:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
5 tahun.
Orang kata fasa 5 tahun pertama adalah fasa struggle. Masing-masing baru nak kenal sifat masing-masing. Dan dah pasti bila dah sebantal, baru kita nampak true colour pasangan.
Alhamdulillah dalam 5 tahun ni, Allah rezekikan kami dengan 3 anak, penyejuk mata, penenang jiwa.
Dalam 5 tahun juga, sedikit demi sedikit kami belajar untuk saling memahami, kami belajar untuk berkomunikasi.
Kadang gembira, kadang gaduh. Itu normal.
Pada aku, dalam masa 5 tahun ni, ujian paling berat adalah bila suami diberhentikan kerja kerana keadaan kewangan syarikat. Aku rasa masa tu saat paling bawah dalam hidup aku dalam tempoh kami berkahwin. Aku kena kuat untuk suami. Dalam masa yang sama aku sedang mengandung anak ketiga kami. Berkali-kali aku muhasabah diri, apa yang sedang Kau tunjukkan ya Allah. Aku betul-betul buntu.
Tapi itulah, sebagai isteri, aku kena kuat untuk suami. Dan aku rasa setiap ujian yang berlaku sangat-sangat mematangkan kami. Mengajar kami bertindak dengan rasional, mendidik jiwa lebih sabar.
Di depan sana masih banyak ujian, yang aku sendiri tak terbayang apa akan mendatang.
Semoga kami sentiasa kuat menempuh semua badai. Semoga kami sentiasa ingat ikatan sah yang dilafaz, sumpah yang diangkat, 5 tahun yang dulu.
Untuk suami, terima kasih sebab terima diri ini seadanya. Walau sangat banyak kekurangan, tapi kita janji, kita perlu saling melengkapi, right? Terima kasih sebab banyak berkorban, walaupun kini kita tak sesenang dulu dari segi material, tapi jiwa lebih tenang.
Semoga kita kuat bersama sampai syurga. Aminn..
No comments:
Post a Comment