Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

10 August 2012

Teknik Gombak dan Durian

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


ye, dulu saya bersekolah di sekolah menengah teknik gombak. jurusan pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik.

dulu konon cita-cita nak jadi engineer. jurutera elektrik atau elektronik.

konon.

tapi dah result matrikulasi kurang memberangsangkan dek kerana kuat main dan tak boleh rajin belajar, memang dari dulu tak rajin. kerja sekolah pun jarang siap tu pun entah dah berapa kali kena rotan dengan cikgu zaidy. subjek lukisan kejuruteraan. habis exam semester satu terus apply politeknik sebab takut result semester 1 teruk lalu kena buang dari matrik.

punyalah takut kena buang. lepas tu dapat pula tu tawaran ke politeknik. diploma kejuruteraan elektronik. kalau tak mesti dah jumpa encik suami lebih awal dan berkahwin lebih awal. hehe. eh.

eh. dah melalut.

maka semalam semasa ke bazar taman melawati, demi membeli agar-agar buah kegemaran encik suami, terlihat segerombolan budak-budak sekolah lelaki dan perempuan memakai t-shirt sekolah. macam kukenal t-shirt sukan itu. maka saya mencari sesuatu untuk mengesahkan bisik hati ini. maka terlihat ini parking di tepi jalan,




homai. eh, bukan. bukan nak tunjuk bendera hijau tu. tu. tu bas sekolah menengah teknik gombak!

excited!

betul la dah agak budak-budak tu sekolah teknik gombak.

dulu, kami bergilir keluar pergi bazar ramadhan. hari ni blok A esok blok E, so lelaki dan perempuan tak bertembung. (warden saja taknak bagi student pi dating kat bazar. dah nama pun student, dating kat bazat pun jadi lah.)

dulu, bulan ramadhan ni, memang seronok kat sekolah. masa berbuka puasa tu, lauk confirm BANYAK sampai PENUH tray. ni mesti lauk yang sepatutnya lauk tengahari dia bantai masukkan untuk berbuka. mewah. sedap.

dulu, kalau perempuan tak puasa (cuti hari merah), boleh je inform akak dewan makan tu, buatkan makanan tengahari. tapi, haruslah malu lagi-lagi berdepan dengan abang-abang dewan makan tu. hai kantoi lah tak puasa, kan?

dulu, masak megi dalam baldi aje lah demi malu nak minta lunch kat akak dewan makan. jap, kenapa kitorang masak megi dalam baldi ye? walhal ada je mangkuk kat pantri. oh oh kami golongan yang bendera merah nak makan berjemaah. ni si nani yang buat ajaran sesat ni.

dulu, kebanyakan student aspuri (asrama puteri/perempuan) tak ramai yang rajin turun sahur. malu kot muka bangun tidur kang pakwe-pakwe tengok jatuhlah saham. sanggup sahur biskut dan milo kat bilik. tapi saya jenis gastrik yang tak boleh hidup kalau tak makan nasi maka gagahkan diri bangun pukul 4 pagi pergi turun sahur walaupun kadang tu hanya saya berdua sahaja dengan besprengggg, ashikin. beliau pun sanggup turun makan walau bendera merah. sebab kang tengahari tak dapat makannnn. ye, kami memang jenis kuat makan.

dulu, apa lagi kisah bulan ramadhan di hostel?

hah, dulu saya ambil SPM separuh paper bulan ramadhan, separuh paper lepas raya. frust tahu nak tunggu paper yang lepas raya tu nak raya pun tak senang haisy! tengok duit raya pun macam tengok kertas exam -_-"

dulu ada je member yang fly balik rumah sendiri demi ingin berbuka puasa bersama keluarga. saya tak fly, saya minta izin. skema. haha. lepas tu balik hostel, ibu bagi durian. saya simpan dalam loker dan terus berlari ke surau sebab solat isya & terawih dah nak start. balik je dari surau, harum semerbak dorm tu dengan bau durian. ada seorang kawan menengking, "eiii siapa bawa durian masuk bilik ni, busuklah!". masa tu saya baru sampai depan muka pintu terus berlari ke bawah. menangis teresak-esak. serius. menangis. sebab durian tu ibu bagi untuk saya, kenapa mesti nak tengking-tengking macam tu, tak baik tau? lalu besprenggg-besprenggg lain turun bawah tangga pergi pujuk saya.

haha. teruk. sensitif. tengok sekarang nangis lagi bila teringat lagi peristiwa ni.

siapa tak nangis bila melibatkan ibu ayah? sayu wo!

dah dah nak gi lap air mata. tak elok puasa ni nangis-nangis kang tertelan hingus.

eii yakkk telan hingus.

eiii yakkkk...




-_-"




08 August 2012

Dari Mana Datang Inspirasi Baju Kahwin Saya?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri kurang kata-kata (wordless wednesday)


ni baju masa majlis bertandang. sebenarnya diinspirasi dari baju raja nazrin dan tuanku zara. tapi kalau tak silap tengkolok encik suami tu tengkolok sultan selangor.

perincian manik depan kebaya dan hujung lengan baju saya pun konon nak buat macam tuanku zara tapi tak se'detail' persalinan tuanku zara.

saja pilih persalinan pasangan di-raja perak, sebab memang majlis bertandang pun di Perak dan encik suami orang Perak. ada kaitan, kan?

teheee~

baju ni dari kain songket dengan bunga warna silver. cantik. boleh dipakai hari raya nanti.

make up done by jiran saya. beliau juga seorang make up artist.

:)

untuk majlis resepsi belah perempuan nanti saya kongsikan. tak jumpa lagi gambar yang sesuai nak dilayangkan.



stay tune :)





08 February 2012

Your Ex? Forget It!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hai sayangsss!

terlalu ramainya kesayangan hati sampai kena letak 'sss' di situ. 3,4 kali dengar macam bunyi ular pun ada.

dear blog, kebizian lately ni amat membataskan waktu untuk kita bersama. curahan idea yang ibarat coklat mencurah-curah ke ladang gandum pun jadi terbejat. ye, terbejat. vocabulary baru untuk hari ni. ke uolls~ semua dah tau maksud terbejat ni, nadia sorang je baru nak guna? sad life.

ya, dah makin ramai kata, "blog nadia dah bosan sekarang."

serius nadia pun akui sangatlah bosan bila tengok blog sendiri. ke memang selama ni bosan tapi nadia yang tak sedar diri? haha.

well, siapa kat sini yang mempunyai ex? ex-buayafriend ke, ex-gelifriend ke.. *ni ayat dapat dari buku 'Aku Terima Nikahnya' by Ustaz Hasrizal*

takde?

jangan duk mbohong. sekilas air di kolam, ku tahu jantan betinanya. eh, sekilas ikan di kolam ku tahu jantan betinanya.

apa yang uolls~ buat untuk lupakan ex-ex uolls~ tu? cewah, ex-ex. da boleh buat koleksi album juara lagu.

tak dinafikan nadia pun ramai ex. hah, mulalah tu nak tuduh playgirl. -_-"

tak tak. tak playgirl pun. nasib tak baik aje. sad life.

meh sini nak kongsi tips sikit. eceh tips lah sangat.

First of all,
sila delete segala jenis mesej atau MMS si ex dalam telefon anda.
fuhh. kalau dah sayang, mesej dulu pun dibelek-belek, diulang baca, diimbau kenangan manis kau dan aku takkan terluput. memanglah tak terluput selagi uolls~ keep ulang baca hampir every second kan? ace try buang semua tu. kalau tak sanggup, minta tolong kawan baik buangkan. dan biarlah kawan baik tu jenis hard core. yang tak termakan pujuk rayu uolls~ yang nak semula handphone uolls~ tu even kawan tu dah nak tekan 'delete' dah.

Second,
dah tu, buang semua jenis gambar ke, video ke, record suara ke atau yang seumpama dengannya. tak kisah lah dalam phone atau dalam laptop. sila buat sekarang, pelis! kalau tak sanggup juga, silalah minta kawan baik tadi buangkan juga. lepas tu empty recycle bin. hahahaha baru kau takleh restore semula.

Third,
buang nombor phone, ID YM, skype, fesbuk, twitter si ex. hah. takde maknanya uolls~ nak contact orang tu lagi. dia sedang berbahagia di sana, takkan anda nak menderita sorang-sorang kat sini? kemonnn~

Forth,
bakar segala jenis surat, momen yang berbentuk kertas, atau apa sahaja pemberian si ex yang boleh di'bako'. kita 'bako' aje. tapi pelis, jangan buat pembakaran terbuka. amat merosakkan environment. macam nadia, bakar dalam tin biskut weetameal. best tak? eh bakar dalam tin tak mencemarkan alam ke? *blurr*

Fifth,
berikan segala jenis hadiah pemberian si ex kepada orang lain. haha. tak memasal rakan-rakan sekeliling dapat melambak teddy bear free. *sedang kira berapa banyak member dapat teddy bear free walaupun nadia bukanlah suka bebenor teddy bear ni. orang bagi, hamik aje lah*.

Sixth,
pergilah hang out dengan kawan-kawan lain. pergilah tengok wayang ke. untung-untung dapat kantoikan ex uolls~ yang tengah date ngan gepren baru beliau. wahahaha. pergilah berkelah, tepi laut ke, atas bukit ke. tapi make sure dengan kawan-kawan, ok? kalau sorang kang ada yang terjun laut, terjun bukit, i tak mo bertanggungjawab.

Seventh,
sibukkan diri dengan kerja. tak payah dah lah nak fikir pasal si ex tu. dah kantoi terang-terangan tadi kan? orang tu duk bersuka-ria, u berendam air mata, apa hal kan?

Eighth,
banyakkan doa. ok, sebenarnya kepergian ex tu adalah amaran kecil dari Allah SWT. mungkin kita ada buat silap. lagipun bukan elok sangat pun kan kapel mapel ni. *auwcch, terasa i, yuuu~* sebenarnya Allah nak kita berpegang pada Dia, bergantung pada Dia. mungkin kita dah terlalu hanyut, terlalu lalai. maka inilah yang Allah datangkan untuk tarik kita ke landasan sebenar semula. supaya kita di jalan yang betul.



well, kalau dah 3,4 tahun kapel pun, nan hado istilah lain dah selain 'jemu'. lepas menikah pun kita akan hidup dengan dia. bila dah lama sangat berkenalan, nanti lepas menikah dah tak tau nak sembang apa.

"yang yang.. dulu kan, masa kacik-kecik, i suka pakai baju pink, seluar biru."

"u dah bagitau i dulu lah yang cerita ni."

"oh, ye ke. yang yang.. dulu kan, i bawak botol susu sampai ke tadika..."

"yang, 4 tahun lepas i dah dengar cerita ni.."

haha.

ni bukan i kata, ni ustaz hasrizal kata.

bagi yang dah ada pasangan yang nak dijadikan isteri/suami sehidup semati seia sekata i lap u u lap me, segerakanlah urusan pernikahan. ye, i sokong uolls~



Spread Love,
xoxo

17 January 2011

It's Hurt

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Diam tak diam, it was already more than a year rupanya since the last time I got to fall in love. Ya, I pun macam u olls~ juga. Ada hati dan perasaan. Dah almost 1tahun 2bulan daripada hari terakhir I menangis sebab hati dan perasaan yang bukan-bukan ni.


Sila benarkan I menulis sepenuh hati I. Sob sob sob~


He was, ya. Macam mana nak cakap ye, seseorang yang memang macam kita nak cakap, yes, I want him as my husband. Masa tu umur, 22 tahun. Kira ok lah kan? Haha~


Siap dah rancang itu ini so and so. I mean, our target. Umur berapa nak ikat, bila nak langsung and everything. Secara kasarnya lah. Not in detail. Tak ada lah sampai dah kira bajet and so so. hahah~


Then, ada satu yang dia bagi tau, “my mom wouldn't accept you as her daughter-in-law.” Maybe sebab my family background.


Tapi I degil. I kata kat dia, “ur mom is still a human, hati manusia ni lama-lama pujuk, lembutlah dia.”


Punyalah I rasa yakin, dapat ambil hati mak dia. Padahal tak pernah jumpa pun. Hahaha. Ya, dia jenis orang yang agak senang. Like my sis said, “susah nak cari orang yang dapat terima kita seadanya.”


Orang perempuan ni, haruslah sangat risau dengan penerimaan bakal family mertua. Yelah, perempuan confirm akan ikut suami. Dan lelaki, akan dahulukan ibu daripada isteri. Kalau jenis lelaki yang kurang kuat, silap-silap si isteri akan teraniaya. I rasa setiap perempuan normal pun merasakan kerisauan yang sama.


Ya then, my parents pula melontarkan pandangan diorang. Diorang pun macam susah nak terima, and they said, macam tak berapa suka tengok dia.


Then, I realize yang hubungan kami tak kan ke mana pun, macam tak guna pun dipertahankan kan? His parents say this, my parents say that. But I still rasa macam mesti ada penyelesaiannya. Sebab I memang bukan jenis yang mudah mengaku kalah.


Tiba-tiba dia pun mendiamkan diri. Tak contact. Ya, I know it is near to the end. Teruk juga kot menahan rasa. Perit. I ni dah lah memang jenis kuat menangis. Berapa lama ye I menangis? Tak ingatlah. Then dia pun mengaku yang we should stop this relation since tak nampak pun yang kami boleh bersama.


Bila fikir-fikir balik, memang tak guna kan menangis sebab hal macam ni? Ya, ini satu-satunya kelemahan I yang I memang tak boleh overcome until now.


Few days later, I went to UK and France. Serius I rasa pemergian ke sana memang betul-betul mngubat luka. First day tu rasa terbuai-buai lagi. I rasa puas dapat keluar dari Malaysia. Rasa macam tinggalkan everything to gain something. Dalam flight tu, I menangis sungguh-sungguh. I dapat rasakan macam I dah tak jejak tanah Malaysia, dah tak ada relation apa-apa pun. Puas. I berdoa banyak-banyak, semoga Allah tunjukkan sesuatu pada I di bumi asing tu.


And Alhamulillah, balik je Malaysia, I dah kuat. Like my dad said, “nadia ni, dia ada masalah pun nampak macam tak ada masalah.”


I tak tahulah betul ke tak apa yang my dad cakap tu. Tapi masalah hati dan perasaan ni, I memang tak boleh kot. Masalah kerja, belajar, kawan-kawan, family, memang ye, I still boleh senyum dan macam tak ada masalah tapi masalah yang satu ni, memang kelemahan terbesar I.


Balik je dari UK dan France tu, I tanamkan dalam diri I, I tak mahu lagi jadi macam dulu. Macam orang bodoh je gitu.


Alhamdulillah, kat sana juga I temui hidayah. I sangat-sangat bersyukur.


Entahlah. Dah setahun lebih perkara tu berlalu. Perkara sama masih menghantui I. I rasa macam... ketakutan. Rupanya I masih belum dapat pulihkan rasa sakit dalam hati ni. I masih belum dapat berubah sepenuhnya. I rasa I tak kuat, hilang keyakinan dalam diri. Itu dan ini rasa takut. Buat tu rasa takut, buat ni rasa takut. Takut melukakan hati orang-orang yang I sayang.


Dan takut ditinggalkan...


Kalau orang nak kata ni masalah jiwa I, ya, I admit. What I have been through for almost 8years in my life yang membuatkan I jadi macam I sekarang. Dan orang kata, masalah jiwa ni, ubatnya, kembali pada-Nya.


Ya Allah, kalaulah semudah itu hati ini mampu diubati, dah lama ianya terubat.


Senang untuk kata kembali pada-Nya tapi susah sebenarnya nak capai tahap benar-benar khusyuk dan tawadhu', membiarkan dengan rela, mencintai Allah dengan sepenuh hati.


Ya Allah, penuhilah cintaku hanya untuk-Mu... aku takut...



19 December 2010

Looking for this Prince Charming, Is It You?




:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

once upon a time... ececeh... macam nak bercerita cerita 'Sang Kancil & the Crocodile' je. hahah~


gambar dicuri dari sini

kejadian ni berlaku masa zaman i matrikulasi dulu. kiranya lebih kurang 4-5tahun lepas lah *ha ha, toksah duk kira umur i. umur i 23tahun sekarang. i baik hati tolong kira bagi pihak uolls~*.

i duk matrik nun jauhhhhh tu hah. kat arau, perlis. jauh kan jauh kan? yelah, i duk KL. cuba kalau i duk aloq staq, takda la jauh mana (:

ok, meh i nak stori the mori.

oleh sebab duk matrik jauh kat arau sana, so i suka naik keretapi dari naik bas. walaupun orang kata naik bas lagi cepat, tak kejang b****t, tapi i memang lebih prefer naik keretapi even terpaksa tempuh perjalanan 12-13jam.


pinjam gambar kat sini

biasanya, keretapi ke utara depart dalam pukul 8.30malam camtu. i biasa ambil seat yang paling murah. harga dia RM21.00 masa tu. masa tu tak mampu lah nak beli kelas yang ada katil tu. RM50.00 tu...

then my daddy co0L akan hantar i sampai i betul-betul selesa duduk dekat seat i. daddy co0L akan masuk sekali dalam koc.

oleh sebab i beli kelas yang paling murah, so kawasan tu macam agak sempit. dengan barang-barang lagi -_-"

masuk je koc, i pun terus cari my seat. ya, i found it. 6D. tepi tingkap. i loike~ padahal gerak memalam buta, bukan nampak apa pun.

belakang seat i, ada seorang jejaka macho lagi hensem. dia letak luggage bag dia di hadapan kaki dia, i mean betul-betul belakang kerusi i.

seperti yang i cakap tadi, my daddy co0L seorang yang sangat menjaga keselesaan anak dara dia ni. lepas je i duduk my seat, he ask me untuk turunkan kerusi i, dia nak tengok seselesa mana kerusi yang i duduk tu, mampu ke tak untuk bagi i tidur untuk perjalanan yang amatlah jauh itu.

i try turunkan kerusi, tak dapat. daddy co0L pelik. he also try, tapi tak dapat juga.

then daddy co0L pandang belakang and saw this good-looking guy put his luggage right at the back of my seat.

"dik, luggage tu janganlah letak kat belakang kerusi tu. fikirlah orang lain sama. macam mana anak saya nak turunkan kerusi dia? nanti sakit belakanglah kalau duduk tegak macam tu je........" and so and so and so yang i tak ingat apa butir ayat daddy co0L lagi. apa yang i ingat satu koc tu pandang sebab daddy co0L macam nak ajak gaduh. uhh.. suara daddy co0L memang kuat.

mulanya this good-looking guy macam berat hati nak pindahkan luggage dia. plus i pun tak rasa i nak turunkan kerusi i sampai tahap boleh baring. but this guy akur with my daddy's order, dia letak luggage dia kat tempat lain.

daddy co0L puas hati. after i salam-salam, cium-cium and so ever, daddy pun keluar dari koc. i dari tadi memang diamkan diri. ramai kot orang dalam koc tu pandang i. muka dah merah.

keretapi pun bergerak.

i memang tak sedap hati lepas that good-looking guy kena marah with my daddy co0L depan orang ramai macam tu.

i took a piece of paper from my bag and guess what, i wrote a note for that guy. wahah~

macam ni lah lebih kurang isi note tu,

ke belakang kekanda yang ada di belakang,

eh eh, bukan. camni...

saya minta maaf bagi pihak ayah saya.
kalau saya jadi awak, saya malu sangat bila satu koc pandang tadi.
sebenarnya saya tak kisah pun luggage awak kat belakang seat saya,
sebab saya pun bukanlah nak turunkan kerusi sampai tahap nak baring.
apa pun, saya minta maaf ya.

i lipat kertas tu, then kat depan tu i tulis, seat 7D.

haa... comel tak? eii, geli! haha. but i ikhlas minta maaf.

now its time to think, macam nak bagi 'love letter' tu kat that good-looking guy?

i duduk tepi tingkap so dari pantulan cahaya kat tingkap tu, i boleh nampak apa dia tengah buat.

hah, ingat i skodeng mamat tu ke?

then i terperasan that good-looking guy tak ada kat seat dia. maybe ke toilet or cafe or wherever, mana lah i tau kan.

i pun campaklah that 'love letter' ke seat that guy. eheh. rasa macam sweet pula. ok, sila gelak guling-guling sekarang.

i pun pejam mata. good night everybody.

eh eh, i didn't mean nak suruh uolls~ pergi tidur. i pun tidur, sebab perjalanan jauh lagi.

i tidur lena sangat tak sedar apa. sedar-sedar dah sampai butterworth. kat butterworth keretapi akan berhenti agak lama sebab nak tukar kepala dan potong koc. kat butterworth lebih kurang jam 7.00 pagi.

i terjaga. masa i buka mata tu, i ternampak piece of paper yang i bagi kat good-looking guy tu ada dekat tepi tingkap i. tertulis kat situ,

a young lady, seat 6D.

i didn't expect yang that guy akan reply my 'love letter' tu. i pun buka and baca. ayat dia lebih kurang macam ni,

never mind. if i was in your father's shoes, i also may did the same thing.
it also my fault for putting my luggage right at the back of your seat.
i am not discouraged at all. he did his job as a father.
=)

oh my. i tengok tiap penjuru surat tu. alamak. tak ada phone number. hahah! gatal kau! apa yang ada, smiley tu sajoh =)

i pandang belakang, nak cari that guy. tapi beg dan sweater dia pun dah tak ada. maknanya dia dah turun somewhere masa i lena tidur.

hampa ):

yaaa... a very unforgettable moment. hahah! kalau tak silap masa kemas bilik lepas habis belajar kat UTM, kat UTM ok, surat tu still ada. see... i simpan weyh!

now i dah tak ingat i letak mana -_-"

so, sesiapa yang rasa macam pernah alami kejadian seperti di atas, lebih kurang 4-5years ago, keretapi dari KL ke utara, lebih kurang hujung tahun 2005, sila hubungi saya ye.


eh eh, perlu ke?

no, i just nak ucap thanks. sebab surat balasan tu buat i senyum tak henti sampai ke arau dan sekaligus menghilangkan rasa serba salah i.

^_~ i pun tak ingat macam mana muka that guy. yang pasti dia sangat tenang.

07 November 2010

Kat mana nak beli cardigan labuh? Nak pakai masa jumpa bakal ibu mertua.

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

tadi petang si eno wutta wutta buat muka manja + comel *huh, dia ingat dia boleh goda i dengan muka macam tu?* sambil kata,

"kaklong, jom lah keluar petang ni..."

diam.

"kaklonggg... jomlah jalan-jalan. eno nak beli chocolate indulgence..."

"banyak duit eno?"

"ada, kejap eno kira..."

dia ambil tabung monyet yang dinamakan oleh yana khan sebagai nadiot, lalu mengeluarkan segala jenis duit yang ada dalam tu.

tekun dia mengira.

"kaklong, ada RM55.00... jomlah beli chocolate indulgence whole cake..."

"whole cake? larat ke nak habiskan?"

"kita simpanlah untuk seminggu."

"eno nak bayar dengan semua duit syiling ni ke?"

"kita tukar lah kat kedai runcit sebelah lorong tu..."

ketawa. bila eno keluarkan semua syiling dalam tabung tu, i teringat zaman muda-muda *music plissss.... lagu slow* ececeh, sentimental value la pulak...

masa tu, eno wutta wutta masih mentah *sekarang ni dah hangus*. i dan engineer tupperware rajin kumpul duit syiling. masa tu belum ada duit kertas RM1 *oh! terasa sangat tua lah pulak!*. kalau dalam rumah tu, terjumpa je duit syiling, mesti kami kutip, masuk dalam tabung. macam-macam jenis tabung kami ada. tabung ayam, tabung milo, tabung botol sunlight. hehe. semua tabung tu buat sendiri kecuali tabung ayam tu. sebab once tabung tu pecah, dah tak boleh guna lagi. so hot mommy decide untuk buat sendiri tabung. tu yang guna segala macam bekas terpakai tu -_-"

apa yang kami lakukan dengan duit terkumpul tu?

ahahah~ oleh sebab tabung kami jenis 'tabung mudah buka semula' terutama tabung tin milo, maka banyaklah yang kami beli tiap kali tabung tu penuh.

i dan engineer tupperware memang hantu makan aiskrim cornetto. tapi semua pun tahu harga aiskrim tu mahal seyh! RM2.00 tu sangat mahalllll!!!! *betapa kita orang dewasa memang suka membazir -_-"* jadi kalau dalam tabung dah lebih RM5.00, mulalah air liur meleleh, kepingin aiskrim cornetto. kami pun buka tin milo, ambil syiling, kira cukup RM4.00, kami pun ke kedai, usung syiling dengan beg plastik pasar, ok! bagi kat orang kedai tu duit-duit syiling yang kami kumpul.

lagi, kami suka sangat kek chocolate ball. rasa dia penuh dengan coklat. harga dia RM1.50 untuk 3 biji. ini pun kena kumpul syiling lama juga! kami akan beli 3 biji. satu untuk i, satu engineer tupperware, 1 lagi eno wutta wutta. tapi masa tu eno wutta wutta sangat kecil jadi banyak chocolate cake tu bukan mulut dia yang makan, tapi baju dia yang makan. membazir. -_-"

kami sangat suka bagi hadiah birthday untuk ibu dan ayah. masa tu manalah kami faham apa-apa. yang kami tahu, nak ibu dan ayah happy. oleh sebab ibu seorang tukang jahit, kami belikan dia pen. pen tu pun i beli kat koperasi sekolah rendah, harga 80sen woo pen tu. kira mahal tu. untuk ayah pula, kami suka belikan makanan. keropok rota pun salah satu hadiah. kelakar kan? tapi ibu dan ayah senyum dan sangat suka dengan hadiah kami. eh, ye ke?

ada satu time tu, i ingat. on the way balik sekolah, i singgah satu kedai kek. i tengok harga kek blueberry, RM40.00. masa tu i kira-kira, birthday hot mommY lagi sebulan. so i cerita dengan engineer tupperware, so kami decide untuk kumpul duit, nak beli kek tu untuk birthday ibu.

tapi, hampanya. bila sampai birthday ibu, kek tu dah tak ada. serius kami sangat kecewa. sebulan kami kumpul duit nak celebrate birthday ibu. itu pasal sekarang ni bila dah agak mampu, kami ke secret recipe, mesti nak beli blueberry cheese. eheh, terkenang kempunan 10tahun lepas...

dengan duit tabung tu jugak i beli basikal! i sendiri tak sangka syiling yang i kumpul boleh cecah RM500 dan membuatkan i mampu memiliki sebuah basikal hasil tabungan sendiri. eheh. puas bila dapat beli barang hasil usaha sendiri.

dengan duit tabung tu pun kami beli colour pencil. engineer tupperware sangat suka mewarna dan dia sangatlah kreatif. so kami kumpul duit nak beli kaler yang besaaarrrr punyaaa... 48 batang. i ingat lagi, pencil colour LUNA. tu pun dah cukup heaven untuk kami. seronok!

apa lagi ya yang boleh dibeli? entah, i pun tak ingat.

so, bila i tengok eno wutta wutta pun ikut menabung, i seronok. dan muka dia berseri-seri dapat beli apa yang dia nak dengan hasil duit tabung.

kadang i rasa kesian, tersentuh hati tengok dia korek duit tabung tu semata-mata nak beli chocolate indulgence kegemaran dia tu. bukannya i tak mampu nak belikan apa yang dia nak. cuma i tak nak dia terlalu manja dan meminta-minta. biar dia usaha sendiri apa yang dia nak. dan dia akan rasa apa yang dia dapat tu berharga sebab atas usaha dia sendiri.

dia pernah cakap nak beli handphone baru. i suruh dia kumpul duit. sekali lagi, i tak mahu manjakan dia sangat. i kirakan untuk dia, dalam masa berapa lama dia menabung, dia mampu beli handphone yang dia nak. handphone tu berharga RM500.

sekarang dia masih menabung.

tapi dia lagi cekik darah dari i dan engineer tupperware. at least kami hanya menabung baki duit belanja sekolah tapi budak kecil ni...

ibu minta tolong kemas rumah, diminta upah.

i minta tolong jemur baju, upah.

ayah minta urut, upah.

dia memang business minded person.

lain kali dia minta i tolong hantar dia sana sini, i nak minta upah juga lah! plus duit minyak. hahah~!


oh, i nak cari cardigan yang labuh lepas punggung. siapa tahu boleh beli kat mana?

tapi bukan nak pakai masa jumpa bakal ibu mertua. bahahah!

^_^

04 November 2010

Yang tu Cantik ^_^

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ada tag dari cik fideila tapi nantilah i buat entri tu kayh? thanks for the tag ya dear ^_^

i dapat MC lepas dilanda simptom pelik. air liur terkumpul kat area gigi geraham, pipi rasa macam membesar, penuh mulut i dengan lemak pipi. oh, petang rabu dah start rasa tak selesa. kak mun paksa i pergi klinik. rupa-rupanya beguk.

doc kata, "dah tua-tua pun kena beguk lagi?"

ehh~ i muda lagi doc. hehe.

doc suruh rehat selama 5 hari. tapi i ni kan, mana boleh duduk diam.

lepas i rasa demam dah kebah, dan bengkak dah surut, hanya sakit tekak sikit-sikit, i pun keluar rumah. menyelesaikan kerja-kerja yang patut diselesaikan.

lepas tu, boleh pula jalan-jalan ke jusco. eheh. lepas tu terjenguk-jenguk lak kat kedai emas. eheh. yang comel tu, RM200++. yang cantik tu, RM500++. dah siap try. sweet, cantik di jari. ok, lagi 3 bulan, saya beli. hahahaha! tunggu tau u!

_______________________________________________

ujung-ujung tahun ni banyak betul kenduri kahwin kan? i pun tak faham. macam jadi trend. asal cuti sekolah je, banyaklah jemputan kenduri. hot mommy and daddy cooL pun bizi menyiapkan tempahan baju pengantin hujung-hujung tahun ni.

ada beberapa perkara yang terfikir kat kepala i ni, i tak tahulah u olls~ pun punya pendapat yang sama atau tak. sorry lah, i belum berkahwin. tak tahulah apa perasaan orang-orang yang prepare majlis kenduri ni kan. ni pandangan dari pemerhatian i saja.

1. biasanya hujung tahun macam ni, teramatlah banyaknya kenduri. sampai sehari tu ada 3-4 jemputan. makanan yang common dengan kenduri kahwin ni, nasi minyak, ayam masak merah, acar dan yang seangkatan dengan tu lah. oh, plus air sirap. bayangkan kalau pergi 3-4 kenduri, semua makanan yang sama. i confirm, rumah yang ke-3, i tak makan dah. ahaha~

2. cuaca malaysia ni, kurang menentu sikit. tapi secara kasarnya, hujung-hujung tahun selalunya musim hujan, banjir and etc. tapi masih ramai yang memilih hujung tahun sebagai tarikh kenduri. kenapa ya?

3. dengan cuaca malaysia yang agak panas dan bahang ni, pengantin tak panas ke ye? dengan baju satin + lace.. atau songket.. plus veil.. dengan mekap tebal lah (especially bride).. i yang baru bersongket dengan mekap nipis pun dah berpeluh-peluh. salute lah dengan pengantin yang boleh tahan all this kind of thing. errkk~

4. macam mana pengantin boleh tahan senyummm atas pelamin tu tak gerak-gerak ye? lepas tu macam tak boleh nak beramah-tamah dengan tetamu. member-member pun susah nak dekat. macam mana nak kata 'raja berjiwa rakyat'? ecehhh~ kan gelaran untuk pengantin kan, raja sehari. wahaha~!

dah lah tu. mau i kena kejar dengan pengantin-pengantin kat luar sana kalau i komen macam ni. hahahah~!! nak rasa macam mana, kena jadi pengantin dulu. tapi, i tak rasa i nak buat macam trend orang kat sini.


sebab masa kecil-kecil cikgu selalu cakap i bukan orang bumiputera.


so i orang bulan.


orang bulan kena buat cara lain.



duit belum cukup, dah gatal nak menikah.


^_~ peace no war.

05 October 2010

Peperiksaan Masa Remaja (Part 2 )

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


mode: sit for PMR. walhal eno wutta wutta yang exam. hahah. sangat teruja melihat kesungguhan eno wutta wutta study sampai i tidur, dia study... i study, dia tidur. eh eh. apsal i pula yang study?

dulu masa zaman sekolah menengah kebangsaan puteri wilayah, i teramat sangatlah rajin. kami dulu teramatlah selalu ada kelas tambahan. masa form 3, sekolah pagi. then petang tu sure ada kelas tambahan untuk calon PMR. biasa dalam pukul 4 petang baru balik rumah. seronok balik lambat sebab tak payah berebut-rebut naik LRT dengan orang yang balik kerja, dan student convent bukit nanas or st john. urghh!

subjek yang i paling minat, haruslah SEJARAH! apsal? tak caya? tapi i minat sejarah masa form 3 aje. sebab cikgu tu mengajar best, sangat! sesiapa budak SMKPW batch 2000-2002 mesti kenal cikgu Wan Ahmad Zamri. serius masa tu rasa macam sejarah tu dalam tangan je. cikgu tu mengajar tak bawa masuk buku teks pun. masuk je kelas, terus dia pum pang pum pang bercerita tentang sejarah. dah lah sejarah form 3 agak bosan -_-" tapi gaya cikgu tu mengajar buat kami semua tak ngantuk langsung. inilah first time ever i baca buku teks sejarah dengan lancar sebab apa yang cikgu tu ceritakan boleh terbayang di fikiran. dan i dapat markah 90 and above untuk subjek sejarah tiap kali exam form 3 ni. hahah!

lagi, i suka subjek kemahiran hidup. tah. bes! i paling suka part kena buat wiring. hahah. padahal ambil Ekonomi Rumahtangga wo0o tapi teramat sangatlah malas nak menjahit dan memasak (nasib baik memasak tu sekarang dah jadi hobi). kalau masuk bengkel elektrik je, haaa~ i tersangat suka, dan rasa macam nak tolong satu kelas buat wiring, pateri, sambung-sambung wayar tu. seronok!

lagi subjek yang i suka, GEOGRAFI! i rasa pengetahuan am i sangat mantap masa tu. sekarang bila i ajar eno wutta wutta, jurang apa yang paling dalam di dunia, dia tak boleh jawab. bila i check balik syllabus dia, oh, tak sama macam zaman i. banyak sangat ilmu alam yang dah dibuang. sangat tak patut bila sukatan pelajaran hanya fokus pada malaysia dan benda ni akan membuatkan student malaysia jakun kalau diorang pergi oversea. serius! tak semua orang berpeluang tengok negara orang lain. through this subject lah, malaysian got to know what they have in other continent kan...

masa sekolah rendah dulu, i punya english teramat sangatlah teruk. i pernah terbaca karangan i masa UPSR, aduhhh, tak daya nak gelak. i tak dapat bayangkan macam mana teacher i nak marking kertas english i dulu -_-" mesti tahan gelak + marah + tak tau nak tolong macam mana budak ni supaya at least boleh bagi dia C. then, i takut masa PMR pun i got B for my english. but daddy co0L said, rajin-rajin buat karangan, dan minta tolong teacher check. i ask my english teacher at that time, Mrs Foo, untuk tambah kerja dia dengan check my karangan yang i buat sendiri TIAP-TIAP MALAM DI RUMAH. daddy co0L akan pilih satu tajuk dan i start to write. pagi-pagi i akan hantar karangan i untuk Mrs Foo check, before bell rang, Mrs Foo akan pulangkan karangan i yang dia dah check. i learn from mistakes. eh eh. learn ke learned ek? hahah~ tu lah, dah sangat lama tak guna english. i also learn english by listening and reading lyrics. masa tu britney spears, westlife, BSB tersangatlah famous. so i listen to their songs and search for the lyric, i read, and cari makna every words. hahah! daripada teknik ni, i belajar cara nak strukturkan ayat. it works! eh, ke it's work? hahahaha.

subjek-subjek macam bahasa melayu dan pendidikan islam tu, i dah kira ok lah. tiap kali exam pun got 85 above. alhamdulillah. sains and math, favourite. yakin boleh score.

so lengkap 8 subjek. semua rasa macam boleh score je. hahah.

tapi.... masa keluar result, i menangis.

sebab? i got 7A 1B. dan subjek yang B tu, pendidikan islam. subjek yang i paling confident. huh! mulalah terbayang segala macam dosa, kenapa macam ni. member-member semua pun tak percaya. macam mana nadia boleh B dalam subjek pendidikan islam?

ustazah2 semua tak percaya because i always got 90 and above for this subject. PK HEM apa lagi, direct suruh i pergi re-check. i pun pergi Jabatan Pendidikan KL. re-check. and alhamdulillah, lepas re-check, dapat keputusan sebenar. i pun tak tahu kat mana silapnya. -_-"


so adik-adik yang nak ambil exam tu, jangan takut. sebabnya, kalau kita yakin dengan usaha kita, insyaAllah, boleh dapat straight A. lainlah kau memang jenis pemalas, tak study langsung.


good luck!

24 August 2010

Susah Payah

:: Bismillahirrahmanirrahim ::In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ni sebenarnya tajuk hot chat hot fm semalam kalau tak silap. semalam eh? entah. sejak kerja ni dah lupa hari daa... mana ke tidaknya, hari-hari kerja termasuk sabtu ahad, so dah tak ingat hari ni hari apa. tapi i masih ingat, kita masih di bulan puasa. thee~

kalau bulan puasa pun tak ingat.... urmm~ itu sengaja tak ingat namanya.. ^_^

cakap tentang susah payah ni, ada satu cerita sadis yang hendak paksa u olls~ baca. so, sila sediakan sekotak tisu di sebelah anda. ye, saya takut air mata anda akan mengalir ke atas keyboard dan seterusnya mengakibatkan renjatan elektrik ke atas jari-jemari anda. orang bulan-bulan puasa ni jari luka sebab mercun, u olls~ sebab kena letrik pula.. -_-" eh eh, jangan mendoakan yang tak baik... tak tak... harap kita semua sihat sejahtera hendaknya, insyaAllah...

kejadian ni berlaku around 12 tahun lepas. hah, congak-congak. umur i berapa masa tu? u olls~? masa tu umur i 11tahun, darjah5.

alkisah ni berlaku masa dunia tengah kecoh-kecoh pasal Piala Dunia. France'98. kejadian berlaku start macam mana, i pun tak ingat dah. yang pasti, i tak boleh bergerak selama hampir 2bulan. it means, kaki i lemah, asal nak berdiri je jatuh.

pergi hospital. mula-mula doc kata terlebih dos ubat. sebab at the moment, i kena serang asthma. hot mommY bagi i ubat asthma, serentak dengan ubat batuk and macam-macam ubat lagi. yelah, anak sakit wo0o. plus malam tu kena pergi hospital, amik gas untuk budak-budak asthma. masa tu i baru 11tahun, ok? so, budak-budaklah kan?

tiba-tiba nak pergi sekolah kot, kaki tak boleh gerak. i rasa berat sangat, sampai i menangis. masa tu, daddy co0L tak ada. he is somewhere, outstation, bukan di malaysia. hot mommy yang bawa i ke sana sini, jumpa doktor sana sini. kesian ibu. berapa banyak duit yang dihabiskan untuk mengubat i. hot mommy bukan pandai drive pun. so, kami pergi berubat sana sini naik teksi. since condition i masa tu tak membenarkan i naik bas.

i ingat lagi, nak ke mana-mana, hot mommy akan papah i. sungguh, beliau ibu terbaik! dengan nak menyara family, bawa i berubat.

i kena jumpa doktor kat HUKM regularly, bahagian pediatrik. ada la rawatan-rawatan yang i kena buat. di samping tu, mana saja hot mommy dengar ustaz-ustaz yang boleh buat rawatan tradisional, hot mommy akan bawa i.

papah i.

masa mula-mula tak boleh berjalan tu, nak pergi ambil wudhu' pun tak boleh. hot mommy yang amikkan wudhu' untuk i. i solat dalam keadaan duduk, kaki melunjur. sepanjang waktu tu, i hanya berbaring kat ruang tamu, hot mommy ambilkan makanan, tiap masa urut-urut kaki i, dalam masa yang sama she still working! menjahit.

mandi lagi payah. bayangkanlah, tak boleh bergerak. macam mana ibu nak mandikan i? papah i ke bilik air.

dan sepanjang 2 bulan terlantar tu, i ada perangai pelik. i tak boleh makan makanan lain selain ikan sembilang berlada untuk lunch, dan nasi goreng yang dibeli di kedai pakchu *dekat-dekat dengan rumah* untuk dinner. kalau makanan lain, mesti i akan muntah balik. pelik kan?

masa berubat cara tradisional, makcik tu kata i terkena buatan orang. betul ke tidak, wallahualam. tapi i kena pergi rumah makcik tu 3kali seminggu untuk berubat. alhamdulillah, lama-lama i beransur pulih. 2 bulan tak datang sekolah! around august until october.

sepanjang 2 bulan tu, ibu sentiasa papah i. umur 11tahun, badan i tak jauh beza pun dari sekarang, ok. bayangkan. dengan perangai-perangai pelik i, ibu kena layan. dengan bersengkang mata sara family lagi...

lepas i dah beransur pulih, going back to school. first few weeks ibu hantar sendiri, naik teksi! papah i naik ke kelas. kelas i kat tingkat 1 masa tu. dengan beg yang beratnya minta ampun. balik sekolah, ibu dah tunggu, dengan teksi.

sungguh i tak tau nak cakap macam mana keadaan masa tu. engineer tupperware dan eno wutta wutta pun kecil lagi. engineer tupperware umur 8tahun, eno wutta wutta 3tahun.

sedih bila teringat balik zaman tu. ibu tak pernah jemu cari, tanya sana-sini tempat berubat terbaik untuk pulihkan i. di samping jumpa doktor di hospital.

T___T menjaga anak yang lumpuh separuh badan, mencari penawar untuk anaknya, ibu tak pernah putus asa.

so, i tak boleh putus asa kalau hanya setakat dugaan hidup yang tak seberapa.

"kita hidup ni ada banyak pilihan, nadia. pilihlah yang mana kita nak. lepas memilih, laluilah apa sahaja jalan di hadapan pilihan tu, jangan toleh ke belakang. sabar dengan apa yang ada, kuatkan hati untuk tempuh semua dugaan atas jalan yang kita pilih..." -Sovia Deni Masri, 2003.


she is a great woman!

03 July 2010

20 sifat

Bismillahirrahmanirrahim~

heheh. sudah hampir seminggu tidak memblog. kekangan masa sebab kerja yang bukan melambak, tapi memerlukan percambahan idea yang sangat bernas dan jitu membuatkan idea yang hendak disalurkan ke jari-jemari dan ditaip atas keyboard ni terencat seketika. makanya, di pagi yang mulia ini, dek tidak mahu tidur selepas subuh "nanti rezeki dipatuk ayam" bak kata mak khairul azzam dalam filem ketika cinta bertasbih, terhasil lah entri ini di pagi hari.

intro yang panjang dan pening.

anda faham?

tak apa. buat-buat faham.

i peliklah, kenapa lately nih i selalu dapat tag yang menceritakan 23 sifat anda, 30 sifat anda... and now tag dari munie, 20 sifat anda. errkk~

so, orang dah tag, kita layankan aje lah yek.

1. dah hampir seminggu tak update blog ni. idea melambak nak tulis apa. tapi masa untuk jari menari-nari ni kurang kecukupan. eceh eceh. macam lah ada orang yang ternanti-nanti entri kau. oh. ada. cik senah. bahahahah~ rindu kamu!

2. esok nak pergi UTM JB! walaupun jauh, tapi HARUSSSS. atas urusan kerja. erk. tapi memang rindu UTM kot.

3. sudah mula jatuh chenta dengan kekasih hati sekarang. GSSB. ngeh! betul la orang kata, tak kenal maka tak chenta. lepas sebulan perkenalan, i memang sudah jatuh kasih sayang hati limpa hempedu bagai kat GSSB. sebab tu kot tak kisah je jumpa setiap masa. hampir 3/4hari i dating dengan GSSB. setiap hari! ok. setiap hari.

4. bak kata cik senah, family comes first type woman. erk. woman? terpaksa guna woman. hahah! kau engat kau kanak-kanak lagi ke hape? ok ok. dengan title dan jawatan sekarang, kena mengakulah woman. kalau tak nanti, kurang matured sikit untuk buat keputusan.

5. sejak berchenta dengan GSSB ni, i tak dapat laksanakan prinsip 'family comes first' tu dengan baik. macam mana ek? adakah i patut putus atau break off dengan GSSB?

6. nak sambung belajar. at least nak pegang M. Sc. sebelum umur 30 a.k.a sebelum kawen. kalau boleh nak sampai phD. wah. melangit! Prof. Dr. Hajah Nadia Havez. ok tak? apsal i rasa macam ada bunyik orang sepanyol masuk islam eh nama tu? bahahah! kenapa hajah? erm. ingat balik entri yang i ada sebut pasal hantaran tu. fakta atau auta.

7. kadang-kadang weng, kadang ngeng, kadang ngong. hahah. tapppiiiii... ada seorang budak nih berkata pagi tadi, "nampak tough ja huhu.. tapi manje.." auww. i? manja? -_-"

8. ceh. baru 7 ke? apsal aku rasa dah banyak? ok. next. pernah ada cita-cita nak tulis novel. tapi asyik terhenti. baru buat 2-3 chapter, dah kering idea. pencapaian terulung pun, 10 bab. hahah. last-last, wani selamat suggest, "u buat cerpen aje lah." now dah ada lah beberapa cerpen yang wani selamat asyik menangis je kalau baca. ikh. ok, i tak buat ending sedih lagi. nak baca? gi carik label 'Cerpen'. oh. ada 2 je ke dalam blog? banyak dalam lappy je. sori ye kawan-kawan.

9. kejap lagi kena bersiap pergi kerja. tapi melangut depan lappy lagi.

10. sangat suka masakan hot mummY and daddy co0L. giler sedap weyh. kalau korang rasa, nescaya korang akan tambah lagi. percayalah. kasihmu lama tersulam. di ruang paling dalam. eh eh.

11. curious jugak adakah i kenal semua 1047 friend list dalam muka buku tu. kepada anda yang dah lebih 1000 friends tu, u olls~ kenal ke semua ye? nanti i nak tengok balik sorang-sorang. rasa macam i accept friend pun ber'filter'.

12. tiba-tiba rasa tertanya-tanya. macam mana nak buat bajet kenduri kawen kalau fren list muka buku je dah 1000++ ye? kawen lagi! hesy! mopiko ada tak? sangat gatal tau budak ni.

13. dah susah nak tidur lepas subuh. hahah. masa kat UTM je selalu bersifat begitu. kat rumah? kena sound la dengan hot mummyY.

14. shopping! ya! kegemaran! eh. i belum beli solusi bulan ni. hesy.

15. gelak guling-guling sampai keluar air mata bila my little brother bakal doktor yang dekat egypt tu buat shout YM dia ala-ala macam ni, "siapa nak kahwin dengan akak sedara aku, sila baca blog beliau untuk mengetahui total hantaran". bahah! lepas tu je i tengok traffic banyak naaa dari egypt. ngeng!

16. lagi suka sate padang dari sate ayam. korang tak pernah try? jadik lah orang minang macam i. ^_^

17. pernah tengok sendiri member accident depan mata. masa umur 10tahun. sekarang ni, kalau lalu tempat tu, i akan fobia sikit. member tu sampai masuk icu. kejadian tu betul-betul depan mata.

18. pernah kena ragut DEPAN RUMAH SENDIRI. depan rumah, ok! dah nak masuk rumah pun sempat lagi mat-motor-sengal-macam-ngeng tuh sentap beg i dan buku-buku i baru beli weh! buku teks tingkatan 3 tuh! kau mat-motor-sengal-macam-ngeng nak buat hape ngan buku teks haku? kalau dah kerjanya meragut, tak payah masuk sekolah la. tibe-tibe hangin lak. isk.

19. sekarang ni, even baru keluar kereta, lepas parking depan rumah tu pun, i akan tengok-tengok dulu before bukak pintu. masa sekolah pun pernah kena sentap inikan pulak dah kerja. bawak beg tangan tu kan. walaupun dalam handbag i tu ada cash tak sampai RM20 pun. so, kepada sesiapa yang rasa nak ragut i, lupakan aje lah niat tu. i memang jenis bawak cash tak lebih RM20 kot. KL beb.

20. selain sebab tak mau kehilangan banyak cash kalau kena ragut or etc., tujuan lain bawak cash tak lebih RM20 adalah sebab tak mau tiba-tiba tershop-shop dengan tak sengaja. bahah! bila kurang cash, kurang sikit rasa nak beli sebab malas pergi jalan cari mesin ATM. eh. M dekat ATM tu itself stands for machine. so, sebut ATM aje la ye. tapi, gaji masuk via maybank, kad tu boleh buat shop-shop. err. kena transfer duit gaji ni. masuk bank islam. hih! :D

ok. nak mandi. pergi kerja. bye!


_____________________

^_~v

26 June 2010

I jatuh cinta jugakla Cik Senah!



Bismillahirrahmanirrahim~


Baru lepas baca entri cik senah yang buat i terimbau-imbau kenangan manis kau dan aku, takkan terluput, duri ranjau dalam bercinta, lumrah dunia dulukala tapi bukan zaman batu. Ihix! Ya, cerita pasal chatting. Alaa... i tau, u olls~ u olls~ ni pun mesti pernah chatting kan? Jangan u olls~ nak tipu. Tipu dosa, mati seksa. Haaa. Tu i Nampak YM kat computer u olls~ tu haaa.... jangan memain, i ada psikik. Erkk~

*Sebelum buat entri ni, i dah minta izin Cik Senah, hokey~*

Betul la tu. Masa zaman muda remaja suci murni tanpa noda dan dosa tu, naiffff sangat. Gila eksaited lah time tu! Before daddy co0L beli komputer, *Isy, Microsoft Word nih boleh tak jangan automatic tukar spelling i? I buat blog rojaking neh -_-" terlupa kat mana nak uncheck automatic change spelling tu kat mana. Dem* ada seorang kawan daddy co0L tu bagi kami sefamily sebuah komputer *masa tu besar gilerr kot monitor, tak macam sekarang. Dan kalau tak silap, masa tu i tak tau pun wujudnya laptop*. I duk main-main tekan keyboard je. Walaupun komputer tu tak pernah on. Eksaited punya pasal, jari menari je atas keyboard.

Masa i tingkatan dua, daddy co0L keluarkan duit KWSP beliau untuk belikan komputer. Masa tu kecoh pasal '1 keluarga, 1 komputer'. Kempen ni diadakan untuk melahirkan masyarakat yang tidak buta IT. I ingat lagi masa tu, lagu tema IT ni, Siti Nurhaliza.


Oh... IT...

Guna... IT...

Pelajari, ilmu IT

IT terkini...


Guna IT,

Sayang IT,

IT!


Huh, lebih kurang macam ni kot liriknya. Gila kecoh la masa tu dengan komputer dan internet semua-semua nih. Daddy co0L bertungkus-lumus mengerah otak belajar menggunakan komputer dari seorang jiran yang kira hebatlah bab-bab komputer ni. Senang, katanya. Kalau ada apa-apa yang rosak, boleh dia sendiri betulkan. Daddy co0L siap beli buku-buku pasal komputer bagai. Antaranya pasal menggunakan Microsoft Office, Corel Draw, apa lagi heh? Banyaklah! I join daddy co0L mentelaah buku-buku tu. Sekarang daddy co0L dah hebat pasal hardware. Pasal software, dia tanya i *erkk~ tap ii tak hebat pun. :-?*.

camnila lebih kurang rupa komputer tu. thanks enchik go0gle.


Bila dah ada komputer, daddy co0L pasang sekali internet. Tak mantap lah kalau sekadar komputer, kan? Haa~ bila dah ada internet, baru lah dunia takde sempadan. Eheh!

Lepas tu, startlah chatting. Daddy co0L yang ajar i chatting tau! Hah, cool tak? Eheh! Best kan ada daddy macam i. Ehueeww~ tergediklah pulak. Ok ok, sambung cerita.

Masa tu i start chatting kat mIRC jugaklah. Macam cik senah tu jugak. Kalau cik senah kata, dia tak suka chat dengan lelaki melayu, i sebaliknya. Tak taulah kot dapat kat i, lelaki melayu yang jenis bebaik kot. Lelaki asing *eceh, macam makhluk asing pulak* i mean, luar negara, yang jenis tak senonoh. Hahah.

Yang lelaki asing nih, tak habis-habis tanya, still virgin or not, still virgin or not. Ngong tak? Hampeh. I pun mula-mula tak faham apa maksud ASL tuh. My friend cakap, age/sex/location. Urm~ cik senah, i tak de pulak fikir sex tu is 'sex'. Ngeng jugak cik senah nih. Hihih. Lagi satu ayat pendek, GTG. Ahax! Siapa tahu maksud n? Angkat monitor. Erkk.

Email i sekarang adalah email yang sama dengan 9 tahun dulu. Heheh. Sekarang ni, i check list contact, still ada id mamat hampeh tu. Terus i block dia. Hahah.

Zaman tu, i layan je sesiapa yang chat and most of them lelaki lah kan. Satu masa tu, i saje jahat tukar nama lelaki, ramai pulak perempuan PM (baca: private message). Memang lelaki dan perempuan ni macam magnet berlainan kutub kan? Tertarik satu sama lain.


Alkisah, dalam ramai-ramai orang yang i kenal tu, ada seorang yang macam 'melekat' lah. Lelaki Melayu. Hampir tiap hari chatting dengan dia. Kami kenal lama jugak. Dalam 2 tahun chatting dengan dia, he is so sweet, baik, and tak rasa pun dibuat-buat or wutsoeva. Lepas chatting, rajin pula balas-balas emel. Dia siap buat video clip bagai. Aduhai. Tapi masa tu i tak kenal la erti cintan cintun neh. Dan tak mau terjebak dengan cinta cyber. Chewah! Takut orang tu menipu.

Lama-kelamaan, memang nampaklah yang dia memang tak menipu. Dia ikhlas berkawan. Seronok berkawan dengan dia. Nyaris-nyaris jatuh hati, jantung, pancreas. -_-"


Tapi...


Dah lost contact dengan dia.


Sebab...


Kami keep in touch guna hotmail, walaupun i ada yahoo mail. I lebih suka guna hotmail masa tu. Masa tu, ok. Zaman tu, hotmail ni, kalau tak access lebih sebulan, akaun kita burn.

I masuk hostel masa form 4. Kebetulan pulak line internet kat rumah dah kena potong masa tu, so tak boleh lah nak online selalu.

Akaun hotmail i pun burn. Tak dapatlah contact that guy lagi.


Sedih.


I wonder where is he now. Serius weyh. Nak cari!


Tapi...


I dah lupa apa ke nama mamat tu.


Hahah. Macam mana nak cari? Entah-entah i memang pernah jumpa dia real. Tapi, sebab tak ingat nama. -_-" yang i ingat, ada nama 'Shah' kat nama dia. Urmm~ siapa yang rasa pernah chat dengan i dalam 9 tahun lepas. Sila angkat mouse. Eheh. Yang takde mouse, sila angkat laptop.


Apa pun, chatting ni ada baik, ada buruk. I sampai sekarang susah nak percaya dengan kenalan alam maya nih. Tapi, ada juga perkenalan alam maya, bawa ke jinjang pelamin. Macam wardina safiyyah. Dia kenal husband dia via chatting.


Apa pun, semua benda-benda ni ada pro n con. So, tak boleh nak kata chatting ni teruk sangat, atau bagus sangat. Semua terpulang pada kita dan cara kita menggunakan kemudahan yang ada.


(^_^)v gunakan kemudahan yang ada sebaiknya.

21 June 2010

Fakta atau Auta?

Bismillahirrahmanirrahim~

ni ada sahabat yang bernama kiddy akidah bagi tag. masalahnya dasat tol itu tag. lagi hebat dari mijie.. ni mintak 30 fakta tentang diri i. aduss! cik akid oiii.. nak seksa akak ker nih? haha takpela, akak buat juga. demi akid! sila bangga. :D

harap takde redundant data ngan tag dari mijie hari tu. yang nak 23 fakta tu. ni i bagi 30. hah, amik kau.

1. baru balik pusat perubatan UKM (PPUKM) pagi tadi

2. prof dato' dr. lokman kata tadi telinga i dah sihat

3. i dah 4kali kena operate

4. lebih separuh dari hidup i memang ulang alik ke PPUKM, since umur 11tahun

5. 1st operation masa umur 7tahun

6. sekarang tengah addicted dengan lagu maher zain

7. 1st time dengar lagu maher zain kat blog cik risha

8. 1st time naik flight masa pergi sabah sesama sahabat MPP bulan februari 2009

9. 1st time gi europe pun masa dengan MPP 08/09, akhir november 2009

10. 1st time sambut raya di perantauan pun masa kat europe tu. chait! perantauan la sangat. setakat seminggu je pergi sana. weh, tapi syahdu weyh! kami takbir malam raya tu. dan pagi tu, sepanjang perjalanan ke stesen eurostar pun kami takbir, tahmid memuji Allah. sesungguhnya banyak pelajaran yang kami dapat dengan lawatan ke bumi eropah

11. 1st time raya makan megi, masa kat europe tu gak. mana nak carik lembu korban masa tu! oh, lupa nak bagi tau. masa tu raya aidiladha. thee~

12. bakal dapat 1st gaji tak lama lagi. oops!

13. setiap sorang adik-adik i pernah rasa penampar. hot mummy and daddy cooL pun tak pernah tampar diorang. errk~

14. 1st kereta yang dibeli sendiri adalah my baby mucuk-mucuk si kancil tu.

15. 1st handphone yang dibeli dengan duit sendiri, Sony Anak Eric W680i. eh, ni ke model dia? haha.

16. 1st kerja, kat karangkraf. jadi typist. hehe

17. mula dulu ego tak mau bukak akaun mukabuku. tapi akhirnya termakan pujukan kak wani. heshh~! kepada mereka di luar sana. hati-hati dengan hasutan kak wani. faham!

18. buat blog ni lepas dihasut wani, bukan kak wani. heh! apsal orang-orang dalam dunia ni yang berjaya hasut aku semua nama wani?

19. 1st time tengok wayang, dengan family. cerita sate. haha. korang tau tak cerita tu? i tak ingatlah umur berapa time tu. -_-" gi la google cerita tu keluar tahun berapa.

20. ayat favourite untuk my sisters, "kenapalah aku ada adik-adik macam korang?".. dan dua-dua akan memberi jawapan yang berbeza. si engineer tupperware, "kenapalah ira ada kakak macam kaklong?" manakala si bakal doktor sakit puan akan jawab, "sebab eno ada kakak macam kaklong!" haha. ngeng! oh, untuk yang tak tahu, i ada 2 orang adik perempuan.

21. lepas je post entri yang bawah ni, alaa, awak orang sepanyol (part 2) tu, ramai pula LELAKI yang mesej @ ym @ bagi respon, "aku nak sepupu kau!". maaflah, yang dua orang teratas tu dah nak kahwin this october. sorry.

22. 2nd time tengok drama Nur Kasih pun masih boleh menangis. oh tiz zaqyah. kau memang pandai berlakon! plus salute lah dengan orang-orang yang bekerja untuk drama tu!

23. tahun ni umur da genap 23 tahun

24. bercita-cita nak beli rumah lagi 2tahun. hah! amiin. u olls~ rajen-rajenla kelik nuffnang tu. cepat sikit i boleh beli rumah untuk parents i. haha.

25. pernah bercita-cita, kalau tak banyak duit nak honeymoon jejauh, kat kundasang, sabah pun jadik laaa.. bes!

26. ade lagi 4 ye? urmm~ 1st laptop, yang i guna sekarang ni jugak. dah 4tahun. masa beli tu harga RM2999. ngeng!

27. ada 2filem yang i tengok 2kali kat panggung setakat ni. pisau cukur and how to train your dragon

28. pernah marathon 3filem. third film tu dah tertidur. haha. sangat bazir.

29. ada koleksi semua novel tulisan ramlee awang murshid. sampai latest ni, cinta sufi

30. lastly, nak hantaran kahwin berupa pakej haji + umrah + ziarah timur tengah + al-Quran bertulis tangan bakal suami sendiri. boleh tak agak-agak? ngeng! aduhai!


paling tak boleh blah yang last tu. haha. weng weng la nih. ok la. esok i nak sambung weng weng dengan projek kat office tu. haha.

dengan ini, aku nak tag

mijie

lady dyana

kak merr (lama dah tak tengok akak online)

haha..

jom tidur, esok kerja

(^_^)

13 June 2010

Anak Tukang Jahit

Bismillahirrahmanirrahim~

heh, u olls~ mesti tak tau kan, my hot mummY and daddy co0L adalah tukang jahit kecuali kalau anda adalah sahabat saya yang kenal saya di alam nyata. erk, ni alam fantasikah? haha. sengal punya soalan.

urmm~ both my parents ni tukang jahit. heh. best kan ada mak ayah macam i? hihi. apa yang bestnya jadi anak tukang jahit?

i and my sisters macam model la lebih kurang. tak perlu kot nak pergi pencarian bakat what so ever kan, tup tup jadi model. haha. ok. yelah, nak buat baju orang bukan senang. especially baju yang berpesen-pesen (baca: fesyen) macam baju pengantin. perlu penelitian yang khusus. chewah! so, sebagai anak yang patuh kepada ibu dan ayah, biasanya i akan pakai baju-baju pengantin tu, then ibu or ayah akan tengok apa yang tak kena, apa yang nak dibetulkan lagi kat baju tu. pastu mulalah suruh i jalan pusing-pusing macam pertunjukan fesyen. haha!

merasalah jugak kan. (=

ada juga yang tak best.

hari raya.

sangat banyak baju orang yang perlu dijahit untuk hari raya dan selalunya baju raya kami akan siap di pagi raya, itu pun kalau bernasib baik. nasib tak baik, lepas solat raya baru baju tu siap. -_-" kami pernah pergi solat raya dengan t-shirt je, sedangkan orang lain sikit punya cantik dengan baju baru isk3~


tapi...

kami semua tak kisah pun sebab bila-bila kami nak baju baru, ibu boleh buatkan. thee~


baju baru bukan bermakna hari raya, dan tak semestinya tak boleh raya kalau tak ada baju baru.


dan,

even ibu ayah kita tak kerja yang hebat-hebat macam doktor ke, engineer ke, pensyarah ke, tak semestinya anak mereka tak boleh jadi engineer atau bakal engineer tupperware atau bakal doktor sakit puan satu hari nanti.

(=


this entry dedicates to my hot mummY and daddy co0L. thanks for everything!


love them

<3 (^_^)

23 April 2010

Trust US!

satu waktu berjalan-jalanlah sebuah keluarga yang sangat bahagia di bandaraya kuala lumpur. keluarga ini terdiri daripada ibu, ayah dan tiga orang adik beradik yang semuanya perempuan.

sedang menikmati pemandangan kuala lumpur di waktu malam, tiba-tiba si adik yang paling bongsu terlihat satu iklan di papan tanda di tengah kota...

"Trust US?! huh! eno sekali-kali takkan percayakan US!"

tersentak kakak-kakak kepada si adik apabila mendengar bangkangan daripada si adik.

"apsal eno tiba-tiba cakap pasal 'trust US' ni?" tanya si kakak yang sulung.

"tu haa.. iklan tu... dia tulis 'Trust US'.. siapa nak percayakan US tu.. diorang tu jahat..."

mereka semua memalingkan kepala ke arah iklan yang ditunjuk lalu tertawa terbahak-bahak...








.
.
.
.
.
.
.
.


"eno, iklan tu trust us (percayakan kami), bukan trust US!" jelas si kakak.

.
.
.
.

kami ketawa lagi...



(^_~)v alangkan budak kecil pun tahu siapa itu US.. hihi~

04 April 2010

Kejadian Ngeri Sebelum Presentation PSM

perhhh~
gila mantap rr. aku rasa kalau korang ada kat tempat aku pon, mesti korang cuak gila dengan situasi ni.

bayangkan, PSM. projek final year korang, *apa hal bahasa teruk sangat neh?*, yang korang dah usahakan selama 2semester, tiba-tiba...





tiba-tiba...









hurmmm




slide presentation i tak boleh bukak u ollsss~~!!




perhhh.. gila rr... tapi naseb baek i dah copy slide tu dekat komputer yang nak guna untuk presentation...


slide tu tak boleh buka kat laptop until now.. power point lain boleh lak bukak...



fuhh~ masa tu i rasa nak menangis aje. syukur ya Allah.. dibuatnya i belum copy lagi slide tu kat komputer yang nak digunakan, macam mana? nak present dengan ape? manually?




kadang-kadang teknologi juga boleh membinasakan..


dan hingga ke saat akhir pun kita akan di uji Tuan Punya. jangan diingat, dah siap slide, dah selamat sampai tempat presentation, kita dah kira selamat? belum lagi. Tuan Punya akan sentiasa menguji hamba-Nya, bersyukur atau tidak.




hurmm setelah banyak ujian dari Tuan Punya sepanjang menyiapkan PSM ni, i belajar 1 benda best. macam dalam majalah SOLUSI tu,
'hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmmu'


ya Rabbi, terlalu sedikit hamba-Mu ini bersyukur atas nikmat-Mu yang melimpah-ruah.


bak kata izwan masa majlis penghargaan MPP 08/09 baru-baru ni bila engineer tupperware komen i dengan kak oja pakai jubah,

izwan : akak-akak kau tu dah dapat hidayah lepas banyak dugaan masa buat PSM...


(^_~)v peace, no war.. :D

18 March 2010

Meniti Hari-hari Terakhir Pelajar Sarjana Muda (Part 1)

walaa~ tadi duk selak-selak facebook *cemana rupa 'selak' buku muka.. hahaha*, tengok-tengok buku-buku sepanjang empat tahun jadi pelajar ijazah sarjana muda, lepas tu tengok pulak touch up touch up untuk PSM nih.. urmm~ rasa macam, aih~ dah empat tahun rupanya kat utm. rasa macam terimbau-imbau masa hari pertama kat sini.. ececeh.. macam blues lagi sentimental la pulak malam ini *ape giler skema ayat*.. sejak masuk U ni, penggunaan bahasa melayu saya sangat teruk.. mungkin kementerian kena kaji semula, pengenalan subjek bahasa melayu asas untuk mahasiswa di institusi pengajian tinggi.. haha sangat poyo*

banyak kenangan kat utm ni... kenangan manis kau dan aku.. kali ni nak cerita part dengan dak-dak SGS nih~ SGS bukan sugus, ok? kod program Ijazah Sarjana Muda Sains (Remote Sensing)...

1st day, Minggu Haluan Siswa, masa pendaftaran tu, dapat sebilik dengan Nor Liyana Mohammad Khan. masa nampak nama dia dalam list nama tu, terdetik dalam hati, aih~ roommate aku keturunan hindustan kah? ade chance layan hindustan dalam bilik ni.. hehehe~ ana, miss you~!

1st day masuk kelas, ingat lagi, subjek remote sensing technology 1. serius tak paham weyh! belajar dengan Prof. Dr. Mohd Ibrahim Seeni.. aih~ masa masuk kelas je, macam berkobar semacam.. hahaha~ yela, dah tukar status, jadi pelajar universiti beb! gila concentrate rr masa belajar.. aku rasa kalau aku kekal gitu sampai tahun akhir, mesti aku 4flat tiap-tiap semester.. ngee~


ni masa BBQ lepas habis survey camp, akhir tahun 2.. dekat KTC


we all ladies nih macam terpisah sikit dengan guys kitorang.. salah satu faktor mungkin sebab kolej lain-lain.. lagi-lagi masa 1st year, sape ade kenderaan kankankan.. so, takde maknanya ladies nak segroup dengan guys masa tu *aku rasa sampai tahun akhir pun gitu.. huk3*




gila ayulah we all... ni masa lawatan ke ATSB.. aku pun tak faham ape yang kitorang buat kat situ.. tettt.. sensored sikit.. hahaha~ tahun berapa ni ekk~ tahun 3 rasanyerr..~



hahaha~ yang muka-muka depan tu memang peng'havoc' dalam kelas.. uu.. the very the panas uollss...




gila nerd rr muka uollss~ ni masa remote sensing camp tahun 1.. kat mana tah aku pun dah lupa.. mersing kott..~ muka penuh suci murni tulus ikhlas.. haha~ baru tahun 1 tuu~



ok, ni masa tahun 4.. ni remote sensing camp kat port dickson.. aih~ ni dah senior.. tengok beza dengan gambar kat atas tu.. heheh~





ni pun masa remote sensing camp tahun 1.. tengok muka masing masing.. aih~ ape daa~ skema+nerd.. masing-masing innocent gilerr rr.. hhaha~



ni nga tengok guys nyalakan api BBQ masa habis tahun 2 uh~ ngaa~ sronok rr time nih.. we all makan banyak2 the ayam..



J-Robik... ni pun masa remote sensing camp tahun 1.. hahaha masa ni dapat kenal pasti bakat si Oin dalam menari J-Robik.. hik3


tahun 1.. remote sensing camp.. comot2 semua.. hehehe~



gambar suci murni ni tak tau masa tahun berapa.. entah tahun 3 or 4.. ke lepas habis present final result survey camp masa tahun... tahun berapa ekk? habis semester 5.. tahun... 3.. kott.. mari mari tengok calon bini.. tapi kebanyakan dey all ni dah berpunya.. weewitttt~!! aku suka gilerr ini gambar! sebab masa birthday aku kot gambar ni.. ngee~


ermm~ gila banyak kenangan ngan dey all ni.. urmm~ rindu.. sangat2... gonna miss all of you guys.. doakan kita semua lepas exam last ni dengan jayanya..

paling penting

dapat siapkan Projek Sarjana Muda dalam masa terdekat ni

dan dapat grad on time~!!


konvo ke 45 nanti.. ameen~



p/s: semalam masa sama-sama jalan kaki balik kelas dengan ana and yan, after that terserempak dengan ladies lain kat arked kolej 11, i terasa macam sebak... bila lagi nak having fun without tension dengan kerja macam ni?

plus

pegi buat tempahan untuk binding tesis petang tadi dengan lina, bai, bugee and ct, terasa macam, dah nak grad rupanya...

dah nak masuk umur 23tahun..

gonna miss SGS (06-10)...

:'(

..

06 February 2010

I am me, once more

No, I really don't think so
That you think I'd be incapable of being on my own
No, I really don't think so
That I would for a second let you back in through my door

I have spent many a nights
Even when you are by my side
I shed tears I couldn't dry

But I should thank you for
Taking my blindfold off now
I ain't jaded no more, no more
And I take pride in being the one that said goodbye
That could only mean I am me, once more

You would turn your head the other way
So you won't have to listen to what I have to say
You assume that I needed you
But you didn't realize that
I needed no one but myself

That could only mean I am me, once more

21 January 2010

Kelas dan Pembubaran MPP

MPP? Bubar? Eheuuewww.. selamat menjalani hidup sebagai student biasa wahai nadia fitri! Erkk~ tapi ada satu benda yang sangat tidak puas hati. Walaupun dah jadi student biasa, tapi kenapa terbangun lambat ini hari?? Huuwaaa!!!!!!!!! Sangat tidak suka!!!! Tu la, siapa suruh tidur lepas subuh? Ok, lepas ni, tak mau tido tido dah k! sebenarnya malam semalam sangatlah penat. Baru balik dari Melaka untuk urusan ISLC '10. Sangat gedik bila bagi alasan penat. Kau pernah penat ke nadia? Slap your face. Tak berhenti kerja kot. Lepas satu, satu. Tapi bila tang assignment, hampeh! Saje tangguh tangguh kerja! Alhamdulillah urusan dengan kerajaan negeri sangat mudah. Bak kata Fatin, rasa macam nak kerja kat melaka, kahwin dengan orang melaka dan tinggal di melaka. Ihiuueew! Erkk~ sape-sape yang orang melaka, tolong angkat tangan! Haha! Tak tak tak.. orang mana-mana pun sama je. Yang penting diri kita sendiri.


Mau tunjuk gambar masa hari last sebagai MPP hari tu. kat bilik mesuarat utama, bangunan pentadbiran. huu~ tempat mesyuarat senat diadakan.



Muka monyok. Sangat tak tau bila sunthar snap ini picca.




Bersama Prof T



Barisan mantan MPP. Tunggu time je ni. nak kena announce pembubaran. Ihiks!



Lepas tu kami ramai-ramai pergi makan kat P19. Dengan baju korporat tu. Aih~… mmm… P19 diserang dengan manusia-manusia yang memakai baju korporat UTM.

Ouh, cakap pasal baju korporat, sangat bangga bila melawat UteM semalam. Terserempak dengan Dekan Hal Ehwal Pelajar UteM. Prof Zul puji baju korporat UTM. Wah, ini semua kesan branding dari Dato NC.


p/s: bangga menjadi mahasiswa UTM. Rasa macam nak sambung master pun kat sini. Oh, UTM!


21 December 2009

Suda Bosan

hoh... selama dua minggu saya bertapa dan cuba keluar dari kepompong kesedihan, sampai saya pun naik bosan, maka saya pun ingin keluar lah dengan entri yang sebegini. yelah, lately nih entri sangat dull, have no energetic spirit, and very monotone. aih~! masih mencari di mana gaya penulisan saya yang dulu. penuh dengan tenaga. aih~! haha *tenaga apakah? konpius seketika...*

sepanjang 2minggu pertapaan saya ke Pandan City Hotel to attend EEEP (Employment Enhanceability English Programme) which organized by Al-Ikhlas Education Group and sponsored by Iskandar Malaysia *heh, kalau la Ms Anantha baca blog i nih, mesti my face kena slap, ouchh!*

CEP (Communicative English Programme) is to develop the employability skill for students, especially final year students. in this programme, every participants was exposed to communication skill, grammar, vocabulary, pronunciation and you were enforced to speak in english every time you open your mouth. for the first, you would be very dull and quiet but after you were being enforced, you can't stop talking. seriously!

i got very exciting experience here, lots of unforgottable moments.. and bla bla bla i got no words to describe how exciting it was...

in general, we got class everyday... 9am to 5pm... every participants were divided into 7groups based on their english level. before get into class, we had basement test to test our english level.

we were exposed to communication skill, basic grammar, vocabulary and pronunciation. every morning, the class started with thinking. our beloved tutor, Ms Anantha (Angie) would 'knock' our head with some issue then we talked about the issue, freely. everytime you did the grammar mistake or wrong pronunciation, Angie would correct you *yaa.. my sentence started to tunggang langgang. ouh, slap my face!*

i was shocked when Angie asked us, "what was your big regret in your life? or if you could turn back the time, what would you like to change.." i answered, "if i could turn back my time, i won't get to fall in love with boys..."

then, after debating the issue, we started our public speaking session. 4-5 people would deliver their speech. you could comment, asked questions, and shared ideas in this session. we were very free to do whatever we want to.

tea time at 10.30am then we started our grammar class. very exciting english class and you were not only learn about A for Apple.

we got talent night for every night. this was a very exciting moment. each group would come out with their performance and every day would be different performance for each group. usually, our group *Villain Region* would start discussing our night performance at 5pm *hahaha a very tough task when you need to plan, decide, practise and perform in a very short time!* this task was to enhance our 'work in every condition''s skill.

the exciting talent night shows the level of confident for every participant. how you can handle yourself on stage, while every people look at you, and control you emotion in front of people. confident beb!!

every day is a new day. we learn new things every day. so, don't waste your time, grab all the opportunities in front, leave all the unnecessary thing behind and you can stand, against your failure.

Group 6, Villain Region



one of the activity. this paper was pasted at your back. and people can wrote anything about yourself. you would not know what they wrote until the end of the class (where you can take off the paper and read what people wrote bout you)




talent night




gra-jua-tion day!!



with zapin costume at graduation night
our group perform malay, chinese and indian dance. i was in malay team which perform zapin.



ro0mmates... daaaa~~ :-* xoxo


...............................................
enjoy every seconds of your life with what you want
because you will not have another chance to meet again the seconds...
-nadia havez-
................................................



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.................

13 November 2009

My Pierre Cardin!

pasal filem pisau cukur, i suggest u all tengok sesama ladies.. yaaa my gucci... sebab masa i tengok dengan my pierre cardin semalam, macam tak berapa suit dengan dia, kot. heh~! i like faqir in that film. like the style. even gigi besi, he such bersungguh-sungguh nak dapatkan bella. plus, dia hargai setiap peluang yang ada depan mata. ouh, he so sweetttt~!!! berikut senarai kesweetan beliau~

1. bella macam tak berapa suka faqir, yela.. bella kan nak orang kaya macam datuk hisham tu. faqir tak de la act macam mendesak. he stay cool. wah, i like his attitude!

2. then, dia tak putus asa ajak bella for a date *i like this too!*.

3. bila bella ajak dia jadi dancing partner, he try to be a good friend, a good partner to her. ouh, how sweet he is.

4. and he is pretending to be bella's fiance semata-mata nak bella dapat masa tambahan untuk praktis tarian tu. ouh, sangat sweet sebab walaupun dia tahu dia bukan pilihan bella, tapi dia nak tengok orang kesayangan dia bahagia. very sweet!!

5. then, masa bella kecewa lepas kena kutuk-kutuk dengan kakak datuk hisham, dia takde la nak ambik kesempatan atas kekeruhan hubungan tu. tapi dia pertahankan bella depan kakak datuk hisham. and dia yang bagitau datuk hisham kat mana bella menyorok. aih! walaupun dia tahu dia sayangkan bella, tapi dia tetap hormat pendirian bella. he stay co0l beb! really sweet!

6. dia berjaya mencairkan hati bella dengan ke'cool'an dia. he is really cool, really sweet. bella akhirnya sedar yang duit bukan penentu kebahagiaan. cinta bukan kerana duit.

7. ahh~ i like them while they were dancing. soooooo sweettttt... ada gaya naughty faqir yang buat i berkata, "OMG! i love it! hah!"... OMG! i am talking too much bout faqir.

ouhh.. sebab seriously deeply truly, i like his style. attitude yang very cool, gila rr! i jatuh chenta sama faqir. eh eh eh~ salah salah salah.. hee *sorry my pierre cardin~ hee~* OMG!! serius! jatuh cinta dengan faqir!


here he is! gigi besi!


err~


ouhh i setia taw, my pierre cardin.. xoxo my dior~

v(^.^)(^_~)v