Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

09 September 2015

Student's Life

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Petang ni rasa macam nak tulis random. Tak tau hala tuju. Maka korang layankan aje lah ye.

Aku tak tahu kenapa aku ni kadang-kadang jadi tempat meluahkan perasaan kawan-kawan. Yang stress dengan kerja, yang stress dengan family, yang stress dengan kereta, yang stress dengan.. hurmm maciam-maciam jenis stress.

Tu lah kadang-kadang aku terasa macam, betul ke aku ni dalam bidang ni? Betul ke course yang aku pilih sebenarnya ni? Ke sepatutnya aku ambil course psikologi masa degree dulu? Atau sepatutnya aku ambil Pendidikan Awal Kanak-kanak? Hakikatnya aku ni seorang yang kurang sabar kang aku bantai anak orang kang tak pasal-pasal jadi viral dalam facebook.

Haa aku dah jumpa topik apa aku nak taip ni.

Budak-budak U baru masuk sem kan? Korang dapat masuk course apa itewww? Haaa suke ke idok course tu?

Hah, meh sini hakak nak cerita sikit ni.

Aku dulu ambil course remote sensing. Macam mana tah boleh terambil course tu lain kali aku cerita. Kat sini aku nak pendekkan skrip cerita.

Bila grad, aku duk fikir, apa lah aku nak kerja ni nanti. Frankly speaking, aku tak apply LANGSUNG kerja yang ada scope remote sensing atau yang seangkatan dengannya. Aku banyak apply management (konfiden kena tinggi katanya).

Entah, aku rasa memang aku tak minat langsung bidang aku ni. Tu pasal belajar pun memain (Sorry kawan-kawan 1 course!) Dan tu pasal aku banyak sibukkan diri dengan aktiviti tak berpekdah ada boyfriend contohnya hahahaha tak tak tak aktiviti U maksud aku, berpekdah la tu. Tolong jangan contohi aktiviti tak berpekdah yang pertama tu ye.

Maka, dipendekkan lagi cerita, dah mungkin tertulis jodoh aku, aku pun ter'dapat' lah kerja kat company yang memang bidang aku ni. Dan terdapat pula suami kat situ eh eh lagi.

Perancangan Allah, tak siapa tahu. Semakin jauh aku nak lari dari bidang ni, semakin bertubi-tubi pula kerja yang aku dapat dalam bidang remote sensing/GIS ni. Dari tak minat langsung, kepada, hurmm sekarang pun bukan minat sangat tapi aku ni jenis seronok dan suka cuba benda baru. Dah 5 tahun dah pun aku bergelumang dengan remote sensing/GIS ni. Nak berhenti rasa sayang pulak.

Jadi sebenarnya apa point yang aku nak cakap ni?

Yelah, tak semestinya course yang ko dapat tu, ko tak suka, makanya ko kena lari dari course tu. Tak tak. Boleh jadi ko terpaksa stick kat situ, melekat sampai bebila. Boleh jadi juga ko akan ke bidang lain, it is up to you.

Tak salah mencuba. Dan tak salah bersabar dan mencabar diri sendiri.

So, have fun with your university life! Jangan tension-tension sangat kang menyesal I tell you. Worklife dah tak boleh nak enjoy.

Tata!

No comments: