Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

25 August 2015

Melor : Achievement Unlocked!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Tak tahu lah ni nak kira cepat ke camana, tapi seingat aku, Abang Fateh tak sepantas ini.


Dia punya kepala dengan badan tu, kemain tinggi angkatnya. Awak baru 3 bulan, nak oiii!

Pagi tadi sebelum subuh macam tu, aku terdengar dia buat bising. Dah kenapa? Buka mata, rupa-rupanya dia dah mengengsot ke belakang. Hai laaah, alhamdulillah kita tak pakai katil, sayang. Kalau tak, ada yang jatuh katil ni.

Fateh dulu tak selasak Melor. Kalau tidur, aku berani tidur atas katil sebab Fateh tidur statik. Melor ni? Kecil-kecil dah nampak lasaknya. Selalu sangat bila aku bangun je, tengok-tengok dia dah berubah tempat.

Dan dah mengengsot ke belakang. Macam Abang Fateh dulu. Start gear reverse. Cuma Fateh lambat sikit. Melor lebih aktif dan pantas.

Tak tahulah macam mana anak dara ni bila dah umur 2 tahun nanti.

Risau aku ada anak dara ni.

No comments: