Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 November 2014

Dilema Wanita Berkerjaya

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Perrhh.. tajuk tu dah macam ala-ala ilmiah pula entri kali ni kan? Mungkin lah, mungkin lah berbaur ilmiah sikit. Sikit je. Don't worry :)

Aku dapat Whatsapp ni dari sorang kawan,

Yang mesej last tu dia kata rasa nak tarik diri dari tempat kerja dia.

Sesiapa yang follow blog aku mesti pernah baca entri tiba-tiba aku berhenti kerja, drastik, tanpa mohon mana-mana kerja di tempat lain, dan mengisytiharkan aku nak ambil 'Degree in Housewifing'.

Tu antara salah satu sebab aku berhenti dulu. Anak asyik sakit. Hampir tiap minggu aku terpaksa EL. Tu belum campur plus plus aku sendiri yang banyak penyakit ni terpaksa MC sebab diri sendiri sakit. Oh, come on. Biasalah kan budak kecil, baru hantar nurseri, mulalah segala macam penyakit datang. Batuk, demam, selsema tu common sangat. Kalau kau pergi klinik, anak kau batuk, soalan pertama doktor, "Anak duduk kat nurseri ke?"

Normal.

Dan jawapan doktor, "biasalahhh.. kalau duduk nurseri ni memang berjangkit-jangkit. Anak kita sihat, anak orang lain tak sihat, berjangkit kat anak kita. Lepas tu anak kita sakit, dia pula bagi penyakit kat kawan dia..."

Pfftt.. jadi kalau circulation ni tak berhenti, apa pilihan yang mak ayah ada? Salah seorang berhenti kerja dan jaga anak? Banyak duit boleh lah cerita. Hidup sekarang terlalu menekan.

Hampir semua wanita bekerjaya, yang ada anak, sangat berharap mampu berhenti kerja dan jaga anak kat rumah, jaga suami, jaga rumah. Serius. Serius sangat-sangat. Tak caya try buat survey.

Dan jangan ingat perempuan bekerja ni sebab nak duit lebih, boleh shopping handbag, kasut baru tetiap bulan. Oh, please stop talking nonsense. Aku tak pernah ada handbag atau baju baru tetiap bulan. Setahun sekali mungkin. As for me, frankly speaking, ekonomi keluarga, aku yang dominan. Not to say husband aku tak kuat bekerja ke apa ke, tapi dah itu portion dia dan aku terima dia seadanya, bak kata tok kadi yang nikahkan kami,

"Nadia, kamu tahu kan, kamu lebih tinggi pangkat dari suami kamu. Tapi apa jadi sekali pun, dia tetap suami, yang WAJIB kamu taati. Pangkat kamu tu dunia je. Tapi di sisi Allah, suami kamu berpangkat lagi tinggi dari kamu."

Sampai sekarang aku ingat pesan tok kadi tu.

Eh, dah ke mana aku melalut ni.

Camni lah ek, soal anak ni. Pertama sekali, first 2 years tu memang mencabar semua mak ayah dalam dunia ni. Tapi lebihnya mak lah. Cuma dalam kes aku, dua-dua risau bagai nak rak. Dan Imam pun takes turn jaga Fateh. So bukan aku sorang yang risau, pening nak ambil cuti ni. Imam pun sama. Oleh kerana aku dah BANYAK sangat cuti sebab diri sendiri sakit, plus pregnant lagi, check up sana sini lah segala hal, maka, kalau tiba-tiba Fateh tak sihat, selalunya Imam yang akan cuti. Alhamdulillah, Imam adalah suami terbaik. Segala benda dia boleh handle. Start dari mandikan Fateh, tukar pampers, bagi susu, masak makanan Fateh, suap Fateh, main dengan Fateh, semua yang mak-mak buat, dia boleh buat lah. In fact, Imam juga yang banyak ajar aku jaga baby masa Fateh lahir dulu. Aku tak pernah mandikan Fateh sampai Fateh dah pandai berdiri, baru aku berani mandikan dia. Haha. Hebat sungguh suamiku. Tiba-tiba aku rasa macam aku isteri dan mak yang loser, duh!

Kedua, lepas Fateh asyik sakit hantar nurseri, kami suami isteri decide hantar Fateh ke rumah pengasuh. Memang lah orang kata, better hantar ke taska lah, registered dengan JKM, apa-apa jadi, boleh ambil tindakan and so. But again, alhamdulillah aku rasa ni pun rezeki aku, Allah permudahkan. Pengasuh Fateh bukan orang lain. Jiran mak aku juga. Yang dah kenal mak aku sejak mak aku anak dara lagi. So yeahh.. Thanks Oni! (Panggilan Fateh untuk mak angkat dia). Dia jaga Fateh macam anak sendiri, tak berkira kalau tetiba pukul 8 malam baru aku ambil Fateh, anak-anak dia pun sayang gila kat Fateh. Dan aku rasa dia lagi pandai jaga Fateh dari aku. Fateh dengar cakap dia! Tak berani melawan! Fateh sangat behave kat rumah dia. Haha! Again, aku terasa aku ni mak yang loser. Pffftttt!!

Ketiga, sekali lagi rezeki aku dapat bos dan officemate yang baik dan memahami kat sini. Yang sentiasa buat aku rasa terharuuu dengan kebaikan mereka. Jadi, oleh sebab aku berdilema cenggini, maka segala hari yang aku ter'cuti' tu, aku ganti semula. Aku akan kerja lebih sikit masa tanpa claim, atau sabtu ahad pun aku tak berkira untuk bekerja. Malah aku pernah bawa laptop ke hospital sebab ada kerja nak kena buat tapi aku terpaksa cuti sebab appointment hospital. Tehee~ Maka, laptop, Skype, handphone, Whatsapp mejadi kawan baik. Oh tak lupa, internet line. Lagipun bosan kan tunggu turn kat hospital tu. Bawa kerja office ke hospital pun antara langkah bijak aku rasa.

Tak semua dari langkah di atas boleh dilakukan oleh semua wanita. Bergantung situasi masing-masing. Alhamdulillah, aku bersyukur Allah kurniakan aku suami yang terbaik, anak yang baik, dan suasana kerja serta bos dan kawan sekerja yang baik. Alhamdulillah. Maka, kita-kita wanita yang bekerjaya ni, nak tak nak kena cari solution kepada segala masalah yang ada. At least minimize kan impak masalah tu. Tak boleh tang sini, kona tang sana. Setiap masalah akan ada penyelesaian, insyaAllah. Banyakkan berdoa. Mohon pada Allah moga dipermudahkan segala urusan.

Aku doakan semua wanita bekerjaya mampu handle suami, anak dan kerja sekaligus dengan sukses. Aku doakan kita semua mampu lakukan yang terbaik. 

Walau macam mana sekalipun, syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Redha suami tu penting.

Dan aku berdoa, suatu hari nanti, kita perempuan ni tak perlu bekerja keras. Sebab pekerjaan terbaik untuk wanita adalah suri di hati suami dan anak-anak. Semoga semua wanita mampu mendidik dan menjaga anak serta rumahtangga dengan baik, dengan tangan sendiri.

Aminn...

2 comments:

  1. Thanks for sharing! Just to share mine, saya pernah kerja full time. Memang penat, tak tolong pun buat kerja rumah (saya duduk dengan family)... Sekarang dah buat perniagaan sendiri. Alhamdulillah masa lebih flexible.. Stay strong. Working women yang boleh handle semua memang hebat!

    ReplyDelete
  2. Saya sedang fikir juga untuk berhenti dan jaga anak-anak..harap dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete