:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
tengok-tengok blog sendiri. lepas tu tergerak hati nak tengok ticker tu.
baru perasan,
ya Allah, 100 hari lagi ke? serius dah mula panas punggung dah ni. rasa macam apa pun tak settle lagi. makanan tak confirm lagi, kain baju tak ada lagi, doorgift pun tak fikir lagi, warna apa pun tak fikir lagi, bridesmaid tak ada lagi, kursus kahwin tak ambil lagi, photographer tak ada lagi, waaaaa macam mana ni? ada sesiapa nak tolong fikirkan tak? hari-hari kerja ni, tak sempat nak fikir... T_____T
persediaan mental? haha, parah.
ambil iktibar dari masa bertunang hari tu, i ni memang jenis kena prepare awal semuanya. sebab 3-4 hari sebelum hari kejadian tu, i patut dah relaks, tenangkan diri sendiri. tak macam masa bertunang hari tu. i ingat everything akan ok. tapi....
pagi tu lah baru nak masak semua (nasib baik dah potong, kupas, siang segala benda malam sebelumnya), dah lah i tak ambil cuti extra pun untuk preparation. i thought i can do everything. and i thought ni cuma majlis kecil yang tak perlulah sampai nak kena ambil cuti bagai. tapi rupanya only me and mommy aje yang do all the things. pagi tu juga lah baru nak mengemas semua, ni nasib baik eno wutta wutta and daddy tolong. dan percaya ke tak, pukul 12 tengahari i masih kat dapur tolong ibu masak, dan air minuman tak siap lagi, paling penting, i sendiri belum mandi! haha. kantoi. mandi pagi dah lah. tapi dah berpeluh berasap kat dapur tu takkan nak jumpa orang macam tu kot?
pukul 12 tengahari, dah siap hand over bancuh air kat orang lain, i baru lah terhegeh-hegeh nak pergi mandi. siap text enchik bakal tunang masa tu, sila jangan datang rumah dulu selagi nadia tak kata on. haha. padahal diorang semua dah sampai, lepak kat masjid dulu.
then, rombongan sampai, i baru siap pakai baju, semua cousin yang kecik-kecik lari masuk bilik i. i tak siap lagi masa tu. mekap pun tak lagi. tup tup my aunt masuk bilik and said, "diorang dah suruh nadia keluar." what? apsal cepat sangat? sembanglah lama sikit. i pakai tudung pun tak lagi, muka pun tengah kena touch up by my usu. i dah serabut sangat masa tu. dengan cousinssss yang bising-bising dalam bilik tu, sampai i menengking, "could u guys please shut up?!"
see... i thought i already mentally prepared. rupanya tak. kita sibuk prepare rumah, makanan, deco, tapi kita lupa yang paling penting. mental.
i nak keluar bilik pun tak confident gila masa tu! see.. i yang selama ni tak kisah pun nak bercakap depan orang ramai. i yang selama ni berani berdepan dengan orang, tiba-tiba kecut perut nak berdepan dengan rombongan lelaki? serius, i tak sangka i punya jantung masa tu macam nak gugur. gemuruhnya ya ampun! baru i faham macam mana perasaan orang gemuruh yang selama ni i tak pernah rasa. T____T tu lah, berlagak sangat. konon boleh buat semua sendiri. tsk tsk tsk~~
untuk melangkah ke 100 hari lagi, i memang kena tarik nafas panjang, persediaan mental itu sangat penting. pastikan jantung tak berdegup dengan 120km/j.
dan untuk preparation ni, daddy lah selalu remind i, "nadia, nanti awak tak sempat buat semua sendiri. ingat tu.."
ok. ingat. i kena minta tolong juga.
so, siapa nak tolong i? raise up your hand.*grinnn*
Spread Love,
xoxo
eheh..sori eden xpat nak tolong...huhu
ReplyDeletehoi!!! buzz me if u need any help!
ReplyDelete