Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

08 December 2010

Sombongnya Kita!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Sombong. Oh oh. Kadang kita tak sedar pun bila ke masanya kita sombong? Sebab orang yang sombong memang tak tahu dia sombong. Hehe. U olls~ rasa i sombong tak? Eheh.

Bila ada kawan kita yang buat jahat, kita mula nak pandang serong kat dia. Oh, betapa sombongnya kita. Bukan i nak membela orang yang buat jahat tu. Tapi, kita ni tak pernah buat jahat ke? Tak kisahlah sekecil mana pun kejahatan tu, ok lah, i tukar, bukan kejahatanlah, kejahatan tu bunyi macam besar sangat. Kesalahan. Walau sekecil mana pun kesalahan tu, salah tetap salah.

So, kalau ada member yang tersilap langkah, tersadung perlakuan, jangan lah kita terus blame dia gila-gila macam kita ni malaikat, tak pernah buat silap.

Sekarang ni yelah, Allah masih memberi hidayah kat kita. Kalau tiba-tiba nanti Allah tarik hidayah untuk kita, macam mana? Haa... masa tu barulah kita terkontang-kanting. Barulah terfikir segala macam yang kita duk kata orang. Haaa~ masa tu sombong. Macam kita lah yang paling baik di dunia ni.

Peringatan untuk i juga. Yelah, kita tak tahu apa akan berlaku di masa akan datang. Yang penting kita buat yang terbaik untuk masa ni. Berdoalah semoga Allah sentiasa menetapkan hati kita hanya untuk-Nya. Tak perlulah kita duk blame orang lain, sebab satu jari kita hala kepada orang, 4 jari yang lain tertunding kepada diri kita sendiri.


 

=)

03 December 2010

Status?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

kang i buat entry ni, ramai lagi tanya, i dah nak menikah kah? yelah, baru saja kongsi tentang nikah gantung, terus i diserbu-serba dengan soalan-soalan yang berbunyi macam,

"nak menikah dah ke?"

"nadia buat nikah gantung dulu ye?"

"bila tarikh menikahnya, nadia?"

err.. tuan-tuan dan puan-puan sekelian, entry nikah gantung tu hanya perkongsian bersama. eheh~ sebabnya banyak sangat kes buang-buangan sekarang kan. so, rasanya, better menikah secara halal kan. i nak jugak, tapi family i bagi ke? bahahah~!!

dan ada seorang sahabat baik i dah pun menikah, gantung. eheh~ diorang ni weekend husband and wife. belum kenduri, tapi dah menikah. hari tu i jumpa diorang, sangat jelez hokay boleh pegang-pegang tangan. hahahaha ^_^

ok ok. enough pasal angan-angan gatal ni. astaghfirullah al-azim...

urmm~ dah lama tak menaip. rasa nak menaip satu perbahasan yang terjadi kat office 2-3 hari lepas.

tajuk perbahasan *ceh, perbahasan lah sangat*

perbezaan status pendidikan isteri dan suami - isteri ada degree, suami diploma.

haaa.. tengok, i buka topik ni nanti u olls~ ingat i yang nak menikah.

kawan-kawan office kata,
"nanti suami kena berhenti kerja, buat kerja rumah. si isteri siap remind kat suami, bang, balik nanti rumah kena kemas, lauk dah siap masak, baju dah jemur, dah lipat..."

hahahaha.

apa yang i faham, isteri tu berpendidikan tinggi dari suami dia, tapi dia kena sedarlah yang dia tu isteri. macam mana pun, syurga dia tetap di bawah kaki suami, kan?

dan si suami pun kenalah pandai main peranan sebagai suami. kalau terlalu merendah diri pun, senang isteri pijak kepala.

eh eh. i belum berkahwin so tak tau lah apa perasaannya. hahahah~!!

tapi i tengok usu and paksu i happy ever afta je... so shuwittt.. haa~

apa jenis status pun, tak menjamin apa-apa. yang penting masing-masing faham peranan masing-masing dan terima tanggungjawab dengan baik. baru hidup aman damai harmoni. hahah~

:)

29 November 2010

Nikah Gantung?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
Suami
Isteri
Wali
Saksi
Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

Masih menuntut di kolej atau universiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

sumber : GreenAppleKu, juga bersumberkan I Luv Islam