Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

05 July 2012

Idea Deko: Master Bedroom

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

i'm very sorry readers. sangat banyak komen yang saya tak reply semula. saya tahu saya salah. maafkan saya, please *muka kesian* dan sebagai menebus kesalahan, mempersembahkan, entri yang panjang dan penuh dengan gambar! harap bersabar :)

sejak ada rumah sendiri ni, i mean, rumah sewa ni, dalam kepala ligat fikir nak cantikkan rumah. tu belum rumah yang betul-betul rumah sendiri tu. gamaknya berapa habis untuk renovate?

semalam ibu ayah baru hantar katil dan tilam dari bilik pengantin di rumah mereka ke rumah kami. ye, selama ni kami hanya tidur di atas toto.

ye, toto. yang nipis-nipis tu.

lalu bila barang kelengkapan rumah dah semakin lengkap ni, maka, sebagai seorang perempuan, haruslah dalam kepala duk fikir, inilah masanya untuk saya menghias sana dan sini. barulah home sweet home. tak adalah balik kerja nampak rumah kosong tak ceria lalu fikiran pun kosong, hati pun murung. ewah, pantun.

saya mulakan dengan target untuk ruangan bilik tidur kami. kenapa?

sebab pada saya bilik tidur adalah ruang paling penting. sebab, kami berdua bekerja. jadi, bilik tidur adalah ruang yang saya rasa patut diberi perhatian lebih. ruang untuk berehat, ruang untuk mengembalikan mood, ruang untuk menghilangkan stress.

lalu bila lakukan carian dalam google, alamak. sangatlah heavy, tak sesuai dengan ruang kecil rumah kami. dan lebih-lebih lagi tak sesuai dengan bajet kecil kami.


 pink ini lembut. rasa nakk cuba warna ni satu hari nanti.

 nampak klasik 

 menyala

suci


hai lah. geram tengok satu-satu.

tapi saya harus buat sesuatu yang dalam bajet saya. maka saya lakarkan draf untuk bilik tidur kami.

ye, betul, ruang rumah kami kecil sahaja sebenarnya. tapi cukuplah untuk kami berdua buat masa ini.


saya suka pergi IKEA (tiba-tiba). jadi haruslah rumah saya dipenuhi dengan barang-barang yang dibeli di IKEA. ada beberapa barang yang dah masuk dalam senarai saya. tengoklah hujung bulan ni atau bila-bila banyak duit baru shopping.

1. Pasu tinggi & bunga tinggi
- pada saya ini penting untuk mencantikkan dan menceriakan suasana. ini pilihan saya,

tinggi: 60 cm. 
ok lah tu.

bunga-bunga pilihan mungkin saya tak beli di IKEA. nanti saya survey mana-mana kedai bunga. sebabnya, bunga-bunga di IKEA mahal juga dan dijual sekuntum-sekuntum.




semua bunga dan daun ni ketinggian lebih dari 60 cm. harus lah kan. kalau tak, tenggelam dalam pasu. 

idea lain, beli sahaja bunga di kedai pengantin (walaupun pendek-pendek) then sambungkan dengan lidi supaya panjang. lidi tu haruslah tersorok dalam pasu.

nanti saya fikirkan mana yang sesuai.


2. Tingkap
saya mahukan blind. lebih mudah. tapi suami kata tak sesuai. maka saya perlu letak langsir. 

 bunga-bunga kecil. comel

 yang ni akan bagi efek ruang sempit rasanya


 saya suka yang ini. tapi harga.. dan ini untuk pintu. tak sesuai. atau boleh saja sebenarnya.


ini lebih murah tapi jarang. orang boleh nampak dari luar ni.


3. Rak Buku
kenapa?
sebab kami berdua memang kaki baca buku. ya.

suami sangat banyak koleksi buku (saya baru tahu), dan saya juga sangat banyak koleksi buku. lepas pindah rumah ni baru saya nampak koleksi buku suami yang banyaknya!

bukan sekadar buku, saya fikir ruang ini juga untuk menyimpan laptop dan segala perkara yang berkaitan.


ini rasanya terlalu tinggi



 mungkin ini lebih sesuai


4. Tikar / Carpet
harapan saya nak yang ini..



tapi mungkin akan end up dengan yang ini,


sebab saya sangat alah dengan habuk. haruslah encik suami tak izinkan saya beli karpet berbulu-bulu.


5. Almari
ini tak lain tak bukan saya memang dah chop yang ini!

yeah~ nanti kan, kat pintu tu kan, ada lah anak-anak yang bakal jadikan 'white board' diorang, kan? eheh.


6. Hiasan dinding
dari mula datang IKEA, saya sudah teruja dengan ini,
boleh bagi efek luas sebenarnya.

tapi saya rasa encik suami lebih suka letakkan kalimah Allah dan Muhammad di kepala katil kami.

sob sob sob. tapi mungkin boleh gabung bersama, kan? ^_^


7. Cermin
jatuh cinta dengan ini lah,
tapi rasanya encik suami tak bagi beli ni. aduhai.

selesai.

siap dah bilik tidur kami.

tehee~

perasan tak, hampir semua pilihan saya berwarna putih.

saya suka. sebab nampak tenang. balik kerja, tenang. berehat, tenang. putih = tenang.

bila nak masuk gaji ni? sebab gaji baru ni dah habis.

^_^


4 comments:

  1. suka menyala dan suci punya theme.

    pink? imam suka pink ke? hahaha :D

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. tu lah tapi kos tinggi tu.. nantilah.. berangan-angan dulu..

    pink? haruslah tak! hahaha..

    ReplyDelete
  3. hehehe...akk pun suke ikea...klw blk sgor msti sgh ikea...tp kalau dh teringn sgt..kirim je kat esan...die mmg suke tlg beli2kan nih

    ReplyDelete
  4. kak pitta~
    kannnn.. rasa macam tanak gi kedai perabot lain! haha.. hari tu gi cavenzi, tapi tak puas hati.. ikea juga poojaan hatikuu~

    ReplyDelete