Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label khidmat masyarakat. Show all posts
Showing posts with label khidmat masyarakat. Show all posts

16 September 2012

Beberapa Pilihan, Berhenti Kerja atau Tidak

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

baru-baru ni saya berdepan dengan beberapa pilihan.

beberapa.

sama ada untuk kekal dalam jabatan sekarang ni,

atau tukar jabatan,

atau sambung master secara part-time dan terus bekerja,

atau sambung master secara full-time maknanya berhenti kerja dan duduk johor nuuuuuunnnnn, tinggalkan suami di KL.

saya berbincang dengan husband, senaraikan pro and cons.

kat sini saya belajar satu benda baru.

dulu, saya tak pernah ada target dalam hidup.

like, seriously, saya tak pernah langsung letak target. saya hanya cuba buat apa yang terbaik pada masa tersebut. itu saya.

tapi, bila husband keluarkan soalan pertama, "sebenarnya sayang target untuk jadi apa?"

saya terdiam, kelu. sebab memang saya tak tahu apa yang saya target sebenarnya! what a life.



tak tahu mana hala tuju nak pergi sebenarnya.

"entahlah, sayang pun tak tahu nak ke mana sebenarnya..."

"habis tu selama ni sayang tak tahu apa yang sayang nak dalam hidup?"

jungkit bahu. "sebab sayang jenis terimaaaaa aje apa adanya..."

"habis tu sampai bila?"

"abang tolong lah pilihkan. mesti abang tahu apa yang terbaik untuk sayang."

hehe. teruk punya bini.

tapi tak. itu bukan sesuatu yang patut dilakukan. takpe, husband bantu saya buat jadual pro and cons semua pilihan yang ada. dan husband tokok tambah sikit tentang apa yang dia tahu tentang saya. maka terhasil lah satu keputusan.

dan saya dah putuskan sesuatu.

maka tunggu aje lah hasil keputusan tu.

hehe.

teruk. mulai sekarang, saya perlu letak target dalam hidup.

target akan membuatkan saya berusaha kuat untuk mencapai target saya.

target bukan dari segi kerjaya dan masa depan sahaja, target sebagai isteri, target sebagai anak, target sebagai hamba Allah.

target sebagai hamba Allah, tu paling penting. apa yang kita nak achieve, sebagai hamba Allah.

ye, kita ni hamba je. so kena ikut cakap Tuan.

ok?


:)


10 August 2012

Adopted Children

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

korang-korang semua dah tengok iklan ni?


first tengok, tangisan berjurai-jurai. cuba sedaya-upaya nak tahan. tapi tak boleh tahan. biarlah kat office pun, peduli.

second time tengok, masih menangis.

dah cukup. tak mahu tengok dah.

nanti menangis lagi.

hati jadi sayu. barulah terasa perasaan kanak-kanak macam ni.

kemudian ternampak berita tentang anak-anak yatim yang ditinggalkan di surau di area puchong.

terus call encik suami.

"jom pergi puchong."

"buat apa?"

"ada anak-anak yatim kena tinggal. kesian, bang. ada 18 orang.."

"ramainya! tapi apa yang kita boleh buat dengan budak-budak tu?"

diam. "emm, nak ambil anak angkat pun, nampaknya budak-budak tu macam dah besar-besar. kalau nak ambil anak angkat, biarlah boleh disusukan."

"sayang, kita baru 3 bulan kahwin. sabar, ye?"

diam lagi. saya teringin sangat nak jaga mereka.

bukan sebab saya belum mengandung lagi maka saya nak ambil anak angkat. tak. tak. tapi sebab hati saya tersentuh sangat. siapa nak jaga budak-budak tu? apa nasib diorang? kalau diorang tak dapat pendidikan yang baik, apa akan jadi dengan diorang nanti?

tapi saya pun bukanlah di tahap golongan yang berada yang mampu nak sediakan kemudahan untuk budak-budak tu.

suami kata lagi, "kita nak bagi makan apa, yang.. budak seramai tu. makan kita pun cukup-cukup bulan-bulan.."

saya sedih. saya nak tolong. tapi tak tahu cara. tak terfikir cara. saya hanya mampu berdoa. lemahnya saya!

bila sembang dengan rakan sepejabat, "jom lah kita buka tadika. atau nurseri. atau apa sahaja yang seangkatan. boleh jaga budak-budak tu."

"nak jaga seramai tu masih perlukan kos. makan minum sekolah."

kami diam. kenapa kami rasa terhalang di situ?

macam mana saya nak tolong mereka?


T____T



04 November 2011

Kebocoran

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hei you people ^_^

how are you guys? lalala~ pagi ni cuaca di KL sangat berarak mendung kelabu dan menyebabkan i rasa tak mau bangkit dari tidur. husyy ni semua syaitanirrajim punya kerja.

setelah 3-4-5-6 kali juga alarm berbunyi, i pun dengan penuh malas bangkit dari katil, ambil tuala dan menuju ke bilik air.

jap, perlu ke i cerita semua ni?

-_-"

tengah bersiap nak bersarapan tu, on dining table, i found this.


sila abaikan colour pink pink tu. surat lunyai kena hujan. warna cop setem tu luntur.

aik? surat dari syabas? i dah konfius. takkan surat interview kot? rajin betul nak bersurat-surat bagai. biasanya kan orang call or email.

tapi i tak pernah pula apply kerja tempat lain lepas dapat kerja kat sini.

tapi kot la kejadian i dapat tempat kerja sekarang ni berulang. tak apply, tapi dapat interview. dapat pula tu kerja kat sini.

surat apa ni hah?

eh eh. banyak pula nak teka teki teka tekuk, ular mati dalam mangkuk. buka aje la surat tu kan?

dug dag dug dag...


 ..



..





..



..





erkk...

baca je tajuk...


muahahahahaha i rasa nak guling-guling kat situ jugak.

ceh! ingatkan tiba-tiba dapat interview ke, dapat tawaran kerja ke kat SYABAS. rupanya... surat penghargaan. ahah!

semuanya sebab i call this number,


masa lalu depan masjid kementah tu masa tu, tiba-tiba nampak paip bocor. then, sebagai warga malaysia yang prihatin *eceh eceh eceh* i pun call puspel untuk report kejadian tu.

tapi kan, i rasa i tak ada pun bagi maklumat nama penuh dan alamat i. orang sekarang boleh trace via number phone aje eh?

wahaha.. tak sangka report paip bocor boleh dapat surat penghargaan gini. terharuuuu... kehkehkeh..


lepas brekpes, i try skill kekretipan i, maka terhasil lah ini...




ingat lagi entri ini? ni salah satu perkara dalam checklist. ^_^


guna kain-kain tudung yang i dah tak pakai.





taraaaa... letak dalam kereta hehe.

dah ketagih dah ni. abis la.. silap hari bulan petang ni juga i pergi borong kain-kain perca kat kedai hot mommY

:P


p/s: hujan. rasa nak tidurrrrr je :P

08 October 2011

Cikgu Nadia!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri ni berbaur sipi-sipi bajet 2012 yang baru dibentangkan PM semalam. PM tu bukan project manager kat office tu ye, wahai Kak Syaft! :D

kat facebook kecoh pasal cikgu dapat macam-macam. eh, ye ke cikgu dapat macam-macam sempena bajet 2012 ni? maaflah, kurang update sikit isu bajet 2012. macam lebih update status kawan-kawan di facebook.

ada antaranya yang menyuarakan rasa tak puas hati. kenapa cikgu dapat macam-macam?

tak kurang juga golongan pendidik membalas antaranya,

"try la jadi cikgu sehari tengok sanggup tak sanggup?"

"lepas ni banyaklah orang isi borang KPLI dan DPLI. jadi cikgu semata-mata sebab nak imbuhan"

duhh~ isu cikgu ni sensitif juga pada i. sebab, secara tak rasminya, i juga seorang guru, pendidik, cikgu. tapi i tahu status i ni tak ada kaitan dengan bajet 2012.

kawan-kawan, jadi cikgu bukan senang. uhuk-uhuk. betul. apa-apa pekerjaan pun tak ada yang senang. duduk goyang kaki pun susah. susah hati. -_-"

kenapa ye, kerja cikgu ni bukan semudah pergi pagi dan balik tengahari?

oleh sebab i juga seorang cikgu tak rasmi, maka i pun rasa tempias susahnya hidup seorang cikgu.

waktu malam, duk berfikir apa nak diajar esok hari? apa bahan-bahan mengajar? macam mana nak buat kelas lebih menarik? student tak bosan?

sampai sekolah, prepare evrything. penampilan pun kena jaga supaya tak comot depan student. guru adalah contoh paling dekat dengan student. banyak student yang ikut apa yang cikgu buat, dengar apa cikgu cakap. student (sekolah rendah especially) sangat mempercayai setiap butir apa yang cikgu cakap. betul tak?

semasa kelas. tak berhenti bercakap dan sangat sakit tekak, ok! i ni yang hanya mengajar a few hours aje pun, sangatlah mengharap, janganlah ada training di siang hari bulan puasa. i memang tak tahan nak menjerit tengah-tengah puasa tu. plus berdiri for most of the time, menulis, round kelas. fuh! salute sama cikgu yang mengajar bulan puasa. hoo0o~

habis kelas, nak kena mark buku, paper exam, tu belum kira kalau ada aktiviti ko-kurikulum, mesyuarat lagi. duh, pengsan!

see... bukan senang menjadi seorang pendidik sebab, di hadapan mereka adalah masa depan negara! chewah, patriotik lebih *hee*. kalau salah guru mendidik, habis lah anak murid. anak murid adalah aset negara untuk masa depan. itulah bakal engineer, itulah bakal doktor, itulah bakal tukang cuci juga.

hehe. dah rezeki deme, kita sabo aje lah ye? kalau cikgu tak rasmi macam i ni, bukan imbuhan yang i nak, tapi kepuasan dalam setiap yang i sampaikan tu. setiap butir kata yang keluar dari mulut i tu memberi senyuman dan kefahaman kepada mereka yang berada di hadapan i. itulah yang i sematkan setiap kali i mengajar. tak kisahlah sebagai cikgu tuisyen sekolah rendah ke, cikgu tuisyen eno wutta wutta ke, ustazah ajar ngaji ke, tutor untuk lab ke, atau tugas hakiki i kat office tu, training executive. eh, hidup i ni penuh dengan mengajar rupanya ye?

so, tak perlulah rasa kerja seorang guru tu senang. setiap kerja yang kita lakukan tu ada cabaran sendiri. terpulanglah macam mana kita nak handle setiap cabaran tu.

^_~v salah seorang anak murid i pernah kata, "comel lah ustazah sebut huruf ha' tu. siap dengan mimik muka"

ceh! ni yang susah bila anak murid tau tengok muka cikgu je, muka buku tak mau tengok!

hissss *peace no war* ^_~

30 September 2011

Tips Redakan Resdung

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hai hai hai! rajin pula i nak bagi tips mengetips bagai ni kan. well, semua tips yang terkandung dalam blog i ni adalah pengalaman i sendiri. so depends lah uolls~ nak ikut ke tak. tak rugi. eheh.

straight to the point. tak perlu nak mukadimah pepanjang. ni pun dah cukup panjang sebenarnya, kan?

i memang ada resdung yang teruk juga lah. eh, resdung ke? bersin tiap-tiap pagi, hidung gatal-gatal kalau kena habuk, tak boleh kena bulu kucing, aaaa yang seangkatan macam tu lah kan, tu resdung kan? hee~

sebelum ni i pernah pergi sana sini untuk buat rawatan resdung ni. kalau uolls~ pernah buat rawatan resdung, most of them akan buat rawatan yang keluarkan hingus what so so dari hidung siap keluar ulat bagai. ok, i tak kata rawatan tu semua tak bagus, ok? kang i kena sue dengan pengamal perubatan macam tu pula kang.

i pernah jalani pembedahan telinga, so i rasa i tak sesuai buat rawatan resdung secara tradisional tu. since rawatan tu akan buat i terbersin-bersin dengan lebih kuat, tanpa henti dan menyebabkan telinga i yang 'second hand' ni rosak, so i perlu cari alternatif lain.

i just share with you guys, experience yang i ada untuk overcome sedikit, i repeat, SEDIKIT, masalah resdung i ni.

rahsianyaaa... jeng jeng jeng...





WUDHU'!

haa.. caya tak? caya tak?


dulu, i selalu ambil wudhu', ambil part-part wajib je. ada 6 rukun wudhu' kan? hah, ingat tak? start dengan  niat, muka, tangan, kepala, kaki, tertib. i tak pernah nak ambil port pasal anggota wudhu' yang sunat. sebab masa tu, i sakit telinga kan. so i fobia nak basuh telinga masa ambil wudhu'. sudahnya, semua anggota sunat i tinggalkan aje.

then satu hari tu i terfikir, Allah sentiasa membuat sesuatu perkara tu ada hikmahnya. tak akan Allah jadikan atau perintahkan sesuatu tu atas sebab sia-sia, kan? believe me!

di satu pagi yang indah dan cerah, eh bukan cerah. kalau cerah tu maknanya dah subuh gajah. i tanamkan azam dalam diri, start hari ni, i nak ambil wudhu' campur sekali dengan anggota yang sunat.

start dengan basuh tangan sampai pergelangan tangan, kumur, hidung, dan semua-semualah sampai complete wudhu' i. cuma tang hidung tu i concern lebih sikit. i sedut air yang i tadah dari tapak tangan dan hembuskan semula. mula-mula memang takut. i takut sebab i fikirkan telinga i. kalau sempat air tu masuk ke telinga melalui hidung, bekas pembedahan i akan ada jangkitan kuman. risau! tapi i tawakal.

selain sedut-sedut tu, i amalkan basuh hidung sebersih-bersihnya tiap kali ambil wudhu'. mula-mula praktik benda-benda ni semua, i memang terbersin-bersin dalam bilik air. rasa macam bergegar juga lah telinga ni. tapi lama-lama, satu perubahan i dapat rasakan.

percaya ke tak, i yang dulu selalu terbersin waktu pagi, now dah tak terbersin! eh, magik? haha. ye, magik. hikmah yang Allah turunkan.

so, peringatan untuk kita semua ni lah kan, ingatlah, apa yang Allah jadikan dan perintahkan tu, PASTI ada hikmah di sebaliknya. ada sebab kenapa Allah buat begitu begini dan begitu. tinggal kita nak percaya ke tak je. ingat rukun iman, kan?

k, till meet you guys. daa~

^_^

01 August 2011

Happy Ramadhan!!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::




pic edit by me taken from here


selamat menyambut ramadhan untuk anda-anda semua yang beragama Islam.

jangan puasa tipu-tipu ye.

jangan nakal-nakal ye.

sama-sama kita rebut peluang beramal di bulan ramadhan.

sayang awak semua.

:)

sayang awak juga.

^_~



p/s: teringin berpuasa dalam suasana kampung

01 July 2011

Phishing Conspiracy!



:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

this reminder is for those yang perangai tak berapa nak alert macam i.

last few weeks, i got an email, from maybank 2u lah katanya. since i ni pun memang sangatlah aktif guna online banking ni kan. dalam emel tu, dia kata ada something wrong with my maybank online banking profile, then i got to click the link provided to overcome the problem.

i pun, dengan sangatlah naif, pi click link tu.

link tu bawa i ke another window yang macam maybank2u juga sebab guna kaler kuning dan hitam. dia suruh key-in password maybank2u. i pun key-in lah. then, macam masuk FAKE maybank2u site (which yang that time i tak rasa tu website palsu, sebab i mati-mati ingat memang dari maybank).

esoknya, datang lagi emel yang lebih kurang macam tu. i pun klik lagi link yang diberikan.

same thing happened. kena key-in password and blablabla... sama je semua tapi rupa site tu macam lain sikit. just warna kuning hitam tu masih kekal.

then, sampai lah hari keempat-kelima macam tu, i start pelik, kenapa my profile asyik problem aje kan? takkan maybank sangatlah tak menitikberatkan kualiti servis kepada pelanggan? setahu i, dalam banyak-banyak customer service yang i jumpa, dengan maybank laaa yang i paling puas hati setakat ni.



lebih kurang macam ni lah rupa emel yang uolls~ akan dapat. dia macam-macam jenis.

tapi modus operandinya tetap sama. u have to click the link provided.

sampailah i rasa yang i tak patut kot klik again kat link tu. then, mungkin Allah nak bagi gerak hati, one day, masa on maybank2u, i terpandang sesuatu...




oh no~~~ then i click link 'email or SMS fraud!' tu,

Please continue to be alert against any emails requesting you to update your particulars or apply for TAC or log in to Maybank2u through any email link. Our URL is http://www.maybank2u.com.my and you should be suspicious of any e-mail that informs you otherwise. Maybank does not send out any e-mail or SMS requesting customers to provide personal banking ID or PIN or credit card information. Please do not log in through website links contained in emails supposedly from Maybank or other institutions. Be alert or you may fall victim to a financial scam.

baca dan baca, barulah i sedar yang i sudah jadi mangsa. wahahaha~~~

siap kena gelak dengan member-member office. diorang kata, punyalah tiap kali login, ada popup reminder yang suruh beringat, jangan klik any link from your email account, i boleh tak tahu?

sabar aje lah ye.

kalau uolls~ larikan kursor uolls~ dekat link tu, uolls~ akan nampak kat command part kat bawah tu, link tah kemana-mana tah.

sila report kejadian ni pada pihak maybank. maybank akan minta uolls~ berikan link yang berkenaan tu. lepas kejadian i klik link tu, sehari, mahu 5-6 emel penipu ni i dapat.

maybank nasihatkan uolls~ tukar password lepas terperangkap dengan keadaan macam ni.

so my friend and i, lepas ni kita kena berhati-hati lah. di zaman serba canggih ni, segala benda pun orang nak hack. huu~

nasib baik i check akaun and transaction, tak ada duit yang lesap macam tu sajoh. maybe sebab baki akaun maybank i memang sikit aje kot.

sila berjaga-jaga ye kawan-kawan!

^_^v

22 April 2011

Tips Bagi Hadiah untuk Perempuan yang Anda Sayang

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

malam ni kita bagi topik santai-santai ye. sila jangan sempitkan pemikiran anda dengan membayangkan hadiah untuk gepren mepren ye. available untuk isteri, ibu, makcik, kakak, kakak saudara, makcik, nenek dan yang seangkatan dengannya asalkan dia adalah perempuan. peace!

ada orang suka bagi hadiah masa birthday. tak kurang juga jenis romantik sikit, suka bagi bila-bila masa tak kira birthday tak birthday, anniversary tak anniversary. hehe~

bulan depan adalah hari lahir mereka yang tersayang, dan anda buntu untuk memilih hadiah yang sesuai? i ada penyelesaiannya! chewah, sejak bila jadi problem solver ni? hehe...

sebagai perempuan, anda tentu biasa dapat hadiah macam ni kan...










kan? alamak, cantiknya cincin tu. nak... thee~


ok, untuk tahun pertama, dua, tiga mungkinlah best. tapi kalau dah tiap-tiap tahun bagi coklat, mau your wife akan cakap,

"abang nak ayang gemuk ke? kang dah tak cantik, abang cari lain..."


thee... tipikal dialog drama... wahaha~

kat sini i nak bagi u olls~ idea lain yang u olls~ boleh bagi kat perempuan. antaranya...



sewing kit! hah, kalau baju uolls~ terkoyak sikit, butang tertanggal ke, boleh terus jahit uolls~


kitchen cutlery. hah, bersemangat sikit nak memasak kat dapur. theee~


bagi yang banyak duit, boleh hadiahkan renovation dapur ke...


hah, persediaan ni ke... hohoho~


serius yang ni memang best. lagi-lagi kalau jenis kain yang tak jarang dan lembut tu kan. aduhai!




dan ini! kain batik. alolo shuwitnyee.. eheh~


so, anda dah dapat idea nak bagi apa untuk saya pada bulan depan? eh, bukan untuk saya, i mean untuk perempuan kesayangan anda.


haha.. so notty... selamat membeli hadiah. memberi hadiah, menggembirakan hati orang yang kita sayang.

^_^ tak perlu yang mahal. mendoakan yang terbaik adalah sesuatu yang indah sebenarnya.

Saya Sayang Awak Sampai Bila-bila

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::



pic taken from here

sweet kan gambar kat atas ni?


ni lah suasana yang i rasa jaaaaarang sangat-sangat i nampak. tiba-tiba pagi tadi, on the way pergi kerja, i ternampak pasangan yang dah berusia ni, ambil angin sama-sama di Taman Tasik Datuk Keramat.

jalan berdua, berpimpinan tangan. i rasa pasangan ni dah ada cucu berderet-deret.

seronoknya...
kalau tangan tu digenggam dari saat pertama lafaz akad nikah sampai ke hujung nyawa...

kan?

mana nak cari pasangan yang macam ni lagi sampai ke akhir hayat?

30 January 2011

Nak Menikah?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

On the way back from UTM to KL, i read a book, 'Buatmu Wanita' karangan Suzana Ghazali, terbitan Buku Prima. pinjam buku ni dari kak ina. sangat menarik. bahasa yang sangat mudah difahami, i boleh baca buku tu non-stop sampai tak sedar i tak tidur langsung dalam perjalanan JB-KL tu.

buku ni cerita tentang hak-hak seorang wanita dari aspek perundangan. bermula dari sebagai anak gadis, sehingga ke alam perkahwinan, sampailah kalau perkahwinan tu berakhir (cerai) *minta dijauhkan*. buku ni bukan sesuai untuk perempuan sahaja, tapi lelaki pun ok. sebab apa yang diceritakan tu memang kisah benar dalam masyarakat kita sekarang *yelah, peguam syarie yang berdepan dengan macam-macam kes hari ini*.

ada satu bab yang menarik dikupas dalam buku tu. bab tonggak bahagia rumah tangga. satu subtopik, peranan dan tanggungjawab suami. ada banyak. tapi ada satu yang dikupas dengan sangat panjang lebar;

'Memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan'

i just nak petik some of ayat-ayat quran dan hadith yang berkaitan. oh ya, ni yang i paling suka tentang buku ni. setiap fakta yang dikemukakan berlandaskan dalil dari quran dan hadith. islam is our way. so bila tiap fakta disokong dengan dalil-dalil ni, bermakna itu adalah fakta yang konkrit.

Firman Allah SWT yang bermaksud,
Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
- Surah An-Nisa' : 34

Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberkati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlaku kesusahan.
- Surah Al-Talaq : 7


Diceritakan Hakim bin Muawiyah bin Hidah al-Qusyairi RA pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW (bermaksud);
Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami? Rasulullah SAW bersabda: Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.
- Hadith riwayat Abu Daud

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) pada jalan Allah, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.
- Hadith riwayat Muslim


Satu lagi sabda Rasulullah SAW bermaksud;
Tiada pekerjaan yang lebih baik daripada seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya sendiri dan tiada infak (perbelanjaan) yang lebih baik daripada seseorang memberikan nafkah untuk diri dan keluarganya, anaknya, pembantunya dan semua itu dihitung sebagai sedekah baginya.
- Hadith riwayat Ibnu Majah
i petik direct dari buku dia ye.

saya pernah ditanya, benarkah tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri akan gugur sekiranya si suami telah memberi izin kepada isterinya untuk bekerja? sebenarnya, satu perkara yang saya yakin memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja.

masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan e-mel sebegini kepada saya walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian daripada saya.

islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

malahan sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang-alik si isteri ketika bekerja. segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami, sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri.

cuma, demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi meringankan tanggungan suami. membantu meringankan bebanan dan tanggungan bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab.

bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upaya bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri. saya pernah ceritakan kisah suami sahabat saya yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja. inilah lelaki sejati yang menghargai isterinya.

namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. kebanyakan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku jugak sebab aku ni suami, isteri kena ikut kata aku. hmm... memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

pelik kan? bukannya tak tahu memberi nafkah dan menanggung perbelanjaan rumah tangga adalah kewajipan suami. masih tak faham? apa yang tak faham lagi? kalau tak ada ilmu agama sekali pun, adat masyarakat jelas mengatakan bahawa suami berkewajipan ke atas isteri dan anak-anak. berkewajipan dalam erti kata perlu memberi makan minum, pakaian tempat tinggal yang sesuai untuk isteri dan anak-anak. itu adalah kewajipan asas, belum dikira tanggungjawab mendidik, membimbing, memberi ilmu kepada isteri dan anak-anak.


banyak lagi yang menarik yang diceritakan dalam buku ni. terutama bab-bab tanggungjawab ni. oh, buku ni tak bias. ada juga dia sebutkan pasal isteri juga. what the do's and dont's.

kadang-kadang kita ni fikir nak menikah, nak cepat menikah. perkara asas yang terlintas bila cakap hal menikah, mesti hal duit. duit hantarannya, duit kendurinya. tapi kita tak boleh lupa, yang paling penting adalah penuhkan ilmu di dada. pada i, bila ilmu asas tu dah mantap, barulah kita boleh dikatakan bersedia untuk berumah tangga. ini, tanggungjawab pun tak faham, nanti dah menikah jadi banyak salah faham. tu yang banyak kes bercerai-berai tu. sebab tak tahu tanggungjawab sebenar, bila tak tahu, tak mahu belajar, tak mahu membaca, tak mahu bertanya kepada orang yang berilmu.

ya, i belum menikah so tak tahu asam garamnya macam mana, i tak layak untuk bercakap lebih-lebih. cuma satu yang i tahu, kalau islam adalah cara hidup kita, islam adalah pegangan kita, quran dan hadith adalah manual kita, insyaAllah, dunia dan akhirat kita dapat. janji Allah tu benar.

benar.

^_^


16 January 2011

Awak Tak Nak Join Imam Muda ke?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


farah nur adila share satu gambar ni.


jom kita semua muslimah sekelian sahut cabaran ni. serius, dada perempuan tu lebih menggoda dari rambutnya. betul tak saudara-saudara perempuan ku?

bila kejadian rogol sana sini terjadi, kita salahkan lelaki. padahal kita sendiri yang jadi antara penyebab lelaki tak boleh nak kontrol nafsu.

memang ye, perempuan bertudung pun ada yang jadi mangsa, tapi tengok balik, atas sebab apa lelaki tu melampiaskan nafsu serakah diorang tu? sebab kita juga kan?


"awak belilah tudung macam mana pun, asalkan tudung tu dapat menutupi dadamu, wahai muslimah"

awak, saya baca kat sini. awak tak nak join program ni ke?


oh oh~ i sangat berbangga dengan seorang sahabat yang dulu sangat lah urmm.... tak tahu nak kata tapi sekarang dah bertudung labuh. alhamdulillah.

i tahu siapa sahabat tu masa dulu. dosa-dosa silam dia dan dia kata, sampai sekarang pun dia tak dapat maafkan diri dia atas keterlanjuran dia. tak apalah, Allah tu Maha Pengampun. kalaulah i ni lelaki, i ambil dia jadi isteri. tapi i perempuan. i hanya boleh jadi kawan yang sentiasa meminjamkan bahu aje lah.

06 January 2011

Macam Mana Nak Gemuk

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

apsal i rasa macam kelakar je tajuk cenggitu. hahah~ sebagai menghormati permintaan sahabat baik zaman sekolah dulu, dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah, al-jimat-cermat, so i buatlah entri ni. ko jangan harap rr jimat, aku nak panggil ko ziema... goli den... hahah~

seronok berkawan dengan al-jimat-cermat ni. confirm korang akan selalu berjimat-cermat. eh yeke jimat? aku rasa tiap kali on the way ke stesen lrt kampung baru tu, mesti kita singgah beli jajan kat pasar minggu tu kan kan kan? oh, farah pun sama, athirah pun sama... ah, korang semua sama lah. weyh, lupa nak bagitau korang, athirah fakhriah dah selamat menikah 31 disember hari tu. huu~

cukup imbau kenangan lama. nanti lari tajuk. penat je cikgu BM dulu ajar, nak buat karangan, kena ada peta minda. supaya isi tak lari dari tajuk. wahah! tapi i rasa dah dekat 3 perenggan i tak masuk-masuk lagi topik asal -_-"

ok, macam mana nak gemuk? i rasa ni soalan paling senang nak jawab. sebab i mampu naikkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa 2-3bulan je duduk rumah lepas habis belajar dulu.

:)

apa yang i buat ye?

pertama sekali, sila memasak dengan sedap! betul kan? kalau uolls~ masak tak sedap, macam mana uolls~ nak makan dengan banyak kan?

kedua, lepas dah memasak dengan sedap, sila makan paling minimum 5 pinggan nasi sehari. minimum ok? dan makanan itu adalah nasi dan tolong jangan letak nasi cikit cenonet sahaja. sila penuhkan satu pinggan itu dengan nasi dan lauk.

ketiga, apa ye... hah! sila makan juga walaupun dah pukul 11malam. hahah~ buruk betul perangai anak dara ni.

keempat, dah makan pukul 11malam tu, sila tidur terus. wahah.

kelima, bangun pagi, sila buka tudung saji dan tengok makanan apa yang ada. kalau tak ada pun, sila jangan malas untuk goreng telur dan makan nasi + telur bersama kicap.

ok. cukuplah banyak ni je i bagi petua kurang sihat. ok, jimat? u sila follow, ok? 2 minggu lagi ko bagitau aku apa hasil dia, ok? berapa banyak 'ok' daa~~~

tapi sebenarnya kurang elok kalau amalkan gaya pemakanan macam ni. sebenarnya, apa yang penting, amalkan gaya pemakanan yang sihat.

jangan skip meal

jangan tak makan sayur

sentiasa minum susu, makan buah

rajin-rajin exercise.

hasilnya, anda akan dapat badan yang ideal. tak gemuk, tak kurus.


pagi tadi masa breakfast, hot mommY kata,
"sabtu ni kita pergi jogging, ya?"

anak yang patuh ni pun jawab,
"baik, ibu..."


-_-"

17 December 2010

Pembawa, eh? Apakah Istilah Untuk Orang yang Bawa Motosikal ye, I Mean Bukan Junjung Motor Atas Bahu

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

urghh~ kalau dia tau pagi-pagi i dah mengamuk-ngamuk masa tengah drive, membebel pasal orang yang drive di jalan raya ni, mesti dia kata,
"sabar, awak tu perempuan. tak elok marah-marah macam ni. lagipun, tak payah spoil mood nak pergi kerja."

ok, istighfar, nadia...

kenapa entah hari ni cara pemanduan orang-orang yang i jumpa sangat nak buat i marah dalam hati *ceh, masih bajet baik, tak mau marah-marah dalam kereta*.


pertama, kereta.

i tak faham macam mana pagi-pagi di saat semua orang rush nak pergi kerja, boleh ada orang drive kereta dengan kelajuan 20km/j lepas tu duduk lane paling kanan. aduhai, i bukanlah terlambat nak pergi kerja hari ni, masih awal, tak ada lah nak rush sangat tapi kelajuan 20km/j di lane kanan? uhh~ tolonglah masuk lane kiri. lepas tu jarak dengan kereta paling depan nun jauh saujana mata memandang. isy, i terpaksa potong dari kiri.


kedua, motosikal.

anda tu dah lah comel lote. dan i percaya setiap pemandu kereta pun akan berjaga-jaga dengan penunggang eh, ke pemandu motosikal? ah, apa-apalah. yang pasti orang yang bawa motosikal bukan junjung motor atas bahu ya.




gambar dari sini

i serius takut dengan orang-orang yang bawa motosikal ni. i takut terlanggar diorang. even dah 6 tahun driving pun, i still takut dengan orang-orang ni.
i nak minta tolong anda-anda yang bawa motor ni, kalau nak tukar lane tu, tolonglah bagi signal. kita yang drive kat belakang ni, duk risau. lagi-lagi kat exit highway. uhh~ kat DUKE tu dah lah arah ke Jalan Ampang, jam. i yang nak ke taman melawati ni akan masuk lane paling kiri. motor pun banyak lane kiri, tapi bila nak masuk simpang ke Jalan Ampang, selamba je menyusup. i ni tengah laju *al-maklum jalan lancar. laju tak laju pun, 60km/j je kot*, tak ke i kena emergency break? aduhai. sabar. sabar.

3 kali kejadian ni berlaku pagi ni sajoh.

sabar.

so kawan-kawan yang bawa motor tu, berhati-hatilah ye. kemalangan boleh berlaku tapi kita juga boleh elakkan.


berhatilah di jalanraya

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Nadia Havez.

(^_~)v rasa nak naik bas pergi kerja. tambang ulang-alik baru RM1. sebulan dalam 22 hari, baru RM22. daripada minyak kereta tiap bulan RM200. uhh~~~ bankrap mak...