:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Di sebalik setiap kejayaan lelaki,
pasti ada seorang wanita..
Di sebalik penyakit tiga kombo;
demam, batuk dan selsema, pasti ada jalan penyelesaian.
Amacam? Can go ke cannot go
perumpamaan tu? Tehee~
Masa kecil-kecil dulu, aku selalu
sangat diserang batuk, selsema dan demam. Boleh kata pergi hospital @ klinik tu
perkara normal lah. Dan makan ubat tu dah macam sebati dengan hidup aku.
Benadryl? Piriton? Loratadin? Paracetamol? Semua tu macam makanan ruji lah
pendek katanya.
Sampai satu tahap, aku tak mampu
lagi dah telan apa-apa ubat. Semua ubat cannot go you know? You know cannot go?
Makan ubat apa pun tak jalan. Especially kalau selsema lah. Habis sepapan pil
tu, belum tentu selsema aku sembuh. Aku pun naik fed up dah malas nak makan
ubat. Bila datang selsema, demam, batuk, aku biar je. Biar dia. Biasa dia tu!
Biar je lah sampai dia sembuh sendiri. Kadang-kadang sampai naik sakit kepala
aku sebab terbersin tak henti. Dekat sebulan jugak lah kalau tiba-tiba aku kena
serang selsema batuk ni.
Tapi lately ni aku terperasan,
aku jarang dah terkena batuk selsema demam tu. Kalau dulu, mahu 2 minggu sekali
aku kena demam batuk selsema… atau paling lama boleh bertahan pun sebulan
sekali. Sekarang ni… aku rasa dah dekat 7 bulan aku tak demam.
Dan aku pun fikir punya fikir,
apa yang membuatkan aku dah jarang kena penyakit kombo ni sekarang.
Ting!
1. Amalkan
minum air masak dengan banyak @ secukupnya.
Dulu selalu
keluar iklan kat TV, minum air 8 gelas sehari. Tapi aku ni liatnya nak minum
air masak banyak-banyak gitu. Tapi sejak menyusukan Fateh ni kan, aku pun
TERPAKSA minum lebih 3 liter sehari. Jadi lama-lama macam terbiasa. Kalau tak
minum air masak tu, aku rasa lain macammm je tekak ni.
2. Jangan
terus makan ubat kalau dapat penyakit tiga kombo ni.
Bahahah! Sure
kena marah dengan doctor kalau aku kata gini. Actually bagi masa badan kita
lawan penyakit tu dulu. Wake up call untuk sel darah putih bagi dia berlawan
jangan asyik nak tidur aje. Tapi janganlah kau dah 3 hari demam tak baik-baik
pun kau still refuse makan ubat… Tampar manja nak? Plus kalau suhu badan kau
dah 39 darjah celcius jangan nak ngengada bertahan. Pergi klinik cepat. Tapi
kalau setakat panas-panas manja 38 degree tu alahai, letak kain basah kat dahi
dan rest.
3. Kalau
tetibe rasa nak demam, cepat-cepat telan air masak bergelen-gelen.
Aku ada instinct.
Ceewahh! Aku rasa semua orang pun ada. Ada perasaan yang macam-macam nak demam
je dah boleh tau. Betul tak? Rasa macam perit-perit kat tekak, rasa hidung
kembang penuh semacam. Haaa camtu lah rasanya. Aku pun tak tau nak describe
macam mana. Kalau tetiba terasa gitu, cepat-cepatlah minum air. Selalunya aku
akan habis 1.5L dalam setengah jam kalau tetibe rasa kembang-kembang hidung,
perit-perit tekak tu. Terus serta-merta rasa-rasa nak demam selsema batuk tu
gone. Serius! Petua ni pun boleh dipraktikkan untuk baby-baby. Kalau Nampak cam
anak korang nak demam je, terus sumbat susu @ air masak banyak-banyak. Air
masak tu make sure untuk baby 6 bulan ke atas saje ye.
Sekian tips dari doctor-tak-bertauliah
Nadia Havez. Musim tengkujuh, musim banjir, musim jerebu ni marilah kita
amalkan cara hidup sihat.
Ecececece ^_^v