Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 June 2012

Jawatan Kosong

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

iklan sekejap,


Pencarian bermula: 
Jawatan Programmer & Technical Assistant. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Sesiapa yg berminat boleh emaikan CV ke nuridawati@geoinfo.com.my



ini website company, Geoinfo Services Sdn. Bhd.

ace try apply bagi sesiapa yang berminat. meh ler join company awok. eh eh betoi ke idak bahasa peghak awok. mau kena gelak ngan laki awok.



11 June 2012

Bila Suami Isteri Sama-sama Menang Peraduan

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

di satu pagi hening, sedang Puan N mengemas kini data untuk mengajar, satu mesej diterima dari seorang sahabat...

"Nadia, tahniah! menang kuiz ATSB.. hehe :P"

"Aaa? seriously?"

Lalu sahabat MMS sesuatu,


klik imej untuk tumbesaran

waa...

macam ku kenal nama pemenang ketiga itu.

dan hei!

nama pemenang kedua tu macam kenal lah!

lalu Puan N pun meng'forward' MMS itu kepada suami beliau, Encik I. lantas Puan N meminta Encik I beli Utusan hari ini, kita frame page ni nanti boleh tunjuk kat anak cucu cicit,

"dulu atuk ngan nenek join kuiz satelit lepas tu sama-sama menang."

ye, sama-sama menang tu tak tahan.

boleh ambil hadiah sama-sama (:

xoxo,
Puan Nadia Havez


10 June 2012

Harga TV RM1299 uolls!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hah murah ke mahal? haih. bila dah berumahtangga lagi-lagi rumah sendiri ni, nafsu untuk bershopping membuak-buak ibarat coklat mencurah-curah turun ke ladang gandum lalu jadilah koko krunch!

ok.

habis nafas.

pada hari sabtu, semalam maksud saya, sedang mentelaah surat khabar harian, ternampaklah satu iklan yang membuatkan saya, oh wow! abang, abang jom pergi giant lepas servis kereta, jom!

lalu sebagai suami mithali, beliau pun membawa saya ke giant terdekat. dekat tak dekat sangat, dekat dengan rumah.

lalu berpinar mata saya melihat ini,


oh, abang, RM1299 untuk tv 42 inci tu murah jeeee.

lepas pusing-pusing, ternampak pula Samsung, 43 inci dan RM1299 jugeee...

adoi.

berpusing-pusing kepala kami suami isteri fikir yang terbaik. patut beli ke tidak?

siap list kan advantages & disadvantages.

bukan senang nak keluarkan ribu-ribu dalam keadaan ekonomi kami sekeluarga tak berapa baik sangat sekarang ni. ye, duit memang ada. tapi baaaanyak lagi benda penting dalam rumah tu yang perlu kami beli.

tapi, bila lagi nak ada duit banyak-banyak sedebuk macam sekarang lalu membeli barang paling mahal? kalau setakat barang-barang lain yang harga kurang RM500 macam boleh lagi kumpul sikit-sikit atau beli dengan duit gaji bulan-bulan.

so macam mana?

3-4 kali juga suami kejap bangun kejap duduk. sebab duit beliau juga yang akan keluar dan mengalir deras. bukan duit saya. hehe.

kami akhirnya memutuskan untuk...


"beli yang ini aje lah ye, sayang? beli besar-besar pun sayang bukan tengok tv sangat..."

samsung 21 inci.

bukan flat skrin.

haha. takpe. saya rasa hati saya lebih tenang pula lepas beliau putuskan untuk beli ini.

lalu encik suami beli ini juga untuk buat saya tersenyum lebih lebar.


 yeah, suami siapa yang gigih sangat ni?

lalu menjadi ini!

yay! saya gembira tak terkata lah hai...

kemudian jadi lah ia begini,


alamak, macam mana nak sorok wayar-wayar tu ye?

eh, kenapalah bantal tu ada kat situ?


xoxo,
Puan Nadia Havez

p/s: suami adalah controller supaya saya tak boros. terima kasih, suami! *hugs and kisses* eh eh tutup mata semua! ^.^