Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 February 2016

Teknik Steam dan Percussion untuk Kahak Bayi

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Entri pertama untuk 2016! Fuhh!

Holaaa everibadehh! Apa kahbar semuaaa dah macam retis.

Lama dah janji nak buat entri ni. Sekarang baru ada masa nak menulis. Nampak bizi sangat hakak. Bizi hape lah hagaknye hakak pun tak tahu lah dik non.

Sekali menulis, kemahen panjang. Harap anda sudi dan sabar membaca. ^_^


Disclaimer (ewah tetibe ada disclaimer): Entri berikut adalah berdasarkan pengalaman penulis #ibuanakdua, rumusan dari consultation bersama Dr. Nazir (SALAM Hospital), Dr. Vidya (DEMC), Dr. K (Pusrawi), Prof. Rahmah & doktor-doktor bahagian Paediatrik HCTM (dulu PPUKM/HUKM), dan Dr. Nadir Khan (Klinik Wangsa) setelah anak-anak beberapa kali keluar masuk wad, termasuk ICU untuk kes yang sama. Jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.


Musim-musim cuaca tak menentu ni, mula lah baby-baby sekelian, demam lah, batuk lah, selsema lah.

Sebenarnya baby bawah umur 1 tahun tak digalakkan makan ubat macam ubat batuk, selsema dan demam. Yelah, masa ni badan dia tengah nak develop immune system, tengah nak 'bangunkan' tentera dalam badan untuk melawan penyakit. So kalau kita terus bagi ubat, 'tentera' tu tak sempat nak bangun lagi, kita dah hantar pasukan tambahan. Lama-lama 'tentera' dalam badan anak akan terus 'tidur'. Tu yang jadi macam aku kot, sensitif sangat. Sikit-sikit nak selsema, batuk, demam. Lemah laa orang kata.

Jadi, prevention is better than cure. Bila nampak tanda-tanda anak macam tak berapa sihat tu, marilah kita sinsing lengan dan usaha natural remedies dulu.

Selalunya penyakit kombo tiga ni (aku panggil kombo tiga, batuk-selsema-demam), akan dimulai dengan selsema. Hingus cair jernih meleleh. Lepas tu akan start batuk. Dan seterusnya demam.

Batuk
Kalau korang pergi klinik biasa, kadang-kadang doktor yang dengar guna stetoskop tu akan kata, lungs clear. Sebenarnya ada 2 kemungkinan:
1. Lungs memang betul-betul clear. Alhamdulillah
2. Lungs dah tepu. Ibarat botol air mineral, ko isi air penuh sampai penutup botol, sampai tak ada ruang. Bila goncang botol tu, ada bunyi? Tak kan?

Tapi kalau memang korang ada dengar anak korang batuk, atau dah tahap demam, tapi doktor still kata lungs clear, sila cari 2nd opinion. Pesakit berhak mendapatkan pandangan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.


Demam
Bila dah sampai demam, aku minta maaf sangat, berapa kali korang buat steam percussion pun akan lambat sihat, sebab kuman dah mula menjangkiti mana-mana bahagian badan dia.

Demam adalah tindakbalas automatik badan kita bila ada something wrong happen. Demam ni umpama warning lah untuk bagitau, ada system failure.

------------------------------------------------------------------
Aku memang fobia dah sejak Melor masuk ICU tempoh hari. Sekarang ni kalau nampak dia meleleh hingus sikit, yang cair macam air tu, terus buat steam percussion.

Apa yang perlu untuk buat steam percussion?
1. Bawang putih (garlic) 1 bunga (lebih kurang 10-15 ulas)
2. Lemon 1 biji
3. Air panas menggelegak (ada yang guna periuk nasi supaya air sentiasa panas, ada yang guna sterilizer botol tu). Aku panaskan air guna kettle. Kalau guna jag eletrik tu selalunya air tak berapa panas. So better panaskan air atas dapur sampai betul-betul menggelegak.
4. Baldi agak-agak paras lutut orang dewasa sederhana.
5. 2 orang (kalau boleh)
6. Ketahanan mental yang super-saiya kuat tak terkata

Penyediaan air stim:
> Hancurkan garlic. Tak perlu pun tumbuk lumat macam nak masak ayam black pepper. Ala-ala hancur-hancur manja gitu.
> Hiris lemon. Agak-agak suku inci.
> Masukkan garlic dan lemon dalam baldi.
> Tuang air panas menggelegak dalam baldi.
> Tutup kipas.
> Mari kita mulakan. Hiyarkk! Letak kain kat dahi ala-ala ninja.


Garlic tenggelam kat bawah tu


Teknik steam percussion:
> Tiarapkan anak kat riba. Yang ni ikut keselesaan masing-masing. Ada yang alas dengan bantal, ada yang kaki rapat. Ikutlah mana-mana yang selesa kat korang & baby korang.
> Muka baby menghadap muka baldi. Face to face.
> Masa ni baby akan start menangis. Sebab stim tu. Panas. Korang agak-agak tau. Kalau terasa macam panas sangat, jauhkan sikit muka baby. Kang panas sangat korang sendiri tak tahan apatah lagi kulit baby yang halus mulus tu. Cedera parah lak kulit dia. Tengok macam dalam gambar ni.




> Maka marilah kita mulakan tepuk-tepuk percussion. Tangan tu jangan rata, buat 'cupping'. Camane cupping? Jap aku google.

Begini ye cupping sidang hadirin sekalian.

> Tepuk belakang badan baby. Sambil muka dia menghadap stim tu. Selalunya aku selubungkan baldi dan muka Melor. Sebab tak nak wap panas tu terbebas terlalu cepat. So boleh lama sikit Cik Melor kita ber'sauna'.

> Kat bahagian mana nak tepuk? Jap aku lukis. Siap lukis hengko jangan memahen ngan hakak.
Haha gagah betul aku melukis. Silap dulu tak ambil medic.
Itu adalah bahagian belakang badan baby. Korang jangan tersilap pulak. Garis putus-putus tu tulang belakang & ribs.
Anak panah biru tu arah korang kena tepuk.
Amaran: Jangan tepuk bahagian tulang belakang hat tengah tu.

> Tepuk dengan konsisten. 5 minit kiri, 5 minit kanan. In between tepuk-tepuk dan sauna tu, kalau ternampak atau terdengar bunyi hingus dia kat hidung, silalah sedut ye. Dan kalau berani, jolok sikit mulut dia kasi keluar kahak. Jangan jolok dalam-dalam. Ala-ala geli-gelikan lelangit dia sikit je. Sampai dia terbatuk dan terkeluar kahak sendiri.

> Tepuk selama, minimum 10 minit. Maksimum? ikut suka korang. Tapi aku suka 20 minit.

Untuk lebih clear, boleh tengok video kat bawah ni >>




Macam ganas sangat je bunyi aku tepuk kan? Hahaha. Tak sebenarnya. Aku tepuk-tepuk manja je tu. Tapi sebab tangan buat 'cupping', so bunyi nya kuat semacam.

Nak buat steam percussion ni kena sabar banyak-banyak. Sebab anak akan melalak. Don't worry. Dia melalak bukan sebab sakit. Tapi sebab tak selesa tangan dia kena tahan, dan muka kena wap tu. Tak selesa. Bukan sakit.

Lagi satu, menangis itu bagus untuk kuatkan paru-paru. Ni sepanjang aku kat ICU tu, doktor yang cakap ye. Bukan aku suka-suka buat assumption sendiri. Paru-paru akan terbuka lebih luas bila anak melalak.

Lepas tu sila tahan telinga, hati, dan semua lah. Sebab mungkin akan ada orang sekeliling, suami ke, mak pak makcik pakcik bangchik banglong yang akan membebel, "udah lah tuuu.. ko nak mendera anak ke." Uh, mungkin sebab aku lebih sakit tengok Melor dalam ICU. So setakat melalak masa steam percussion tu, aku masih boleh gagah. Lepas steam percussion ko akan nampak muka anak puas, lega, selesa. Ko pun akan rasa seronok.


Sila buat teknik ni secara konsisten, 10-20 minit, 1 atau 2 kali satu hari, selama 2 minggu.
----------------------------------------------------------------------
Ada yang pernah whatsapp aku personally, berikut aku list kan beberapa FAQ:

1. Saya dah buat 3 hari tapi tak ada pun kahak keluar. Tapi dia ada selsema & batuk.
>> Tak ada kahak keluar tak semestinya anak memang dah sihat atau tak ada kahak langsung. Ada 2 kemungkinan:
- Kahak dah terlalu tebal, melekat.
- Buat steam percussion tak sampai 10 minit lagi dah give up.

Selalunya yang aku jumpa, sebab tak sampai 10 minit dah give up. Tak sempat lagi bahan-bahan ramuan kita tadi tu nak meresap.


2. Tak nampak pun hingus keluar walaupun dah buat 10 minit?
>> Yep, tak semestinya hingus terus keluar masa pertama kali buat. Korang kena sabarrrr. Ada kes yang anak dah berbulan-bulan batuk selsema. Kahak tu dah tebal sangat mommy. Bagi masa untuk dia cair.
>> Lagi satu, kalaupun tak keluar ikut hidung, kahak tu akan keluar melalui najis. Korang akan nampak yak-yak dia macam ada lendir-lendir sikit. Aku memang selalu monitor yak-yak anak-anak. Sebab itu antara cara nak tau keadaan badan dia. Sihat ke idak.


3. Anak saya demam, boleh ke nak buat?
>> Kalau tengah demam, aku anjurkan, bagi demam dia surut sikit dulu. Jangan buat time tengah suhu 38 tu yang oiii. Sebab masa ni badan anak kita sangat-sangat lemah, lembik. Tambah lembik dia nanti. Shiannn dia.
>> Selalunya kalau dah tahap demam 3 hari, aku terus suruh pergi hospital je lah. Biar yang lebih expert handle.

-------------------------------------------------------------------------------------

Sekian, sharing session dari Dr Jadian Nadia Havez muahahahaha. Kalau ada yang tak berapa clear, boleh

email aku >> nadiafitrihavez@yahoo.com

atau

PM inbox fB aku direct Nadia Havez

Ingat, kalau dah demam lebih 3 hari terus bawa hospital. Tau?

Tata ^_^v

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete