Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

06 June 2014

Degree in Housewifing - Kenapa tiba-tiba aku berhenti kerja dulu? - Part 3

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Ni Part 1.

Ni Part 2.

Aku janji ni last entry pasal office lama aku. Aku nak tutup buku dah. Malas nak kenang. Barang yang lepas usah dikenang katanya.

Lepas kes anugerah sampai pukul 1 pagi tu, husband aku suruh hantar surat berhenti. Cannot go katanya. Aku pun dengan pasrah, hantar surat berhenti. Pada aku, baik aku fikirkan suami dan anak dari fikirkan orang lain.

Masa tu aku memang dah start berniaga sikit-sikit. Plan aku, nak teruskan meniaga. Dari segi kewangan memang agak susah lah untuk keluarga kecil kami yang sangat banyak komitmen ni. Sebab, gaji aku lebih sikit dari gaji husband. Jadi kalau aku tak kerja, memang agak parah lah kami. Bila ibu tanya, aku jawab, "Kalau dulu boleh makan KFC tiap minggu, sekarang ni tak la.." Takpe, susah senang ditempuh bersama. Cewah romantik lak pepagi jumaat ni. Gituuu...

Aku punya notis dua minggu je. Sebab aku masih dalam tempoh probation. Sebenarnya tarikh probation aku dah tamat sebelum aku hantar notis lagi. Abis tu akak tu pun takde respon apa, takde pun kata nak extend probation period atau nak permanent kan aku. Jadi, langkah terbaik aku hantar notis berhenti. Aku dapat rasa aku akan diberhentikan. Sebab, tetiba aku nampak melambak resume baru atas meja dia, dan dia pernah kata, "sebenarnya HR dah keluar surat nak berhentikan Nadia, tapi akak hold dulu sebab akak perlukan Nadia."

Sebelum diberhentikan, baik aku choww dulu.

Bila aku bagi surat berhenti, dia tanya aku, kenapa nak berhenti? Aku hanya kata, aku penat. Aku penat dengan semua ni. Aku penat dengan dia.

Dua tiga hari sebelum keluar, aku sempat jumpa Group CEO. Dia yang interview aku dulu, dia yang ambil aku bekerja. Jadi agak kurang manis kalau dia yang buka kan pintu masuk untuk aku, tapi aku keluar tak bagi salam.

Kat dia, aku ceritakan segalanya. Telus. Tak ada cover-cover. Dia patut tau apa yang berlaku. Sebab, sebelum aku, dah silih berganti orang bawah akak tu yang keluar masuk. Sampai ada sorang staf ni kata, "berhenti lagi staf dia..." Group CEO dengar teliti apa aku yang aku cakap. Sikit pun aku tak tinggal. Sampai berair lah mata aku. Aku ni memang cengeng kan? Hahaha.

Dan Group CEO offer kat aku, dia offer aku pilih mana-mana department atau company yang aku nak. Aku rasa better aku bincang dengan husband. Dan husband kata, no need. Ke mana pun aku pergi, aku masih dalam bangunan yang sama, dan masih ada posibiliti untuk bekerja dengan akak tu. Jadi husband said no.

I just say thanks to Group CEO yang baik hati nak offer aku macam tu. Aku terpaksa tolak. Dan dia serahkan kes aku kepada HR Manager. Petang tu HR Manager soh aku jumpa dia.

Malangnya, perjumpaan dengan HR Manager tak membantu apa pun. Hahah! Malah aku rasa aku ditindas dan tertindas. Aku pulak yang kena balik. "You yang sepatutnya faham dia. You yang sepatutnya ikut rentak dia. Dia dah lama kerja kat sini.. you baru je enam bulan, kan?"

Ahhh aku tak faham politik apakah ini semua. Dah lah jumpa aku, bukan one-to-one. Kat situ ada staf HR lain yang tengah buat kerja, dan ada GM company lain. Patut ke HR nak setel kan masalah staf buat aku macam tu? Bukan ke sepatutnya jumpa one-to-one ke?

Lagi lah buat aku rasa nak tolak bulat-bulat offer Group CEO tadi.

Macam mendiskriminasikan gila-gila staf baru. Pada diorang, siapa yang senior, dia lah yang betul...

Baiklah.

Aku pun mengundur diri dengan rela hati.

Aku tau aku macam meninggalkan nama buruk kat sana. Orang mesti ngata aku punya. Hahah!

Tapi, alhamdulillah, aku dapat tahu, sekarang, kat sana, dah implement review untuk supervisor. Kalau dulu hanya supervisor saje yang evaluate staf bawah dia. Now, staf bawah pun dipersilakan untuk evaluate supervisor.

Terima kasih Tuan Haji sebab terima cadangan saya.

Bak kata kawan aku yang masih kat sana, "Ni semua Nadia punya pasal. Sebab dia lah kita kena evaluate supervisor kita sekarang ni.."

Hahah! Takpe, takde la boss korang boleh sewenang-wenangnya buli korang pasni.

Peace! ^_^v

03 June 2014

Hijabi Flea Market - Review

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Sebagai pengusaha Kedai Nadim, kitorang tak pernah join SENDIRI benda-benda macam ni. Direct contact dengan customer. Dulu masa kecil-kecil aku selalu ikut makcik aku meniaga. Itu pun aku pemalu. Haha. Kau gelak eh? Sebab tu aku cakap, aku tak reti betul bab-bab bisnes ni. Kalau ada part bisnes masa sekolah dulu, aku lah orang paling belakang. Aku suka jadi orang belakang tabir.

Entah macam mana aku sahut cabaran nak join flea market ni. Anjuran Karangkraf. Aku expect this event mesti grand punya.. Musti hebat punya.. Musti marketing gila-gila punya. Sebab? 3 majalah besar Karangkraf yang join. Nur, DaraDotCom dan Hijabista. Aku pun selalu join event jadi aku tahu what to expect in this kind of event.

But, unfortunately, malangnya, expectation aku jauh tersasar sama sekali. Jauhhh yang hamat. Sorry kalau terlalu direct to the point. Memang patut pun aku membanding-bezakan sebab, sebab Karangkraf kot! Siapa kat Malaysia ni yang ulat buku tak kenal Karangkraf?

Pra-kejadian
First, aku minta layout kat organizer DUA BULAN sebelum event. Aku tau Karangkraf tu macam mana ke rupa bentuknya, tapi nak tau lah kan kat mana tempat-tempat diorang letak itu ini. Tandas, surau, etc. etc. Mudah lah untuk kita rangka plan kita pula sebagai vendor kan? Lagi kalau untuk orang yang tak pernah datang Karangkraf, at least dapat gambaran kat mana diorang akan diletakkan. Tapi aku dapat DUA HARI sebelum event. Dan aku difahamkan, layout tu baru siap. Aku tak paham macam mana rangka event without any layout at the first place? Hurmm.. Dan sorry to say, layout pun takde mark apa-apa. Entah mana bangunan entah mana pintu. Yang ada lukisan kotak kotak kotak. Suami aku yang tak tau selok-belok Kompleks Karangkraf siap boleh tanya, "Yang, mana pintu masuknya? Abang tak faham layout ni.." Aku terpaksa gelak aje.

Banyak kali jugak la (actually tiga kali, but kalaupun baru tiga kali, as a vendor sure kau menyirap meh pertanyaan kau tak dijawab kan?), aku emel kat organizer tu, aku nak tau berapa ukuran tempat yang disediakan. Dan, dua hari sebelum event juga baru aku dapat jawapan, dari organizer. Tapi aku dah tahu seminggu sebelum tu. Itu pun sebab aku terpaksa tanya makcik aku.

Attitude semasa memberi emel kepada customer. Aku tak faham kenapa ada orang perlu sampai tahap nak guna font SAIZ 60, siap BOLD pastu highlight kaler MERAH, begini rupanya HIJABI FLEA MARKET kenapa eh? Lagi-lagi aku baca emel dari skrin henfon yang kecik ni. Wording pun jadi lari-lari.

HIJ
A
BI


Gitu. Setahu aku lah, kan, setahu aku lah, orang kalau guna large font, bold, plus kaler merah ni tengah marah. Kalaupun nak bagi warm reminder pun, it should be as warm as it is. Dah nama pun warm, bagi font kaler suam-suam kuku pun dop gapo. Atau pun bold kan saje benda-benda penting pun dah cukup kan?

Semasa Kejadian
Ok, diorang dah letak tape merah putih untuk bezakan kawasan car boot sale dengan parking lot. Ok. Ini dah ok. Tapi, haha tengok ada tapi lagi. Tapi macam mana eh susunan letak keretanya? Macam yang aku cakap, dalam layout takde legend ke atau apa-apa petunjuk. Dan, dalam emel kata kena datang paling lewat pukul7 pagi. Tapi, aku tak nampak seorang pun mereka yang memakai tag 'krew' pagi-pagi tu untuk tolong kami, atau berada di sana untuk kami tanya apa-apa. Tak ada. Sudahnya kami ikut kepala kami sendiri lah kat mana-mana nak park kereta. Sampai ada seorang vendor tanya aku, "Akak, macam mana ye nak letak-letak kereta ni? Tak ikut layout eh?" Ikut je la mana dan dik.. Akak pun tak nampak entah macam mana lotnya.

On the way ke sana, aku tak nampak pun bunting ke banner ke sepanjang jalan nak ke Seksyen 15 tu. Yang aku nampak 1 la iklan sebesar2 alam dekat roundbout yang dekat dengan arah ke Karangkraf tu. Yang lain, tak nampak. Kot la ada warga Shah Alam yang nampak iklan kat tempat lain bitau na? Kawan aku pemastautin tetap kat Shah Alam siap tanya aku, "ada apa weh kat Karangkraf?"

Sepanjang dua hari kat sana, sedihnya aku bila deejay hanya dua kali je announce ada car boot sale kat luar. Udah la kami ni berpanas, mentang-mentang kami bayar pun murah je, macam dianaktirikan. Sampai ada kawan pengunjung ni kata, "eh la.. kau ada buat car boot sale ke kat sana? Aku tak tau pun ada car boot sale kat situ! Tak nampak apa pun..." Yela yela lain kali aku bayar memahal.

Crowd memang sikit yang hamat. Pesta Konvo yang bebudak U buat pun lagi ramai compared to this. Pada aku, kuasa pengiklanan masih kurang. Diorang kata ada iklan kat tv tapi aku tak nampak pun. Aku jarang tengok tv kot. Kot lah kan. Dan disebabkan crowd yang tak ramai ni lah, masuk hari kedua iaitu hari ahad, vendor car boot sale yang datang tak sampai separuh. Haa see... Nampak tak kekecewaan kami. Pastu lepas tengahari ahad tu, balik lagi separuh vendor. Tinggal seperempat dari total vendors hari sabtu. Entah macam mana diorang buat pengiklanan tah.

Selepas kejadian
Dah siap-siap packing, sampai ke sudah aku tak hade berjumpa pun orang yang contact direct to me via emel tu. Lagi best aku dapat makluman kata, "oh dia takde, pergi majlis kenduri kahwin kawan..." Aku hanya mampu menggeleng kepala. Aku pun terpaksa tak attend kenduri memember & sedara sebab ye, aku salah seorang peniaga kat sana. Tapi as a crew, apa ke salahnya, you datang sekejap dan jumpa all the vendors? Tanya apa masalah, everything ok ke tak. Ni nan hado. Sekali lagi, dianaktirikan.

Ada la, editor Nur yang datang jumpa salam-salam sebelum balik tu. Terima kasih :-)



Ok, done untuk review aku this time. Yang aku cerita kat atas tu semua yang beburuk belaka kan? Hahaha.. Dah tak ada borang customer feedback. Jadi aku harap ada penambahbaikan dari pihak Karangkraf sendiri. Atau kalau rasa susah sangat, upah event manager. Tapi orang media takkan nak upah event manager kan. Malu lah kan nak upah event management buat event korang. Media ada kuasa nak tarik crowd tapi aku tak nampak benda tu last weekend. Banyak lagi benda kena perbaiki kalau Karangkraf nak buat lagi event ni tahun depan.

All the best Karangkraf! Kalau ada lagi tahun depan, aku nak join lagi sebab aku syok meniaga. Haha! Hope korang improve la mana-mana yang lompong.

K?

Cun :-)

29 May 2014

Hijabi Flea Market 2014

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Selama hari ni yang aku duk sibuk counting days tu mende alah ni lah...



Aku baru je bertapak dalam bisnes. Aku tau banyak lagi nama besar lain yang rasa macam hek eleh tu pun nak kecoh siap counting-counting days.

Macam yang aku cakap, aku baru nak mula. Kome tu dah expert. Jadi bila baby-baby ni mula melangkah first step, for sure mak pak dia excited kan? Walhal anak orang lain yang baya anak kau dah mula berlari dah...

Sentap lak aku.

Haha.

Dah dah tak elok mulakan hari dengan perkara negatif.

Aku nak ajak kome semua datang Kompleks Karangkraf 31 Mei - 1 Jun ni. Aku join car boot sale.

Ada macam-macam aktiviti kat sana. Selain car boot sale, ada booth nama-nama besar dalam industri fesyen ni.

Ewah, industri sangat.



Car boot vendors ditempatkan secara rawak. Aku pun tak tau aku akan ada kat lot mana nanti. Yang pasti kalau korang datang, cari bunting kedai aku ni, Kedai Nadim.



Ok? Cun?

Aku jual kain cotton of course! Serius aku cakap memang cantik yahampunn aku pun tak tahan nengok. Sebal je tengok stok bebanyak kat rumah. Kang hada jugak tokey hamik barang sendirik. tee~

Lagi ada wideshawl, blaus (homemade hookay? bukan buatan kilang punyaaa).

Pastu ada jugak halfmoon, tudung bawal, baju kurung nursing, baju-baju budak laki & pempuan. Lagi 2-3 bulan nak raya ni haa ada baju melayu budak, baju kurung budak.

Lagi best, ada custom made, special made, dengan penuh kasih sayang, PACKAGING untuk mereka yg membeli wideshawl dan tudung. Packaging kasih sayang namanya. Terhad bilangannya. Siapa cepat, dia dapat.

Jumpa kat sana taw! Kitorang cuba bagi harga dan kualiti terbaik untuk korang.

Daaa~ ^_^

#HFM2014 #hijabifleamarket #majalahNur #majalahDaradotcom #Hijabistamag #karangkraf