hati.


drive safely.


dari,
nadia ^_^  &  imam  =)~


14 July 2012

2012 yang super duper busy, now i'm thinking to...

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hari tu, saya ada buat status begini dalam facebook,

"2 years and 13 days in Geoinfo and now i'm thinking to..."

ya, Geoinfo adalah nama company saya.

bila buat status macam tu, majoriti orang akan fikir, saya nak keluar dari company. dan banyaklah komen-komen termasuk dari bos saya sendiri.

ye, saya akui saya memang penat tahun ni. start dari bulan oktober tahun lepas lagi.

januari bermula dengan projek remote sensing di tangan ni masih di tahap kritikal. zon merah. maka overtime memanjang, setiap hari balik rumah hampir pukul 11 malam. belum termasuk sabtu ahad yang kerja seharian.

dan januari dimulakan dengan pertukaran status. 1 januari, saya dipinang orang.

februari dan mac terus menerus bekerja. bukan hanya sebab projek dah sampai tahap kritikal. tapi dalam masa sama sebab nak kumpul duit untuk kahwin yang diadakan bulan april dan mei.

dalam masa sama persiapan kahwin harus berjalan serentak.

april saya dah mula menggelabah. hujung bulan nak kahwin tapi prosedur belum settle. plus projek tu perlu submit. dan kekurangan rakan sekerja yang berpindah membuatkan tekanan bertambah.

rakan sekerja lain pula perlu diserap ke projek lain.

saya tambah tertekan. dengan persiapan kahwin yang masa tu pun baru 20%. lagi sebulan. sampai ibu sound, "ni nak kahwin ke tak nak? asyik kerjaaaa aje!"

saya hanya betul-betul dapat concentrate dengan persiapan kahwin masa cuti 3 hari sebelum hari menikah. nasib baik banyak tangan membantu di saat akhir.

dan alhamdulillah semuanya selamat. semasa diakadkan, habis sahaja lafaz akad yang suami sebut, saya terkeluar perkataan, "haahhhhh..." (rugi my sis tak sempat rekod saat ni. sebab sibuk rekod abang ipar dia lafaz akad)

orang sekeliling saya mendengar. mereka kata, "macam tarik nafas lega!"

ye, betul. kalau pengantin perempuan lain, menangis, saya tarik nafas lega. selepas semua dugaan, halangan, kekangan, kesibukan, alhamdulillah, settle akad. bermula satu kehidupan baru.

mei, dengan penyesuaian diri sebagai isteri, dengan kerja yang bertumpuk. masuk kerja lepas cuti kahwin, dah berlambak benda yang perlu dikerjakan. sebab fasa dua projek remote sensing tu dah bermula. kami belum pergi honeymoon dek kerana saya tak tahu bila nak cuti!

jun pun sama. walaupun progress dah tak serancak awal tahun, saya bersyukur punya rakan-rakan sekerja yang meletakkan komitmen yang sangat tinggi dalam projek ni. ceh, cakap macam wakil rakyat berucap!

dan sekarang, julai. lepas berita tak menarik awal julai hari tu, saya dah mula rasa, yaaa penat yang amat sangat! saya rasa saya perlu rehat. bos dah offer saya cuti. pergilah berehat, katanya.

ada 2 pakej honeymoon free yang belum ditebus. destinasi? dalam malaysia sahaja. tapi kami belum pilih mahu ke mana.

2 pakej tu. thanks usu dan kak syaf!

bila kita nak pergi honeymoon dua kali ni, abang?

tapi, bila kita nak cuti, puasa nak dekat!

haih~

tangguh lagi lah kot?