Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

30 April 2015

Three years and counting

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Duk sibuk mengira contraction, kira sakit, kira fetal movement, kira berapa hari lagi nak beranak, aku sampai terlupa yang anniversary aku & Imam makin dekat. This is scheduled post. So tak tahulah by time entry ni keluar, aku dah bersalin ke belum. Hehe.

Aku perasan pun sebab ternampak ticker kat blog ni. Eh eh dah nak dekat anniversary rupanya!

As usual, macam tahun-tahun sebelum ni juga, there will be no celebration. Imam tak suka nak celebrate-celebrate ni. Walaupun aku suka sangat-sangat, dan memang aku suka surprise, tapi nak buat camano, laki den bukan gitu eh perangainya.

Kadang tu sedih juga. Ai is nak jugak bunga ros barang sekuntum pun jadik lah kan! Bahahahahah~! Punyalah desperate nak bunga tu. Gedik naww naww.

Tapi, bila fikir-fikir balik, tak ada makna pun bunga sekuntum tu kalau suami tak mampu bahagiakan isteri. Cewah.

Nak banding bunga sekuntum dengan pengorbanan Imam sepanjang kami berkahwin ni, haisyy tak terkira dah berapa kuntum bunga.

He is very understanding, saaaangaattt ringan tulang. Saaaangattt baik. Heleh, baru 3 tahun kahwin boleh lah cakap cenggini kan. Orang kata masih honeymoon mode. Anak pun masih kecil lagi. Cabaran dalam perkahwinan tu masih belum berat mana lagi.

Tapi aku selalu cakap kat Imam, "Abang, kita tak tahu lagi 5 tahun, 10 tahun akan datang kita macam mana. Pada sayang dugaan dalam rumahtangga kita baru 1% je. Kita tak tahu macam mana Allah nak uji kita. Uji anak-anak kita, keluarga kita."

Imam angguk.

"Sayang harap macam mana ujian pun yang datang nanti, kita dapat sama-sama lalui. Apa jadi sekali pun, jangan ada yang lepaskan tangan. We have to stay strong together."

Sebak jap.

To the same man, yang aku cinta sejak tiga tahun lepas, sampai hari ni, dan insyaAllah sampai bila-bila, you are the best husband, yang aku rasa susah nak jumpa lagi di zaman sekarang ni.

Terima kasih sebab walaupun orang kata isteri abang macam surirumah je tak macam eksekutif yang ada degree pun gayanya, abang tetap kata "she is my wife and I like her way".

Terima kasih sebab sentiasa ringan tulang, tolong buat kerja rumah, tolong jaga anak yang melasak di saat sayang tengah sangat sarat.

Terima kasih sebab sentiasa dahulukan sayang dalam apa juga keputusan yang abang nak buat.

Terima kasih jugak sebab tak pernah berkira dengan sayang.

Terima kasih sebab menjadi think tanker untuk Kedai Nadim walaupun sayang ni staf yang paling slow T__T.

Terima kasih sebab selalu membebel itu dan ini walaupun sayang rasa semak tapi apa abang cakap semua betul.

Last sekali, terima kasih sebab sudi ambil budak tak semenggah ni jadi isteri. Terima kasih sebab masih sayang isteri abang ni walaupun takde la sampai level isteri mithali pun. Hahaha~

Three years and counting... still.....

Happy 3rd anniversary, my dear husband.


1 comment:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. heee bestnya. nak sambut dengan anak no 2 dah. hehehe semoga dipermudahkan urusan bersalin ye nad. hehehhee