:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Semalam satu sejarah tercipta. Bahahaha. Sejarah sangat. Aku buat keputusan untuk memasang IUCD selepas melahirkan 3 orang khalifah. IUCD tu apa? IUCD tu nama panjang dia Intrauterine Contraceptive Device. Ya, masuk alat dalam rahim.
Kenapa?
For family planning purpose.
Perlu ke family planning? Tak haram?
Merujuk kepada Irsyad Al-Fatwa ke-146, dibolehkan bagi kedua pasangan untuk menggunakan kaedah tanzim al-nasal yang diharuskan oleh syarak bagi tujuan merancang keluarga dengan cara menjarakkan anak, bagi tujuan pengurusan ekonomi kerana berpendapatan rendah. Ini perlu disertakan dengan niat bahawa jika Allah berkehendakkan pasangan itu anak, maka tiada siapa yang boleh menghalang dan hendaklah pasangan itu redha kepada taqdir Allah dan bersikap bertanggungjawab.
Wallahua'lam.
Setelah berfikir semasaknya, maka kami memilih cara IUCD. Bukan untuk menidakkan rezeki, tak sama sekali. Aku percaya rezeki Allah sentiasa terbentang luas tak kira berapa ramai pun anak, tapi memikirkan keadaan kesihatan diri sendiri juga, mentally dan physically, maka pada aku, harus untuk aku teruskan prosedur ni.
Lagipun, jika Allah berkehendakkan, maka akan terjadi juga tak kira apa cara pencegahan pun.
Maka marilah berlapang dada. Fikir baik-baik, doa baik-baik. Ecece #fattzura sangat.
Kenapa IUCD? Banyak lagi kaedah lain?
- Pil? Aku ni sejenis yang mudah lupa. Maka amatlah merbahaya kaedah ini. Plus aku masih berniat untuk menyusukan Hamzah sampai umur 2 tahun.
- Injection? Not good for long term, guys! Maksimum 2 tahun je kata nurse. Itu pun masih merbahaya. Aku ni dah lah ada family history arthritis.
- Implanon? Mahal dik nonn. RM500 per procedure. Itu pun kalau badan ko boleh terima. Kalau badan tak boleh terima, dah satu hal kena keluarkan semula. Another ringgit kaching kaching.
Mulanya aku consult dengan KK tempat check up. Tapi mereka tak buat prosedur IUCD. Mereka minta aku contact Klinik NUR Sejahtera (LPPKN).
Aku dah book slot di Klinik NUR Shah Alam. Tapi apa-apa hal pun kena tunggu period.
Since aku masih menyusukan Hamzah, maka posibiliti untuk period tu ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Masa menyusukan Fateh & Melor, setahun lebih juga tak datang period. Belajar dari pengalaman mengandungkan Melor & Hamzah, aku sempat period sekali je lepas tu diorang wujud. Bahahaha!
Lepas dah book slot di Klinik NUR, mereka akan minta call semula pada hari pertama period. IUCD insertion akan dibuat pada hari ke-5.
Kenapa?
Sebab satu, sah-sah masa period, ko tak mengandung. Kedua, masa period rahim lebih mengembang (this is the answer why kita buncit sikit masa period). Ketiga, cervix lebih lembut masa period.
Mungkinlah, mungkin kalau masukkan alat masa tak period, akan lebih sakit.
Aku pernah tanya nurse, kalau tak period-period (kes menyusukan anak, atau period tak regular), macam mana nak guna IUCD juga?
Nurse kata, kalau macam tu, panjang sikit prosedur. Kena 'puasa' dari bersama dengan suami dalam lebih kurang seminggu ke dua minggu. Lepas tu datang klinik, mereka akan buat ultrasound @ UPT dulu untuk pastikan ko tak mengandung. Tapi kaedah ni agak berisiko sebab kadang mungkin tengah mengandung juga tapi tak dapat dikesan melalui ultrasound @ UPT.
Maka mari tunggu period.
So hari pertama period, aku call Klinik NUR Shah Alam. Malangnya slot untuk hari ke-5 tu dah full. Oleh sebab aku punya period ni ibarat bulan jatuh ke riba, maka aku perlu buat juga prosedur tu dalam bulan ni. Klinik NUR Shah Alam suggest untuk ke Klinik NUR Jalan Raja Laut (KL). HQ LPPKN tu.
Maka lepas call Klinik NUR KL, dapatlah appointment untuk IUCD pada hari ke-5. Alhamdulillah.
Datang klinik awal pagi ya untuk first timer. Ada borang-borang kena isi. Tangan aku dah lah masih ber-CTS (alamak ni kena cerita lain post), maka nurse sila bertabah melihat tulisan tangan saya. Lepas tu nurse akan interview, history mengandung, melahirkan, any complication. Kalau ko sejenis tak reti bercerita atau tak tau apa istilah yang doktor/nurse sebut sepanjang ko mengandung dan melahirkan, maka ada eloknya ko bawa semua buku pink yang ada. Haah semua. Sebab dia akan tanya history dari anak first sampai terkini.
Macam aku, dua pregnancy ada bleeding masa 20+weeks. Dan dua-dua indeterminate APH. Nurse agak concern di sini. Sebab macam risiko rahim tak kuat atau mudah berlaku pendarahan yang banyak selepas pemasangan IUCD. Tapi risiko masih rendah sebab aku tak kena PPH lepas bersalin.
Eh, sebarang istilah korang google je la eh. Aku ni separa doktor. Kahkahkahkah.
Ok la, PPH tu post-partum hemorrhage. Atau orang kita sebut tumpah darah yang banyak lepas bersalin.
Maka, IUCD boleh diteruskan. Cuma aku kena pantau in case setiap kali period, darah terlalu banyak, atau nak pitam.
Nurse suggest untuk aku guna implanon. Tapi aku kata, tak apa, saya proceed to IUCD. Siap kata, "Puan muda lagi. Walaupun dah pasang IUCD, kebarangkalian untuk mengandung tu masih tinggi."
Hahaha mahal sis implanon.
Kos IUCD masih affordable pada aku.
So this one untuk 5 tahun. "Yang 3 tahun punya tak ada stok."
Hahaha tak kisahlah.
Jenis yang ini tiada hormon. Ya, aku pun memang tak nak sebarang hormon-hormon thing ni since hormon aku memang asyik tak stabil lately. Heheh.
So lepas bayar, tunggu nama nanti doktor akan panggil.
Prosedur dia sekejap saja. Tak sampai 20 minit pun. Aku rasa 10 minit pun tak sampai. Yang lama was nak posisikan badan je. Hahahah. Tak melibatkan sebarang pembedahan, jangan risau. Cara dia macam nak ambil sampel pap smear saja.
Cuma, extra senak. Senak macam VE. Tapi lebih senak. Hahaha. Jangan risau tak menyakitkan pun.
Alhamdulillah the procedure went well.
InsyaAllah lebih perhatian untuk tiga khalifah sedia ada ni. Masa untuk membesarkan anak-anak and having good quality time with them.
:-)
No comments:
Post a Comment