Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

05 September 2009

A very malang day.. kott…

this is the entry number #300.. clap clap clap~~~!

Could someone define a day as a very malang day for them? Hoh, if yes, I would like to say yesterday is a very malang day for me. Ya, malang day. Ouh, saya tak sanggup pula nak bercakap macam tu sebab saya tak suka mengatakan sesuatu itu malang. Ok, bukan malang. Hari yang penuh dengan ujian dan pancaroba yang penuh onak ranjau dan duri yang harus saya tempuhi beserta dengan kecekalan hati yang teguh. Let me list down the matters that makes me regret for the whole day.

  1. Jam menunjukkan pukul 7.05 pagi. Saya rasa seperti hendak melelapkan mata seketika kerana sangat letih. Ouh, kelas jam 8.00 pagi. It's ok. Saya dah mandi dan tinggal bersiap saja. Ok, saya dah mandi dan baring di katil saya. Tangan pegang handphone tapi macam malas nak set alarm. Mata saya tertutup sekejap, oppss, agak lama sampai… yaa!! 7.58 pagi! Kelam kabut saya bersiap, capai apa yang ada. Dan pecut ke kelas with my baby. Ouh pecutkah? Ya, saya rasa macam teruk sangat-sangat keadaan yang disebutkan di atas.
  2. Setelah berlari pecut untuk ke kelas, saya duduk dengan keletihan. Ya, keletihan. Lecturer belum masuk. Tunggu punya tunggu, dekat sejam, tiba-tiba, class rep got a msg from PM Din. Class cancel… cheh! Saya sudah berlari pecut mengalahkan kijang, namun hampa kerana ketiadaan kelas *macam peliklah, aku hampa sebab kelas cancel. Hahaha~!*
  3. Urmm.. lepak di bilik tv, siapkan apa yang boleh disiapkan. *adakah ini dikatakan malang? Tidakkk…*
  4. Meeting MPP cancel. Malang sebab my frens smua tengah having fun at danga bay and I refuse to follow them because got MPP's meeting. Ok, I berkejar pecut my baby to danga at the moment. Tak berani nak drive sorang malam-malam cenggitu. I really need someone beside. Since engineer tupperware busy doing her assignment, I call 'orang kesayangan kami' to accompany me.
  5. After having fun, on the way back, suddenly, dada ni rasa sakit yang teramat sangat sehingga menikam-nikam bagai ditusuk duri *oppss, dis hiperbola thing is not good*. Then, saya memberhentikan kereta di tepi jalan. Rilex sekejap *sekejap?*. 'Orang kesayangan kami' dah jadi terlalu risau. Heh, serius tak pernah kena macam ni. Macam nak tercabut nyawa everytime I take a deep breath. Hisss.. terpaksa tukar driver. Nasib baik I am not alone~!
  6. Then sampai di UTM, terus gi KTDI, amik engineer tupperware, nak gi sahur. All of sudden, my car's broke down. Takleh nak start. I am pretty sure this is battery matter. Because few minutes before that, saya macam perasan jam dalam kereta tu makin malap…. Then… it's turn zzzz.. hoh, terpaksa call Zul sengih untuk datang membawa kereta 'orang kesayangan kami' dan kami berempat bersahur bersama-sama. Macam family day.. haha!

Urmm.. sebenarnya kesedihan sebab my baby syakitt… sob sob sob…

(T_T) cryin a river… sob sob sob~

04 September 2009

Sumut

Tajuk entri ini di suggest oleh sahabat setempat sekerjaan semasa *berapa banyak 'se' daaa~* latihan industri dulu. Thanks kepada na'cute'din kerana memberi idea yang bernas *sebernas beras bernas, pilihan bijak. Ok, stop rapuan di situ*. Din, aku dah buat link ke belog kau dari belog aku. Harap prihatin. Ahax~!

Bercakap pasal sumut a.k.a semut, saya teringat seorang lagi sahabat setempat sekerjaan latihan industri dulu. Sila klik belog beliau di 'SENARAI UPDATE…' pada bar tepi *sidebar* sebalah sebelah kanan anda. Beliau menggelarkan diri beliau sesemut yang notty. Ok, beliau dari UTHM dan kini masih lagi sedang praktikal dan dengarnya mau berkahwin. Ok, senyap.

Direct translation. Terjemahan secara langsung *kenapa tak sebut 'live translation' ya?*. Beberapa hari lepas saya, engineer tupperware dan orang kesayangan kami pergi bersahur di sebuah kedai makan *saja tak nak sebut restoran sebab macam high class sangat* di Restoran Laksamana Parameswara. Kepada warga UTM, tolonglah jangan makan di kedai tersebut. Saya bukan hendak menutup periuk nasi atau periuk belanga mereka, tapi percayalah, anda pun akan buat perkara yang sama jika anda cuba makan di sana.

Di situ kami disajikan dengan makanan-makanan dan filem yang bertajuk ….. *saya lupa tajuk filem itu*. Filem tersebut bergenre *ok, ayat saya kembali berbentuk karangan SPM* action. Tapi yang peliknya, saya, engineer tupperware dan orang kesayangan kami tertawa-tawa terbahak-bahak sampai keluar air mata darah kerana 'direct translation'. Biasanya ayat-ayat yang kurang enak didengar yang di'direct translation'kan seperti shit, damn, dan macam-macam lagi yang !@#$%^&*(). Saya tidak mahu sebut banyak-banyak nanti kurang pahala puasa. Saya puasa pada hari ini, ok.

Apakah kaitan entri ini dengan tajuk di atas? Tiada kena-mengena.

Salam ramadhan~ (^_^)v

02 September 2009

Deja Vu~!

suda lama tidak menggila (baca: update) di belog ini. ya. read the title above. deja vu.

is the experience of feeling sure that one has witnessed or experienced a new situation previously (an individual feels as though an event has already happened or has happened in the near past), although the exact circumstances of the previous encounter are uncertain.

it occurs briefly, unannounced, only in certain people, and has no witnesses or physical manifestations other than the person saying, "hey, deja vu!".

ouh, chop chop.. finin suda~ plus swing swing.

ok, saya tidak tahu ke mana menghilang mood saya untuk menulis. mungkin ia dibawa lari oleh 'serigala menangis' yang sudah tidak menangis lagi. ouh, saya rasa pelik dengan ayat saya sebab bunyinya, agak skema. mungkin pengaruh menulis laporan pesta konvo. heh. bila mau siap itu laporan.

sebenarnya saya sudah lupa cara penulisan saya di belog. hurrmm. buntu.

blurrr~~~~