Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 March 2012

Saya dan Convent Bukit Nanas, ke Nenas?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

oh sori semua CBNers sebab tak sure ejaan tu Nanas or Nenas. tapi berdasarkan nama kelas uolls~ BUKTNAWP, i rasa ejaan Nanas tu adalah Nanas, bukan Nenas. tapi sebut, Convent Bukit Nenas. betul?

hari selasa hari tu tiba-tiba i jadi mak-mak sekejap. datang sekolah amik report card anak. orang dah ada anak, macam ni lah kerjanya.

sampai CBN around 11.05am. before that eno wutta wutta dah call i kat office. around 10.25am. "kaklong, keluar dari pejabat sekarang!" duh, dia ingat senang-senang aje keluar dari office macam tu? teringat pula zaman i dulu suka suruh ibu ayah datang awal. lepas tu boleh balik awal *grin*

nak parking tu memang teramatlah susahnya. i da parking nunnn di hujung nak masuk ke hutan simpan dah. ok, tu tipu. tapi betul. masa kena marah-marah dengan guard tu, rasa macam nak masuk hutan simpan bukit nanas tu terus. chill lah pak guard. tak nampak ke saya tengah nak U-turn kereta?

then sampai depan sekolah, tak ada siapa-siapa, mak guard ke pak guard ke pun tak ada kat pondok guard. terpinga-pinga sekejap nak ke mana, nak bertanya siapa. nasib baik pagi tu masa hantar eno wutta-wutta ke sekolah, dia bagitahu, "PTI kat dewan taw!"

dan mujur i tahu dewan CBN kat mana.

sampai dewan, masih terpinga-pinga sekejap depan pintu dewan tu. ramainya student, mak ayah, dan cikgu. so i nak kena pergi mana ni? eno wutta-wutta kata nanti ada prefect yang tolong.

ok.

i nampak masa tu ada seorang prefect. Iman Emalin nama dia. dia tengah tunjukkan jalan kat seorang aunty. prefect lain? i nampak tengah sembang. walhal belakang i pun ada lagi aunties  & uncles yang menunggu untuk ditunjuk jalan.

then Iman datang kat i, berlari-lari anak. "kelas apa ye?"

"5K"

"ikut saya ye.."

i tulis nama then pergi ke tempat menunggu untuk 5K.

berdiri.

sebab penuh pulak mak ayah budak-budak 5K ni. i dan seorang uncle berdiri. kami sembang. tiba-tiba datang lagi seorang student. Qashiera. betul ke eja nama ni? macam pernah eno wutta-wutta sebut nama Qashiera ni.

"aunty and uncle, anak kelas mana ye?"

"5K" serentak i & uncle tu jawab.

hold on. aunty?

she called me aunty?

duh, memang dah rupa mak si eno wutta-wutta ke i ni?

T______________________T


ni pemandangan masa i tunggu giliran dan dah tak ramai mak pak. masih sembang-sembang dengan uncle tu.

dewan.

sampai giliran i, i pun sembang-sembanglah dengan cikgu kelas eno wutta-wutta. i rasa i banyak gelak aje. cikgu dia kata,
"irma ni dia tak serius dalam kelas.."

i gelak and said, "dia memang macam tu. but she will be very serious kalau memang waktu tu perlu serius." dalam hati i, dalam kelas bahasa melayu aje dia macam tu.

i know my sister.

i asked her teacher, "dia ni ada tidur dalam kelas tak?"

"setakat ni tak pernah pula dengar komplen dia ni tidur dalam kelas."

itu pun i dah cukup bersyukur. sebab i dulu kuat tidur dalam kelas. boleh je dapat result SPM ok. haha. ok, jangan berlagak.

"secara keseluruhannya, dia ni ok. even aktif dalam sidang redaksi pun, dia tak ada ponteng kelas, tak tidur dalam kelas. cuma tu lah, dia kurang serius"

i tahu. perangai dia macam i sikit. tak serius kalau cikgu tu boring deh!


i told my sister, "nanti kaklong nak namakan anak kaklong, Iman."

dia gelak besar, "semata-mata sebab Iman tu tolong kaklong tadi?"

"ye, dan prefect yang kat meja, yes, i faham ada kerja, tapi yang duk berkeliaran sekeliling dewan tu buat apa?"


blablablabla.. i tak kisah pun dia dapat 5C. subjek fizik, kimia, biologi, add math. sebab i pun pernah gagal. cuma lepas tu kena berusaha keras lah kan. 

cuma yang C subjek bahasa melayu tu i musykil.

budak ni cakap bahasa apa kat rumah?



2 comments:

  1. xpekan nadia..susah2 dulu n gagal2 dulu..tp t spm betol2 br kasi pulun habis...teringat plak kita tdo2 dlm klas..ponteng klas dulu..hahaha...lm dah ek...yg penting result spm bole dibnggakan...to adik nadia...ikut jejak kakak kamu ni,....die seorang yg hebat tau... :)

    ReplyDelete
  2. Rahmah~

    hebat? alamak.. janganla cakap gitu.. huu..

    ReplyDelete