Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 November 2010

Mati Lemas Depan Mata

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ni pertama kali berdepan dengan pengalaman ni. tak pernah mengalami perkara ni. pendek kata, ni yang pertama dalam hidup kami bertiga. bertiga? ya, i, kak zaza and aida.

what happen?

kami berada di Kuala Terengganu atas urusan kerja. kami sampai dalam tengahari isnin (22 Nov 10) dan check in di sebuah hotel yang menghadap Pantai Batu Burok.

excited! sebab rasa nak mandi laut. tapi boss pesan, jangan. pantai kat sini tak sesuai untuk mandi. sebab dia landai beberapa meter then suddenly lantai pantai tu curam. so, kami pun kata, kami nak main kat gigi air saja.

petang semalam (22 Nov 10), kami bertiga decide nak jalan-jalan tepi pantai. macam nak mandi laut, tapi tak apalah. ada lagi 4 hari kat sini. baru je jejak kaki kat pasir pantai, i nampak orang-orang cafe tu dah kecoh-kecoh. jerit-jerit. i dengar orang tu kata, "3 orang!!". berlari-lari pekerja hotel tu.

i dan aida rasa pelik, ada orang lemas ke? sebab pekerja tu terus capai pelampung. so kami tarik kak zaza sekali, pergi tengok apa yang kecoh-kecoh.

sayup dari tepi pantai, kami nampak ada 3 kepala orang terkapai-kapai di tengah laut. serius, ada orang lemas.

pekerja-pekerja hotel semua tengah ikat banyak-banyak tali kat pelampung tu bagi panjang. i nampak ada seorang budak lelaki tak putus tadah tangan, berdoa. mungkin ahli keluarga. lepas tu budak tu sujud kat tepi pantai. ada seorang makcik menangis peluk seorang budak perempuan. ya, kemungkinan besar tu ahli keluarga mangsa.

kami nampak 3 kepala tu masih terkapai-kapai. mereka cuba untuk bertahan. i tak faham kenapa tak ada bot ke, jet ski ke..

mula-mula nampak 3 kepala, then suddenly i tengok tinggal 2 je kepala yang tinggal. mana lagi satu? i tergamam sekejap. what happen?

seorang pekerja hotel (kita namakan uncle A) buka seluar panjang dia, ambil pelampung dan berenang ke tengah laut. ombak memang sangat kuat petang tu. lagipun sekarang musim tengkujuh kan.

uncle A sampai tengah laut dan mereka yang lemas tu berpaut pada pelampung. seorang lagi, uncle B pula tarik pelampung, nak pergi selamatkan juga. tapi ombak memang sangat besar. uncle B tak sempat sampai tengah laut. uncle A dan mereka yang berpaut sampai ke pantai lepas hampir 30 minit di tengah laut dan tunggu ombak bawa mereka ke pantai.

dua orang tu selamat. tapi ada seorang dibaringkan di pantai *kan mula-mula nampak 3 kepala then tiba-tiba jadi 2 kepala*. rupanya yang seorang tu tak dapat bertahan.

beberapa orang try buat CPR. air keluar dari mulut budak tu. muka dia dah biru, perut kembung.

i tak faham kenapa ambulans lambat tak sampai-sampai padahal hospital sultanah nur zahirah ada kat depan hotel kami je. masa semua orang tengah sibuk-sibuk buat CPR, i dengar ada orang arahkan angkat mangsa yang pengsan tu ke jalan besar sebab ambulans tak boleh masuk. tapi macam mana nak angkat mangsa? dari pantai ke jalan besar tu sangat jauh, ok! every seconds very precious kalau dalam keadaan ni. kerja menyelamat kena diteruskan.

lepas tu datanglah pasukan doktor dan nurse. tapi itu pun jalan lenggang kangkung. helloooo~~~~ somebody's antara hidup dan mati, sedang bertarung nyawa, u olls~ boleh jalan relax macam tu, kenapa tak berlari??? doktor-doktor ni kena ada kesedaran sivik lah. agaknya sebab tak kena dekat family members dia kot? what if kalau yang tengah nazak tu your family members? ada u nak berjalan macam tu? orang ramai yang tengok dah menyumpah-nyumpah. siap orang belakang i sebut, "orang dah siap kebumi baru nak sampai. terhegeh-hegeh!" i sangat kecewa.

dah pasang alat-alat yang diperlukan, pasukan doktor tu cuba usaha menyelamat. tapi lepas beberapa round CPR, doktor tengok tak ada tanda-tanda positif. hampir sejam juga usaha menyelamat. in the end, seorang doktor check denyutan jantung dia, check guna stetoskop. lepas tu, dia geleng kepala. pembantu doktor sebelah tu pun, geleng kepala. i tergamam. depan mata i.

makcik yang menangis tadi terus cium muka budak tu. kami faham. that boy dah pergi dijemput Ilahi. i pula yang menggigil. kematian terjadi betul-betul di depan mata kami. dari saat dia cuba bertahan di tengah laut, sampai saat hembusan nafas terakhir dia.

sesungguhnya, kematian itu pasti dan kita tak tahu bila masa kita akan tiba.

al-Fatihah...

T__________T

nak cerita lanjut, klik this link


papan warning? errr~ tak ada pun kat tempat pantai tu!

ada, kat hujunggggg nu.. sape yang tengok kat hujung tu??


:'(

12 November 2010

Anda malas nak masak? Perlukan makanan?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ecehh~ tiba-tiba blog i sekarang ni bertukar macam blog promotion pula ya? eheh. tak apa. i suka. sebab blog i kan, so suka hati i nak letak apa dan i tak kecilkan skop blog ni kepada hal tertentu sahaja. as long i nak kongsi apa yang terlintas dalam kepala i untuk u olls~ readers. eheh, macamlah blog i ni glamer macam belog hanis zalikha ke, ben ke, zara ke, yang boleh nak buat-buat promotion pulak.

my friend ada provide service untuk deliver makanan either lunch or dinner. ala-ala mcD delivery. you call, and they will deliver the meal to you. but..... bukanlah u call now then 30 minutes after that you boleh dapat your meal.

mereka provide makanan berlauk dengan harga yang sangat affordable. untuk 3 orang makan, hanya RM8. menarik tak?

kalau rasa malas nak keluar makan masa office lunch hour tu, u olls~ boleh lah order, then they will deliver it to your office.

oh oh, my friend ada yang dah cuba. dia cakap sangaaaatttt sedap. aih, my friend yang pandai masak ni pun boleh komen sangat sedap kan....

1 fine day i pun nak try juga. tengoklah next week ke.

for more info, u olls~ boleh klik this link

DNZ Food Service

khusus untuk kawasan ampang, keramat, kg. pandan dan sekitarnya.

lain-lain info u olls~ boleh tengoklah ye ^_^

11 November 2010

Cardigan ^_^

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

yay!!! cardigan labuh yang konon i nak bawak pergi jumpa bakal mak mertua tapi tak pun tu dah sampai! ahahah. yesss... memang labuh hokay~ i sukaaaaaa....

colour light grey. yaa.. memang melebihi paras punggung. tersangat amatlah suka. jenis kain dia pun bukan yang melekat kat badan. memang suka lah. hehe.

oh, i nak promote satu kedai kat Wangsa Walk Mall. baju-baju yang dia jual, sangatlah sesuai untuk muslimah. i mean, dia tak adalah highlight dia butik muslimah, tapi apa yang dia jual tu, sesuai untuk mereka yang menutup aurat.

sebab blaus dia labuh melepasi punggung, jubah yang banyak-banyak style pun sangat banyak dan banyak saiz, pilih saja. baju kurung, baju kurung moden, semua cantik-cantik yuuu~

yang penting...

harga sangat affordable. i teringin satu jubah moden kat situ harga RM90.00. oh, i belum pernah jumpa lagi harga jubah yang cantik-cantik (bukan jubah kosong semata) yang harga below than RM100.

ke u olls~ ada pernah jumpa? i je yang ketinggalan zaman tak tau ni?

kedai dia dekat aras 1. errr... satu lantai dengan POPULAR dan FOS. i pun tak tau aras macam mana sebab wangsa walk ni macam banyak tangga dan bertangga-tangga.

nama kedai tu PEACE. u olls~ carilah dekat aras tu. memang banyak butik kan aras tu.

bulan depan i nak beli jubah yang lawa tu. nak bawa jumpa bakal mak mertua juga. hahahaha.

^_~v