:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Untuk rumah sub-sale @ 2nd hand, aku tak pasti. Tapi ni pengalaman kami check defect rumah pertama, yang masih hijau, fresh from oven, dapat dari developer.
Lepas ambil kunci hari tu, developer ada bagi borang untuk list kan defect. Yelah, dalam beratus-ratus rumah, tak akan sempurna semuanya.
Agak menyedihkan sebenarnya kawasan rumah kami tu rupanya kawasan paya. Ada sesetengah lorong rumah yang rosak almost 100% terpaksa roboh dan bina semula. Deretan rumah kami alhamdulillah masih boleh lulus CCC.
Berbalik kepada inspection, sebenarnya setiap rumah yang baru siap, akan ada 2 tahun warranty. So selama 2 tahun tu kalau ada apa-apa jadi kat rumah tu, kome komplen je lah sampai lebam.
Tapi, perlu diingat. Warranty akan hangus kalau kome buat major renovation. Contoh, tambah bilik, hack dinding untuk tambahan bilik, pendek kata yang melibatkan perubahan ketara pada layout asal dari developer.
Kalau boleh, dapat je kunci, kome cecepat lah buat inspection, cecepat lah hantar borang tu. Sebab mereka akan settle-kan rumah tu berdasarkan siapa cepat hantar borang. Macam kami, terus hantar pada hari yang sama dapat kunci. Sebab ada pengalaman kawan, tunggu 6 bulan pun tak settle lagi betulkan defect tu.
Apa yang perlu dibawa masa inspection?
- masking tape - gunanya untuk tanda kawasan defect & mark apa jenis defect
- sticker bright colour - untuk tanda kawasan defect juga kot tak boleh lekat masking tape
- pen marker - untuk tulis atas masking tape & sticker
- pen biasa nak tulis borang
- kamera (guna handphone pun boleh. Apa guna handphone cecanggih.) - untuk ambil gambar defect, rujukan di masa akan datang.
Apa yang perlu diperiksa cewah, diperiksa.
1. Pipeline & Drainage System
- Mula-mula aku buka paip utama & semua paip-paip dalam rumah. Paip sinki, paip shower, eh semualah. Dan biarkan air masuk memenuhi tangki utama dulu. Dan biarkan saja air tu mengalir menderu-deru. Kat sini kita boleh check:
- Pipeline kot ada yang bocor, selepas beberapa jam akan nampak kuning kat dinding. Kuning ke macam basah aku tak ingat tapi laki aku master lah bab ni.
- Boleh check drainage sistem tersumbat atau idak. Tu kalau tetibe banjir rumah kome tu means tersumbat lah tu.
- Biar je lah air tu mengalir sepanjang kome buat inspection bahagian lain.
2. Dinding
- Check lah crack yang ada. Selalunya kat pepenjuru, kat beam, kat penjuru tingkap, penjuru pintu.
- Check cat sekata ke idok. Melainkan kome memang ada plan nak cat lain @ nak tampal wallpaper. Tak perlu strick sangat kat sini pun tak apa. Tapi being my husband, he is very particular sikit masa check rumah ni. Cat tak sekata 2-3 cm pun dia suruh masuk borang komplen. Sebab, kami memang tak ada plan nak cat warna lain dalam masa terdekat, mahupun pasang wallpaper. Tah i tak berkenan sangat wallpaper ni tapi tak tau lah kot lagi 5-6 tahun nak pasang tu lain cerita.
- Check penjuru dinding kot ada pecah-pecah.
- Macam kes kami, sebab rumah kami kira selamat 95% dari kes mendap sebab tanah paya tu. Cuma ada major crack dekat bahagian luar rumah so yang tu agak kritikal. Kami tandakan BESAR-BESAR kat situ.
- Lagi best sebab sepanjang inspection tu, site supervisor follow je kami. So boleh lah terus komplen direct kat dia sambil catat defect tu kat borang kot kang dia lupa. Selalunya akan lupa-lah kan.
3. Tiles
- Ketuk SETIAP tiles untuk dengar bunyi lompong @ tak. Ketuk tu kat penjuru tiles dan tengah-tengah. Ye, Imam ketuk setiap tiles, dari depan, ke bilik, ke bilik air, ke dapur. Semua dia ketuk.
4. Elektrik.
- Ni sepatutnya kena bawa test pen. Tapi sebab masa tu kami terlupa, so kira halal. In case dalam masa warranty tu ada apa-apa, kita terus report je. Tak jauh mana pun kontraktor tu sebab diorang tengah buat phase 2 lagi kat belakang tu. Apa-apa hal boleh kejar.
5. Bumbung
- Ni lagi syok kalau masa kome buat inspection tu hari hujan. Boleh tengok kot ada bumbung bocor. Atau kalau gagah, sebenarnya kena panjat bumbung tu check.
- Yang ni pun kami kira halal, nanti dah duduk tunggu time hujan.
Berbalik kat paip tadi, flush toilet, tengok masuk ke idak air. Macam kes kami, boleh dengar air menderu-deru masuk tangki kat atas bumbung tu tapi paip kat bilik air langsung tak ada air mengalir. Flush toilet pun air tak ada. Tapi air kat sinki dapur ada. Ingat tak subjek kemahiran hidup dulu, singki dapur, air direct dari main pipe. Meanwhile air dalam bilik air dari tangki. So means ada problem kat tangki lah tu. Bila tengok longkang, air berpusu-pusu keluar longkang. Means air tak masuk ke rumah. Ni pada aku major defect.
Lepas tu, kan kita dah buka air beberapa jam, macam kes kami, kat area singki dapur, nampak tiles basah dan ada air menitik. Haaa tu bocor lah tu. Cepat-cepat mark defect.
Lagi, tu je lah so far yang kami check. Haa tu lah lambat lagi update blog. Kan dah lupa. Tapi so far itulah yang major pun.
Oh lagi satu!
6. Pintu dan tingkap
- Try buka semua pintu guna semua kunci yang diorang bagi. Try juga kunci & buka semula. Kot ada kunci yang tak complete.
- Try buka semua tingkap seluas-luasnya. Check ketat atau tak tingkap tu, susah ke idak nak membukanya.
- Check segala jenis cermin yang ada. Pecah ke, retak ke, sumbing ke.
Kalau ada apa-apa lagi tambahan nanti aku update. So far tu je rasanya.
Then lepas defect semua dah settle diorang repair. Barulah kome boleh start nak pasang grille ke, pasang kabinet dapur ke, plaster siling ke apa-apa je lah yang kome nak. Selagi tak settle repair, kalau kome dah buat benda-benda tu takut nanti kontraktor tak nak bertanggungjawab. Kang dia kata kontraktor yang buat itu ini tu yang punya salah. Apa kome nak jawab? Melangut je la.
Sepatutnya kalau ikut S&P, kena settlekan defect tu dalam masa 2 minggu dari tarikh dapat kunci. Eh 2 minggu ke 30 hari aku tak berapa ingat. Tapi boleh lah kome baca S&P tu. Aku tahu kome malas nak membaca ye lah ayat-ayat lawyer ni mana nak faham kan. Eh tapi serius, ada part-part yang memang korang kena betul-betul faham term dia. Tapi tak susah pun.
Contoh, part pampasan sebab kelewatan developer serah vacant possession. Apa kebendanya yeop? Haa tu maknanya kelewatan serah kunci dan milikan kosong. Ada tertulis dalam S&P tu. Ce baca betul-betul.
Dalam tu ada tulis, perjanjian berapa bulan rumah siap bina & serahan kunci & milikan kosong. Selalunya 24 bulan. Dengar-dengar sekarang dah up 36 bulan. Tak pasti. So 24 bulan tu dikira dari tarikh S&P kome tu. Macam kes aku, suppose dapat kunci Disember 2015. Tapi kami dapat Jun 2016. Maka sebenarnya kalau ikut undang-undang developer kena bayar kat kome. Ada calculation dia kang aku cerita sini panjang sangat pula entri ni. Nanti aku buat entri lain.
Ada orang panggil S&P tu SPA. Tak kisah lah apa-apa kome panggil pun.
Ok, itu sahaja part check defect. Nanti aku sambung lagi part tuntutan duit tu. Biasalah manusia ni part-part nak bayar pampasan liat bebenor.
Stay tuned!
No comments:
Post a Comment