Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

22 June 2013

Saat Kelahiran Permata Kami - Fateh Al-Hafidz

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Alhamdulillah. Dah lahir pun budak yang selama ni duduk menendang dalam perut. Where to start, huh?

Kita start pada 11 Jun 2013 lah, eh? Haruslah. Tu tarikh masuk hospital.

Pagi 11 Jun 2013 tu ada check up kat HUKM (atau PPUKM). Masa jumpa doktor tu, memang dah bagitau, contraction dah start. Tapi irregular. Kadang 2 jam sekali. Kadang 3 jam sekali. Kadang 10 minit sekali. Saya jadi konfius. Bila pos kat satu grup dalam facebook, ada yang kata, simptom ni nama dia aa.. alamak dah lupa namanya. Something yang nak kata real contraction pun tak, false contraction pun tak. Oh ni namanya,

So if it’s not “real” labor but it’s not “false” labor either, what the heck is going on?!

Answer: Prodromal Labor.
Essentially, this is labor that starts and stops at irregular intervals for an indefinite amount of time before actually progressing to active labor – or, labor that continues to augment until the baby is born.


Jadi saya fikir, saya hanya bergantung pada air ketuban je ni untuk tau bila baby nak keluar. Sebab darah memang dah keluar since 28 Mei tapi bukaan tak buka-buka.

Bila contraction saya masih antara main-main dengan tak, so doktor pagi tu pun tak ada lah nak check bukaan. Check biasa saje, dan saya pun boleh balik rumah.

Petang tu, suami kata, dah lama beliau tak makan masakan saya. Yelah, sejak sarat ni, kalau tak makan kat luar, adik ipar yang tolong masak. Dah tak larat nak bersilat kat dapur tu. Sakit betul pinggang kalau berdiri walaupun 5 minit.

Demi memenuhi permintaan suami, saya turutkan juga lah. Siap lauk ikan, saya dah terbaring. Saya bagitau suami, "Abang tolong masakkan sayur, ye? Sayang dah tak larat lah. Nak baring kejap."

Haaa masa baring ni lah saya dah start rasa contraction yang tak berhenti-henti. Dalam hati dah fikir, eh, aku nak beranak ke ni?

"Abang, sayang rasa baby nak keluar dah.."

Suami cuba cool, se'cool' yang mungkin. "Nak pergi hospital dah ke?"

"Kejap, makan dulu.." Saya rasa saya lagi cool. Tehee~ So pukul 6.30 petang tu sempatlah makan dulu. Uhhh tenaga itu penting ye untuk push. Kang tak larat nak push.


Lauk terakhir yang saya makan sebelum bersalin.

Dah siap makan tu, masih relaks tengok tv. Sambil mata duk tengok jam. Saya kira sela masa contraction. Dalam pukul 7 malam tengah suami dan adik-adik ipar layan Teduhan Kasih tu, sela contraction saya dah makin terasa 7 minit sekali. Start 7.30, dah sela 5 minit sekali.

"Abang, jom pergi hospital. Dah 5 minit sekali."

"Ok, solat dulu, sempat?"

"Sempat.." 

Tengok, kami masih 'cool'. Solat itu wajib.

Kat depan Emergency O&G PPUKM, saya dah jalan tertunduk-tunduk menahan contraction. Pergi kaunter terus dapat potong Q. Lepas nurse ambil tekanan darah & uji air kencing, saya masuk bilik pemeriksaan, check CTG. Oh, CTG adalah check denyutan jantung & sela contraction.

Masa check ni pun, baby asyik tidur. Puas nurse kejut dia. Doktor check bukaan. "Ok, Puan. Dah 2 cm. Kita hantar Puan naik atas dulu (admit), lagi 4 jam kita check lagi bukaan."

Saya pun masuk wad. Pukul 9.30 malam.


 Wad 2A, Katil 19.

Saya dah terbaring masa ni. Tapi sempat lagi kejap-kejap berjalan. Asyik nak terkencing. Suami balik sekejap, hantar adik ipar balik rumah. Dalam pukul12 tengahmalam dia datang balik katanya. Nurse pun suruh suami stand by kalau hospital call.

Suami check-in kat facebook. Dan saya masih sempat reply, jam 12.54am. Masa ni doktor belum datang untuk check bukaan.

1.00 am
Doktor panggil untuk check bukaan. Dah 4cm. "Puan, kita akan tolak Puan ke labour room sekarang. Puan nak saya pecahkan air ketuban sekarang atau tunggu lagi 4 jam?"

"Pecahkan air ketuban." Saya jawab. Jap, saya pelik. Kenapa saya yang buat decision ni? Takpe, saya rasa naluri seorang ibu lebih kuat dari teori doktor.

Doktor jolok dengan something yang macam stick plastik untuk pecahkan ketuban. Saya terasa air mengalir. Panas, banyak. Oh, itu rupanya rasa air ketuban. Saya nampak muka nurse macam risau. 

"Light ke moderate ni doktor?" tanya nurse.

"Saya rasa light lagi ni."

"Are you sure, doc?"

"Yes.."

Serius saya tak faham apa yang light, apa yang moderate. Saya hanya nak anak saya keluar dengan selamat.

Nurse bagi pad dan saya dibawa ke labour room. Contraction makin kerap. Saya masih cuba bertahan.


1.30am - Labour room (LR)
Saya turun dari kerusi roda, air ketuban melimpah jatuh. Warna macam kehijauan. Nurse yang bawa saya ke LR tu terperanjat. "Eh, baby you dah berak dalam perut!"

Saya tergamam. Ya Allah. Ini ke light moderate yang doktor & nurse dalam wad tadi cakap??? Saya nak menangis dah masa tu tapi saya tak boleh. Nanti tenaga nak push tak ada. Dalam hati tak putus doa Nabi Yunus dan saya berharap Allah selamatkan anak saya. Tak kiralah apa cara sekalipun. Saya dah tak kisah bersalin normal ke operate yang penting anak saya selamat.

Nurse dan doktor dalam LR duk bertegang lidah. Baby saya baru berak atau dah makan berak dia. Saya duk menahan sakit. Suami ada di sebelah. Sentiasa bagi semanga. Sentiasa pegangkan gas untuk saya sedut penahan sakit. Saya cuba tak mahu bergantung pada gas tu sebab saya tahu, gas tu akan buat saya lemah dan mamai, susah nak push nanti. 

Nurse cakap saya tak boleh ambil sebarang ubat tahan sakit. Baik Pethidin, Epidural atau lain-lain. Jadi saya hanya perlu bergantung pada kekuatan diri saya & gas tu sahaja untuk bertahan.

3.00am 
"Nurse, saya rasa nak terberak!"
"Berak je, Puan. Kita tak boleh bagi Puan ke tandas dalam masa sekarang ni. Berak je atas katil tu."

Tapi sebenarnya rasa nak berak tu adalah baby nak keluar. Nurse dah keluarkan air kencing saya guna tiub. Jantung baby makin lemah. Bukaan masih tak sampai 10cm. Doktor datang dan terus 'bukakan' jalan. Doktor masukkan jari, dan buka jalan cara paksa. Memang sakit nya ya ampun. Saya terjerit-jerit. Kena marah sebab menjerit buat saya hilang tenaga. 

"Kejap doktor, kejap. Sakit sangat.."
"Puan, tak boleh kejap, kejap. Nanti baby lemas. Jantung baby dah makin lemah."

Allah... saya tak tahu apa dalam fikiran suami masa tu.
"Nurse, anak saya ok?" tanya suami.
"Encik jangan risau ye. Kalau dah ada dalam labour room ni kita akan usaha apa saje cara untuk selamatkan ibu & anak."

"Puan, pukul berapa last makan?"
"Pukul 6.30 petang. Lepas tu kat wad tadi saya sempat makan roti dua bungkus."
"Ok, Puan. Kami nak prepare untuk emergency c-sect."

Ya Allah.. Masa tu dah fikir, lantaklah macam mana sekalipun yang penting baby selamat.

"Doktor, kita teruskan." kata nurse.
"Boleh?"
"Boleh.."

"Ok, Puan. Kalau rasa macam nak terberak tu, terus 'berak' puas-puas ye. Teran panjang-panjang. Masa tak rasa nak berak, tarik nafas dalam-dalam. Ok, Puan?"
"Ok.." saya jawab dengan nafas yang dah berdesah-desah tu.
"Ok, Puan. Teran! Lagi Puan! Teran panjang lagi, Puan! Jangan berhenti! Lagi, Puan. Curi nafas."
"Macam mana?!" saya dah agak tinggi suara. Sakit, dan tak tau macam mana nak curi nafas & teran panjang-panjang.
"Macam ni, Puan, hoh hoh hoh! Ok, Puan, kalau sakit teran lagi. Sekarang tarik nafas panjang-panjang."
Saya tarik nafas dalam-dalam. "ERGHHHH!!!"
"Puan jangan jerit! Nanti tenaga habis! Puan, jangan angkat bontot! Puan teran panjang lagi! Puan, curi nafas!"

Jeritan demi jeritan kedengaran. Lebih kurang 5 orang dalam LR tu.

"Dia tak pandai teran..." saya dengar doktor kata. Suara hampa.
Saya dah agak kecewa masa tu. Terdengar bunyi jantung baby yang semakin lemah. Saya kena kuat! Dan saya boleh buat!

"Encik, ambil air selusuh tu. Selawat 3 kali. Suapkan ke mulut isteri."

Saya rasa sakit nak meneran lagi. Dan saya tak tahu entah berapa kali teran. Yang pastinya memang BANYAK KALI.

Nurse & doktor masih terjerit-jerit ajar saya cara teran, cara bernafas, suruh panjang-panjang lagi, tapi akhirnya ada satu suara, the only voice yang saya dengar. Suara nurse & doktor entah ke mana entah.

"Sayang, sikit lagi, yang. Kepala baby dah nampak tu, yang.. Sikit je lagi, sayang. Teran panjang-panjang."

Suara suami saya.

Entah datang dari mana kekuatan, saya tarik nafas panjang-panjang, dan terannnnnnn sepanjang-panjang yang saya boleh, tanpa curi nafas. Serentak tu saya dengar 'kawasan tu' digunting. Dan tak sampai sedetik, nurse dah letak anak saya di atas perut.

"Allahuakbar... Allah.. Allahuakbar.." Macam tak percaya. Kat atas perut saya tu, anak yang dikandung selama ni. "Alhamdulillah..."

Sementara proses menjahit, suami kena duduk luar. Nurse letak anak saya di dada saya lepas dibersihkan. Si comel tu pandang arah saya. Bulat matanya. Terkebil-kebil. Alahai anakku..

Saya jeling jam. Lebih kurang pukul 4 pagi. Hampir sejam saya dalam proses bertarung nyawa. Dan jam 5 pagi baru proses menjahit selesai.


Fateh Al-Hafidz bin Mohd Nur Imam
12 Jun 2013
3 Sya'ban 1434H
4.04 pagi
2.94kg
46cm

Sekian~

^_^

p/s : Erkk suami kata dia takut darah. Macam mana dia boleh nampak kepala baby dah keluar?




08 June 2013

PD : Please, baby.. Mommy want to sleep.

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Dulu ada kawan cakap, masa mengandung ni, perempuan akan jadi 'pillow diva'. Saya bukanlah jenis yang tidur dengan bantal yang banyak. Satu pun dah boleh buat saya lena. Jadi saya selalu fikir macam mana gayanya pillow diva ni?

Dan dalam buku Diari Hamil yang saya beli pun ada sertakan cara tidur bagi ibu mengandung. Eh, perlu cara bagai ke? Dah nak tidur, tidur aje lah, kan?

Kawan-kawan yang dah ada anak pesan, masa sekarang ni lah kau boleh tidur puas-puas. Nanti anak dah keluar, usah haraplah. Jadi saya memang nak manfaatkan masa tidur saya!

Rupanya,

Bila masuk je trimester ketiga, baru saya tahu, tidur bukan lagi satu perkara yang agak nikmat.

Kalau terlentang, rasa sesak nafas. Ngiring ke kiri, rasa baby berat sebelah kiri. Ngiring ke kanan, rasa baby berat belah kanan. Meniarap? Memang tak lah!

Jadi saya cuba ikut cara yang disarankan dalam buku Diari Hamil. Tinggikan kepala, letak bantal kecil bawah perut, belakang badan & kepit antara dua kaki. Jadi untuk saya seorang sahaja ada lima bantal. Really a pillow diva.

Cara macam ni berkesan untuk saya... sampai minggu ke-36 sahaja.

Masuk minggu ke-36 saya dah tak tahu macam mana lagi nak tidur. Kalau saya alih posisi dari kiri ke kanan, nak beralih tu pun makan masa, dan sakit di bahagian ari-ari. Ye, nurse kata baby dah duduk kat bawah. Sebab tu sakit.

Dan 2-3 hari lepas, saya menangis sebab tak boleh tidur. Bila mengiring, saya rasa saya dah tindih baby. Terasa tulang-temulang dia.

Saya bukan merungut, tapi saya risau. Anak saya ok ke dalam tu? Saya tindih dia ke? Tak patah ke tulang dia? Dia selesa ke? Tak sempit ke?

Sebab tu saya sangat berharap dia keluar cepat.

Meh la sayang kat luar ni boleh main dengan ibu ayah atok nenek makcik pakcik semua dah tak sabar tunggu awak, tau?


Tengok, atok dah siapkan tempat tidur yang selesa untuk awak. Meh keluar tidur kat sini, meh.

:)


05 June 2013

PD : Blood Spot

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

28 Mei hari tu, sebelum tidur, ada blood spot dan lendir. Serta-merta mesej kawan yang pernah bersalin. Katanya tu salah satu tanda lah tu. Pergi hospital, cepat!

Ye, beliau kata, cepat!

Maka, saya dan suami bawa turun barang-barang, terus ke hospital. Tengah malam.

Saya kata kat suami, "Tercapai cita-cita abang nak pergi hospital tengah-tengah malam. Tak jem.."

Dalam hati saya tak putus-putus doa Nabi Yunus.

Lepas doktor buat CTG dan check bukaan serviks, "Masih 1cm. Puan balik dulu. Kalau ada turun air ketuban atau kontraksi yang kerap atau baby kurang gerak, datang ke hospital semula, ye?"

Ok. Baby saje buat ibu ayah dia cuak. Hisyy no good.

Next two days, blood spot datang semula. Saya tak terus pergi hospital. Saya call sahaja. Doktor masih kata perkara yang sama. Air ketuban, kontraksi atau baby kurang gerak.

Dan hari ni, kontraksi dah mula makin terasa hampir setiap jam. Dia dah tak berapa nak main-main dah. Hampir tiap dua jam saya terasa kontraksi.

Just be prepared. Saya masih di rumah baring-baring, jalan-jalan, relaks-relaks, kumpul tenaga.

Kontraksi datang setengah jam sekali nanti baru ke hospital. Lagipun dari rumah ke hospital dalam 5 minit sahaja.

Semalam masa check up di Klinik Kesihatan, nurse kata, "Minta maaf dengan suami, minta dia halalkan semua makan minum pakai..."

Balik tu, terus saya bagitau suami. Ampunkan saya, halalkan makan minum semua.

Air mata dah bergenang.

Dan pagi ni, saya terdengar dalam doa lepas subuh beliau, "Ya Allah, permudahkan isteriku bersalin. Selamatkan isteriku dan anakku."

Air mata dah jatuh saat aminkan doa.

Semoga Allah permudahkan semuanya.

Di kesempatan ini, sementara masih di rumah, masih boleh online dan menaip ni, saya nak minta maaf pada semua yang membaca. Kalau ada antara tulisan saya yang menyinggung perasaan sesiapa.

Maafkan saya.

:)