Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

20 February 2011

Pilihanraya Kampus

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

i tak sure bila hari mengundi di UTM. esok kot kalau tak silap. sebab kat facebook dah kecoh kecoh. nampak sangat harinya akan tiba. tiba-tiba rasa macam rindu semua yang berlaku zaman pilihanraya. kena hentam lah dan macam-macam lagi. bila ingat-ingat balik, rasa kelakar. serius rindu. boleh tak i nak kata, rindu kena hentam? hahaha~ rindu kena provok. rindu main kejar-kejar. gantung poster sampai lewat malam, eh lewat pagi. sesiapa yang sentiasa ikut blog i sejak mula i've been blogging, mesti tau what happen to me, tahun lepas, dua tahun lepas. nak tahu, boleh tengok dekat archive. januari 2010, disember 2009... lebih kurang time tu lah~

tahun ni i tengok ada sesuatu yang menarik. sepanjang 4 tahun i di UTM, ni lah cara berkempen yang mampu buat i tergelak besar. biasanya, calon-calon akan join rapat umum, bentangkan manifesto masing-masing (sepanjang 2 kali bertanding, i tak pernah ada manifesto, serius~), bagi flyers, susun poster jadi nama sendiri besar-besar, tapi yang ni, memang lain sikit...


taraaa.. klik gambar kalau tak jelas. masa tengok-tengok facebook, ternampak gambar ni. nor hasrul akhmal. i kenal budak ni masa program apa ye, tak ingatlah. tahun lepas pun dia ada bertanding kalau tak silap. betulkan akak kalau tersilap ye hasrul. dan dia pun ada blog, ni blog dia. klik sini. tu gambar uncle taxi UTM.


i tak tau anak-anak siapa diorang minta tolong ni.


ni TGV jusco tebrau ni. tangga tu on the way nak naik masuk panggung. wahah~


ni uncle guard jusco~


alamak~ rindu nak makan pisang goreng dan keropok lekor sambil tengok pemandangan UTM petang-petang dari balai cerap!


all the best! satu cara berkempen yang sangat bagus. lain dari yang lain~

and all the best juga untuk semua calon yang bertanding pilihanraya kali ni. kalau engineer tupperware dibenarkan bertanding, i minta dia bertanding juga tapi sebab dia PALAPES LAUT, so dia tak dibenarkan bertanding. berada dalam MPP (atau sekarang dipanggil MPM) adalah pengalaman yang sangat menarik sebab macam-macam jenis orang kita akan jumpa. dari yang benar-benar jujur ikhlas sampai ke mulut manis semanis tebu dan muka baik hati plastik. tinggal kita pandai tak pandai nak berhadapan dengan orang-orang yang suka berpura-pura...

good luck! bertanding elok-elok. tak perlu nak hentam orang. tapi promotelah diri sendiri ya. menjadi MPP bukan kebanggaan tapi amanah yang sangat besar yang perlu dipikul. takziah...

2 comments:

  1. hehe..mantop kan cara diorang bertanding sekarang? memang rindu zaman-zaman tu, dear...;)

    ReplyDelete
  2. sunah::
    haah~ nadia tak tahu macam mana hangatnya keadaan kat sana.. rasa macam nak terbang ke sana sekarang juga.. hihi~

    ReplyDelete