:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Simpan sini untuk memori.
Aku macam dah lamaaa sangat tak timbang berat sendiri. Last timbang was 62kg. Masa tu baru wean off Hamzah. Lebih kurang bulan Ogos 2019. Sejak tu aku perasan berat naik mendadak. Cincin dah tak muat, ada beberapa baju pun dah tak muat. Masa trip kat Penang pun, terpaksa minta pinjam baju Usu sebab apa baju pun tak muat dah. Hahahaha. Masa tu tak berani lagi nak timbang berat. Maybe dalam 65kg je kottt aku fikir.
Sekali, awal Januari, try timbang, Allahuuuu 69.5kg! Ini tak boleh jadi. Teruk sangat dah ni. Dah la slipped disc, ankle pun injured. Dengan berat macam ni, posibiliti sakit bertambah teruk amat tinggi.
Maka cuba la beberapa tips. Air gula, aku memang sejenis yang tak minum manis-manis sangat. Suku-suku-separuh tu la yang aku ikut. Lepas tu try kurangkan makan. Tapi kesannya, badan menggigil, nak pitam, lepas tu ada one time beberapa kali muntah sebab badan macam berangin. Stress nya rasa masa tu. Pastu Imam cakap, tak payah lah buat macam tu, lagi memudaratkan diri. Makan je la macam biasa.
Camne nak kurus, dapat suami support suruh makan camni? Hahahah.
Raya hari tu try timbang lagi sekali. 70kg. Hahahaha. I think I need to do something. Sebab badan pun cepat mengah. Senang semput. Buat terawih 8 rakaat pun macam nak pengsan. I really need to do something!
Cerita kat ibu & adik-adik. Nak buat exercise, awak sakit kaki, sakit pinggang. Exercise macam mana yang boleh dibuat untuk orang macam ni? Bila tengok Google, semua exercise melibatkan pinggang, kaki. Mahu pengsan mak nakkk!
Ira suggest minum greentea & lemon. Tapi Eno kata itu untuk detox. Ibu suggest blend peria & epal hijau, minum. Aku tak kisah dah peria tu pahit ke apa, yang penting kena kurangkan berat tu untuk kesihatan sendiri. Doktor pun pernah pesan, berat badan aku tak boleh lebih dari 60kg. Kalau tak, aku senang sakit.
So as soon as yesterday, aku try minum peria. Hasil carian Google, peria adalah sayuran yang sangat tinggi fiber. Hasil carian Google juga untuk kurangkan berat dan tinggikan semula metabolisme badan, kena makan makanan yang tinggi serat. Berat aku mencanak naik lepas wean off Hamzah. Lagipun faktor umur juga kan. Metabolisme badan mula menurun.
Maka lepas minum jus peria malam tadi, pagi ni tak tahu berapa kali dah pergi toilet. Aku try juga completekan semula minum air masak 3 liter sehari. Dulu masa menyusu, 3-5 liter sehari tu senang je. Sekarang macam bercinta nak habiskan 3 liter air masak.
Well, let's try and see how it goes! Pray for me. :-)