Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

08 May 2014

Degree in Housewifing - Kenapa tiba-tiba aku berhenti kerja dulu? - Part 2

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Ahah! Mari kita belajar jadi budak tak skema.

Eh, mak budak tak skema.

Let me be me. Let my blog be my blog.

Macam dalam entri yang ini, aku dah explain 1 sebab ngape aku berenti kat company lama kan?

Tetiba aku macam teringat ada lagi sebab yang agak besar kenapa aku berhenti dari company lama.

Bukan nak memburukkan, tapi nak bagi pendedahan, pengajaran kat kawan-kawan yang baca blog ni, bahawasanya perkara macam ni boleh berlaku.

Bahawasanya.

Tetiba aku jadi skema balik.

Ok, back to the point.

Satu hari tu, team aku kat company lama tu dapat shortlisted dalam satu pertandingan ***2014 (nama pertandingan dirahsiakan). Then, aku tanya boss tu, "nak saya prepare apa-apa tak?" di awal pagi tu.

"Tak apa.. takyah buat apa-apa dulu. Nanti akak settle kan."

Dan aku buat kerja aku yang memang menimbun tu.

Dekat-dekat pukul 5 petang aku dah nak kemas beg nak balik tiba-tiba dia kata, "Nadia nanti tolong akak buat skrip, ye? Ni isi-isi dia, kejap lagi lepas akak solat, akak tengok..."

Deh?

Ok, aku pun on komputer, mula lah menaip.

Aku blur sekejap. Sebab, aku tak pernah ada skrip kalau nak present apa-apa! Isi penting dan keyword, tu je la. Tapi namanya nak buat skrip panjang berjela macam karangan zaman SPM dulu memang tak lah!

Dia siap solat, aku baru siap satu perenggan. Dia baca apa yang aku taip, sudahnya sesi kami jadi sesi dia-cakap-aku-taip.

Aku da tengok-tengok jam. Dah dekat pukul 6. Dia entah ke mana, aku sapa teammate aku, "camne ni? Nadia kena pergi ambil anak ni.."

"Entah." Jawab kawan tu.

"Nadia gi ambik Fateh kejap lah ye?"

Aku turun, husband dah tunggu depan office. "Kita ambik Fateh jap lepas tu kita datang balik. Abang lepak masjid, boleh? Kena siapkan kerja."

Dan lepas ambik Fateh, husband aku lepak kat masjid, aku bawa Fateh naik ke office.

Kalau Fateh pun ada sekali alamatnya 1 yang aku taip, 10 lagi Fateh taip. Apa pun kerja tak jalan, sampai lepas maghrib. Aku minta husband naik atas, minta tolong dia jaga Fateh, dan lepak kat surau office.

Aku janji dengan husband sampai kul 8. Tapi dah 8 lebih, aku lanjut sampai kul 10 malam. Lepas 10 malam husband aku dah mula angin.

"Ni bila nak balik ni? Penting sangat ke anugerah tu sampai tak boleh tunggu esok?"

The thing is, esoknya akak tu cuti.

Dan dia tak mahu lepaskan 'kerja' tu kat aku dan teammate aku je. Dia kalau boleh nak tengok kitorang taip satu-satu apa yang dia cakap.

Haisy. Cannot go la like this.

Kalau setakat kerja aku hanya taip apa dia cakap, why not dia balik rumah dan taip sendiri? Kenapa nak suruh juga kitorang stay back?

Dan, kalau dah tahu nak minta tolong your sub-ordinate, why don't you bagi je kepercayaan untuk kitorang buat esoknya and you pergi lah balik kampung, kan?

Sudahnya, kami balik dekat pukul 1 pagi. Dia pun buat muka sombong je depan husband aku, sikit pun tak minta maaf, Fateh berulang kali menangis kat surau tu sebab mengantuk dan tak selesa, dan haisy, I cannot go lah.

Esoknya, bila GCEO review presentation kitorang, terus kena reject.

Tak ke sia-sia kerja sampai pukul 1 pagi?

Sudahnya aku dan teammate aku buat semula.

Dan hasil kami berdua pada petang tu membanggakan GCEO.

So apa hasil stay up sampai pukul 1 pagi?

Bukan ke pagi tu dia kata nanti akak settle kan?

Dah tu tetibe kami kena stay?

Dan aku nyaris gaduh ngan laki sendiri?





02 May 2014

Degree in Housewifing - Kenapa tiba-tiba aku berhenti kerja dulu?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Gahhh.. Encik Tuan kata aku ni skema sangat. So let us don't be too skema. Start now onward.

Macam dalam entri aku yang ini konon kata aku dah bulat hati tekad gila-gila punya letak jawatan dan vahhhh, jadi surirumah, jaga anak, dan... bisnes.

Tiba-tiba je now aku kat office. Dah bakpenya aku duduk kat office ni menengok laptop ni?

Dah cancel ambil Degree in Housewifing?

Actually it is not. Degree in Housewifing still cita-cita aku. Ahh sebenarnya aku nak terjun masuk bisnes. Dulu, dulu lah, bisnes laaa benda paling aku benci. Hari usahawan kat sekolah tu, aku lah orang paling last nak bagi idea. Tup tup tetibe jek sekarang aku nak bisnes?

Husband aku yang banyak bagi galakkan. Eh, ke ejanya galakan? Fail BM! Sebab, aku tak sihat. Selalu pergi hospital. Lepas tu aku jenis tak boleh tengok anak aku sakit, aku yang terlebih meroyan. Ahh bukan aku je. Mana-mana mak pun sama. Tapi aku kes sampai tak boleh buat kerja kat office kalau anak aku sakit. Dan aku nak cuti balik rumah jaga anak aku.

Aku tak tahu lah orang lain macam mana.

Tempat kerja lama aku tu tak boleh nak tolerate dengan hal-hal macam ni. Yelah, aku masuk kerja pun betul-betul lepas pantang. Anak masih baby, letak kat nurseri, macam-macam jadi. Demam batuk selsema, masuk wad semua lah! Sepanjang 7 bulan aku kerja kat previous company tu, tiap bulan anak aku demam, hampir tiap hari batuk selsema, dua kali masuk wad. Dan gila tak gila, masa Fateh dalam wad, aku-pergi-kerja-dari-hospital-hoi! Encik Tuan yang jaga Fateh. Hospital jadi rumah aku masa tu. Aku bersiap kat hospital, dan zazzzz pergi kerja, dari hospital. Sampai nurse tegur, "pergi kerja ye, kak?" Aku tak boleh terima keadaan macam ni.

Itu pun boss kata aku macam-macam. Attitude tak bagus katanya. Asyik cuti. Siap tanya, "mak Nadia tak boleh tolong jaga Fateh ke? Akak dulu masa anak akak sakit, mak mertua akak yang jaga. Tak pun husband akak..."

Ek? Tu anak aku. Takkan masa dia sakit mak aku yang jaga. Oihhh, beranak pandai, jaga tak pandai? Dan, sorry to say, apa jenis mak, apa jenis isteri, yang suruh suami yang jaga anak? Dan-kau-pergi-kerja? Siapa yang patut cari nafkah sekarang?

Kalau bergilir tu aku boleh terima lagi.

Aku stress.

Jiwa kacau aku duduk kat sana.

"Work performance Nadia memang tip top. Cuma akak tak boleh terima Nadia selalu cuti..."

Entahlah. As a boss, aku rasa dia should tolong staff dia overcome masalah. Bukan menambah masalah. Aku dah minta laptop untuk aku buat kerja dari rumah tapi dia tak bagi. Katanya, "tak apa.. ok je.. Nadia jaga lah Fateh dulu.."

Tapi belakang-belakang tetiba nak fired aku.

Ingat aku tak tau?

Dah lah, tetiba aku ngumpat pepagi jumaat yang barakah ni.

Tak pasal-pasal.

Aku sebenarnya tengah polish skill kurang skema aku.

So, aku mulakan dari blog.

Dan aku rasa aku dah lari tajuk. Eh, ke tak?


Salam sayang,
Nadia

p/s: jemput like page aku kat FB, Kedai Nadim
      akuu jual kain cotton rege RM49. serius tak tipu.





18 April 2014

Tips jika baby-baby anda tak mau makan.

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::



Salam dan hai semua! Lama tak jumpa. Ewah. Macam pergi oversea gayanya. Tak ke mana pun, ada je kat sini. Sibuk sikit. Uruskan perniagaan dan hurmmm baru start kerja baru (ni nanti I cerita kat post lain entah macam mana boleh letak jawatan Housewife).

Belum dapat title pegang lagi jawatan surirumah sepenuh masa tu untuk jangka masa yang lama. Takpe, insyaAllah satu hari nanti!

Berbalik kepada tajuk. Faham-faham je lah selama hari ni cikgu-cikgu kat nursery yang suapkan Fateh makan. Kalau Sabtu Ahad pun biasanya sama ada kami keluar atau kat rumah atok dan uwa Fateh, diorang yang rajin melayan Fateh. Ni bila dah full time jaga anak sendiri, baru nampak perangai sebenar dia.

Biasa dia ni!

Fateh susah nak makan apa yang saya masak. Dua tiga hari pertama saya rasa ok je kot. Lagipun dia tengah demam masa tu. So saya bagi alasan, dia demam tu yang tak selera makan. Tapi masuk hari keempat, saya dah pelik. Fateh dah tak demam pun tapi tak mahu makan. Bila disua makanan, dia geleng kepala atau kalau tak pun dia tepis pinggan.
Ibu masak tak sedap ke Fateh?

Kecik ati.

Tapi cikgu-cikgu dia kata dia kuat makan (macam ibu dia) so dengan rasa tak puas hati, saya pun google. Kenapa baby tak mahu makan.

Baby tak mahu makan ada beberapa sebab:-
1. Tak sihat
2. Dah bosan

Haha. Dua tu je lah yang dapat saya simpulkan.

Jadi macam mana cara nak atasi?

Saya cuba resepi lain. Guna resepi dalam blog Dr Halina. Tak menjadi juga. Aih.. saya ni dah hilang skill memasak ke?

Tiba-tiba saya terjumpa sesuatu dalam Google (ye, Google adalah bestfriend saya. Have I mentioned that?), try not to blend too smooth. Maybe your baby wants to try new texture.

So the next day I blend bubur Fateh a bit lumpy. Not lampi ok? Tu lambat pikap (baca: pick up). Fateh belum ada gigi tu yang selama ni blend smooth.

And try to feed him.

Try

Try

And walaaaa! Berjaya!

Habis satu pinggan bubur.

I am now a happy mom. 

Plus Fateh dah mula makan 3 kali sehari. Masa kita makan malam dia pun nak join. Kalau tak nanti dia marah.

Betul-betul kuat makan ikut perangai ibu dia. -_-“