:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
ye ye saya tahu dah lama gila tak update blog.
tup tup update kali ni cerita pasal 2nd check up. padahal pengalaman pertama buat buku merah ada dalam draft.
menunggu turn untuk publish. -_-"
saya buat check up di Klinik Kesihatan Cheras. dekat dengan rumah, dekat juga dengan hospital pilihan saya untuk bersalin nanti.
kalau check up kat klinik kerajaan ni, diorang memang check semua benda. datang awal-awal pagi, first thing first, kena pergi buat ujian air kencing dulu.
ni nak cerita pasal ujian air kencing ni aje sebenarnya.
kebetulan saya datang awal untuk 2nd check up ni. dalam 7.30 pagi dah sampai klinik. sementara encik suami pergi beli breakfast, saya ke toilet. klinik ibu dan anak-anak (KKIA) pun tak buka lagi.
masa tu kat toilet memang dah tak tahan apa. lepaskan apa sahaja yang ada. tak kira lah besar ke kecil. faham-fahamlah, ye?
lepas keluar toilet, encik suami dah tunggu depan KKIA. kami masuk, letak buku merah, tunggu nama dipanggil.
saya dapat giliran yang agak awal 3006. terus ke lab untuk ujian air kencing.
sampai di lab, pun dapat angka giliran awal, 2004. saya ke toilet lepas lab assistant bagi bekas untuk kencing.
di toilet, bermulalah drama. bukan ke saya baru je keluar toilet tadi? dan sekarang nak paksa kencing sekali lagi?
takpe saya tunggu dalam 2-3 minit.
masih tak ada setitis pun.
dalam hati saya dah berdoa banyak-banyak. dari dalam toilet saya dah dengar nombor 2006 dipanggil. isy, orang yang nombor 2006 pun dah dapat result air kencing. aku yang 2004 ni dalam toilet lagi??
puas saya meneran. tapi saya sedar itu bukan cara yang tepat nak bagi kencing keluar.
hampir 15 minit saya dalam toilet. saya dah putus asa. saya keluar dan pergi ke suami.
"abang ada air masak, tak?"
"mana ada.. nak abang belikan, ke?"
angguk. "sayang tak boleh kencing..." muka sedih sambil sengih.
suami keluar beli air mineral sebotol. saya berusaha habiskan sebotol air tu terus, dan masuk toilet.
tak sampai berapa saat, dapat lah penuhkan bekas uji tu.
gembira.
rasa macam bersyukurnya dapat kencing!
serius bersyukur sangat. teheee~
lepas ni, kalau nak pergi check up, jangan kencing dulu. tunggu masa nak buat ujian air kencing.
tak pun, pastikan ada air mineral sebotol dalam handbag.
ngerti?
-_-"
*ada ke cerita pasal kencing? taakkkk at least bakal mommy yang lain take note. peace ^_^v*
:)