Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 June 2014

Hargailah orang yang kita sayang.

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Aku jaranglah kan.. jarang ke tak pernah.. jarang cerita pasal kawan-kawan yang rapat dengan aku dalam blog aku ni kan. Mungkin sebab aku rasa setiap orang sangat special dengan karakter masing-masing, jadi kalau sorang dua je yang aku cerita dalam blog ni, aku rasa aku bersikap sedikit tak adil. Nak cerita semua pun aku jarang lah hai rajin nak update blog kan. Mau sorang setahun je yang aku ceritakan.

Pagi ni aku diarrhea plus muntah-muntah. Aku tak tahu lah aku mengandung ke tak. Nanti-nanti lah kita cerita yea? Sebab sekarang aku nak cerita pasal sorang kawan, sahabat, teman, kakak yang baik di sisi aku.

Kakak yang sorang ni aku kenal dia masa aku mula-mula masuk kerja kat Geoinfo. First company aku tu. Dan dia lah antara orang yang kira paling rapat dengan aku kat sana. Dia lah antara orang yang terawal tegur aku masa aku baru masuk company tu.

Masa tu kat surau...
"Nama siapa? Baru masuk eh?"

"Saya Nadia. Haah, baru masuk.."

"Ooo.. Saya Syaf." Senyum.

Lama pastu baru aku tahu dia ni pangkat kakak. Tiga tahun lagi tua dari aku.

Dia satu-satunya manusia yang suka eja nama aku Nadya. Sekarang ni dia suka pulak panggil aku Nelydia. Heh, bukan sebab aku dan Nelydia tu serupa, tapi sebab dia rasa Nadya & Nelydia tu sama je nak taip dalam Whatsapp.

-_-"

Dia baru lepas bersalin minggu lepas. Comel. Baby boy.

Dia bersalin emergency c-sect. Sebab heartbeat baby dah tak menentu. Lepas tu dapat tahu dia kena denggi rupanya.

Dan sekarang, dia masih di hospital. Baru dipindahkan ke High Dependency Unit (HDU).

Lepas balik dari klinik tadi, aku gegas ke hospital. Tak nak terlepas waktu melawat kononnya. Waktu melawat kan 12-2pm sajoh.

Aku sempat beli anggur hitam. Sebab ada kawan aku bekas nurse kata anggur hitam baik untuk orang yang kena denggi.

Aku sampai hospital agak lewat. Dekat pukul 1.50. Orang sakit melawat orang sakit. Aku naik ke wad. Guard tak bagi aku masuk. Sebab katanya patient nak dibawa pergi scan.

"Tapi adik tunggu jap kat luar. Saya tanya dulu boleh masuk melawat lagi ke tak."

Dalam hati aku berdoa, bolehlah.. bolehlah.. kalau tak, terpaksa lah aku datang petang karang.

"Ok, adik boleh masuk, tapi sekejap aje, ok?"

Alhamdulillah, masyaAllah! Terima kasih, Allah.. bagi aku peluang ni.

Sampai kat katil Kak Syaf, aku tahan sebak je. Kontrol air mata. Aku tahu aku tak boleh menangis. Kalau aku menangis sure dia tak mahu kongsi apa-apa rahsia dah dengan aku lepas ni.

Dengan entah wayar apa berselirat kat sekeliling dia, tiub ape entah tu yang letak kat hidung tu, mesin 3, 4 biji, satu paket darah tengah on the way masuk dalam badan dia, hati mana tak sedih!

Aku salam, cium tangan dia. Lemahnya dia! First time aku tengok dia macam tu. Dia ni seorang yang lasak, yang ceria, happy-go-lucky, ada masalah pun macam tak ada masalah, tapi hari ni, semua tu aku tak nampak. Dia terbaring, lesu.

"Ni apa semua ni wayar-wayar, tiub-tiub semua ni? Apsal diorang letak semua ni?"

"Entah. Ni air.. ni antibiotik, ni darah.."

"Eii apsal banyak sangat mesin ni. Serabut.."

Dia senyum. "Entah. Kak Syaf nampak macam kritikal ke?"

"Entah, sihat je Nadia tengok." Aku cuba ubah mood. Tak mau mood sedih-sedih. Dia pun tahu perangai aku.

"Kita kat HDW ni. Sama macam ICU kan?"

Aku angguk. "Lebih kurang. Low class sikit dari ICU." Aku dah tak mampu nak bergurau apa lagi. Mood serius datang, "akak.. doktor cakap apa.. serius sangat ke? Apsal diorang bawa akak masuk wad ni? Apsal tak wad biasa je. Apa sebenarnya yang berlaku..."

"Entah.. doktor cakap kat Fazran, 50-50. Sebab darah tak berhenti 18 jam." Fazran tu suami dia.

Apa? 50-50? Aku tak salah dengar kan? Malas nak ambil port. Tukar topik lagi. "Kak Syaf ada tv sendiri? Waa bestnya.. siap ada cd. Macam mana akak nak pasang cd tu, bukannya akak boleh bergerak ke sana pun.."

"Tu.. suruh nurse pasangkan."

Seorang patient dijaga seorang nurse.

Kenapa ni? Teruk sangat ke? Kenapa dengan Kak Syaf? Apa yang berlaku sebenarnya? Apa komplikasinya? Soalan-soalan ni yang bermain dalam fikiran aku. Sama macam masa Fateh mula-mula masuk wad dulu.

Kenapa

Kenapa

Kenapa...

Sebelum air mata aku menitik, baik aku keluar cepat-cepat.

"Ok, Kak Syaf.. Nadia balik dulu. Apa-apa hal bagitau eh?"

"Nantilah Kak Syaf cerita."

"Make sure akak sihat dulu!"

Dalam kereta aku dah hambur tangis habis-habisan. Seorang yang aku sayang, yang rapat dengan aku, sekarang ni terbaring lemah tak berdaya macam tu.

Pause.

Aku nak kesat air mata.

Aku tak nak fikir yang bukan-bukan. Hari baik bulan baik, seeloknya aku panjatkan doa untuk dia. Makruh nangis-nangis time puasa ni.

Kak Syaf, kalau Kak Syaf dapat baca blog Nadia ni kat hospital tu, Nadia sayang akak sangat-sangat. Nadia tau akak kuat, tak payah cakap pun, Nadia tau akak memang kuat. Fazran perlukan akak, Ukashah pun.

Nadia sayang Kak Syaf...

Nadia tahu Kak Syaf tak minat Siti Nurhaliza tapi tak kira lah nak letak juga lagu ni,


Jom kita sama-sama tembak doa untuk Kak Syaf.

Thanks korang!

Mwah!






26 June 2014

Prosedur MCUG? Apa tu?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Dah setahun cerita ni berlalu. Tapi aku masih tak boleh lupa, macam mana kecilnya Fateh, dan macam mana berseliratnya wayar keliling dia.

Entri 1 : Fateh Al-Hafidz dan Hospital
Entri 2 : Fateh Al-Hafidz yang kuat!

Ni sambungan, susulan dari kes masuk wad tu.

Lepas dah check ultrasound, alhamdulillah buah pinggang Fateh ok, tak ada masalah, tak ada isu pembengkakan buah pinggang.

Tapi doktor tu cakap, Fateh kena undergo satu lagi prosedur, MCUG.

An MCUG/VCUG is most commonly used in children who have repeated urinary tract infections. In some children, a problem with the junction of the ureters and bladder allows urine to flow backwards towards the kidneys instead of away from them. This condition is called vesicoureteric reflux. Usually this valve problem does not cause the urine infections, but in children who get them, it is important that it is picked up. This is so that action can be taken to protect the kidneys from infected urine, and so prevent kidney damage. This is most often why an MCUG/VCUG is done. (http://www.patient.co.uk/health/micturatingvoiding-cystourethrogram-mcugvcug)

Aku tolong copy aje lah eh? Nak terangkan tak reti. I is not a doc.

Aku dah konfius. Hari tu masa dekat wad, doktor pakar kata, kalau lepas ujian ultrasound, then everything ok, normal, means dah tak ada apa-apa. Tak perlu follow-up apa lagi dah.

Ni MCUG amende pulak yang doktor sorang ni cakap?

Doktor tu bagi tarikh appointment untuk datang semula, ambil tarikh untuk prosedur MCUG.

Kat rumah aku google pasal MCUG, aku bertanya kepada orang-orang yang berkenaan, cuba mencari sebaik mungkin apa itu MCUG.

Kebanyakan kata tak perlu prosedur tu. Sebab? Anak aku tak ada apa-apa tanda-tanda yang berkaitan. Lagipun prosedur tu agak menyakitkan untuk baby yang baru berumur 2 bulan!

2 bulan.. tak terdaya aku nak tengok alat sulit anak aku dimasukkan bendasing, yang boleh efek kepada dia nanti. He is still too small.

Seminggu kendian, kitorang pun datang semula ke PPUM untuk ambil tarikh prosedur MCUG kononnya. Aku pun puaslah bersoal-jawab dengan doktor tu. Masa ni doktor tu tengah belek buku tebal dia, nak revise apa aku pun tak tahu.

"Doktor, kenapa kena buat prosedur MCUG ni eh? Doktor kata semua dah ok. Jadi untuk apa kita buat MCUG ni?"

"Ini termasuk dalam SOP. Jadi kita kena buat."

"Apa tanda-tanda yang ada pada anak saya sampai dia kena buat MCUG tu? Bukan ke kalau ada UTI je kena buat MCUG?"

*UTI - http://www.babycenter.com/0_urinary-tract-infection-in-babies_10910.bc

"Anak Puan dimasukkan ke wad sebab jangkitan kuman. Jadi MCUG ni adalah salah satu SOP untuk anak Puan. Ini prosedur." Suara doktor tu dah agak tinggi sedikit.

"Tapi doktor pakar kat wad hari tu tak ada pun cakap pasal MCUG ni? Dan anak saya tak ada masalah UTI, doktor sendiri akui, kan?"

"Ini prosedur Puan! Secara teorinya kita kena buat MCUG ni!" wahhh doktor dah tinggi suara.

"Kalau saya nak dapatkan 2nd opinion boleh tak?"

"Boleh. Terpulang pada Puan. Saya akan buat surat untuk Puan kemukakan kepada pihak kedua. Dan saya juga perlu dokumenkan kenyataan Puan dan Puan tandatangan. Puan sendiri yang tolak prosedur ni dijalankan." Muka menahan marah.

Lepas tu tak ada pun surat yang dia suruh sign sebab aku tolak prosedur tu.

Aku bersangka baik. Memang doktor kena ikut SOP, kena ikut prosedur.

Tapi, sebagai mak ayah, kita kena tahu juga apa prosedur yang doktor nak buat untuk anak kita. Aku bukan orang yang tolak doktor, malah aku rasa hospital tu rumah kedua aku. Aku tak pernah bangkang apa sahaja pendapat doktor selama ni. Cuma this time, aku berpendapat prosedur ini tidak perlu.

Teori memang tetap teori. Tapi tindakan yang perlu dibuat masih bergantung kepada keadaan semasa. Doktor tu baru grad, jadi, normal lah kot, a bit skema. Hehe.

Alhamdulillah so far Fateh ok. Tak tahulah kendian hari. InsyaAllah, aku dan suami akan jaga amanah Allah ini sebaiknya. Semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak-anak.




24 June 2014

Tips berpuasa untuk breastfeeding mommy

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Cewahhh.. baru setahun jagung nak bertips-tips bagai eh? Hehe J

Mana ilmu yang ada, kita panjang-panjangkan. Ye dak?

Dah lama pulak tak tulis entri ala-ala ilmiah ni. Aku tak tau macam mana nak start dan hilang arah nak menulis. Sama ada lari tajuk ataupun merapu-rapu tak ada point.

Jadi baik kita make it into point lah, senang orang nak baca, ye dak?

Aku masih menyusukan Fateh. Tak ada campur-campur susu formula. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Jadi nak masuk bulan puasa ni, aku agak risau. Ada yang kata, nanti susu drop sebab kita kurang minum air (aku minum lebih 5 liter sehari, ok? Lagi-lagi tengah cuaca panas sekarang). Aku google macam-macam tips berpuasa untuk breastfeeding mommy ni. Jadi aku try sendiri, apply masa berpuasa sunat. Boleh ler kalau kome nak cuba jugak.

  1. Sahur is a MUST! Kau dah lah gastrik pastu memandai tak nak sahur memang sengaja cari penyakit namanya. Dan sahur mestilah meriah macam buka puasa. Maksud aku, makan berat, nasi, lauk etc etc. Janganlah bila aku kata meriah ni kuih lompat tikam, seri muka, agar-agar buah bagai kau nak ada atas meja sahur. Melainkan baki buka puasa semalam. Hehe. Jangan membazir.
  2. Minum air masak dengan banyaknya. Ini serius! Aku minum 3 liter air masa bersahur. Haha. Kembung tak kembung? Memang kembung la. Masa solat subuh tu rasa nak terbelahak balik la segala benda yang dimakan.
  3. Makan kurma. Ni tak payah cerita lah memang ramai tahu kelebihan kurma ni sebagai instant energy. Aku akui aku ni jenis kurang rajin makan kurma. Tapi cannot deny lah kelebihan buah sunnah ni.
  4. Pam macam biasa. Dulu aku rasa macam nak tukar timing pam susu, lepas sahur dan lepas berbuka. Tapi, ramai kata pam je macam biasa. Ikut timing biasa. Sebab otak dah set begitu. Dan aku try, Alhamdulillah susu tak drop pun malah dapat extra gituuu. Yang penting adalah…… Sila ke point seterusnya,
  5. Mindset & Determination. Yes! Yang penting adalah MINDSET! Takde maknanya kalau berpuasa, susu takde. Susu tu akan produce juga. Percaya lah. Lagipun kau bukan tak makan, tak minum. Cuma tukar waktu makan & minum je. Dan keinginan kena kuat!
  6. Jangan lewat berbuka. Of kos la siapa tak nak berbuka lepas seharian puasa kan. Hehe. Oleh sebab pagi tadi aku dah minum 3 liter air masa sahur, so masa buka minum 2 liter air. Bagi badan ni terhidrat semula. Husy macam iklan 100PLUS.
  7. Doa. Ni yang penting. Doa ni bukan masa puasa je. Sepanjang masa pun kita kena doa kan. Semoga Allah mudahkan perjalanan kita nak menyusukan anak sebaiknya, dan Allah kuatkan semangat dan azam kita untuk terus usaha, usaha, dan usaha.


Aku percaya, setiap anak tu Allah dah tetapkan rezeki dia. Kita usaha sebaik mungkin untuk bagi yang terbaik untuk anak.

Doa seorang ibu tu mustajab, tak ada hijab, kan?

Selamat berpuasa dan selamat berusaha kawan-kawan! Go go chayok!