:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Salam dan
hai semua! Lama tak jumpa. Ewah. Macam pergi oversea gayanya. Tak ke mana pun,
ada je kat sini. Sibuk sikit. Uruskan perniagaan dan hurmmm baru start kerja
baru (ni nanti I cerita kat post lain entah macam mana boleh letak jawatan
Housewife).
Belum dapat
title pegang lagi jawatan surirumah sepenuh masa tu untuk jangka masa yang
lama. Takpe, insyaAllah satu hari nanti!
Berbalik
kepada tajuk. Faham-faham je lah selama hari ni cikgu-cikgu kat nursery yang
suapkan Fateh makan. Kalau Sabtu Ahad pun biasanya sama ada kami keluar atau
kat rumah atok dan uwa Fateh, diorang yang rajin melayan Fateh. Ni bila dah full
time jaga anak sendiri, baru nampak perangai sebenar dia.
Biasa dia
ni!
Fateh susah
nak makan apa yang saya masak. Dua tiga hari pertama saya rasa ok je kot. Lagipun
dia tengah demam masa tu. So saya bagi alasan, dia demam tu yang tak selera
makan. Tapi masuk hari keempat, saya dah pelik. Fateh dah tak demam pun tapi
tak mahu makan. Bila disua makanan, dia geleng kepala atau kalau tak pun dia
tepis pinggan.
Ibu masak
tak sedap ke Fateh?
Kecik ati.
Tapi cikgu-cikgu
dia kata dia kuat makan (macam ibu dia) so dengan rasa tak puas hati, saya pun
google. Kenapa baby tak mahu makan.
Baby tak
mahu makan ada beberapa sebab:-
1. Tak
sihat
2. Dah
bosan
Haha. Dua
tu je lah yang dapat saya simpulkan.
Jadi macam
mana cara nak atasi?
Saya cuba
resepi lain. Guna resepi dalam blog Dr Halina. Tak menjadi juga. Aih.. saya ni
dah hilang skill memasak ke?
Tiba-tiba
saya terjumpa sesuatu dalam Google (ye, Google adalah bestfriend saya. Have I mentioned
that?), try not to blend too smooth. Maybe your baby wants to try new texture.
So the next
day I blend bubur Fateh a bit lumpy. Not lampi ok? Tu lambat pikap (baca: pick
up). Fateh belum ada gigi tu yang selama ni blend smooth.
And try to
feed him.
Try
Try
And walaaaa!
Berjaya!
Habis satu
pinggan bubur.
I am now a
happy mom.
Plus Fateh
dah mula makan 3 kali sehari. Masa kita makan malam dia pun nak join. Kalau tak
nanti dia marah.