Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

06 May 2015

Pregnant.. Still..

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Hai Assalamualaikum Selamat Pagi!

Hahaha Yes, #stillpregnant, guys! Takpe, belum overdue. Baru 39weeks, 2days hari ni.

Last long weekend aku balik kampung, kenduri kahwin adik ipar aku. Mulanya aku dan Imam macam bajet tak boleh nak datang sebab aku dah sarat dan tunggu hari. So takut aku nak terberanak kat kampung kang semua orang yang tengah busy wedding preparation, panik sebab aku nak bersalin.

Tapi ibu dengan confidentnya kata, "Nadia tu lambat lagi bersalin... balik je lah kampung.." See, hari ni pun aku masih kat office.

Sigh.

Aku pun start google review orang bersalin kat Hospital Slim River. In case aku nak terbersalin masa kat kampung. Haha~ Nampak tak... desperate sangat kan.

Sepanjang kat kampung, tak ada apa sangat yang aku boleh tolong. Dengan nak jaga Fateh lagi, dengan nak bawa badan sendiri pun tak daya hamende tah. So, kerja aku is melepaking kat atas rumah dengan biras yang kena jaga anak dia juga. Kalau tak makan, tidur.. scroll fB, tu je la kerja aku. Nampak cam bosan. Tapi syok sebab banyak relaks. Tetiba aku rasa macam syok lak relaks gitu. Dah nampak dah gaya malas nak bawa berat badan.

Penat juga nak bawa perut ni ke hulu hilir. Letih! Tapi aku berdoa sangat Allah kuatkan badan aku, mampu datang office sampai hari nak bersalin. Masa mengandung Fateh dulu 34 weeks aku dah duduk rumah cuti. Dapat MC 6 minggu sebab slipped disc. Kali ni boleh je sebenarnya aku pergi je emergency PPUKM tu, minta MC sebab slipped disc. Tapi aku rasa tak perlu kot. Kalau duduk rumah je nanti aku tidur je. Kang bukaan susah nak buka macam Fateh dulu. So aku gagahkan diri pergi kerja sampai saat aku nak bersalin. Dengan harapan, bukaan kali ni lebih mudah. Ngeri aku bayang kena buka cara paksa masa bersalin Fateh dulu.

Aku sendiri pun tak tahu mana datang kekuatan nak datang office. Sebenarnya sekarang ni tiap pagi bangun tidur je aku check, ada air ketuban keluar tak? Hahaha.. masih meneruskan ke'desperate'an.

No, it's not like aku nak paksa baby keluar, tak... Cuma aku saja nak pujuk-pujuk dia. Lagipun aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan nak bawa perut ni ke office. Aku tak boleh nak ambil cuti awal since Maternity Leave aku dah short 6 hari (aku ada ambil advance leave sebab annual leave aku dah habis masa kena serang Asthma dulu).

So sekarang, aku hanya mampu berdoa aje. Ini semua kerja Allah. Dia yang tentukan. Takkan aku nak paksa. Cuma setiap saat aku rasa excited, tak sabar nak tengok baby.

Tak tahu lah kot cara aku ni terlalu memaksa ke camane.

Tak apalah, tak kisah lah baby nak keluar bila pun janji dia selamat.

Aminnn...

1 comment:

cik mah said...

Insyaallah..sampai masanya bby akan kuar...moga dipermudahkan...