Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

14 May 2015

Baby M's Labor Story : Urge to push

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Bahahah~ Sorry guys terpaksa buat episod gini. Kena kejut Baby M tiap sejam bagi susu. Dia ada kuning sikit. Sikit je la tak macam Abang Fateh dulu sampai letak bawah lampu.

Part 1

Part 2

Kat mana kita semalam? Oh, Abang Fateh dah balik.

So tinggallah aku sorang dalam wad. Suami tak boleh duduk sebelah. Imam duduk kat depan, tengok TV. Tiap setengah jam aku Whatsapp group family, Fateh buat apa? Dia ok tak? Dia cari ibu ayah dia tak? Bagi lah gambar dia.. Dia dah makan ke? Tadi dia berak, dah cuci ke berak dia?

Aku nangis. Serius aku nangis sebab rindu Fateh. Hahah! Apa Fateh buat sekarang, apa dalam fikiran dia, kenapa dia tak boleh tidur dengan ibu malam ni, kenapa ibu tak ada kat rumah ni, semua tu berlegar-legar dalam kepala aku.

Main kereta.



7.45 pm
Darah dah keluar sikit. Tak macam spotting. Macam period tapi yang dah hujung-hujung.

8.15 pm
Selesai solat maghrib, aku sambung solat hajat. Aku sujud lama. Aku minta sangat-sangat dipermudahkan proses melahirkan si kecil ni.

8.30 pm
Aku ke depan. Join Imam tengok TV. Bosan duduk kat katil sorang-sorang bukan boleh buat apa, menahan sakit aje. Tengok bola. Pahang vs Kelantan. Ok la, team yang aku suka tengok juga.

Masa ni contraction masih sela 5 minit tapi sakit makin kuat. Setiap kali contraction datang, aku duduk, tarik nafas panjang-panjang, lepas perlahan-lahan. Berkali-kali. Sambil tu Imam tolong urut kat bahagian pinggang. Bukan urut apa sangat pun, gosok dengan tapak tangan kat kawasan pinggang tu, gosok atas ke bawah. Alhamdulillah, dua-dua cara ni mampu kurangkan sikit sakit tu. Aku kontrol pernafasan.

Bila tak ada contraction, aku mundar-mandir kat area ruang TV tu. Banyakkan pergerakan.

10.00 pm
Aku dah tak larat nak mundar-mandir. Rasa penat sangat.
"Pergilah rehat, tidur. Kang sayang tak larat nak teran."
"Tak apa, sayang ok lagi. Nak cepatkan bukaan kena banyak jalan."
"Alahai.. kalau penat sangat nanti tak larat lagi bahaya."

10.30 pm
Aku surrender sebab sampai dah tertidur-tidur kat sofa ruang TV tu.
"Sayang pergi rehat kat katil dulu ye. Jap lagi kul 11.30 doktor datang check. Better sayang rehat kejap."

10.40 pm
Walaupun contraction semakin kuat, aku sempat tertidur. Mungkin terlalu letih sebab contraction memang sangat kuat sejak 3 petang tadi. Aku makan kurma, dan tidur.

11.30 pm
"Puan Nadia, doktor nak check bukaan ye.."
Aku bangun dan berjalan slow-slow ke bilik pemeriksaan.
Doktor check laluan bukaan serviks tu. Aku masih berharap berita baik. Kali ni aku terus expect 8 cm! Hahaha!

"Akak, tolong double check patient ni!" Doktor muda tu jerit panggil staff nurse. Aku expect doktor ni baru lagi ni. Sampai kena minta tolong akak nurse.
Sorang nurse masuk bilik tu. Aku macam pernah tengok nurse ni tapi di mana ya...
"Anak pertama awak dulu saya yang sambut.."
Bahahah! Nurse tu macam tau-tau je apa dalam kepala aku ni. Ok, aku rasa selamat. Sebab pengalaman bersalin Fateh dulu, buat aku rasa secure dengan akak nurse/bidan ni.

Entah apa diorang sembang. Eh, ada problem lagi ke kali ni? Masa Fateh dulu doktor & nurse sembang pasal Fateh dah berak lama ke belum. Yang ni baru check laluan dah sembang panjang. Yang aku dengar, diorang cakap pasal lembut keras amende tah. Alahai apa nii.. janganlah buat aku cuak.

"Boleh dah ni doktor. Kalau ada kosong kat bawah boleh terus tolak patient masuk."

Lega aku dengar ayat nurse tu.

"Ok, puan.. bukaan masih lagi 4 cm."

Dah 8 jam.. masih lagi 4 cm. Tak tahu nak kata apa. Speechless. Tipu lah siapa kata anak kedua bukaan lebih cepat & senang. Itu semua dustaaa.. Sobbbb~~~

"Tapi tak apa, kalau ada kosong kat labor room, saya pecahkan ketuban dulu dan hantar Puan ke labor room."

Ok. Tak apa. Memang aku pilih nak minta dia pecahkan ketuban.

Pecahkan ketuban kali ni tak sakit langsung. Mungkin sebab contraction tu lebih sakit. Aku tak rasa apa. Sampai aku tanya doktor, "dah ke doktor?"
"Saya tengah keluarkan air ketuban ni. Ada tak sebelum ni masa scan diorang bagitau air ketuban kurang?"
"Tak ada pula doktor..."
Doktor tu jerit lagi panggil nurse tadi. "Akak, ni macam kurang air je.. ke ok je?"
Akak nurse tu tengok air dalam mangkuk yang doktor tadah. "Mmm ok je ni. Tak apa, tulis dalam report tu minimal."

Tapi memang aku rasa air ketuban tu sikit sangat sebab doktor boleh tadah gitu je dalam mangkuk. Masa Fateh dulu siap banjir lencun kain aku pakai tu. Sampai kat labor room melimpah lagi. Yang ni rileks je 1 mangkuk dah habis.

11.45 pm
Ditolak ke labor room dengan whilca. Sempat minta nurse yang tolak whilca tu singgah katil jap nak ambil phone dan air. Imam iring aku ke labor room.

12.00 am (10 Mei 2015)
Dah terbaring kat katil nak bersalin. Dah kena pasang CTG tu. So dah tak boleh bergerak ke mana-mana. Doktor datang interview. Muka doktor ni ketat semacam apa hal tah. Senyum pun tidak.
"Puan, slipped disc level berapa?"
"L4, L5, S1"
"Ok, saya check report ortho kejap ye." Doktor selak-selak fail aku. "Ok, can go for normal. Puan last asthma attack bila?"
"During first trimester. If I'm not mistaken, last attack minggu ke 16. Lepas tu tak ada dah."
"Puan ada bawa inhaler?"
Dang! Aku terlupa bawa inhaler! Dalam handbag. "Allah! Lupa.."
"Puan pakai inhaler apa? Ventolin?"
"Symbicort."
"Sepanjang bersalin ada kena serang sakit slipped disc?"
"Jap ye doc, contraction datang." Aku inhale & exhale, control breathing, relaks, dan terus bercakap dengan doktor. "So far tak ada."
"Ok. Sekarang ada rasa nak teran?"
"Tak ada. Just contraction." Muka doktor tu buat aku rasa tak boleh nak pandang. Ketat sungguh. Senyum pun tidak. Adoi la.. macam mana la etika doktor ni berhadapan dengan patient yang tengah menahan sakit?
"Kalau rasa nak teran jangan teran dulu ye. Bukaan awak tu baru 4 cm."
Kerek pula bunyi ayat doktor tu. Malas aku nak layan. Baik aku fokus kat breathing.

Doktor tu keluar. Bidan dan nurse masuk. Akak bidan tu check bukaan. "Ohh.. boleh ni.. insyaAllah.. boleh-boleh belaka semua patient malam ni. Senang je nak keluar jap lagi ni. Saya tolong buka jalan sikit ye.." Haaa cenggini laa entertain patient dengan baik. Walaupun memang sakit yahampun masa swap tu, tapi sebab ayat manis akak bidan tu buat aku rasa tenang dan selamat. Faham tak mentaliti dan emosi memainkan peranan penting masa proses kelahiran? Tolonglah doktor.. Belajar sikit etika. Membuatkan patient rasa tenang dan selamat tu sangat penting. Minda akan kontrol tindakan.

Dah, aku bukan nak buat ceramah motivasi dalam entri ni.

Dah lepas nurse dan bidan keluar, aku Whatsapp Imam.
"Abang kenapa tak masuk lagi?"
"Diorang tak panggil masuk pun.."
"Masuk je lah.. bukan ada apa dah pun. Tunggu nak teran je."
"Diorang semua tengah busy. Tak tau nak tanya siapa.. boleh masuk ke tidak."

Pasrah. Aku buka Quran. Baca Yasin.

12.30 am
Aku baca Yasin tersekat-sekat sebab sambil-sambil kontrol pernafasan dan kontrol contraction.
"Abang masuklah. Sayang tak tahan sakit ni. Nak minta tolong urut."
Aku rasa nak menaip whatsapp tu pun dah seksa semacam. Tak sempat send rupanya text aku tu.

12.45 pm
Baru ayat ke 20, aku dah rasa macam nak teran. Aku sorang dalam bilik tu, camane nak panggil nurse ni?

Jerit aje lah!

"Arrghhh.. nurseee! Nak terann!"

Bergegas bidan dan nurse masuk. Akak bidan tu terus check bukaan. Diorang baru selesai sambut 2 baby sebelum aku. "Dah boleh teran ni Puan. Tapi tunggu kejap ye, saya keluarkan air kencing. Pergi panggil suami dia masuk! Kenapa tak panggil tadi?"

Adeii baru nak panggil laki aku masuk ke...

"Kejap ye, Puan. Jangan teran dulu. Banyak pula air kencing ni."

Pffftttt.. memang aku minum dekat 2 botol air tadi. Haus yang amat! Tetiba aku teringat cerita Vivy Yusof! Bahahah! Dah kenapa shi shi ni banyak sangat pulak.. pengaruh baca blog.

Imam masuk, terus aku grab tangan dia. Ada sorang bidan, sorang nurse, dan Imam saja dalam bilik tu. Nurse lain tengah busy uruskan kelahiran yang lain.

"Ok, Puan, kalau rasa nak teran, teran ye."

Aik, diorang aje ke yang sambut baby aku ni? Masa Fateh dulu kemain ramai bersorak dalam bilik tu. Lantak lah aku nak meneran dah ni.

Rasa nak push. "Allahhhh!!" Aku menjerit dah kenapa?

"Jangan jerit, Puan! Ok, teran bila rasa nak teran ye..."

Aku dapat rasa memang baby dah nak keluar. Baru datang 2 3 orang tolong support. Sorang tolong pegang kaki kiri aku. Tangan kanan aku pegang tangan Imam, tangan kiri pegang pergelangan kaki kiri. Ok, now ready to push!

"Angkat badan Puan!" Camane nak angkat? Aku rasa tak reti nak angkat badan! Imam tolong support badan aku. Dia yang tolong angkatkan badan aku. Yang kelakarnya sepanjang proses tu memang badan aku diangkat aje laaa..

Aku tarik nafas panjang dan teran sepanjang yang aku mampu sambil curi nafas, hoh hoh hoh eh eh aku dah pandai curi nafas bahahah! Sempat lagi fikir macam tu.

Second urge, sekuat tenaga aku terannnn dan yeahhh! Baby keluar!

"Allah, Allah, Allah.. Allahuakbar.." aku terbaring. Dah dengar suara baby nangis.

"Baby apa ni Puan?" Nurse tunjuk.

Aku macam blur kejap. Blur macam eh betul ke perempuan?

"Puan, sebut baby apa ni?"

Aku macam dah mamai. "Girl.."

"Ok, Puan rehat kejap ye."

Nurse bersihkan baby sikit dan terus letak kat dada aku. Aku cium-cium baby sambil nurse keluarkan uri. Kali ni macam lama je diorang bagi baby letak kat dada. Sampai settle kerja diorang laa aku duk dukung baby.

Aku tak tahu betapa kuat aku genggam tangan Imam masa tu. Memang sekuat yang aku rasa sakit tu. Pada aku, kekuatan tu lahir dengan kehadiran suami. Kengkonon macam dia tolong salurkan kuasa la konon. Konon la. Dulu masa bersalin Fateh tak dan nak genggam tangan dia, kali ni balas dendam. Bahahaha!

Alhamdulillah tepat 12.51 am lahirlah si kecik ni. Tanpa ubat tahan sakit, tanpa epidural, pethidin, gas ethonox, tanpa induce, no episiotomy.. alhamdulillah. Jahit sikit je dalam 3jahitan. Hanya luka sikit kat kulit luar.

Aku bersyukur sangat masih lagi kuat untuk bersalin secara normal, tanpa paksaan, boleh kontrol pernafasan walaupun ada asthma, dan kali ni super pantas, masuk LR 12.00am, baby keluar 12,51 am. Tetiba je eh dah boleh teran dan mudah teran. Alhamdulillah...

Baru lepas azankan dia. Kuat nangis dia masa ni.


Dah settle story baby M. Nanti kita bagitau nama dia, k?

Tata.


1 comment:

Cik Puan Emas said...

Fuhhhhh saspen gila kak Nadia oi..
Baca labor story Vivy pon tak sejuk

tangan sai ni ha..haiyohh mcm mana nak

beranak ni nanti -_-"