Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 October 2011

Kau Pergi...

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sorang-sorang keluar dari office tu. dah semakin sunyi nampaknya. memang teramatlah terasa kesunyiannya.

semalam hari last untuk aida. dapat kerja kat kampung halaman. balik aloq staq lah dia.

dia orang pertama yang ajak i lunch first day i kat office tu.


sebelum ni, ana kenduri dah langkah kaki. dia dapat kerja kat rebung.

dah tak ada orang yang boleh dibahan isu kenduri-kendara ni. haha.

sebelum ni, lan, amar, imam, panjang. seorang demi seorang keluar. diorang lah yang banyak menceriakan suasana. main-main juga. kerja-kerja juga.

mereka keluar, ada sebab mereka sendiri. yang pasti, mereka mencari yang lebih baik.

mencari yang lebih baik?

hidup kita ni kan satu perjalanan yang penuh dengan pilihan. jadi hak kita untuk membuat pilihan. sama ada pilihan tu lebih baik atau tak, itu kita kena harungi. sebab kita yang buat pilihan tu.

apa aku merepek ni?

mungkin diselubungi rasa sedih yang teramat kot. semalam hari terakhir aida. macam disapu bersih semuanya.

nanti nak makan ayam penyet dengan siapa lagi ye?

office pun dah suram. i akui, agak stress di situ sebab tak ada yang menceriakan suasana. bukan bermakna nak ketawa je memanjang. tapi kadang benda-benda macam ni perlu. bila stress, apa pun tak boleh fikir. bila tak boleh fikir dengan baik, macam mana nak buat kerja, kan? bila senyum, otak lebih rileks dan kemampuan untuk berfikir tu berganda-ganda. am i right?

dengan diorang, i tak rasa perbezaan 'darjat'. buat i rasa tambah salute dengan diploma holder. yes, dulu i sangat wonder kenapa orang ambil diploma, tak ambil degree je terus? itu i, DULU.

dengan diorang juga, i rasa teori-teori ni semua tak berapa penting. yang paling penting, kalau u alaminya sendiri. i lebih hormat technical person.

i pernah dikutuk, exec tak tahu apa-apa. ya, as fresh grad masa tu, memang i akui i tak tahu apa-apa. apa yang u belajar kat universiti dulu, not exactly the same bila u dah keluar bekerja. not really, dear. masa bekerja lebih mencabar.

dengan diorang i belajar, tinggi rendah langit tu. dengan diorang juga, i sedar i kena berpijak di bumi yang nyata. i sedar di mana kemampuan i sebenarnya.

seronok berkawan dengan diorang. selama ni hidup i diselubungi buku, tertutup, kalau teori kata A, maka A lah ia. tak ada B, C, D, Z.

dengan diorang semua, i tahu perasaan menjadi orang yang di bawah. macam mana rasanya bersyukur. macam mana rasanya tak ada segala jenis privilege.

dengan diorang, i kenal pelbagai ragam manusia. dari yang sangat susah hidupnya. ye, sebab hidup i dikelilingi dengan orang yang target nak 4.00 je dalam exam. yang 'bijak pandai' lah kononnya tapi sebenarnya bodoh. ye, bodoh berfikir dan tak sedar diri.

dengan diorang i belajar erti keikhlasan dalam bersahabat. tak ada pura-pura. kutuk depan-depan, tak ada pendam dalam hati. semua terima kekurangan masing-masing. gaduh-gaduh sikit lepas tu baik.

dengan diorang, i sedar siapa diri i.

will miss you guys.

-aida-ana-lan-amar-imam-panjang- oh, qassimmm *nah aku letak dah ni. hehe*-


24 October 2011

Membasuh Hidung

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hye hello wheww~!!

aaacho0omm.. haaa tengok.. kan dah terbersin. hai kawan-kawan. lama tak jumpa, kan? uolls~ nak ke jumpa i? eheh :D

sorri tersangatlah lama tak update blog. oh, memang serius busy. ye, busy. busy dengan diri sendiri. hehe.

ho yea, hari ni pergi PPUKM. pusat perubatan UKM kat bandar tun razak, cheras. appointment dengan prof lokman saim. haruslah kes hidung dan telinga i yang tak pernah nak sudah-sudah ni. -_-"

i malas nak cerita isu telinga dan hidung i ni. yang i nak cerita, keeksaitedan menggunakan ubat yang baru. ye, tak pernah dapat ubat ni.


suitble for use during pregnancy? ok. lulus. eh, takde kaitan. :D

ni ubat apa ye? ayat mudahnya, ubat cuci hidung. sinus rinse. got it?

bila buka kotak ni dengan excited nya...



taraaa... alamak, apa benda semua ni? haiyo0o.. buku instruction pun tebal. al-malaslah nak membaca kan. nasib baik eno wutta wutta tolong baca kan.


lagi pelik, skru pun ada? aik, ni nak suruh i gerudi lobang idung i ke hape ni?

ok, rupa-rupanya, botol tu masukkan air dan ubat yang disediakan, lepas tu, tunduk kat sinki. then sumbat penutup botol ke salah satu lubang hidung. squeeze botol tu dan air ubat tu akan mengalir keluar di lubang hidung lagi satu dan juga mulut anda! dan, segala jenis mukus dalam hidung akan keluar!


yang skru tu buat apa pulak?

untuk ini rupanya...



untuk gantung di dapur rupanya... thee~~ excited guna ubat yang tak pernah guna. ubat yang paling mahal setakat ni. haigo0o.. macam mana ni, sekali pergi hospital, mau dekat RM200 habis.

tak apa lah. orang lain lagi teruk kan.

sabar ye, nadia?

08 October 2011

Cikgu Nadia!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri ni berbaur sipi-sipi bajet 2012 yang baru dibentangkan PM semalam. PM tu bukan project manager kat office tu ye, wahai Kak Syaft! :D

kat facebook kecoh pasal cikgu dapat macam-macam. eh, ye ke cikgu dapat macam-macam sempena bajet 2012 ni? maaflah, kurang update sikit isu bajet 2012. macam lebih update status kawan-kawan di facebook.

ada antaranya yang menyuarakan rasa tak puas hati. kenapa cikgu dapat macam-macam?

tak kurang juga golongan pendidik membalas antaranya,

"try la jadi cikgu sehari tengok sanggup tak sanggup?"

"lepas ni banyaklah orang isi borang KPLI dan DPLI. jadi cikgu semata-mata sebab nak imbuhan"

duhh~ isu cikgu ni sensitif juga pada i. sebab, secara tak rasminya, i juga seorang guru, pendidik, cikgu. tapi i tahu status i ni tak ada kaitan dengan bajet 2012.

kawan-kawan, jadi cikgu bukan senang. uhuk-uhuk. betul. apa-apa pekerjaan pun tak ada yang senang. duduk goyang kaki pun susah. susah hati. -_-"

kenapa ye, kerja cikgu ni bukan semudah pergi pagi dan balik tengahari?

oleh sebab i juga seorang cikgu tak rasmi, maka i pun rasa tempias susahnya hidup seorang cikgu.

waktu malam, duk berfikir apa nak diajar esok hari? apa bahan-bahan mengajar? macam mana nak buat kelas lebih menarik? student tak bosan?

sampai sekolah, prepare evrything. penampilan pun kena jaga supaya tak comot depan student. guru adalah contoh paling dekat dengan student. banyak student yang ikut apa yang cikgu buat, dengar apa cikgu cakap. student (sekolah rendah especially) sangat mempercayai setiap butir apa yang cikgu cakap. betul tak?

semasa kelas. tak berhenti bercakap dan sangat sakit tekak, ok! i ni yang hanya mengajar a few hours aje pun, sangatlah mengharap, janganlah ada training di siang hari bulan puasa. i memang tak tahan nak menjerit tengah-tengah puasa tu. plus berdiri for most of the time, menulis, round kelas. fuh! salute sama cikgu yang mengajar bulan puasa. hoo0o~

habis kelas, nak kena mark buku, paper exam, tu belum kira kalau ada aktiviti ko-kurikulum, mesyuarat lagi. duh, pengsan!

see... bukan senang menjadi seorang pendidik sebab, di hadapan mereka adalah masa depan negara! chewah, patriotik lebih *hee*. kalau salah guru mendidik, habis lah anak murid. anak murid adalah aset negara untuk masa depan. itulah bakal engineer, itulah bakal doktor, itulah bakal tukang cuci juga.

hehe. dah rezeki deme, kita sabo aje lah ye? kalau cikgu tak rasmi macam i ni, bukan imbuhan yang i nak, tapi kepuasan dalam setiap yang i sampaikan tu. setiap butir kata yang keluar dari mulut i tu memberi senyuman dan kefahaman kepada mereka yang berada di hadapan i. itulah yang i sematkan setiap kali i mengajar. tak kisahlah sebagai cikgu tuisyen sekolah rendah ke, cikgu tuisyen eno wutta wutta ke, ustazah ajar ngaji ke, tutor untuk lab ke, atau tugas hakiki i kat office tu, training executive. eh, hidup i ni penuh dengan mengajar rupanya ye?

so, tak perlulah rasa kerja seorang guru tu senang. setiap kerja yang kita lakukan tu ada cabaran sendiri. terpulanglah macam mana kita nak handle setiap cabaran tu.

^_~v salah seorang anak murid i pernah kata, "comel lah ustazah sebut huruf ha' tu. siap dengan mimik muka"

ceh! ni yang susah bila anak murid tau tengok muka cikgu je, muka buku tak mau tengok!

hissss *peace no war* ^_~