Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 October 2012

Dia Ada Perempuan Lain?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Puan Ya berbaring di katil. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Dia perlu tidur awal untuk persediaan mengajar esok hari. Sambil berbaring, dia mengambil telefon bimbit suaminya dan membaca mesej-mesej dalam dalam peti masuk telefon itu. Suaminya Encik Im sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Puan Ya bermonolog sendiri.

Puan Ya : 'Awak'? Siapa pula 'Awak' ni?

Puan Ya terus membaca mesej dari 'Awak' itu.

'Goodnight, sayang. Abang baru sampai rumah..'

Dan Puan Ya terus membaca mesej-mesej lain yang nyata merobek hati wanitanya.

Lantas Puan Ya ke ruang tamu. Dia memerlukan penjelasan.

Puan Ya : Abang, siapa 'Awak' dalam handset abang ni?
Encik Im : Yang sayang pergi baca mesej dalam phone abang tu kenapa?
Puan Ya : Siapa dia ni, bang? Abang dah tak sayang saya ke?

Mereka bertengkar. Encik Im masuk ke bilik dan mengunci pintu. Puan Ya menangis.

Siapa 'Awak' ni? Puan Ya tersedu-sedu, kecewa.

Dalam sedang tersedu, Puan Ya membuka mata.

'Ya Allah, Astaghfirullah!'

Puan Ya memandang suaminya yang masih tidur di sebelah.

'Aku bermimpi rupanya. Nasib baik mimpi. Astaghfirullah...'

Puan Ya lalu memeluk suaminya, bagai tak mahu dilepaskan sampai bila-bila. Encik Im terjaga.

Encik Im : Kenapa ni? Kenapa mata sayang berair ni?
Puan Ya : Sayang mimpi abang ada perempuan lain.
Encik Im : Astaghfirullah, dah-dah. Tidur-tidur.

Diam. Mata Puan Ya masih berair.

Dalam diam dia berdoa janganlah mimpi tu jadi nyata!





11 October 2012

Yang Penting...

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Di satu petang yang hening, Encik Im menelefon Puan Ya,

Encik Im : Wah, sayang dapat duit extra boleh belanja abang malam ni?
Puan Ya : Boleh, boleh! Abang nak apa?
Encik Im : Tak ada lah. Gurau je. Abang hanya nak sayang sampai rumah dengan selamat aje.

Cair.

Maybe he is not romantic at all as I minta bunga pun tak paham-paham, but he has his way to show his love.

Melting.



<3 p="p">

10 October 2012

Stiletto

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

I used to wear stiletto before. Loooongggg time ago. Encik suami tak percaya tu! Yaaahhhh dia tak pernah nampak i'm wearing stiletto.

 from FashionValet.net


both are Christian Louboutin


Menangis tengok! haha. Hujung tumit tu boleh buat protection tu. Boleh berlubang kepala penjenayah if diorang nak buat apa-apa kat kita.

Rasa nak tunjuk kat suami yang bini dia ni boleh pakai stiletto sebenarnya.

Hehe.