:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Masa duk dalam wad hari tu, aku selalu sangat tak cukup tidur. Walaupun dah namanya dalam wad haruslah kau mampu makan tidur makan tidur sesuka hati kan dah tu apa lagi yang mampu kau buat?
Tapi takk.. tiap saat aku kira detik waktu bila makanan nak sampai weh! Breakfast 7.30, lunch 11.30, dinner 5.30. Lepas tu aku paksa Imam tapau makanan untuk bekalan di malam hari.
Sila maafkan saya sebab saya perlu suap 3 mulut. Mulut sendiri, mulut Fateh & mulut baby.
Tehee~
Dah tu bila time waktu malam, dah siap kena nebulizer, makan ubat, injection semua tu, seharusnya lah aku mampu tidur lena, kan. Tapi rupanya tak. Tetiap sejam ke 2 jam aku terjaga. Aku pun tak tahu kenapa tapi memang tak boleh tidur langsung!
Fateh pula asyik merengek je. Asal aku bergerak sikit dia menangis. Aku nak ke toilet pun susah. Almaklum dah sampai zaman-zaman nak terbuang air kecil je memalam.
Nak jadikan cerita, ada satu malam tu, aku paksa Imam tak tidur juga. Layan aku sembang. Kehkehkeh.
Macam-macam benda lah yang kitorang sembang sampai lah ke topik nama untuk 2nd baby ni.
"Hisyy.. baru 10 minggu dah nak cari nama. Jantina pun tak tahu lagi perempuan ke lelaki." Imam bising.
"Alaaa.. saje-saje je. Sian baby ni kita kurang perhatian sikit kat dia. Masa Fateh dulu, excited betul. Hari-hari tengok perut. Yang ni tak pun..."
"Yelah, so nak nama apa?"
"Sayang dapat rasakan baby kali ni perempuan."
"Yeke? Sebab apa?"
"Entah. Firasat. Agaknya sebab tahun ni ramai anak kawan-kawan lahir perempuan kot." Hehe logik ke tak reason aku tu.
"Ok lah, so Sayang nak nama macam mana?"
"Kalau letak nama macam orang-orang lama sweet kan?"
"Contoh?"
"Melati.. Melur.. Orked.."
Imam dah gelak masa ni.
"Betul lah kan. Bosan lah nama canggih sangat. Danisha Ellina Iriz."
Imam masih ketawa. "Abang tahu nak letak nama apa.."
"Nama apa?"
"Kuntum! Tak pun Kiambang!"
Isy! Aku dah terbayang bunga kiambang tetengah kolam.
..
..
Isy!
No comments:
Post a Comment